Anda di halaman 1dari 2

Dapatan Borang Soal Selidik Kantin 2017

Soalan 1
Adakah anda berpuas hati dengan menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin?
Ya = 26
Tidak = 56

Komen: Pelbagaikan menu lauk-pauk, jual buah-buahan dan makanan yang berkhasiat.
Elakkan masakan yang berminyak dan bergoreng.

Soalan 2
Adakah anda berpuas hati dengan kebersihan dapur pengusaha kantin?
Ya = 39
Tidak = 43

Komen: Elakkan dari menggunakan tuala untuk mengelap bekas makanan. Kadangkala
ada berus dawai melekat pada ayam goreng.

Soalan 3
Adakah anda berpuas hati dengan cara penyediaan makanan pengusaha kantin?
Ya = 37
Tidak = 45

Komen: Seorang tukang masak berpengalaman perlu untuk penyediaan menu yang
pelbagai. ‘Ketua tukang masak’ diperlukan seperti penyediaan menu kenduri agar
persediaan lebih teratur. Pelayan kantin kurang mesra, ada yang terlalu kasar dan
kurang senyum.

Soalan 4
Adakah anda berpuas hati dengan harga makanan pengusaha kantin?
Ya = 25
Tidak = 57

Komen:
1) Kuantiti tidak berpatutan dengan harga.
2) Potongan ayam terlalu kecil kadangkala hanya mendapat tulang dengan sedikit sahaja
isi.
3) Sambal nasi lemak terlalu sikit.
4) Harga tidak standard.
5) Harga tidak mengikut senarai harga yang ditunjukkan di kantin.
6) Air tin RM2 terlalu mahal.
7) Air dalam gelas yang banyak ais seharusnya Cuma RM0.50.

Soalan 5
Adakah anda berpuas hati dengan kebersihan kantin secara keseluruhan?
Ya = 49
Tidak = 33

Komen: Sederhana bersih.


Soalan 6
Sila nyatakan ketidakpuasan hati anda secara keseluruhan perkhidmatan kantin di S.K.
Jalan Muara Tuang.
1) Baki wang tidak dipulangkan. Harga seketul kuih RM0.30. Beli tiga RM1 sepatutnya
RM0.90 dan ada baki 10sen. Beri duit RM5 membeli satu air tin, tetapi baki tidak
dipulangkan.
2) Murid tahap 1 mengadu duit di ambil tapi tidak mendapat makanan.
3) Makanan yang sama setiap hari.
4) Kuantiti makanan yang tidak bersesuaian dengan harga.
5) Perbezaan harga yang dipamerkan dengna harga sebenar.
6) Makanan yang disediakan terlalu sedikit. Tidak ada makanan sihat yang boleh dibeli
selepas 9am selain sosej, nugget, fries dan makanan berminyak lain.
7) Kuih muih keras dan hirisan yang kecil.
8) Meehoon/kuewtiaw/mee goreng hanya digoreng bersama sayur campur sahaja.
9) Air dibancuh tidak cukup rasa seperti kurang susu tetapi harganya mahal.
10) Tiada cairan membasuh tangan di sinki untuk murid dan staff.
11) Pekerja kantin tidak peramah kadangkala pemarah.
12) Adakalanya makanan yang di jual sudah basi.
13) Adakalanya makanan tidak cukup masak dan masih mentah.

Soalan 7
Sila beri cadangan anda untuk memperbaiki perkhidmatan kantin di S.K. Jalan Muara
Tuang.
1) Disamping menu lauk pauk, terdapat menu ‘istimewa hari ini’ seperti mee jawa, laksa
penang, mee sup, laksa Sarawak, nasi ayam, nasi briyani, nasi hujan panas dan pelbagai
lagi.
2) Jual buah-buahan. Sihat dan mudah disediakan.
3) Jual makanan berkhasiat seperti koko krunch dan susu segar semangkuk kecil RM1.
4) Tidak menjual makanan tidak berkhasiat dan bergoreng seperti nugget, sosej, fries yang
tidak berkhasiat.
5) Memperbanyakkan kuantiti sepaket keropok ikan.
6) Ambil lebih ramai pekerja dan agihkan tugas.
7) Jual minuman bermalt seperti milo atau horlicks dan juga air buah yang sihat.
8) Senaraikan menu setiap hari.
9) Semak semula senarai harga, ianya haruslah mengikut apa yang idpaparkan dikantin.
10) Bahagikan ruang penjualan tahap 1 dan 2 supaya kes tidak memulangkan baki kepada
murid tahap 1 dapat dihindarkan.
11) Adakan menu ala carte untuk guru.
12) Tambahkan saiz kuih muih.
13) Pastikan masakan benar-benar masak.

Anda mungkin juga menyukai