Peta Minda
Peta Minda
Ingatan)
Pengenalan
PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar
atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya. Kaedah ini memerlukan anda
menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk
memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda
seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda
berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya
minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan,
anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80%
daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar.
Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang
dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut
dihasilkan berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan
bersifat individu.
"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda
yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan
berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan. Untuk membina satu peta minda, seseorang
haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah
keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci
(keywords) dan rajah kunci (key images).
1. Mengambil nota
2. Simpanan nota ringkas
3. Memanggil / Mencerna maklumat semula
4. Mengembangkan isi
5. Menyelesaikan masalah
1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)
5. Tangga hiraki
6. Pohon fikiran
7. Pengkelasan (berpusat)
Persediaan
a. Kenal pasti konsep / idea utama
b. Bina dengan pantas
c. Bina dengan riang dan positif
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan
e. Dalam keadaan selesa & tenang
f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.
Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana dapat memberi satu gambaran
menyeluruh terhadap satu-satu topik. Peta minda membantu pemahaman dan pelajar dapat
mengingat satu-satu topik dengan lebih cepat. Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi
pelajar-pelajar sekolah rendah, peta konsep, pengurusan grafik adalah sesuai digunakan. Peta
minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail. .
Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati. Peta minda juga boleh
ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera dan dapat diingat
dengan cepat.