Anda di halaman 1dari 1

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB) merupakan sebuah syarikat percetakan yang ditubuhkan yang
mempunyai 12 Cawangan/Kedai di Seluruh Malaysia. Kami mencari calon yang berkelayakan untuk menyertai kami.

ACCOUNTS OFFICER
(IPOH)

Tanggungjawab:

Memproses pembayaran kepada pembekal dan tuntutan pekerja dalam masa yang ditetapkan, termasuk merekod invois, memastikan
dokumen lengkap untuk pembayaran, mengeluarkan baucar pembayaran dan cek/pembayaran online dibuat mengikut tempoh kredit yang
dipersetujui dan menyediakan penyata bulanan pembekal.
Mengeluar dan menguruskan baucar/pembayaran petty cash secara efisyen dan menyediakan laporan bulanan bank dan penyelarasan
petty cash.
Menyediakan jadual aset tetap bulanan untuk mencatat pergerakan aset tetap.
Menyediakan laporan inventory bulanan untuk Bahan Mentah, Barang siap, kerja yang sedang berjalan dan barang dalam transit.
Melaksanakan pemindahan bajet dan memastikan perbelanjaan tidak melebihi bajet yang diluluskan.
Menyediakan jurnal dan dokumen sokongan untuk Akaun Pengurusan bulanan.
Mengatur mesyuarat bulanan dengan Ketua Cawangan untuk menyemak perbezaan antara prestasi sebenar dengan belanjawan.

Syarat-syarat:

Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Perakaunan atau Kewangan


Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun
Boleh bekerja dengan sendiri dan secara berpasukan
Boleh bekerja lebih masa jika diperlukan
Boleh melaporkan diri dengan kadar segera

Kami menyediakan ganjaran pakej yang menarik termasuk elaun tetap pengangkutan, faedah perubatan, kemasukan ke hospital &
pembedahan untuk diri dan tanggungan serta insuran hayat dan kemalangan diri.

Calon dikehendaki mengemukakan biodata lengkap termasuk:

Butir-butir tanggungjawab kerja sekarang


Gaji semasa dan dipohon
Gambar berukuran pasport
Sijil & dokumen berkaitan termasuk slip gaji terkini

ke alamat berikut:
Ibu pejabat PNMB PNMB Ipoh
Jabatan Modal Insan Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Percetakan Nasional Malaysia Berhad Jalan Tunku Abdul Rahman
Jalan Chan Sow Lin 30030 Ipoh Perak
50554 Kuala Lumpur Tel: 05-5451315 / 05-5486835
Tel: 03-9236 6820 /6816 / Fax: 03-9236 6999 Fax: 05-5486834
Email: hr@printnasional.com.my Email: pnmbipoh@printnasional.com.my

Pakej ganjaran akan sepadan dengan pemohon:


Kelayakan
Pengetahuan
Pengalaman Berkaitan
Kemahiran

Sila hantarkan permohonan sebelum 15 Disember 2017. Hanya calon calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Anda mungkin juga menyukai