Anda di halaman 1dari 1

Isi keluarga bahagia

SEBAGAI ANGGOTA KELUARGA,KITA JUGA MESTI MENYAYANGI


ANTARA SATU SAMA LAIN.KITA BOLEH MENUNJUKKAN KASIH
SAYANG DENGAN BERKONGSI MASA SUKA DAN DUKA BERSAMA
ANGGOTA KELUARGA.KITA MESTI MENGHORMATI ANGGOTA
KELUARGA TERUTAMA YANG LEBIH TUA SEPERTI
DATUK,NENEK,AYAH,IBU,ABANG, DAN KAKAK.PERTUTURAN DAN
TINGKAH LAKU KITAJUGA MESTILAH SENTIASA BERSOPAN
SEMASA BERINTERAKSI DENGAN ANGGOTA KELUARGA.KITA JUGA
MESTI AKUR DAN PATUH DENGAN NASIHAT DAN LARANGAN
KELUARGA.KITA SEWAJARNYA BERSYUKUR KEPADA TUHAN
KERANA DIANUGERAHI SEBUAH KELUARGA.

.....Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh meluangkan masa bagimenyelesaikan masalah anak-anak. Tidak
dapat dinafikan, zaman remaja merupakan era penuh konflik bagi diri mereka, sama ada konflik dalam
atau konflik luaran. Semua orang menyakini bahawa sifat ibu bapa ibarat sekilas ikan di air, sudah
tahu jantan betinanya. Perubahan dalam diri anak-anak perlu usah dipandang enteng. Untuk itu, ibu
bapa perlu memiliki kemahiran komunikasi dan pendekatan psikologi dalam memastikan anak-anak
tidak takut dan malu untuk berkongsi masalah. Dengan cara ini, hubungan anak dan ibu bapa semakin
erat kerana kepercayaa anak terhadap kemampuan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah mereka.

.....Sesungguhnya, kebahagiaan sebuah keluarga terletak pada kebijaksanaan nakhodanya, iaitu ayah.
Seandainya nakhoda ini sering bertelagah dengan anak-anak kapal, maka sukar untuk sampai ke
destinasi utama, iaitu pantai keluarga sakinah. Dengan wujudnya hubungan yang erat antara ahli
keluarga, maka anak-anak akan lebih kurang untuk keluar rumah dan bercampur dengan kawan-kawan
yang nakal. Kesannya, masalah sosial pasti tidak akan menjadi duri dalam daging bagi keluarga yang
bahagia.

Anda mungkin juga menyukai