Anda di halaman 1dari 1

PUTERI YANG RAJIN

Di sebuah rumah yang sederhana tinggal lah sebuah keluarga yang sangat bahagia dengan

searang anak yang sangat cantik dan baik hati, namanya Puteri.

Rutin setiap hari Putri sebelum pergi ke sekolah adalah membantu ibunya. Tanpa disuruh

Puteri dengan suka rela membantu ibu yang disayangi. Dia rajin membantu ibunya

memasak. Walau hanya membantu mencuci sayuran yang sudah di potong-potong untuk

dimasak, dia sangat gembira kerana dapat menemani ibunya memasak. Tidak hanya itu

Puteri juga rajin menyapu halaman, kerana halaman rumahnya tidak terlalu besar. Oleh

yang demikian, Puteri juga sering menyapu halaman jirannya iaitu, Mak Semah. Mak

Semah tinggal seorang diri setelah kematian suaminya pada tiga tahun lepas. Puteri juga

rajin menziarahi Mak Semah apabila ada waktu terluang.

Setelah pulang dari sekolah, Puteri akan menyiapkan segala kerja rumahnya tanpa

bertangguh. Puteri sering kali mendapat nombor pertama di dalam kelasnya. Prestasi yang

diperolehinya adalah dari usaha gigihnya, selalu rajin belajar dan tidak mudah putus asa.

Pada suatu hari, Puteri memberikan cadangan kepada ibunya supaya mengadakan satu

gotong-royong membersihkan kawasan rumah Mak Semah. Ibunya bersetuju dan mereka

pergi ke pekan untuk membeli kelengkapan yang diperlukan. Semasa gotong-royong, Puteri

menyapu dan membakar sampah manakala ibunya merapikan pokok-pokok bunga Mak

Semah yang sebilangannya sudah layu. Bapa Puteri pula membaiki atap rumah Mak Semah

yang mengalami beberapa kebocoran. Mak Semah amat bersyukur kerana masih ada insan

yang prihatin kepada dirinya walaupun telah tua. Ibu Puteri menasihati supaya kita mestilah

sentiasa rajin dalam melakukan kebaikan baik dari segi belajar mahupun rajin dalam

membantu jiran tetangga.

Anda mungkin juga menyukai