Anda di halaman 1dari 3

Firman Allah s.w.t.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.
Maka Contoh taqwa adalah selalu memohon ampun kepada Allah s.w.t. dengan perbanyakkan istiqfar
seperti sabda Nabi s.a.w. bersabda;



Barang siapa yang banyak beristigfar, maka Allah akan mengadakan baginya pelepasan dari setiap
kesusahan. dan daripada setiap kesempitan itu jalan keluar. dan Allah memberinya rezeki dari arah yang
tiada disangka-sangkanya. (Musnad Ahmad 4/56 Isnad Sahih)

Ada seorang laki-laki mengadu kepada Hasan Bashri tentang kemarau maka Hasan Basri berkata
kepada lelaki tersebut, Istighfarlah kepada Allah! Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan
maka beliau berkata, Istighfarlah kepada Allah! Yang lain lagi berkata kepada, Doakanlah kepada
Allah, agar Dia memberiku anak!, maka beliau berkata, Istighfarlah kepada Allah! Dan yang lain lagi
mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau berkata, Istighfarlah kepada Allah!.
Kerana sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman seperti kata Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya;




(Wahai kaumku), pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha
Pengampun.


(Maka apa ganjarannya), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (Ini
rezeki!)


(Ada lagi) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak;
dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-
sungai (yang mengalir di dalamnya).

Maka Tuan Tuan sidang Jumaat sekalian, perlulah kita perbanyakkan istiqfar astaqfirullahalazim,
astaqfirullaha wa atubu ilai. Semoga dosa-dosa kita diampunkan, kita ditunjukkan jalan keluar kepada
masalah yang kita hadapi dan kita mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Wahai saudara-saudara seislam sekalian.
* Kecelaruan jantina dan Homoseksual
Kecelaruan jantina yang merupakan salah satu penyakit masyarakat pada hari ini adalah perlakuan yang
tidak dipandu iman. Fitrah lelaki dan perempuan ditidakkan demi memenuhi ajakan nafsu yang
sebenarnya berlawanan dengan fitrah manusia. Profesor Madya Dr. Hasnan bin Kasan dalam satu
artikel beliau, Kecelaruan Jantina: Penyelesaiannya Menurut Islam menyatakan di dalam Islam, hanya
terdapat tiga jenis jantina. Lelaki, perempuan dan khunsa. Jika satu berfungsi, satunya tidak, ini khunsa
nyata. Sekiranya kedua-dua tidak berfungsi dengan nyata atau kedua-duanya berfungsi secara berselang
maka orang itu dinamakan sebagai khunsa musykil. Hukum atas lelaki, perempuan, khunsa nyata atau
musykil jelas di dalam Islam. Tidak perlu kita panjangkan. Ini adalah 3 jenis manusia yang diiktiraf
Islam.
Menjadi masalah kepada kita hari ini, dia lelaki asli, perempuan yang tulen, tetapi mahu jadi sebaliknya.
Ini masalah. Inilah kecelaruan jantina. Yang banyak, mereka sedar mereka lelaki, tetapi kata mereka
naluri mahukan mereka menjadi perempuan. Yang sedikit, mereka sedar mereka perempuan, tetapi
naluri mahukan mereka menjadi lelaki. Mereka adalah mukhannas (lelaki mahu jadi perempuan) dan
mukhannis (perempuan mahu jadi lelaki). Mereka melawan fitrah. Secara tegas, mereka dilaknat. Kata
Ibn Abbas;








Rasulullah s.a.w. melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki
(HR. Bukhari no. 5885).
Abu Daud meriwayatkan, pernah Rasulullah s.a.w dibawakan dengan seorang mukhannas yang telah
menginai tangan dan kakinya dengan inai. Maka baginda bersabda, Apa yang dibuat oleh orang ini?,
Sahabat menjawab, Wahai Rasulullah, orang ini menyerupai perempuan, Maka Rasulullah s.a.w.
memerintahkan supaya orang itu direndam dalam air. Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah
bolehkah kami membunuhnya? Baginda menjawab, Aku dilarang dari membunuh orang yang
menunaikan sembahyang.
Ini menunjukkan, mukhannas dan mukhannis tidak diiktiraf di dalam Islam. Walaupun apa sahaja
namanya, maknyah, lelaki lembut, tomboi dan 1001 nama-nama yang lain. Islam tidak mengiktiraf,
walaupun terdapat NGOs yang diketuai oleh orang-orang yang disebut hebat, yang memperjuangkan
freedom, tentang kebebasan, tentang hak asasi manusia daripada kacamata barat. Islam tidak mengiktiraf
walau terdapat undang-undang di negara yang dikatakan maju yang berpihak kepada mereka.
Adapun isu Homeoseksual sudah dikenal dalam sejarah manusia semenjak zaman Nabi Allah Lut a.s.
Mereka adalah kaum di Kota Sadom. Lelaki mendatangi lelaki dan perempuan mendatangi perempuan.
Maka balasan untuk kaum Nabi Lut a.s. seperti firman Allah;

{
) 28(

} )28(

Maka tatkala datang azab Kami, Kami balikkan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah, dan Kami
hujani mereka dengan batu dari tanah-tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh
Tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. Seperti yang disebut oleh Harun
Yahya dalam buku beliau, ia adalah percikan dan muntahan lava-lava gunung berapi yang akhirnya
memusnahkan kaum sadom.

Kisah kaum Sadom ini tentang homoseksual. Ia diharamkan Allah dan pelakunya akan mendapat
kemuraan Allah.
Tuan-Tuan sidang Jumaat;
Bagaimanakah kecelaruan jantina & hemoseksual boleh dikaitkan? Kedua-duanya adalah kerana tiada
selian iman. Juga Profesor Madya Dr. Hasnan bin Kasan dalam tulisan beliau, tahun 1998,
dianggarkan terdapat seramai 10,000 mak nyah di seluruh negara. Daripada jumlah ini 70% - 80%
daripada mereka adalah dari kalangan bangsa Melayu dan beragama Islam. Manakala selebihnya adalah
daripada bangsa Cina, India dan lain-lain etnik minoriti. Bagaimanakah kecelaruan jantina &
hemoseksual boleh dikaitkan? Ya, kerana 65 % daripada kalangan mak nyah terlibat dengan pelacuran
dan ini termasuklah hemoseksual. Ya, kecelaruan jantina yang membawa kepada hemokseksual. Selain
daripada itu, 25 % berkhidmat di kelab-kelab hiburan, salun, pusat kecartikan dan butik, lain-lain bekerja
di kedai makanan dan sektor swasta.

Tuan Tuan yang dirahmati Allah, maka khutbah hari ini membawakan beberapa pengajaran dan
tindakan;

1. Perbanyakkan istiqfar di atas kekurangan dan dosa-dosa yang kita lakukan. Insyallah, dosa-
dosa akan diampunkan, dan rezeki kita akan bertambah luas.
2. Cegah kecelaruan jantina untuk mengelakkan pelacuran dan homoseksual.
3. Ibu bapa mesti memantau anak-anak dengan lebih berkesan supaya anak-anak tidak meniru
dan menyerupai lain jantina.
4. Kekallah di atas fitrah. Jangan kita menyerupai perempuan samada daripada sudut pakaian,
dan tingkah laku.
5. Buatlah aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS di 03-55190398 jika terdapat gejala
seperti ini di tempat anda.

Aqulu qauli haza

* Kata Abdirrahman Al-Umari, Barangsiapa yang meninggalkan amar maruf nahi munkar, karena
takut kepada sesama makhluk, maka Allah akan mencabut kewibawaan orang tersebut hingga jika dia
memerintah anak-anaknya atau hambanya sekalipun, perintahnya akan diremehkan,

Anda mungkin juga menyukai