Anda di halaman 1dari 26

Sayuran2

Kekacang
RANTAIAN / PANDUAN MEMANAM:
Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-

Panduan Menanam Kacang Botor (pdf)


Pokok Kacang Botor dari Wikipedia
Panduan Menanam Kacang Buncis (pdf)
Pokok Kacang Buncis dari Wikipedia
Kacang Dal
Kacang Parang
Panduan Menanam Kacang Panjang
Istilah Kacang Panjang dari Wikipedia
Istilah Kacang Pili dari Wikipedia
Panduan Menanam Kacang Soya Hijau
Pokok Kacang Soya Hijau dari Wikipedia
Kacang Hijau (Wikipedia Indonesia)
Mung Bean (English Wikipedia)
Panduan Menanam Kacang Tanah
Istilah Kacang Tanah dari Wikipedia
Jenis Kekacang dari Wikipedia
Kacang Kelisa

JENIS KEKACANG - CARA-CARA MEMANAM DAN MENJAGANYA


Bilangan berat biji benih diperlukan sebatas / seekar

Bil.pokok Bil.biji
sebatas sebatas Bil. biji Bil. biji Bil.gram Bil.paun
Nama Kekacang
(100' (100' segram sepaun sebatas seekar
persegi) persegi)
Kacang panjang "M" 34 68 6-7 3.181 11.33 6.71
Kacang Panjang "Thai" 34 68 8-9 4.090 8.50 503
Kacang botol "M" 26 52 2-3 1,363 26 15.39
Kacang botol "Thai" 26 52 3 1,363 17.33 10.26
Kacang buncis 74 148 4 1,818 37 21.90
Kacang kara (Egyptian kidney
50 100 6 2,727 16.67 9.87
beans)
Lima bean (kacang serdang) 50 100 2 909 50 29.59
Kacang manis (sweet peas) 146 292 5 2,363 58.40 24.56
Jarak menanam dan membaja

Jarak Tanaman
Hasil
Bahan Pokok Antara
Nama Kekacang Mula Baja
Tanaman Antara Barisan
Dipetik
(inci) (inci)
Kacang panjang "M" Baja organan (tahi lembu),
Biji 18 24 8
(Vigna sinensis) NPK
Kacang Panjang "Thai" Baja organan (tahi lembu),
Biji 18 24 8
(Vigna sinensis) NPK

Kacang botol "M" Baja organan (tahi lembu),


Biji 24 24 12
(Psophocarpus tetragonolobus) NPK
Kacang botol "Thai" Baja organan (tahi lembu),
Biji 24 24 12
(Psophocarpus tetragonolobus) NPK
Kacang buncis Baja organan (tahi lembu),
Biji 6 30 10
(Pheaseolus vulgaris) NPK
Kacang kara
Baja organan (tahi lembu),
(Egyptian kidney beans - Dolichos Biji 12 6 12
Lablab) NPK

Lima bean (kacang serdang) Baja organan (tahi lembu),


Biji 12 24 12-14
(PHeaseolus lunatus) NPK

Kacang manis Baja organan (tahi


Biji 4 36 10-12
(sweet peas - Pisum sativum) lembu), NPK
Perhatian:
Baja kompos atau baja-baja organan lebih sesuai
diberi pada peringkat awal penanaman kerana baja
tersebut lambat dilurut resap dibanding dengan baja NPK.

SERANGGA PEROSAK, PENYAKIT KEKACANG DAN CARA KAWALANNYA

Jenis Kacang Serangga dan Pencegah Penyakit dan Pencegah

Penyakit: Rust, Po rot, Leaf spot


Serangga : Ophiomyia phaseoli (lalat Pencegah : Zineb, copper
Kacang Panjang kacang), Euchrysops Cnejus, Maruca fungicide.Guna
(vigna snensis) testulalis (pengorek kacang). biji benih yang tahan penyakit dan
Pencegah: Endosulfan, Carbaryl sulphur
dust thiram.
Serangga : Ophiomyia phaseoli Penyakit: Rust, Po rot, Leaf spot
(lalat Pencegah: Zineb, copper
Kacang Panjang Thai kacang), Euchrysops Cnejus, fungicide. guna
(vigna sinensis) Maruca biji benih yang tahan penyakit dan
testulalis (pengorek kacang). sulphur
Pencegah: Endosulfan, Carbaryl dust thiram.
Serangga : Ophiomyia phaseoli
(lalat Penyakit: Mosaic, rust
Kacang botol 'M' kacang), Euchrysops Cnejus, Pencegah: Gunakan jenis yang
(psophocarpus Maruca tahan
tetragonolobus) testulatls (pengorek kacang). penyakit, sulphur dust dan gilirkan
Pencegah: Bidrin, Endosulfan, tanaman.
Carbaryl
Serangga : Ophiomyia phaseoli
(lalat
kacang), Euchrysops Cnejus,
Kacang botol 'Thai' Penyakit: Rust, mosaic
Maruca
(psophocarpus Gunakan jenis yang tahan penyakit,
testulalis (pengorek kacang).
tetragonolobus) sulphur dust dan gilirkan tanaman.
Pencegah: Malathion, bidrin,
endosulfan,
carbaryl
Serangga: Ophiomysia phaseoli
Penyakit: Anthracnose mosaic
Dascus
powdery
Kacang buncis sp. (lalat buah), Maruca testulalis
mildew Pencegah: Thiram, sulphur
(pheaseolus vulgaris) Pencegah :Bidrin, malathion,
dust
carbaryl,
(karathane spray), zineb
rogor
Serangga: Ophiomyia phaseoli,
Dascus
Kacang kara (dolichos Penyakit: Melecoh (damping off)
sp. (lalat buah), Maruca testulalis
lablab) Pencegah: Thiram, benlate
Pencegah: BHC, Rogor, Bidrin,
Carbaryl
Serangga: Ophiomyia phaseoli,
Dascus
Kacang serdang (lima Spp.(lalat buah), Marcuca Penyakit: Anthracnose
bean) testulalis Pencegah: Thiram (seed treatment)
Pencegah: BHC, Rogor, Bidrin,
Carbaryl
Serangga: Pengorek kacang, Penyakit: Fungus bacterial wilt
cacing pita, Pencegah: Pusingan
Kacang manis (pisum
aphids, stink bug. tanaman. Buang
sativum)
Pencegah :Bidrin, malathion, pokok yang terkena penyakit dan
carbaryl, bakar.
Kailan

PENDAHULUAN
Kai Lan (Brassica alboglabra L.H. Bailey P daripada
famili Crucifereae adalah sejenis sayuran berdaun
hijau yang mengandungi vitamin B, B, C serta zat-zat
galian seperti kalsium dan besi. Tanaman ini
merupakan salah satu daripada jenis sayur-sayuran
yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.
JENIS
Terdapat dua jenis Kai Lan tempatan yang selalu
ditanam iaitu Jenis berdaun rapuh dan Jenis berdaun
lembut

Full White
tahan panas, buku pendek dan berdaun tebal
serta berwarna hijau tua.

Kailan Tempatan
Tahan panas dan berdaun tebal.

TANAH
Kai Lan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan dan
mendapat cahaya matahari yang cukup serta mempunyai saliran yang baik dan mempunyai
suhu di antara 23oC- 35oC dan kelembapan yang tinggi. pH yang sesuai ialah diantara 5.0 -
6.5. Sekiranya pH di bawah nilai 5.0 pengapuran perlu dilakukan.
PENANAMAN

Menyediakan batas:
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2m
lebar, 7.6 m panjang dan 20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 30 cm.
Semaian:
Biji benih Kai Lan berkeadaan halus dan berwarna perang kehitaman. Untuk 04 ha.
kawasan, sebanyak 0.6 kg. biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan
kadar 3 gm. bagi 100 gm. biji benih untuk mencegah penyakit melecuh. Kemudian,
gaulkan biji-biji benih dengan pasir halus atau tanah peroi. Biji-biji ini boleh ditabur
terus di atas batas-batas di ladang ataupun disemai terlebih dahulu di tapak
semaian.
Semaian Terus ke Batas:Taburkan biji benih sama rata ke atas batas di
ladang. Selepas 14-21 hari, anak benih akan cambah. Kemudian jarangkan
mengikut jarak tanaman yang disyorkan iaitu 15 cm x 15 cm. Sulaman dibuat untuk
menggantikan anak benih yang mati dan kurang subur.
Semaian di Tapak Semaian:Taburkan sama rata biji benih yang telah dirawat dan
dicampur dengan pasir halus ke atas batas semaian yang telah disediakan. Seelok-
eloknya taburkan pula tanah-tanah yang subur untuk menutup biji-biji benih
tadi. Lindungi permukaan batas dengan rumput kering untuk mengekalkan
kelembapan tanah. Percambahan biji benih berlaku selepas 3-4 hari disemai.

Siram anak-anak semaian 2 kali sehari, pagi dan petang kecuali hari hujan. Semasa
di peringkat semaian, sembur anak-anak benih dengan larutan baja nitrophoska
seperti berikut:-
Masa Kadar / Batas

7 hari selepas menyemai 2 camca besar nitrophoska - 40 liter air.

10 hari selepas menyemai 4 camca besar nitrophoska - 40 liter air.

Selepas 10 hari
4 camca besar nitrophoska - 40 liter air.
(selang seminggu sekali)

Mengubah dan Menanam


Ubah anak benih ke batas-batas di ladang setelah berumur 3-4 minggu atau apabila
telah mempunyai 4 helai daun dan tingginya lebih kurang 7 cm -10 cm. Tanam satu
anak benih pada setiap lubang dengan jarak tanaman 15 cm antara pokok-pokok
dan 15 cm antara baris. Lindungkan anak-anak benih yang baru diubah dengan
menggunakan pelepah kelapa selama tiga hari bagi mengelakkan pokok layu. Siram
anak-anak benih yang baru diubah.

PENJAGAAN:

Meletak Sungkupan:Rumput-rumput kering, jerami kering atau lalang kering perlu


diletak di permukaan batas sebagai bahan sungkupan. Ini adalah bertujuan untuk
menjadikan keadaan tanah supaya sentiasa lembab dan mengawal pertumbuhan
rumpai. Ia juga dapat mengurangkan hakisan.
Membaja:Penggunaan baja organan seperti tahi ayam sebagai baja asas adalah
perlu untuk kesuburan tanaman sayur-sayuran. Baja ini digaul ke dalam batas
sebelum menanam. Lebih kurang 2.5 tan baja ini diperlukan untuk 0.4 hektar (1
ekar).

Selain daripada baja organan, baja sebatian seperti Nitrophoska (15:15:15) boleh
digunakan. Baja ini ditabur di antara lorong-lorong pokok. Sebagai panduan kadar
pembajaan yang diyorkan oleh MARDI (50 kg. N, 60 kg. P205, 50 kg. K20/04.ha)
boleh diamalkan. Jumlah baja yang diperlukan adalah seperti dalam jadual berikut:-
Masa Jumlah (Kg/04 ha) NPK (15:15:15)

4 hari lepas mengubah 120


12 hari lepas mengubah 140
24 hari lepas mengubah 140

Menyiram:Kai Lan memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran. Siram dua kali sehari
iaitu pagi dan petang kecuali jika hari hujan

Merumput:Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa. Cabut rumpai di atas batas
dengan tangan, sementara cangkul boleh digunakan di antara batas.

Menyembur Racun:Kerja-kerja menyembur racun perlu dijalankan awal-awal lagi untuk


mengawal serangan musuh dan penyakit. Hentikan semburan racun sekurang-kurangnya 10
hari sebelum memungut hasil:

SERANGGA PEROSAK TANAMAN KAILAN

1. Serangga Renda (Helulla undelais, F.)


Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun. Larva dewasa mengorek batang,
daun dan tunas. Sembur Bacillus thuringliensis pada peringkat awal
tanaman. Serangan lebih 5% sembur dengan cypermethrin, deltamethrin,
fenvalerate atau acephate.
2. Ulat Ratus (Spodopstera liture, F.)
Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun. Larva dewasa mengorek batang,
daun dan tunas. Sembur racun seperti fenvalerate dan cypermethrin. Pungut dan
musnah serangga dan daun yang diserang.
3. Spodoptera Exigua
Menyerang daun dan pucuk pada semua peringkat secara kelompok. Guna feromon
dan perangkap lampu.
4. Kumbang Kutu (Phyllotgreta sinuata, Steph)
Makan bahagian daun di semua peringkat menyebabkan daun berlubang
halus. Kadang-kadang makan bahagian akar dan pangkal pokok. Sembur dengan
cacun seperti acephate dan cypermethrin.
5. Ulat Plutella (Plitella xylostella L)
Makan daun di semua peringkat. Daun yang diserang menunjukkan lubang-lubang
lutsinar. Sembur dengan Bacillus thuringliensis jika terdapat 4 ekor
larva/pokok. Jika perlu sembur dengan racun serangga seperti acephate
chlorifluazuron.
6. Ulang Pangkas (Agrotis ypsilon Rott.)
Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam. Guna
umpan trichlorfon dan dedah dengan akdar 1:20, atau sembur dengan chlorfluazuron
atau fenvalerate.
7. Kutu Daun (aphis sp. Lipaphis erysimiphis spp. Kitb.)
Menghisap cecair daun. Boleh mengakibatkan daun berkedut dan kecut, daun gugur
dan pokok terbantut. Sembur bahagian atas dan bawah daun dengan cypermethrin
atau dimethoate.
8. Ulat Pelombong Daun (Phytomyza Sp.)
Menyebabkan lingkaran di permukaan daun. Batang yang diserang kecut dan
layu. Sembur dengan dimethoate atau diazinon.
PENYAKIT TANAMAN KAILAN, KUBIS BULAT, KUBIS BUNGA DAN SAWI

1. Reput lembut (Erwinia carotovora J.R.)


Terdapat reput yang berair di bahagian yang diserang. Musnah pokok yang
berpenyakit dan pastikan kawasan tidak lembab dan berbau busuk.
2. Reput daun (Corticium solani)
Daun reput dan busuk. Sembur racun seperti fenvalerate dan cypermethrin. Pungut
dan musnah seranga dan daun yang diserang.
3. Reput hitam (Xanthomonas campestris)
Pereputan bermula dengan lekok hitam di tepi daun dan terus merebak. Akhirnya
seluruh daun menjadi perang dan gugur. Baang dan akar juga menjadi
hitam. Cabut dan musnah pokok yang dijangkiti. Amalkan tanaman giliran dan
sisitem saliran yang baik. Sembur dengan copper hydroxide atau cupric hydroxide.
4. Club root (Plasmidiophora brassicae)
Akar pokok diserang menjadi bengkak dan busuk di peringkat batang. Musnah
pokok berpenyakit dan kawal dengan racun quintozence. Pastikan saliran
baik. Rawat biji benih dengan captan.
5. Damping off (Phythium sp.)
Anak benih yang baru cambah layu dan busuk di pangkal batang. Rawat biji benih
dengan captan.

Jenis Siput Darat di Kawasan Sayur Jenis Daun

1. Siput panjang kecil (Lamellaxis gracillis, Hutt) - Makan daun dan anak pokok
peringkat kecil.
2. Siput panjang besar (Subulina octona, Brugurera) - Makan daun dan anak pokok
peringkat kecil.
3. Siput kacang (Succinea taylori (Marts) - Makan bahagian bawah daun pokok yang
sudah besar
4. Siput leper kecil (Pseudoplecta bijuga) - Makan bahagian bawah daun pokok yang
sudah besar, batang.

Tindakan:
Gunakan metaldehyde atau mercaptodimethur. Perlu saliran yang baik dan mengawal
pengaliran supaya tidak berlebihan.

MEMUNGUT HASIL:
Kai Lan boleh dipungut hasilnya selepas 7-8 minggu ditanam. Pokok dicabut bersama akar
dan dibersihkan dalam air. Pungutan hasil dibuat 3 hari sekali pada awal pagi. Hasil purata
yang dipungut dianggarkan 5,700 kg / 0.4 ha. (1 ekar).
Kangkung

PENGENALAN
Nama saintifik: Ipomoea reptans Pior (kangkung
darat) dan Ipomoea equatica Forsk (kangkung air).

1. Kangkung tanah/darat
Jenis yang tumbuh di atas tanah atau batas
yang mempunyai batang yang tegak ke atas
dan daun yang panjang
menirus. Kebiasannya ditanam secara
komersil.

2. Kangkung airJenis yang tumbuh di


persekitaran berair seperti di kolam-kolam,
parit atau tali air. Pertumbuhan secara
menjalar dengan daun berbentuk bujur.

PENYEDIAAN TANAH
Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang
berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Alur dibuat
merintangi batas dengan jarak 20 cm dan sedalam 3 cm untuk menabur benih.

MENANAM
Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 46 gm biji benih sebatas
(30 kg biji benih/ sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur. Selepas 10-14 hari,
penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10
cm antara pokok.

PEMBAJAAN
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan
pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Kadar/Batas Kadar/Hektar
Pusingan Masa Jenis Baja
(7.5 x 1.2m) (650 batas)

1 sebelum menanam Baja organan 6 kg 4 tan


2 2 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan
3 3 minggu NPK 15:15:15 0.5 kg 0.25 tan

PENGAIRAN
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali
sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur
pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA / PENYAKIT
Kangkung jarang diserang oleh serangga. Penyakit utama yang menyerang ialah:-

Jenis Penyakit Bahagian Diserang Kawalan

1. Serangga Kepinding Jika perlu guna racun seperti


Menghisap cairan pokok
mictis dimethoate and
dan menyebabkan pokok
(mictis longicomis cypermethrin. Musnahkan
layu.
westw.) serangan dan pokok yang
diserang.
2. Penyakit Karat putih
Terdapat bintih putih di Jika perlu, gunakan racun seperti
(Albugo-Ipmoeae
permukaan bawah daun. mancozeb atau benomyl dan
aquaticae)
amalkan giliran tanaman.

TEMPOHMENGUTIP HASIL:
Kangkong boleh dipungtu hasilnya 30 hari selepas ditanam. Pokok dicabut bersama akar
dan dibasuh dalam air. Pengeluaran hasil adalah diantara 10-15 tan/hektar. Purata hasil
dianggarkan sebanyak 12 tan/hektar.
TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL:
Penggunaan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip
hasil. Ini berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil yang telah ditetapkan bagi
racun-racun perosak seperti berikut:-
Tempoh sebelum
Racun perosak Cara Bertindak
kutip hasil (hari)

Dimethoate 7 Sistemik, kontak, racun perut.


Cypermethrin 3 Konta, racun perut.
Benomyl 14 Sistemnik, pemulihan, pelindung.
Mancozeb 14 Pelindung

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN


Kekurangan nutrien dapat ditentukan melalui simptom-simptom seperti berikut:-
Kekurangan nutrien Simptom

Nitrogen (N) - Keseluruhan pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut.
Fosforus (P) - Pokok terencat. Daun kurang serta kecil dan warna masih hijau.

Kalium (K) - Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah daun hingga


keseluruhan daun dan menjadi kering dan gugur.
Magnesium (mg) - Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah tepi daun hingga
keseluruhan (berklorosis). Daun menjadi kering dan gugur.

Kalsium (Ca) - Pucuk terbantut dan mati.


Sulfur (S) - Keseluruhan duan menjadi hijau muda atau hijau kekuningan. Tanda
bermula dari daun muda.
Pertumbuhan daun muda terencat dan berklorosis hingga menjadi
Kuprum (Cu) -
nektrosis.
Zink (Zn) - Kesan klorosis antara urat daun hingga menjadi nekrosis. Daun baru
menjadi semakin kecil.
Molibdenum (Mo) - Daun tua bernekrosis serta tepi daun bernekrosis.
Ferum (Fe) - Kekuningan atau keputihan diantara urat daun muda dan simptom tersebut
akan merebak ke urat daun serta daun tua.
Mangan (Mn) - Bintik kuning halus antara urat daun muda. Jika teruk daun muda
bernekrosis mengakibatkan mati rosot pada pucuk.
Boron (B) - Pucuk berkerekot dan batang menjadi pendek. Daun berubah bentuk serta
mudah patah.
PENGUTIPAN HASIL
Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam. Pokok dicabut bersama akar
dan dibasuh dalam air. Pengeluaran hasil adalah diantara 10-15 tan sehektar. Purata hasil
dianggarkan sebanyak 12 tan sehektar.
Kobis Cina/sawi putih & Kobis Bunga

KOBIS CINA:
Kobis Cina (Brassica campestris L.) adalah juga dikenali sebagai kobis panjang atau sawi
putih. Sayuran ini kaya dengan vitamin A, B, C dan zat-zat galian seperti kalsium dan
besi. Kobis cina termasuk dalam sayuran jenis 'Curicifer' yang dipercayai berasal dari
negeri China. Tanaman ini popular di kalangan pekebun-pekebun pada tanah tinggi dan
tanah pamah/rendah.
Jenis:
Terdapat dua jenis yang biasa ditanam iaitu:-

1. Jenis Tanah Tinggi (Brassica campestris vari. pekinensis):


Jenis ini mempunyai daun-daun yang panjang. Apabila pokok besar, daun-daun
muda akan membentuk bungkah yang padat.
2. Jenis Tanah Pamah/Rendah (Brassica campestris var. chinensis):
Jenis ini mempunyai daun-daun yang pendek. Daun-daunnya yang muda akan
membentuk bungkah yang kurang padat dan kecil apabila pokok cukup besar.

Tanah
Kobis cina sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti
tanah gembur, tanah peroi dan tanah liat ringan. Kawasan ini juga perlu mendapat cahaya
matahari yang cukup dan mempunyai saliran sempurna. pH tanah yang sesuai ialah
diantara 5.0 - 6.5
Menyedia batas
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Kemudian sediakan batas berukuran 75-90
cm lebar, 25-30 cm tinggi dan 7.5m panjang. Jarak antara atas ialah 40 cm.
Semaian
Kobis cina ditanam dengan menggunakan biji benih. Kawasan yang luasnya 0.4 hektar (1
ekar) memerlukan lebih kurang 0.5-0.8 kg. biji benih. Biji benih ini boleh ditabur terus ke
atas batas atau disemai dahulu di tapak semaian. Selalunya cara semaian lebih elok
dijalankan kerana kita dapat memilih pokok-pokok yang sihat dan subur untuk diubah ke
batas tanaman.
Buat tapak semaian yang berukuran 1 m lebar dan 3 m panjang Taburkan biji benih yang
telah dirawat dengan racun kulat seperti thiram atau benomyl dengan kadar 3 gm bagi 100
gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh. Gaulkan biji benih ini dengan pasir
halus/tanah peroi dan barulah ditabur di tapak semaian. Tutup tapak semaian dengan
lalang kering ataupun pelepah kelapa dan siramkan air. Biji benih akan mencambah
selepas 3-4 hari ditabur. Buangkan daun penutup tapak semaian supaya tidak mengganggu
pertumbuhan seterusnya.
Mengubah
Ubah anak benih apabila telah mempunyai 4-5 helai daun, iaitu kira-kira empat minggu
selepas disemai. Sebelum mencabut anak benih, siram tapak semaian secukup-
cukupnya. Seelok-eloknya cabut anak benih bersama dengan tanah di sekelilingnya. Ini
dapat mengelakkan kerosakan akar dan mempastikan anak benih itu tidak terencat
pertumbuhannya selepas diubah ke batas tanaman. Hanya anak-anak benih yang sihat
sahaja diubah ke ladang. Ubah semasa cuaca redup atau pada waktu petang
hari. Siramkan air setelah mengubah anak benih.
Jenis tanaman
Jarak tanaman yang disyorkan ialah 15 cm antara pokok dan 20 cm antara baris.
Penjagaan

Sungkupan
Letak rumput-rumput kering, jerami kering atau lalang kering di permukaan batas
sebagai sungkupan. Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan tanah dan
melambatkan pertumbuhan rumpai. Ia juga dapat mengurangkan
hakisan. Sungkupan yang telah reput akan menambah kandungan bahan organan
ke dalam tanah.
Membaja
Baja organan (serbuk udang, tahi ayam dan sebagainya) adalah sesuai untuk
tanaman kobis di beberapa kawasan. Baja campuran dan baja urea juga digunakan
sebagai baja permukaan. Bagi tanah mineral, program pembajaan seperti berikut
boleh diamalkan. Tabur baja di antara lorong-lorong pokok.

Kadar Pembajaan /
Masa Membaja Jenis Baja
0.4ha
180 - 240 kg (12 - 15
Semasa mengubah Baja organan (serbuk udang)
gm/pokok)
Baja campuran (12:12:17:2 +
Minggu pertama (NPK Mg) 99 - 124 kg/04 ha.
TE)
180 - 240 kg (12 - 15
Baja organan (serbuk udang)
gm/pokok)
Baja campuran (12:12:17:2 +
Minggu ketiga (NPK Mg) 99 - 124 kg
TE)
Minggu kelima Urea 9 - 22 kg
Minggu ketujuh Urea 9 - 22 kg


Menyiram
Kobis cina memerlukan air yang banyak untuk membesar terutama di peringkat awal
pertumbuhannya. Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hari hujan.
Merumput
Kawalan rumpai sangatlah diperlukan. Bersihkan batas daripada rumpai sepanjang
masa untuk memastikan hasil yang lumayan. Merumput boleh dilakukan dengan
tangan atau cangkul.
Menyembur racun
Penyemburan racun adalah penting untuk mengawal serangan musuh dan
penyakit. Semburan perlu dilakukan di peringkat tapak semaian lagi jika terdapat
serangan serangga. Hentikan semburan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum
hasil dipungut.

MUSUH DAN PENYAKIT KOBIS

Musuh dan tindakan perlu diambil:

1. Ulat plutella (Plutelia xylostella L.)


Ulat memakan epidermis bahagian bawah daun terutama pada kobis muda. Daun-
daun yang telah diserang menunjukkan lubang-lubang tembus cahaya. Jika
serangan teruk, tunas kobis akan terbantut. Sembur racun Bacillus
thuringiensis. Serbuk yang dibancuh dengan kadar 50 mg dalam seliter air. Gilirkan
tanaman dengan tanaman jangka pendek. Sembur racun serangga seperti
Permethrin (0.07% bahan aktif), Carbaryl, trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan
aktif Fermethrin (0.07% bahan aktif), triazophos (0.15% bahan aktif) dan Acephate
(0.075% bahan aktif.)
2. Webworm Kobis (Hellula undalis F.)
Ulat ini memakan daun dan selalunya merosakkan tunas. Menyerang kobis di semua
peringkat. Larva yang kecil memakan epidermis di bawah daun. Larva yang besar
mengorek batang, daun dan tunas. Akibat serangan serangga, tunas kepala tidak
terbentuk. Sembur selang 4-7 hari dengan racun seperti trichlorphon 0.1% bahan
aktif.
3. Ulat pangkas (Agrotis ypsilon, Rott)
Ulat memotong batang anak benih muda di paras permukaan tanah dan memakan
daunnya. Serangga ini gemar kawasan tanah lembab oleh kerana peringkat larva
tinggal di dalam tanah. Letak umpan seperti trichlorphon yang dicampur dengan
dedah di keliling batang anak-anak benih. Sembur racun serangga seperti
trichlrphon pada kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih.
4. Ulanah / ulat ratus (Prodenia litura) (Spodoptera litura)
Ulat memakan daun dan mengorek masuk ke dalam tunas. Ia juga menyerang
semua peringkat tanaman kobis. Jika tanaman muda diserang dengan teruk, tunas
kepala tidak akan terbentuk. Sembur racun serangga seperti trichlorphon pada kadar
0.1% bahan aktif. Ulang semburan tiap-tiap dua minggu bila bunga atau kepala
sudah terbentuk.
5. Kumbang kutu (Phyllotreta sinuate Ateph.)
Peringkat larva, merupakan peringkat yang paling merosakkan. Larva yang baru
menetas akan bergerak terus ke dalam tanah dan memakan akar di pangkal anak
benih. Kumbang dewasa memakan daun yang mengakibatkan permukaannya
berlubang-lubang halus. Sembur racun serangga seperti carbaryl, diazinon atau
trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif. Sembur pada tiap-tiap batas, selang 4
hari sekali.
6. Bena / Kutu Daun
Kutu daun adalah serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan bersaiz
kecil. Ada yang bersayap dan ada yang tidak. Serangga ini mempunyai mulut yang
dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis. Biasanya kutu berkumpul di
bahagian bawah daun. Kutu membiak dengan kadar yang cepat. Kutu menghisap
cairan dari sel-sel daun. Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi
terbantut dan mati. Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus
mati. Sembur dengan teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau
Diazinon pada kadar 0.1% bahan aktif.

PENYAKIT KOBIS:

1. Reput lembut (Erwinia carotovora)


Akar dan batang menjadi lembut dan berair, menyebabkan pokok layu. Akhirnya
batang dan akar menjadi reput dan berbau busuk. Tiada kawalan kimia. Amalkan
tanaman bergilir, elak melukakan pokok dan tanam di tanah yang baik salirannya.
2. Akar tongkol (Plasmodiophora brassicae)
Akar menjadi bengkak atau berbongkol-berbuku dan menjadi busuk. Cabut pokok
yang berpenyakit, kawal rumpai, buatkan saliran yang elok dan sembur racun seperti
calomel atau vapam dengan kadar 0.1% bahan aktif sebelum menanam.
3. Bintik daun (Cercospora spp.)
Daun-daun berbintik perang. Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit
pada suhu 50oC.
4. Reput hitam (Xanthomonas campestris)
Penyakit ini kerap terjadi. Di awal serangan terdapat lekok hitam di bahagian tepi
daun dan akan merebak keseluruhan daun. Urat-urat daun menjadi perang tua atau
hitam. Seluruh daun akan menjadi kuning dan gugur. Bahagian dalam batang dan
sistem akar menjadi hitam. Jaga kebersihan kawasan. Rawat biji benih dengan air
panas selama 20 minit pada suhu 50oC.
5. Reput daun (Corticium solani)
Kulat merebak dengan cepatnya melalui sentuhan menyebabkan daun-daun menjadi
reput. Serangan selalunya teruk di musim hujan. Cabut dan buang pokok yang
diserang.

Memungut Hasil
Kobis cina boleh mula dipungut 42-49 hari selepas mengubah. Pungut kobis yang matang
dengan cara memotong pangkal batangnya dan tinggalkan 3-4 hedai daun bingkai pada
tunggul kobis itu.
Serangga perosak kobis / kobis bunga
Kubis Cina atau Sawi Putih
Istilah Kobis Cina dari Wikipedia

KOBIS BULAT (tanah pamah)


Sejenis tanaman 2 musim yang menghasilkan daun-daun yang tumbuh rapat. Batangnya
mempunyai antara ruas yang padat dan rapat. Mempunyai ciri-ciri dari segi bentuk, saiz,
warna daun yang berbeza-beza antara varieti.
Varieti
Varieti yang sesuai ditanam di tanah pamah ialah seperti beriktu:-

KK Cross
Pungutan hasilnya ialah 60-65 hari selepas mengubah, toleren pada panas, saiz
kepada 1.0-1.6 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih di bahagian dalam,
kepala sederhana kompak, hasilnya adalah 20-30 tan/hektar.

US Tropical
Pungutan hasilnya ialah 65-70 hari selepas mengubah, toleren pada panas, saiz
kepada 1.0-1.8 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih kekuningan di
bahagian dalam, kepala sederhana kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.

Autumn Queen
Hasil boleh dipungut 75-80 hari selepas mengubah, toleren pada panas, saiz kepada
1.0-1.5 kg, warna kepalanya ialah hijau muda di bahagian tengah dan epala
kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.

Eiyu
Selepas 65-70 hari diubah, hasilnya boleh dipungut (65-70 hari seleaps
mengubah), toleren pada panas, saiz kepada 0.9-1.0 kg, warna kepalanya ialah hijau
muda ke putih kekuningan di bahagian tengah, kepala kompak, hasilnya adalah 15-
25 tan/hektar.

Iklim dan Tanah:Walaupun ia merupakan sejenis tanaman iklim sederhana, hibrid-hibrid


telah dapat menyesuaikan diri di kawasan panas. Ia tidak digalakkan ditanam pada musim
hujan. Kobis boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pertumbuhan kobis adalah subur di
tanah yang lembab serta mempunyai pengairan yang cukup. Tanah gembur yang kaya
dengan bahan organan dan pH diantara 5.0 - 6.5 akan memberi hasil yang tinggi.

Penyediaan Tanah:
Tanah dibajak dan digembur sedalam 20-25 sm. Kemudian batas berukuran 1.2 m lebar,
7.5 m panjang dan 20-30 sm tinggi disediakan. Baja organan sebanyak 6 kg/batas (4
tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas, sebelum menanam.

Menanam:
Sama kaedah seperti menanam flokoli, brokoli dan kubis bunga di atas.

Pembajaan:
Baja kapur sebanyak 2.5 tan/hektar, perlu ditabur semasa membajak tanah sekiranya pG di
bawah 5.0. Kadar Kadar pembajaan yang disyorkan untuk tanaman kobis adalah seperti
berikut:-

Kadar/batas Kadar/Hektar
Pusingan Masa Jenis Baja
(7.5 x 1.2 m) (650 batas)
Sebelum menanam
1 Baja organan 6 kg 4 tan
2 minggu selepas
2 NPK 12:12:17:2 0.3 kg 200 gg
mengubah
3 NPK 12:12:17:2 0.6 kg 400 kg
4 minggu
4 NPK 12:12:17:2 0.6 kg 400 kg
6 minggu

Pengairan:
Kobis memerlukan pengairan yang cukup semasa tumbesaran pokok. Penyiraman air satu
kali sehari secara manual atau sistem pengairan renjis disyorkan terutamanya selepas
mengubah dan di pringkat anak pokok masih muda.

Pengawalan Rumpai:
Untuk mengelakkan rumpai, gula racun rumpai pracambah sepertio Alachlor, disembur pada
kadar 4 liter/hektar ke atas batas, 2-3 hari sebelum mengubah. Satu pusingan merumput
secra manual diperlukan selepas ini. Rumpai di keliling batas boleh dikawal dengan
penyemburan racun paraquat (1 liter/hektar) Penggunaan sungkupan plastik adalah
digalakkan.
Serangga dan Perosak:
.
Ulat Amalkan tanaman giliran. Sembur racun Bacillus thuringiensis (Florbac)
-
Plutella atau Permethrin (Corsair).
Ulat Ratus - Sembur racun Fenvalerate (Sumicidin), jika perlu.
Ulat Jalur - Sembur racun Permethrin (Corsair).
Reput
- Amalkan tanaman giliran. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
Hitam
Reput
- Amalkan tanaman giliran. cabut dan musnah pokok yang berpenyakit.
Berair
Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. Mengapur untuk meninggikan
Akar
- pH ke 6.5. Amalkan tanaman giliran. Sembur racun Qiuintozene
Tongkol
(Terrachlot)

Pengutipan hasil:Tempoh matang ialah antara 60-80 hari selepas mengubah bergantung
kepada varieti. Apabila matang, warna daun menjadi lebih cerah dan kepala kobis menjadi
mampat dan padat. Bahagian pangkal batang dipotong dan ditinggalkan 2-3 helai daun
pembalut.

Pengendalian Lepas Tuai bagi tanaman-tanaman di atas:Sila klik di sini untuk penerangan
pengendalian lepas tuai.

Rantaian Laman Web:

Kobis Bulat

Spesifikasi Piawaian dan Gred Kubis Bulat

Spesifikasi piawaian dan gred ini akan meliputi kobis bulat (Brassica oleracea var. capitata
Linn) bagi tujuan pasaran domestik. Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya merangkumi
kobis bulat yang diiimport dari Indonesia dan kubis bulat Cameron Highlands. Spesifikasi
piawaian dan gred ini hanya digunapakai untuk kobis bulat yang telah dibuat perapian
(trimming) yang minimum pada daun pelindung (wrapper leaves) dan tangkai. Terma-terma
yang digunakan akan bermaksud (i) Ringan dan Berongga (ii) Berat dan Padat.
Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:-

Keragaman varieti
Mempunyai ciri yang sama dan segi rupa bentuk dan warna di dalam satu-satu lot.
Kekotoran
Tidak terdapat kesan bahan-bahan asing seperti tanah ataupun najis atau terdapat
warna selain warna asal kubis, tetapi tidak termasuk kesan kapur untuk pencegahan
proses pembusukan.
Kerosakan
Kerosakan fisiologi - kubis retak/merekah/pecah di bahagian tangkai atau kepalanya
akibat terlalu tua.
Kerosakan mekanikal - kelopak daun pecah/koyak/kesan ditebuk akiabt
geseran/tercucuk benda.
Penyakit - terdapat kesan gigitan atau ditebuk serangga perosak pada dedaun kubis/
lain jenis penyakit.

Gred Ketentuan Kelonggaran (% maksimum)


Bebas dari kerosakan 10
1
Saiz yang seragam (berat > 1.3 kg) 5
Bebas dari kerosakan 10
2
Saiz yang seragam (berat 0.5 kg - 1.3 kg) 5
Luar Gred Kobis yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

Pengendalian Lepas Tuai


Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.

Pembungkusan dan Perlabelan

Pembungkusan

Kobis bulat daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai
supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa
pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut
atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa
pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit
pembungkusasn ialah tidak melebihi 30 kg.
Perlabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-

- Tarikh
- Nama / Kod Penanam
- Nama / Kod Pengeksport
- No. Kad Pengenalan
- No. Pendaftaran Syarikat
- Alamat
- Komoditi
- Berat Bersih
- Gred

Persampelan

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS
1187:1990 Method of Sampling Fresh Vegetables atau kaedah statistik yang dipersetujui.
KOBIS BUNGA:
Famili : Cruciferae
Kubis bunga (cauliflower) - Brassica oleracea L. Botryti
Nama Saintifik: Brokoli - Brassica oleracea L. Italica
Flokoli - kacukan kubis bunga dan brokoli
Kobis Bulat - Brassica aleracea var. capitata L.
Kubis bunga, brokoli dan flokoli adalah sejenis sayuran yang dikelaskan sebagai sayuran
bunga, yang mana bahagian yang dimakan ialah jambak bunga. Jambak ini mengandungi
putik-putik bunga yang masih muda dan tersusun padat di penghujung tangkai dan
bentuknya bulat leper. Selain kubis bunga (cauliflower), brokoli dan flokoli juga tergolong di
bawah kumpulan jenis kubis ini. Spesies asal kubis bunga, brokoli dan flokoli dipercayai
terdapat secara liar di kawasn pantai laut Mediterranean dan seterusnya disebar ke
Eropah. Kubis bunga telah mula ditanam di negeri-negeri beriklim sederhana, dan pada
masa ini terdapat varieti kubis bunga yang sesuai ditanam di kawasan tropik.
Kubis bunga berwarna putih, manakala bunga brokoli berwarna hijau dan flokoli berwarna
kuning kehijauan. Mengandungi khasiat makanan seperti tenaga, air, protin, karbohidrat,
lemak, serabut, kalsium, besi, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

1. Iklim
Walaupun sesuai ditanam dalam kawasan beriklim tropika, suhu yang agak dingin
masih diperlukan untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optima, seperti kawasan
yang melebihi 100 m dari paras laut.

2. Tanah
Kubis bunga, brokoli dan flokoli memerlukan tanah yang subur, dan mengandungi
banyak bahan organan. Nilai pH yang paling sesuai ialah diantara 6-7. Disamping
itu, tanah perlulah gembur dan mempunyai saliran yang baik. Sifat-sifat tanah dan
kesesuaian untuk kubis bunga, brokoli dan flokoli seperti berikut:-

Sifat Tanah Sesuai Sederhana Sesuai


Kecerunan 0 - 6 darjah 6 - 12 darjah
Kurang salir dan agak salir
Saliran Tak sempurna salir kesalir
kesalir sangat
Kedalaman tanah berkesan > 50 cm 25 - 50 cm

Selain dari pasir tak Pasir yang tak berstruktur dan


Tekstur dan struktur
berstruktur dan lempung lempung
Kemasinan < 1 mmhos 1 - 2 mmhos
Kedalaman lapisan asid
> 50 cm 0 - 50 cm
sulfat dari permukaan tanah
Ketebalan gambut Tiada halangan -

Tiada halangan batu


Keberbatuan -
di permukaan 25 cm

Tiada kelebihan nutrien


Ketidak seimbangan nutrien mikro atau CEC rendah CEC rendah.
(<5 meq/100 g tanah)
KULTIVAR YANG DIYSORKAN
Varieti yang biasa ditanam di tanah rendah adalah seperti berikut:-

Kubis Bunga - Sumber Crown, Snow Top, Chia Tai fuji 005
Brokoli - Green King (553), Early Value (554), No. 108, No. 067
Flokoli - Green Harmony (509)
Sawi

PANDUAN MENANAM SAWI

PENGENALAN

Nama
saintifik: Brassica Sp.
Famili : Cruciferae
Nama tempatan: Sawi
hijau/bunga, sawi putih,
sawi jepun, sawi pahit.

Ada beberapa jenis


sawi yang tergolong di
bawah famili Cruciferae
ini. Jenis sawi yang
popular ialah sawi hijau,
sawi putih, sawi jepun
dan sawi pak choy.
sawi hijau

KULTIVAR YANG DISYORKAN

1. Sawi hijau / sawi bunga (Brassica campestris sp. parachinensis)Jenis yang


paling popuar di kalangan penanam. Ia adalah tanaman semusim, berdaun tegak
berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna
kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau. Ada sejenis lain
yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi putih, mempunyai batang
berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan air atau hujan.
2. Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius)
Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat
dan berukuran 15-20 cm. Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau. Batang atau
petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di
bahagian daun. Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding
dengan sawi hijau.
3. Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis)
Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm). Batang dan
daunnya berwarna hijau muda. Batangnya juga compact di bahagian pangkal dan
tirus di bahagian daun. Urat daun tidak prominent dan hujung daun bulat.
4. Sawi pahit (Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee)
Jenis ini tumbuh cepat dan mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30
cm. Kultivar ini lebih besar dengan daun dan batangnya berwarna hijau
muda. Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat jeruk. Hasilnya diantara 22
- 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam.
PENYEDIAAN TANAH
Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan
yang tinggi. Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan
kualitinya. Penggunaan rumah pelindung hujan atau struktur berjaring boleh mengatasi
masalah ini. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang
berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.

MENANAMBiji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5 kg biji benih
digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram
dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-
jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan,
iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAANBagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk
menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Kadar/Batas Kadar/Hektar
Pusingan Masa Jenis Baja
(7.5 x 1.2m) (650 batas)

1 sebelum menanam Baja organan 6 kg 4 tan

2 2 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan

3 3 minggu NPK 15:15:15 0.5 0.4 kg 0.25 tan

PENGAIRAN
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari
dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
KAWALAN RUMPAIKawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang
umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT


Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:-

1. Ulat Ratus (Army Worm) - Spodopteraw litura


Sembur racun fenvalerate
2. Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph)
Sembur racun malathion
3. Ulat Pangkas (Cut Worm) - Agrotis xpsilon
Sembur racun fenvalerate
4. Ulat Pluttela (Pluttel xylostella)
Sembur racun Bacillus thurintgiensis. Amalkan tanaman giliran.
5. Reput Lembtu (Erwinia carotovora)
Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang
baik.
6. Bintik Daun (Leaf Spot) - Cercospora spp.)
Rawat biji benih dengan thiram

7. Reput Daun (Leaf Rot. - corticum solani


Cabut dan buang pokok yang berpenyakit
8. Siput :

Siput panjang kecil - makan daun dan anak pokok


Siput panjang besar - makan daun dan anak pokok
Siput kacang - makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
Siput leper kecil - makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar

9. Kawalan secara kimia dengan menggunakan metaldehyde atau


mercaptodimethur. Ikut label untuk kadar penggunaan yang berkesan. Kawalan
kimia dilakukan setelah batas sedia untuk ditanam sebelum biji benih sayur
disemai. Kawalan lain ialah secara kultur iaitu dengan mengadakan saliran yang
baik kerana tanah yang sangat basah akibat air bertakung atau batas yang rendah
dan bersebelahan parit yang bertakung menggalakkan serangan.

TEMPOH MENGUTIP HASIL: Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini
dipungut dengan memotong pada paras tanah. Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok
mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan/hektar dan hasil purata ialah 14
tan/hektar.

TEMPOH DILADANG MENGUTIP HASIL: Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum


mengutip hasil berpandukan:-

Tempoh diladang
Jenis Racun
kutip
(Bil hari)
acephate 14
cypermethrin - 5
carbaryl - 14
chlorotalonil -- 14
dimethote - 7
-
fenvalerate 7
-
mercaptodimethur- 14
permethrin - 7
profenofos - 14
tptriazophos 14

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIENTanda-tanda kekurangan nutrien pada tanaman sawi


akan berlaku sekiranya pembajaan tidak dijalankan dan ini akan menjejaskan kualiti sayur untuk
pasaran. Sebagai panduan disenaraikan di bawah ini nutrien yang diperlukan untuk mendapatkan
sawi yang berkualiti tinggi dan tanda-tanda kekurangan nutrien.

Nutrien Tanda Kekurangan


Nitrogen - Keseluruhan pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut
Fosforus - Pokok terencat, daun kurang dan kecil, warna masih hijau.
Tanda kekuningan bermula di tepi daun tua dan kemudiannya akan
Kalium -
merebak.
Melibatkan daun tua di mana bahagian diantara urat daun
Magnesium -
kekuningan. Daun juga akan gugur.
Kalsium - Pucuk terbantut dan mati.
Simptom di daun muda dimana keseluruhan daun menjadi hijau muda
Sulfur -
dan kemudiannya hijau kekuningan. Daun juga melengkung (cupped).
Kuprum - Pertumbuhan daun muda terencat dan kekuningan berklorosis.
Zink - Kekuningan diantara bahagian urat daun muda.
Molibdenum - Daun tua berklorosis dan tepi daun akan kering.
Kekuningan atau keputihan diantara urat daun muda dan keadaan ini
Ferum -
akan merebak ke urat daun. Juga boleh merebak ke daun tua.
Mangan - Bintik kuning halus antara urat daun muda.
Boron - Pucuk kerekot dan batang menjadi pendek.

KEMATANGAN PENGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL


Hasil dikutip 27 hingga 30 hari selepas menyemai dengan memotong pada paras tanah. Sayur ini
dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok
mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan sehektar dan hasil purata ialah
14 tan / hektar. Pengeluaran hasil adalah mengikut jenis sawi:-
Sawi hijau / bunga14-16 tan/ha.
Sawi putih 14-16 tan/ha.
Sawi jepun 12-14 tan/ha.
Sawi pahit 20-30 tan/ha.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
PROGRAM KERJA SEHEKTAR TANAMAN SAWI

Hari selepas tanam Gerak kerja Catatan

Penyediaan tanah:
Racun glufosinate-ammonium
- Meracun rumpai dan tanaman
pada kadar 0.5 kg/ha.
sebelumnya.
- Pembajakan
- Penyediaan batas
-4 Ground magnesium limestone
- Pengapuran
(GMK) pada kadar 5 tan sehektar

Tahi ayam pad kadar 3-5 tan


- Baja asas.
sehektar.

-2 Meracun pra-cambah Metalachlor

Kadar biji benih ialah 1.5 kg


0 Penanaman - biji benih ditabur terus
sehektar
Baja 15:15:6:4
Sembur baja daun
6 Gunakan racun permethrin atau
Kawalan kulat dan serangga
mancozen
Membaja Baja 15:15:15 pada kadar 150 kg
9
Penjarangan pokok sehektar
Kadar penjarangan ialah 10-15
cm

Secara manual/glufosinate-
14
Merumput ammonium pada kadar 0.5 kg
sehektar dan gunakan alat
penyembur bertudung

Menyembur baja daun Baja 15:15:6:4

Gunakan Bacillus
Kawalan serangga dan kulat thurengiensis. Gunakan racun
permethrin atau mancozeb.
Baja 15:15:6:4 pada kadar 200
15 Membaja
kg sehektar
Gunakan racun permethrin atau
Kawalan serangga dan kulat mancozeb.
20
Membaja Baja 15:15:6:4 pada kadar 250
kg sehektar

27 Memungut hasil
Serai

SEPINTAS LALU
Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang
cukup untuk pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya
matahari, pertumbuhannya akan terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah
antara 250 cm dan 300 cm paling baik.
Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki
x 3 kaki. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula
membiak setelah 2 minggu ditanam. Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau
pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.
Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai
berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh. Tanaman serai tidak memerlukan banyak
penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi
mengurangkan penggunaan racun kimia. Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu
masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang
pertumbuhan rumpai.
Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang
serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan
'scoop'. Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan
gunting 'secateurs'. Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk
dijual dan dibuat benih.
Varieti Serai: (Serai Makan dan Serai Wangi)
Serai Makan
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Serai makan ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesies serai
makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai 'lemongrass' iaitu
Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Penanaman C. flexus lebih tertumpu di
kawasan Malabar, di India. Spesis C. citrates tersebar luas di kawasan beriklim tropika,
cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250
cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman
ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak
memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

Serai Wangi
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae

Bahan Tanaman:
Serai ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada
rumpun yang telah tua, berumur 8 - 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak
yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong
meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

Penyediaan Tanah:

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa
permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar
biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu
banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

Penanaman:

2-3 batang serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan
tanam bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak
tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara
baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris
ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk
diamalkan dikebanyakan jenis tanah.
Pembajaan:
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang menghauskan tanah. Oleh itu pembajaan yang
sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka
panjang. Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada
status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali
sebagai baja tambahan. Baja asas ditabur dan digaul ke dalam tanah semasa atau sebaik
sahaja penanaman dilakukan.
Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan
bagi sehektar tanaman di tanah mineral ialah 80-100 kg N; 40-80 kg. P2 05 dan 40-80 kg.
K20. Bagi tanah gambut, kapur sebanyak 2.5 t/ha perlu juga ditabur. Sebagai panduan,
jadual pembajaan yang dicadangkan untuk sehektar tanaman menggunakan baja sebatian
ialah seperti berikut:-

Baja Asas - Sebatian NPK 12:12:17:2 + unsur pekit sebanyak 250 g


Baja Tambahan - Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas tanam.
Kawalan Rumpai:
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal
pertumbuhan. Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali
merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau
penyakit ke atas tanaman serai makan.
Penuaian:
Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6-8 bulan selepas
ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong
meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10-15 cm. Bagi tanaman yang
berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40
batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga
disuling untuk pengeluaran minyak pati.
Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman
berumur 6-8 bulan. Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-
rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas
kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil
daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 dan 12 tan/ha. bergantung
kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah
16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32 hingga 48 tan/ha.
Pengeluaran Minyak Pati
Keharuman dan perisa serai makan disebabkan oleh minyak pati yang terkandung didalam
daunnya. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga cokelat, kemerahan dan berbau
seperti limau 'lemon'. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian, kandungan utamanya
ialah sitral iaitu sejenis aldehid. Peratusan sitral minyak pati daripada C. citratus ialah
antara 65% hingga 85%.

Anda mungkin juga menyukai