Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja

PROGRAM 3K
(Kebersihan&Keceriaan, Keselamatan,
Kesihatan&Kantin)

Peringkat Sekolah

Sepanjang Tahun 2015

Anjuran:

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI


71800 Nilai, NEGERI SEMBILAN

Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)
SMA NILAI

PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah
satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan


sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan
dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana
bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di
samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
mereka.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga Sma Niali akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat
3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : Januari hingga November 2015


Tempat : SMA Nilai

BIL PROGRAM KOS TINDAKAN TARIKH CATATAN


1 Gotong royong perdana RM 3000 GURU 3K 2 Kali Setahun
2 Program Kesihatan RM 600 GURU 2 Kali
KESIHATAN Ceramah
3 Program Keselamatan RM 200 GURU 2 Kali Latihan
(Latihan Kebakaran)
KESELAMATAN Kebakaran
4 Program Keceriaan RM 2000 GURU 3K
(Taman Herba, Dataran
Ceria, Bengkel Inovasi)
5 Program Keceriaan RM 2100 GURU 3K Hadiah
Kelas/Asrama diberikan 2
bulan sekali
kepada
pemenang
kelas dan
asrama
6 JUMLAH RM 7900

JAWATAN KUASA PELAKSANA

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

NAIB PENGERUSI 1

NAIB PENGERUSI 2

SETIAUSAHA

AJK PELAKSANA

KECERIAAN&KEBERSIHAN

KESELAMATAN

KESIHATAN

KANTIN

PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai