Anda di halaman 1dari 1

Sistem suria terdiri daripada matahari, sembilan buah planet, satelit-satelit semula jadi yang

mengelilingi planet-planet, asteroid, meteoroid dan komet.

Meteoroid merupakan batuan berlogam yang pelbagai saiz yang terapung-apung di dalam
sistem suria. Meteoroid yang terapung dekat dengan permukaan Bumi akan ditarik oleh daya
tarikan graviti Bumi. Meteoroid yang memasuki ruang atmosfera Bumi dipanggil meteor.
Geseran antara meteor dengan atmosfera Bumi akan menyebabkan meteor itu terbakar dan
menghasilkan satu coretan cahaya dilangit. Meteor juga dikenali sebagai tahi bintang.

Kebanyakan Meteor habis terbakar sebelum sampai ke permukaan Bumi. Sisa Meteor yang
berjaya sampai ke permukaan Bumi dipanggil meteorit.

Asteroid merupakan objek kecil yang terdiri daripada pelbagai saiz atau bentuk. Ia terdiri
daripada campuran batuan dan logam. Asteroid mengorbit matahari dan juga dikenali sebagai
planet kecil. Kebanyakan asteroid boleh di dapati bergerak dalam orbit yang berada di antara
orbit planet Marikh dan Musytari. Kawasan ini dipanggil Jalur Asteroid.

Komet ialah ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas dan debu. Komet
mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips yang besar dan panjang. Komet
mengambil masa yang lama untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi Matahari
disebabkan orbitnya yang besar. Komet kelihatan berkepala dan berekor yang berbara apabila
mendekati matahari. Ini ialah kerana haba matahari akan meleburkan sebahagian ais komet
menjadi gas dan debu. Komet kelihatan berbara kerana gasnya yang berpendarfluor
memantulkan cahaya matahari yang menyinarinya.

Perbedaan asteroid, komet, dan meteoroid, menurut Near Earth Object Program NASA:

Asteroid merupakan benda berbatu yang ukurannya relatif kecil, tidak aktif, dan mengorbit
Matahari.
Komet, juga berukuran relatif kecil namun kadang merupakan sebuah benda aktif yang
menguapkan es yang ia miliki saat terkena sinar matahari dan membentuk atmosfir (coma) yang
terdiri dari debu dan gas. Terkadang, karena komet bergerak cukup cepat, ia membentuk ekor
yang terdiri dari debu dan atau gas..

Meteoroid sendiri merupakan partikel kecil yang terlepas dari komet ataupun asteroid.

Anda mungkin juga menyukai