Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN PENGURUSAN

JENAZAH

A. Mukaddimah
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana
ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin
yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu
sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian
umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk
melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak
tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi
yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah
atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain
menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Sejajar dengan itu maka terbitlah panduan ini untuk memberikan sedikit
bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan
jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk
bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini
adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika
berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita
memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung
kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

B. Melawat orang yang sakit dan hikmahnya


Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya
mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak
mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar
ataupun tidak.
Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah
kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksud 'Tiap- tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : 'Menziarah/melawat orang yang
sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann
daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'. Ketika berada dekat dengan orang sakit,
bacalah doa ini berulang kali,

1
Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara
kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan
orang Islam.
C. Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan
nazak?
1. Perlu berada di sisinya.
2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadatain :
Ash-hadu all ah il laha illa llah.....
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-
rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.
D. Apabila sah matinya
1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan
: Hendaklah kita ucapkan :


2.Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
3. Rapatkan kedua belah matanya.
4. Qiamkan tangannya seperti dalam shalat.
5. Rapatkan mulutnya.
6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
7. Luruskan kakinya.
8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
9. Letakkan di tempat yang tinggi.
10. Hadapkan ke Qiblat.
E. Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah
dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa,
akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua
orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Di antaranya yang
wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.
F. Orang yang berhak menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan
keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati
bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam
atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
G. Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya
1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.

2
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu
meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
8. Ucapan takziah.
H. Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
I. Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah
1. Sediakan tempat mandi.
2. Sabun mandi.
3. Air daun bidara.
4. Air bersih.
5. Sugi 7 batang.
6. Sarung tangan - 3 atau 5.
7. Sedikit kapas.
8. Air kapur barus.
9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan
mengkafan mayat telah disediakan seperti :
1. Kain putih (bidang 1,45") - 20 meter bagi dewasa
2. Gunting
3. Kapas
4. Cendana
5. Kapur barus
6. Air mawar
7. Minyak wangi (Minyak Attar)
8. Tikar jerami
9. Bantal (dari daun pandan)
10. Tempat mandi yang khas.
J. Cara memandikan Jenazah
1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
4. Sediakan air sabun.

3
5. Sediakan air kapur barus.
6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya
secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain
alas atar tidak tersentuh auratnya.
9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari
tangan dan kakinya dan rambutnya.
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air
bersih.
14. Siram sebelah kanan 3 kali.
15. Siram sebelah kiri 3 kali.
16. Kemudian miringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
17. Memiringkan mayat ke kanan basuh bahagian kiri.
18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini yaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu
bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk
biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita
hendaklah dimandikan oleh perempuan.
21. Siram dengan air sembilan.
a. Siram bagian kanan 3 kali, dan mayat dimiringkan ke kiri sambil membaca:
4

b. Siram bagian kanan 3 kali, dan mayat dimiringkan ke kanan sambil membaca:

c. Siram bagian depan 3 kali, dan kepala mayat diangkat sambil membaca:


22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah
dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan
berama (Contoh : rambut, kuku dll).
26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

K. Cara-cara mengkafankan jenazah


Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain
yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan
letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu
dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di
bawah kain kafan tersebut.
Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana
yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain
kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian
yang telah disebutkan di atas.
Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang
paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali
daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali
pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di
bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah
"ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.
Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.
Ketujuh: Doa ketika merobek kain kafan:
5

L. Solat Jenazah
Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara
berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua
orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan
orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang
lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.
1. Cara mengerjakan Solat Jenazah Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan
solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah
perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah
jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam
masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan
syarat tempatnya itu luas dan bersih.
2. Rukun Solat Jenazah Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara
mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud,
juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat : i. Niat mendirikan
solat jenazah yang dimaksudkan ii. Berdiri bagi yang berkuasa. iii. Bertakbir empat
kali. iv. Salam
3. Lafaz niat solat jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu
kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu
kifayah kerana Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir
fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir
fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"
4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
a. Takbir yang pertama :

6


1. dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
2. segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
5. hanya Engkaulah yang Kami sembah[6], dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta
pertolongan[7].
6. Tunjukilah[8] Kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan)
mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]

b. Takbir yang kedua. Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan
dengan membaca selawat atas
Nabi Muhammad s.a.w :
,

.
,

Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan
berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau
memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
c. Takbir yang ketiga : Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk
memohonkan ampun pada si mayat :






"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa
kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya)
dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan
7
sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang
lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah
keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan
seksa neraka."(catatan; untuk mayat perempuan setiap dhomir Hu diganti dengan Ha)
d. Takbir yang ke empat. Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa
seperti di bawah ini :


"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi
pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara
kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki)
dalam hati kami pada orang- orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.")catatan: Setiap dhomir Hu untuk mayat
perempuan dig anti dengna dhomir Ha).
e. Salam.
M.Tata-cara menguburkan jenazah:

Kubur harus digali dalam-dalam, diluaskan, diperbaiki. Apabila telah


sampai bagian bawah kubur, digalilah padanya yang mengarah kiblat satu
tempat sekadar diletakkan mayit padanya, dinamakan lahad. Ia lebih utama
dari pada syaqq. Dan yang memasukkannya membaca:

Bismillah wa 'ala millati rasulillah'(dengan nama Allah dan atas agama
Rasulullah ). HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi.
Dan meletakkannya di lahadnya di atas bagian kanannya, menghadap
kiblat. Kemudian dipasang bantal dengan tanah sebanyak 3, 5, 7,dan 11.
Kemudian dikuburkan dengan tanah dan diangkat kubur di atas bumi
sekadar sejengkal dengan permukaan yang melengkung (seperti punuk unta).
Diharamkan membangun di atas kubur, mengapur dan menginjaknya,
shalat di sampingnya, menjadikannya masjid dan lampu-lampu atasnya,
menghamburkan bunga-bunga di atasnya, thawaf (berkeliling) dengannya,
menulis atasnya, dan menjadikannya sebagai hari raya. .
Tidak boleh membangun masjid di atas kubur dan tidak boleh
menguburkan jenazah di dalam masjid. Jika masjid itu telah dibangun
sebelum dimakamkan, kubur itu diratakan, atau digali jika masih baru dan
dimakamkan di pemakaman umum. Jika masjid dibangun di atas kubur, bisa
jadi masjid yang dibongkar dan bisa jadi bentuk kuburan yang dihilangkan.
Dan setiap masjid yang dibangun di atas kuburan, tidak boleh dilaksanakan
shalat fardhu dan shalat sunnah di dalamnya. .
Sunnah bahwa kubur digali dengan kedalaman yang menghalangi
keluar bau darinya dan galian binatang buas. Jika bagian bawahnya
berbentuk lahad seperti yang disebutkan diatas, itulah yang lebih utama. Atau

8
Syaqq: yaitu digali di dasar kubur satu galian di tengah, diletakkan mayat
padanya, kemudian dipasang bata atasnya, kemudian ditutupi.
Sunnah menguburkan jenazah di siang hari dan boleh menguburkan di
malam hari. . Tidak boleh di masukkan ke dalam satu liang kubur lebih dari
satu jenazah kecuali karena terpaksa, seperti banyaknya yang terbunuh dan
sedikit yang memakamkan mereka. Didahulukan di lahad yang lebih utama
dari mereka. Tidak dianjurkan bagi laki-laki menggali kuburnya sebelum ia
meninggal dunia.
Boleh memindahkan jenazah dari kuburnya ke kubur yang lain, jika
ada maslahat untuk mayit, seperti kuburannya yang digenangi air atau
dikuburkan di pemakaman orang-orang kafir dan semisalnya. Kuburan adalah
negeri orang-orang yang sudah mati, tempat tinggal mereka, dan tempat saling
ziarah di antara mereka, dan mereka telah mendahului kepadanya, maka
tidak boleh menggali kubur mereka kecuali untuk kepentingan mayit. . Laki-
laki yang bertugas menurunkan jenazah di kuburnya, bukan perempuan, para
wali mayit lebih berhak menurunkannya.
Disunnahkan memasukkan jenazah di kuburnya dari sisi dua kaki
kubur, kemudian dimasukkan kepalanya secara perlahan di dalam kubur.
Boleh memasukkan mayit ke dalam kubur dari arah mana pun. Dan haram
mematahkan tulang mayit. . Perempuan tidak boleh mengikuti jenazah,
karena mereka memililki sifat lemah, perasaan yang halus, keluh kesah, dan
tidak tabah menghadapi musibah, lalu keluar dari mereka ucapan dan
perbuatan yang diharamkan yang bertolak belakang dengan sifat sabar yang
diwajibkan.
Disunnahkan bagi keluarga mayit memberi tanda di kuburnya dengan
batu dan semisalnya, agar ia memakamkan yang meninggal dari keluarganya
dan ia mengenal dengan tanda itu kubur yang meninggal dari keluarganya. .
Barang siapa yang meninggal dunia di tengah laut dan dikhawatirkan
berubahnya, ia dimandikan, dikafani, dishalatkan, dan ditenggelamkan di air.
Anggota tubuh yang terpotong dari seorang muslim yang masih hidup
karena sebab apapun, tidak boleh membakarnya, tidak dimandikan dan tidak
dishalatkan. Tetapi dibalut pada sepotong kain dan dikuburkan di
pemakaman. . Dianjurkan berdiri bagi jenazah apabila sedang lewat, dan siapa
yang duduk tidak ada dosa atasnya. . Disunnahkan duduk apabila jenazah
diletakkan dan saat pemakaman, dan terkadang disunnahkan mengingatkan
yang hadir dengan kematian dan yang sesudahnya.
Disunnahkan setelah menguburkan mayit agar orang yang hadir berdiri
di atas kubur dan mendoakan ketetapan untuknya, memohon ampunan
baginya dan meminta kepada orang-orang yang hadir agar memohon
ampunan untuknya.

Anda mungkin juga menyukai