Anda di halaman 1dari 12

3.

0 PERANAN MATEMATIK DALAM PENGANGKUTAN MODEN

3.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2010), perkataan


pengangkutan bermaksud perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau
pembawaan barang-barang dll.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2010), istiah moden pula


bermakud dari masa sekarang atau berkaitan dgn masa kini, yang terbaru,
cara (kaedah) baru dan mutakhir.

Oleh yang demikian, pengangkutan moden bolehlah diistilahkan


sebagai sebagai kenderaan yang mengangkut sesuatu yang yang digunakan
pada masa sekarang dan akan datang

Bidang pengangkutan adalah asas kepada pembangunan ekonomi


setaiap negara. Ia juga dipenuhi dengan aplikasi terhadpat konsep
matematik. Konsep dan peranan matematik ini dpat dilihat dalam banyak
aspek seperti pembinaan kenderaan, pengangkutan udara dan laut, alat
pandu arah, pengangkutan rekreasi dan lain-lain lagi.

3.2 Matematik Dalam Pembinaan Kenderaan

3.2.1 Perisian CAD/CAM

Dengan kemajuan, kelajuan komputer dan bantuan dari matematik, perisian


CAD/CAM (Computer Aided Design Dan Computer Aided Manufacturing)
telah memudahkan pereka mereka bentuk pelbagai rupa bentuk kenderaan
yang kompleks. Sebagai contoh,untuk mereka rupa bentuk kereta, kereta api
laju (Bullet train) dan kapal terbang, pereka perlu menggunakan perisian
CAD/CAM ini.

Menurut Ali, J.M & Majid (1988), lazimnya pereka bantuk akan
menggunakan pengetahuan luas mereka dalam bidang matematik dan
keupayaan aestetik mereka bagi membuat sesuatu rekabentuk yang sesuai,
praktikal dan efisyen. Proses ini dimulakan dengan asas matematik iaitu
membuat garisan dan lengkungan yang lama-kelamaan dicantum dan
digabung menjadi satu ilustrasi sebenar sesebuah kenderaan. Kemahiran ini
dipanggil kemahiran geometri pengkomputeran.

Pengiraan asas matematik digunakan secara meluas dalam perisian


ini. Sebagai contoh, untuk melakar lengkungan, persamaan F(x,y) = C, garis
lurus sebagai ax+by =c, bulatan berpusat, (a,b) dan jejari menggunakan
persamaan (x-a)2 + (y-b)2 = f2

Rajah 1: Contoh penggunaan perisian CAD/CAM

3.3 Matematik Dalam Pengangkutan Udara

3.3.1 Navigasi Pesawat

Menurut Siti Salwa Alias (2011), istilah navigasi pesawat bermaksud


navigasi bagi sesebuah pesawat untuk sampai ke satu destinasi dalam suatu
masa tanpa hilang arah. Ini adalah penting khususnya bagi pesawat
penyelamat untuk tiba di suatu tempat dalam masa yang cepat tanpa hilang
arah semasa di udara. Seorang juruterbang penyelamat haruslah mengetahui
beberapa aspek untuk tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Aspek-
aspek yang harus diketahui ialah:

Titik pelepasan

Titik ketibaan

Arah perjalanan

Jarak perjalanan
Ciri-ciri pesawat yang diterbangkan

Halaju pesawat

Kapasiti minyak pesawat

Maklumat berat dan keseimbangan pesawat

Keupayaan peralatan 'on-board' navigasi

Salah satu pengaplikasian pengetahuan tentang navigasi pesawat yang


penting ialah dalam operasi mencari dan menyelamat. Bayangkan seseorang
terkandas di gunung dalam keadaan cuaca yang buruk. Melalui isyarat
kecemasan yang diterima oleh mangsa, mereka dapat menentukan bearing
tempat berlepas (titik A) ke gunung (titik C) dan juga jarak dapat dikira.
Diandaikan bearing adalah 054o(timur laut) dan jarak ialah 50 km.

Diberi halaju pesawat penyelamat ialah 100 knot dan angin bertiup
dengan kelajuan 20 knot pada bearing 180o. Knot ialah unit standard untuk
mengukur halaju pesawat dan bersamaan dengan satu batu per jam.
Daripada data mentah yang ada, tempoh perjalanan operasi penyelamat
boleh dikira.

Sebelum mengetahui pengiraan yang terlibat, beberapa perkara asas


perlu diketahui. Untuk mengira, penyelesaian vektor digunakan kerana vektor
mempunyai arah dan magnitud. Vektor ini boleh diwakili dengan
menggunakan garisan yang mempunyai anak panah. Panjang vektor yang
dilukis mewakili magnitud dan anak panah mewakili arah.

Halaju sebuah pesawat boleh ditingkatkan atau dikurangkan dengan


angin. Oleh sebab itu, dua halaju perlu diambil kira iaitu halaju udara dan
halaju tanah (ground speed). Ground speed ialah halaju apabila pesawat
bergerak di atas tanah. Halaju udara adalah halaju pesawat apabila berada di
udara.Halaju angin, halaju udara dan halaju tanah adalah kuantiti vektor.
Hubungan antara halaju udara, Vg, halaju angin, Vw dan halaju udara
Vaadalah seperti berikut:

Vg=Va+Vw

Untuk mencari tempoh perjalanan sebuah pesawat, ground


speed boleh ditentukan dengan digambarkan oleh rajah. Dengan
menggunakan cosine rule, kita boleh mencari nilai ground speed seperti
berikut:

Menggunakan persamaan kuadratik, dengan mengambil punca yang positif;


b = 86.7 knots 45m/ sec.Dengan adanya nilai ground speed, kita boleh
menentukan arah halatuju pesawat kita;

Dengan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jika pesawat bergerak
dengan arah 044.7 dengan kelajuan 100 knot di bawah kesan angin bertiup
ke arah selatan dengan kelajuan 20 knot, ia sebenarnya mengurangkan
kelajuan asal (ground speed) pesawat 86.7 knot dan ia bergerak pada
bearing 054 .

3.3.2 Masa Penerbangan


Masa penerbangan adalah masa sebenar pesawat udara yang terbang dari
tempat berlepas ke satu destinasi. Masa penerbangan (apabila kelajuan
dianggap malar) boleh dikira menggunakan persamaan berikut:

Jarak anggaran antara A dan C ialah 50 km dan ground speed adalah


45 m / saat, helikopter akan mengambil masa kira-kira 18 minit untuk masa
penerbangan seperti yang dikira di bawah:

Pengiraan ini juga boleh diaplikasikan ketika operasi menyelamat.


pasukan penyelamat udara boleh menggunakan persamaan ini untuk
menentukan masa untuk tiba ditempat kejadian.

3.4 Matematik Dalam Sistem Pengangkutan Laut (Rumah Api)

Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, papal-kapal dagang dan nelayan
untuk singgah ke pelabuhan terutama di waktu malam. Selain itu ia juga
digunakan untuk menganggar jarak antara dari kapal ke pelabuhan jika waktu
siang.

Pada zaman dahulu, di Melaka, ia diselenggara dan dikawal oleh


Shahbandar Melaka. Oleh kerana ia begitu penting dan atas faktor-faktor
keselamatan, rumah api ini tidak dibuka lepada orang ramai.

3.4.1 Mengira Jarak Antara Kapal Dan Rumah Api

Menurut syed zul helmi bin syed amran (2009), kegunaan untuk mengira jarak
ini adalah kerana ingin mengetahui dan mengagak masa yang diperlukan
untuk kapal-kapal singgah ke pelabuhan agar kemalangan yang melibatkan
pelanggaran antara kapal-kapal serta kesesakan trafik dapat dielakkan.

Kelajuan kapal-kapal laut adalah berbeza-beza dan memerlukan masa


yang lebih lama untuk berhenti. Dibawah merupakan gambarajah antara
rumah api dan kapal yang akan singgah atau mendarat ke pelabuhan.

Rajah 2: Jarak Rumah Api Dengan Kapal Di Laut

Melalui rajah, dapatlah diperhatikan ketinggian kedudukan pengawal


rumah api dari tanah ialah 30m. Katakan jarak yang hendak dikira dari rumah
api dengan kapal laut adalah x dimana ia merupakan garisan mendatar.
Kemudian pengawal rumah api menundukkan kepalanya sebanyak 20. Maka
berapakah jarak antara dari rumah api dengan kapal laut?

Penyelesaian ini dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah


trigonometri dan sudut tunduk. Kita menterjemah semula permasalahan ini
kepada bentuk geometri iaitu segitiga bersudut tegak. Lihat rajah dibawah.

RAJAH 3: Rajah Trigonometri

Maka menurut rumus trigonometri, jarak 30m merupakan jarak


setentang dengan dengan sudut tunduk manakala jarak x adalah
bersebelahan dengan sudut tunduk. Melalui rumus,
Maka x = 82.42m.
Oleh itu jarak antara rumah api dengan kapal laut dapat diketahui iaitu
sepanjang 82.42m.

3.5 Matematik Dalam Pandu Arah Kenderaan

Sistem GPS ini merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan


seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia
merupakan salah satu sistem pandu arah yang digunakan oleh manusia pada
hari ini.

Menurut Chin Wee Kuen (2012) kedudukan seseorang atau sesuatu


tempat (longitud, latitud dan altitud) boleh dikenal pasti dalam apa jua cuaca,
masa dan di mana seseorang itu berada. Isyarat masa jitu dipancakan oleh
sekumpulan antara 24 dan 32 satelit menggunakan radio kepada penerima
GPS untuk mengenal pasti kedudukan.

Rajah 3: Alat Navigasi Pandu Arah (GPS)

Sejak 1993, GPS menjadi suatu kemudahan yang amat penting untuk
pandu arah bukan sahaja di atas darat, malah penting untuk pandu arah di
laut, udara dan juga serata dunia. Ia juga digunakan dalam pembuatan peta
dan pengukuran tanah. GPS juga digunakan dalam kajian saintifik termasuk
mengenai gempa bumi dengan memberikan rujukan masa jitu.
"ArcView Tracking Analyst" dan "ArcView Network Analyst", iaitu
perisian sambungan ArcView GIS berversi 3.1 adalah perisian GIS yang
dapat mengesan kenderaan.

GIS atau Sistem Maklumat Geografi adalah sistem maklumat yang


penting bagi perancangan dan pengurusan data-data geografi. Teknologi GIS
ini memainkan perananan penting dalam bidang pengangkutan terutamanya
dalam mengesan kesesakan lalu lintas.

Kerja pengiraan perisian ArcView GIS, dapat dilakukan dengan fungsi


"Calculate". Pengiraan (Calculate) adalah operasi pencarian bentuk maklumat
tertentu berdasarkan kepada rumus atau formula pengiraan dengan
menggunakan perkakasan pertanyaan (Query) yang disediakan.

Perkakasan pertanyaan yang disediakan merupakan parameter atau


algoritma matematik yang mudah dipakai serta merangkumi data-data
attribute dalam identiti atau lajur (Column) tertentu seperti masa, jarak dan
sebagainya. Pengiraan halaju menggunakan pertanyaan (Query) boleh
dilakukan berdasarkan formula halaju seperti berikut:

[]
Field (Halaju) =
[]

Dimana:

Field [Jarak] = Nilai jarak dihitung setiap 10 saat menggunakan


aturcara komputer.

field [Masa] = 0 0' 10" , iaitu 10 saat

Jadual 1: Jadual Halaju Kenderaan Dan Kod Warna GIS


Bagi menunjukkan perbezaan halaju kenderaan di sepanjang
penjejakan, teknik "highlight" digunakan. Pemaparan halaju kenderaan
dengan jenis warna berbeza pada bahagian laluan kenderaan berlainan dapat
dilakukan dengan menggunakan perkakasan pertanyaan (Query) yang
terkandung dalam teknik pemaparan "highlight".

Rajah 4: Teknik Pemaparan highlight Pada GPS

3.6 Matematik Dalam Pengangkutan Rekreasi (Roller Coaster)

Secara asasnya, setiap pereka roller coaster perlu tahu halaju maksimum yang
dapat dicapai oleh train ketika di trek. Sedikit sahaja kesilapan dan kecuaian akan
memberi kesan kepada nyawa penunggang roller coaster tersebut.

Perkara utama yang perlu setiap pereka fikirkan ialah


nilai tinggi dan panjang yang tepat. Mereka juga perlu tahu samada train
mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan gerakan di trek setelah
mengalami jatuhan pertama dan yang paling penting ialah jenis bahan untuk
membuat trek serta kos yang diperlukan.

Seterusnya pereka perlu menentukan jumlah beban yang dibolehkan untuk


gear pelancaran. bagi setiap roller coaster. Ini berkait dengan berat train di mana
train yang terlalu berat untuk gear akan menyebabkan roller coaster tidak boleh
bergerak ataupun gear patah dan mengakibatkan kecederaan.

Pereka roller coaster perlu menitikberatkan kecerunan jatuh dan sewaktu


terbalik, jumlah pusingan, tinggi, laju, panjang trek dan juga nilai yang diperlukan
untuk berhenti/brek. Selain itu, sistem operasi bagi permainan roller coaster juga
tidak kurang pentingnya. Operator perlu mengetahui masa yang tepat untuk
melancarkan train.

Perkara-perkara tersebut merupakan serba sedikit penggunaan matematik


yang diterapkan dalam pembinaan roller coaster untuk memberi pengalaman
tunggangan yang mencabar.

Fatimah Abu Bakar (2011) ada menerangkan tentang konsep kinetic &
potential energy dalam roller coaster. Tenaga (energy) dan gravity (gravity) sangat
memainkan peranan penting dalam roller coaster .Dua tenaga yang diperlukan
adalah kinetic energy & potential energy di mana ianya dikenali sebagai tenaga
kinetik dan tenaga keupayaan. Jadual dibawah adalah sedikit penerangan mengenai
tenaga kinetik dan tenaga keupayaan:

Jadual 2: Tenaga Kinetik Dan Tenaga Keupayaan

TENAGA KINETIK TENAGA KEUPAYAAN


(KINETIC ENERGY) (POTENTIAL ENERGY)
- Tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu - Tenaga yang dihasilkan akibat
pergerakkan (energy of motion) kedudukan /posisi (enegy of position)

- Bergantung kepada berat dan laju - Bergantung kepada berat dan tinggi
objek objek
- KE = 1/2 mv2 [m=mass; v=speed] - PE = mgh [m=mass; g=gravity;
h=height]
Roller coaster adalah salah satu contoh yang terbaik melibatkan pertukaran
diantara tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Ketika cart berada di puncak
pertama selepas bergerak ianya mempunyai tenaga keupayaan yang sangat besar
dan tinggi. Kemudian apabila cart bergerak ke bawah pula, tenaga keupayaan ini
akan bertukar kepada tenaga kinetik. Kelajuan akan semakin bertambah apabila
cart menuruni puncak.

Pergerakkan roller coaster secara berterusan, akan menyebabkan ketinggian


cart bertambah dan berkurang. Apabila berlaku pertambahan dalam ketinggian
maka kelajuan akan semakin berkurangan adalah kerana pada ketika ini tenaga
kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan. Seterusnya, jika berlaku pengurangan
dalam ketinggian maka kelajuan akan semakin bertambah. Ini kerana pada
ketika ini tenaga keupayaan bertukar kepada tenga kinetik.
RUJUKAN

Ali, J.M. & Majid, A.A. (1988). Unjuran Ortografik Dan Unjuran Perspektif. Journal
Matematika, Universiti Teknologi Mara

Chin Wee Kuen (2012). GPS.


http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2012/mei-2012/784-aplikasi.
Diakses Pada 23 Julai 2013

Fatimah Abu Bakar (2011). Kinetic dan Potential Energy.


http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/april-2011/672-
aplikasi/917-kinetic-dan-potential-energy. Diakses pada 24 julai 2013

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

Siti Salwa Alias (2011). Navigasi Pesawat.


http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/ogos-2011/714-
aplikasi/972-navigasi-pesawat. Diakses pada 23 Julai 2013

Syed Zul Helmi Bin Syed Amran (2009). Sejarah Rumah Api Tanjung Tuan.
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2009/mei-2009/318-
sejarah/519-sejarahrumah-api-tanjung-tuan. Diakses pada 25 Julai 2013

Anda mungkin juga menyukai