Anda di halaman 1dari 9

Sinopsis

Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut
oleh suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik
tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi.
Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya'
tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya'
tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat
kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua
kerinduan itu dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat
nombor tersalah dail itu.

Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang
mencecah paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan
lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat
pemindahan kerana masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus
memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian
'saya' menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang.
Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah
sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir
ketika membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak
Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi,
lalu memimpin Nana pulang ...

2. Tema
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan
yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui
anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk
pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan
suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. "Saya"
pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah kembali
kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan "saya"
dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak
Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah
membuka peluang untuk "saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

3. Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang
menjenguknya.

(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa
seseorang. Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah
kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.


Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap
memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.

(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.


Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka
telah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.

(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.


Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka
membiarkan pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil
berat terhadap ibu mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan
mengabaikan ibu mereka sendiri.

(e) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.


Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu
bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak
Piah sehingga banjir surut.

4. Plot Binaan

4.1 Plot
(a) Permulaan Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah
menekan nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak
Piah mengadu kepada "saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa orang
menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini
demikian kerana banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan
dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.
(b) Perkembangan "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi
tidak berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana
Mak Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
banjir. Akhirnya Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja.
"Saya" tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah
memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke
paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini
menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan
keinginan "saya" hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya"
mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang
ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di
hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada
anak perempuannya, Nana.

(c) Klimaks Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang
demam panas selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak
Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan
rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah
masuk ke dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya"
mengikut jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal
kerana tidak pulang menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak
mereka meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak
membersihkan rumah selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah
jenazahnya ditemui jirannya.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog "Orang jual ikan dah tiga hari
tak datang. Mamak jual roti pun
tak boleh masuk kampung. Mak
tak ada makanan. Banjir dah
sampaii ke paras dada ..." [hlm.
51]
(b) Pemerian. Suara tua yang tadinya
berbicara tanpa memberi saya
walau sedikit kesempatan untuk
menerangkan bahawa saya
bukanlah Nana, kembali
menujah-nujah telinga. Saya
capai telefon, mencari di menu
panggilan keluar. Saya tekan
butang panggilan ke nombor itu
sekali lagi. [hlm. 52]
c) Saspens Pada permulaan cerita, pembaca
tertanya-tanya pemilik suara tua
yang sedang bercakap dengan
watak "saya" melalui telefon.

Contohnya, Dia memanggil


saya dengan nama yang tidak
tercatat pada kad pengenalan,
tidak juga nama timangan sejak
dilahirkan. Siapakah empunya
suara tua yang rusuh di hujung
talian sana? Seperti saya yang
terburu-buru mendail nombor
rumah teman yang baru diberikan
pagi tadi, suara tua itu juga
pantas mengatur kata, selaju
jejari saya salah menekan nombor
rumahnya. Selepas
menyampaikan kisah yang
sesetengahnya tidak saya fahami,
suara tua itu menamatkan
pengisahan dengan penghargaan
dan pesanan. [hlm. 51]

5. Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak
Piah serta tempat berlakunya
kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat


panggilan telefon ke rumah Mak
Piah.
( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak
Piah yang tinggal keseorangan.

(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah


dikebumikan.

5.2 Latar Masa

(a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama


empat hari empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada
bekalan makanan kerana banjir
yang melanda kampung Mak
Piah sudah sampai ke paras dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam
selama lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh
tergelincir dan kepalanya cedera
ketika membersihkan rumah
selepas kejadian banjir. Mak Piah
meninggal dunia selepas kejadian
banjir melanda kampungnya.
(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya"
mendapatkan nombor telefon
rumah temannya, iaitu Ameera
pada waktu pagi.

5.3 Latar Masyarakat


(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan
Mak Piah merupakan masyarakat
yang tinggal di kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, watak "saya" sangat
mengambil berat tentang
keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan.
(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Nana dan Nubhan
membiarkan emak mereka hidup
keseorangan di rumah usang
tanpa bertanya khabar atau
menjenguknya walaupun
Nubhan tinggal berdekatan
dengan rumah emaknya.
(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang. Contohnya, Mak Piah masih
mengingati dan sangat merindui
anaknya, Nana serta
mengharapkan Nana sekeluarga
berada dalam keadaan baik..
(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya. Contohnya, watak "saya" sangat
merindui emaknya yang telah
meninggal dunia dan dia begitu
teruja untuk berjumpa dengan
Mak Piah yang tinggal
keseorangan itu.
(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Mak Piah masih
menunaikan solat walaupun
keadaannya sudah tua dan
rumahnya dilanda banjir.

6. Watak dan Perwatakan

6.1 "Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak
Piah.

6.2 Mak Piah


(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

6.3 Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.

7. Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

(a) Pengarang menggunakan ayat Contohnya, "Dah tu, macam mana?"


pendek.
"Mak takut ular."
"Mari kita makan! "
(b) ayat panjang. Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan,
suara itu putus dalam hujan yang sudah empat
hari em pat malam lebat dan renyai menyilih
ganti. [hlm. 52]
(c) Penggunaan bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah zuhur
assalamualaikum Alhamduldlah insya-Allah
jenazah Arwah
(d) Metafora Contohnya, Lukisan ceria terpamer di wajah
tua, tanda teruja menyalam perkenalan. [hlm.
54]
... hasratnya yang terpendam di lembah
kepiluan. [hlm. 54]
Saya merakamkan cerita dalam lautan
fikir[hlm.551]
( e ) Personifikasi Contohnya, ... banjir kali ini telah menelan dua
nyawa. [hlm. 521 Getar suaranya
menggegarkan perasaan. [him. 52]
... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm.
54]

( f ) Peribahasa Contohnya, isihati

( g ) Sinkope Contohnya, Orang jual ikan dah tiga


hari takdatang. Mamak jual roti pun tak boleh
masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm.
51]
Abang kau tu, duduk saja
dekat tapi takmenjenguk langsung tak hirau
keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51]
( h )Repetisi Atau telinganya sudah tidak mampu
mendengar lagi? Ataukah agaknya dia
bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi
seperti harga ikan di pasar
kami? Atausememangnya dia keliru, antara
pemanggil dengan orang yang dipanggil, siapa
yang dikenakan bayaran? [him. 53]
Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm.
53]

8. Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
(a)Kasih sayang Kita mestilah menghargai kasih Walaupun anak-anak
sayang ibu bapa terhadap anak-anak Mak Piah tidak
mereka. mengambil berat
tentang kehidupannya
di kampung, Mak Piah
masih mengingati dan
menyayangi
anak-anaknya.

(b) Kita hendaklah mengamalkan sikap "Saya" sanggup


Keprihatinan. perikemanusiaan dan mengharungi banjir
tolong-menolong sesama manusia. untuk melihat keadaan
hidup Mak Piah yang
tinggal seorang diri.
(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati "saya" membawa
dengan membantu golongan warga bekalan makanan untuk
emas. Mak Piah yang telah
terputus bekalan
makanan akibat
kejadian banjir.
(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati kepada "saya" berasa simpati
golongan yang susah. dengan keadaan Mak
Piah yang tinggal
keseorangan serta
keadaan Mak Piah yang
terlalu merindui
anak-anaknya.

Anda mungkin juga menyukai