Anda di halaman 1dari 8

IKAN HIASAN

PENYEDIAAN BEKAS

1. FAKTOR PEMILIHAN IKAN HIASAN :

1. Mudah dipelihara
2. Habitat dan sifat ikan
3. Kesesuaian bekas
4. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain
5. Tahan terhadap perubahan mutu air
6. Tahan terhadap serangan penyakit

2. JENIS-JENIS AKUARIUM :

1. Akuarium kaca
2. Akuarium plastik
3. Akuarium kaca bulat
4. Akuarium kaca berbadan kayu
5. Akuarium kaca berbingkai aluminium
6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang
bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm
3. MEMILIH BEKAS (akuarium).
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu
seperti:
jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
jenis ikan hiasan
bilangan ikan hiasan
saiz ikan hiasan
saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan


untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala
untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz
bekas yang lebih besar.

4. LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN AKUARIUM

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah-


langkah berikut perlu di ikuti;

bersihkan bekas terlebih dahulu


pasangkan penapis
masukkan pasir
masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
masukkan aksesori yang dikehendaki
masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )
masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam
masukkan ikan hiasan .
5. AKSESORI TAMBAHAN DALAM HIASAN AKUARIUM :

1. Pam udara untuk menggerakkan udara yang terdapat dalam akuarium.


2. Penapis untuk menapis udara dan air daripada kotoran di dalam
akuarium.Lampu suasana di dalam akuarium akan kelihatan
lebih terang jelas dan ceria.

6. PENGURUSAN AKUARIUM

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam akuarium.


Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

Sistem pengudaraan
Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk
menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air


Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru
akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah
di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel
filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem
biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis
hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air
Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat
terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang
selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam
biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.
Aksesori
Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang
berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang
penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya
kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar
Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu
yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu
tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuarium


Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa
penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang
cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM


AKUARIUM

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam
air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-
bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak
habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke
dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis.
Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan
yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.
Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a. Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis
sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang
baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon
dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak
dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di
dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

b. Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke
semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang
dicadangkan.

c. Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium

1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.


2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di
dalam akuarium.
3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air
daripadA beg plastik.

CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.

Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat
dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau
sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat
kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu
diasingkan dan diberi rawatan.
Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak
atau bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti
pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama
beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan
dengan berlebihan.

9. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM

a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling
masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air
akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk
menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan
dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu
tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah
26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan
iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik
adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

b. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya
terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan
najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun
ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar
kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam
akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja
dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk
edaran nitrogen).

10. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN


Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti
berikut :
Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

A. Penyakit rintik putih


Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu
air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh
dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke
dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai
akuarium.

B. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia
boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air
atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat
perlu diasingkan dari ikan sihat.

C. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh
dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

http://4sekawan.weebly.com/uploads/4/0/4/1/4041010/penyediaan_bekas_ikan_hiasa
n.doc

Anda mungkin juga menyukai