Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah subhanahuwataala kerana limpah dan kurnia daripadanya

dapat kita bersama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Dan inshaAllah, pada malam ini
kita akan menunaikan ibadah atau amalan-amalan sunat lain yaitu kita akan menunaikan solat sunat
hajat, kemudian diikuti dengan bacaan yaasin. Dan seterusnya kita akan solat isyak secara berjemaah.

inshaAllah, sama2 kita betulkan niat kita, sama2 kita memohon dan meminta pertolongan daripada
Allah. Sama2 kita dekatkan diri kepada Allah..salah satu cara kita nak dekatkan diri pada Allah adalah
dengan sentiasa beribadat pada Allah, dengan melakukan amalan2 sunat, seperti zikirullah, membaca
ayat Quran dan mengamalkn amalan2 sunat.. semua amalan2 ini akan membuatkan diri kita dekat
kepada Allah.

Apabila diri kita dekat pada Allah, barulah senang doa kita diamkbulkan,.. barulah kita selalu ada untuk
doa kepada Allah.. berpegang dengan kalamullah, firman Allah dalam al-quran, ud uuni astajib lakum..
mksunya, doalah kepada Ku, nescaya aku perkenankan inshaAllah bila hati kita dekat dengan Allah,
kemudian diikuti dengan kita doa bersungguh pada Allah, pasti Allah akan makbulkan tuhan kita. Sbb
Allah lah tuhan kita.. dengan Allah sahaja kita layak memohon segala sesuatu.

Kaifiat solat sunat hajat, untuk rakaat pertama, selepas fatihah, kita akan baca ayat kursi, dan pada
rakaat kedua selepas fatihah, kita baca surah al ikhlas sebanyak 3 kali.. kemudian selepas salam, kita
akan sujud sekali.. ketika sujud, kita letakkanlah diri kita serendah rendahya, kita istighfar la dengan
seikhlas hati, yakni memohon keampunan pada Allah akan dosa2 kita.. mohonlah keampuanan untuk
diri kita dan kedua ibu bapa kita, bayangkan wajah2 ibu ayah semasa doa, ingat susah payah ibu ayah
besarkan kita, selepas itu, barulah kita doa dan minta lah apa sekalipun.. doalah kita diberi kejayaan di
dunia dan akhirat.. doalah agar kita kita dipermudahkan urusan, bagi yang bakal menduduki upsr,
doalah minta diberi kesihatan dan akal yang cerdas agar dapat mencapai kecemerlangan dan kejayaan.

Tapi perlu anak2 ingat, bukan setakat doa, kita juga perlu usaha.. kalau hanya doa, tp tanpa usaha, mcm
mana Allah nak makbulkan..inshaAlla, selain kita berusah, kita akan berdoa.. dan selesai sahaja berdoa,
kita berserahlah pada Allah. inshaAllah.. Allahumma Ameen..

Assola tu sunnatan hajjati rahimah kumullah.. assola tu laaila haillah

Anda mungkin juga menyukai