Anda di halaman 1dari 4

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin),
bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari
sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara
yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat
dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan
RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan
dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata
kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada
siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar
tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak
betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila
telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita
menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan
tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan
seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih
jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada
setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan,
tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH


AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.


2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling
koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang
senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan
orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang
tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah
kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)


2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH.......... Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki


kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya.
Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan
dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan
agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh
itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.
Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia
haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt.
Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga
terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai
tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya
mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan
berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak
Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi
jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian
terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan
sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang
malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah
dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti
yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia
meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa
kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan
umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam
surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak
ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang
soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama
Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan
gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh,
yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia
mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU
YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk
menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh
haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan
ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit
dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu
menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa
menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan
penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan
mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya
sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk
mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak
solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia
menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah
ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi
sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu
dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan
bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon
petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan
buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa
maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan
perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan
bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan
isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap
isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu
Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan
bekeluarga C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam

Anda mungkin juga menyukai