Abstrak
Selaras dengan era golabalisasi dan dalam memenuhi keperluan industri yang memerlukan
tenaga mahir, TVET ditransformasikan dari segi penyampaiannya bagi mempertingkatkan
tarikan sebagai laluan pendidikan pilihan utama. Laluan TVET kini diperluaskan dalam
kalangan pelajar-pelajar Tahfiz yang diberi kemahiran bagi melengkapkan diri untuk
memenuhi keperluan industri masa kini. Kertas penyelidikan ini memfokus kepada tahap
penerimaan, tahap keperluan dan hubungan jantina terhadap tahap keperluan TVET dalam
kalangan pelajar-pelajar Tahfiz. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20. Kajian
menggunakan soal selidik ini dilaksanakan terhadap lima buah Pusat Tahfiz dan Madrasah di
sekitar Kota Tinggi. Melalui kajian ini, pengkaji menjangkakan tahap kesedaran dan tahap
keperluan pelajar Tahfiz berada pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan jantina yang
siknifikan terhadap tahap keperluan TVET dalam kalangan pelajar-pelajar Tahfiz. Oleh itu,
pengkaji mencadangkan kepelbagaian bentuk latihan teknikal dan vokasional diperkenal dan
disediakan untuk meningkatkan keperluan pelajar Tahfiz dalam memperkasakan TVET
dalam kalangan pelajar Tahfiz.
Kata Kunci: pelajar-pelajar Tahfiz, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET)
1. PENGENALAN
Kementerian sentiasa berusaha mempertingkatkan sistem pendidikan negara dalam
memastikan graduan yang dihasilkan berdaya saing seiring dengan trend global. Sejajar
dengan itu, Kementerian telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) (PPPM (PT)) yang dibangunkan oleh rakyat untuk rakyat dan memacu
Malaysia sebagai sebuh negara berpendapatan tinggi. Terdapat sepuluh (10) lonjakan yang
telah digariskan dalam PPPM (PT)dan Lonjakan Keempat (4) ialah Graduan Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokaisonal (TVET) Berkualiti. Di mana, di bawah Program
Transformasi Ekonomi (PTE), Malaysia memerlukan peningkatan lebih 2.5 kali ganda dalam
enrolmen TVET menjelang 2025. Ini kerana, menjelang 2020 peluang pekerjaan dalam
TVET dijangka akan diperlukan dalam 12 sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Ini menunjukkan bahawa TVET merupakan pilihan utama bagi laluan kelayakan secara
global dan di Malaysia. Menurut PPPM (PT), Kementerian, melalui kolej komuniti, kolej
vokasional dan politeknik akan menyediakan pendidikan tinggi TVET yang utama bagi
meningkatkan kemahiran untuk memenuhi permintaan industri dan menambah peluang untuk
kemajuan kerjaya. Enrolmen program TVET akan berkembang dengan ketara, menerusi
kerjasama dengan industri untuk memastikan penawaran memenuhi permintaan. Dalam
merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian akan dan terus mempergiatkan kerjasama dan
penglibatan industri, menambah baik penyelarasan dengan pelbagai agensi penyedia TVET
dan meningkatkan penjenamaan.
Pada 5 April 2014 yang lalu, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin,
mantan Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan Program Pelancaran Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komunti Ledang, Johor. Ini merupakan inisiatif
kerajaan menjadikan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat sebagai dasar utama negara.
Gerakan dakwah dan tarbiyah akan terus diperhebatkan bagi memperkukuhkan lagi institusi-
institusi keagamaan. Kolej Komuniti bukan hanya menyediakan dan memberikan latihan dan
kemahiran kepada komuniti setempat tetapi kini, Kolej Komunitimemainkan peranan penting
dalam memberikan latihan dan kemahiran kepada Pusat Tahfiz dan Madrasah. Agar pelajar-
pelajar Tahfiz bukan sahaja pakar serta bertauliah dalam bidang keilmuan Islam seperti ilmu
tafsir, Quran, hadith, fekah, tauhid, muamalat, akhlak, mantiq, balaghah, falsafah dan lain-
lain tetapi pelajar-pelajar Tahfiz ini juga mahir dalam bidang TVET.
Perkembangan pesat pendidikan tahfiz Al-Quran begitu pesat di dalam negara
disebabkan permintaan masyarakat dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
menghafaz Al-Quran. Sehubungan itu, Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) sebagai salah
sebuah institusi TVET awam telah mengambil inisiatif merangka dan melaksanakan pelbagai
program TVET untuk Pusat Tahfiz dan Madrasah sekitar Kota Tinggi, Johor dengan harapan
kemahiran yang diberikan ini dapat digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
dan seterusnya dapat membantu golongan ini menjana pendapatan mereka. Program TVET
yang dirangka dan dilaksanakan dalam bentuk pelaksanaan kursus pendek bagi menyesuaikan
masa dan keadaan pelajar Tahfiz yang terlibat. Sebanyak 5 (lima) buah Pusat Tahfiz dan
Madrasah di sekitar Kota Tinggi yang telah mendaftar di bawah Pejabat Agama Islam Negeri
Johor telah bersetuju untuk bersama-sama KKKT dalam melaksanakan program TVET ini.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab KKKT dalam memastikan program TVET ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Usaha ini perlu mendapat bantuan dan kerjasama yang baik
dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor disamping memerlukan penyertaan pertubuhan-
pertubuhan Islam seluruh negara secara amnya.
1.3.2. Di samping itu kajian ini juga memberi sumbangan kepada institusi/JPKK
iaitu:
1.3.2.1. Memberi gambaran jelas untuk membantu institusi/JPKK meningkatkan
tahap penerimaan dan tahap keperluan TVET dalam kalangan Pusat
Tahfiz/Madrasah secara keseluruhannya.
2. KAJIAN LITERATUR
Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang
komprehensif dan besepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan
ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk
meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan
masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di
sepanjang peringkat kehidupan (Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2009:195).
Penubuhan awal institusi TVET awam pada 1964 yang bermula dengan hanya dua (2)
buah institusi TVET awam di Malaysia pada ketika itu dan kini hampir lebih 500 buah
institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai latihan dan kemahiran TVET telah
dibangunkan bagi merialisasikan hasrat Kerajaan. Selama itu juga, tahun demi tahun TVET
sentiasa ditambah baik dalam memenuhi permintaan industri dalam melahirkan graduan yang
berkemahiran dan seterusnya mempertingkatkan kebolehpasaran graduan. Di dalam RMK-10
empat (4) strategi digunakan dalam mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada
Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti. Strategi itu ialah menambah baik
persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai pelajar, membangunkan tenaga
pengajar TVET yang lebih efektif, memperkemas penyampaian TVET dan mengharmonikan
kualiti kurikulumnya.
Penubuhan Kolej Komuniti yang mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 sebagai
salah sebuah institusi TVET awam selaras dengan hasrat Negara dalam menyediakan
keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan
kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke
peringkat lebih tinggi. Kini , sebanyak 92 buah Kolej Komuniti seluruh Malaysia telah
dibangunkan bagi melahirkan lebih ramai modal insan yang dapat menyumbang kepada
pembangunan ekonomi mampan Negara.
Menurut Aminuddin Awang Kechik, reformasi TVET dapat melahirkan modal insan
kelas pertama, mempunyai kemahiran dan kebolehpasaran tinggi dan mempunyai kehidupan
sebagai pemimpin yang bermatlamat serta bersandarkan kehidupan yang mengabdikan diri
kepada Tuhan.
Bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) maka, KBT diwujudkan dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) untuk melahirkan modal insan yang boleh menghafaz dan
memahami 30 juzu Al-Quran, menjalinkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan
dengan kejadian alam berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, mahir dalam bidang
keagamaan dan profesional berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah dan berupaya memberi
pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir serta
berfikiran kreatif dan inovatif (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),2012).
3. METODOLOGI KAJIAN
Persampelan kajian ini adalah berdasarkan kajian soal selidik terhadap 150 dan
analisis kajian berdasarkan responden secara rawak. Pemilihan Pusat Tahfiz dan Madrasah ini
hasil perbincangan dan persetujuan daripada Pusat Tahfiz dan Madrasah untuk menjawab
borang soal selidik ini serta Pusat Tahfiz dan Madrasah ini juga bersetuju untuk diberi latihan
kemahiran daripada Kolej Komuniti Kota Tinggi. Kajian ini menggunakan instrumen borang
soal selidik yang diadaptasi dari Soal Selidik Kajian Keperluan Kursus Pendek Di Kolej
Komuniti dan analisis data dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences
(SPSS) versi 20 bagi mendapatkan dapatan. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan
dilaporkan secara deskriptif.
Jadual1:PeratusanBilanganJantinaPelajarTahfiz
Kekerapan Peratusan
Lelaki 118 78.7
Perempuan 32 21.3
Jumlah 150 100.0
Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap penerimaanTVET dalam
kalangan pelajar Tahfiz berada pada tahap sederhana iaitu nilai purata hanya 1.0241 begitu
juga, tahap keperluan TVET dalam kalangan pelajar tahfiz berada pada tahap sederhana iaitu
dengan nilai purata 2.1533. Walaupun tahap penerimaan program TVET ini pada tahap
sederhana namun pelajar Tahfiz merasakan betapa pentingnya kemahiran tambahan dalam
diri mereka. Ini dapat dibuktikan sebagaimana Rajah 2 iaitu sebanyak 65.3% ingin mengikuti
program TVET untuk menambah ilmu pengetahuan mereka dan sebanyak 10.0% ingin
mengikuti program TVET untuk peningkatan kemahiran (upskilling). Ini menunjukkan
bahawa mereka memerlukan program TVET sebagai nilai tambah bagi mereka di samping
mereka berkemahiran dalam menghafaz Al-Quran.
p > 0.05
5. RUMUSAN
Hasil perbincangan menunjukkan bahawa, tahap penerimaan dan keperluan pelajar
Tahfiz berada masih pada tahap sederhana. Pihak KKKT perlu mengatur strategi agar
program TVET ini dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar Tahfiz dalam memastikan mereka
beroleh latihan dan kemahiran selaras dengan hasrat Kementerian dalam melahirkan lebih
ramai modal insan yang berkemahiran tinggi danberdaya saing yang tinggi di peringkat
global dan ekonomi.
RUJUKAN
Aminuddin Awang Kechik (September 2011). Reformasi Dalam TVET : Perubahan Masa
Hadapan. Journal of Edupres Volume 1. 336-341.
Lonjakan Keempat (4) : Graduan TVET Berkualiti (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015 2025 (Pendidikan Tinggi), Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia. 116-129.