Anda di halaman 1dari 22

Topik X Rawatan

Pertolongan
4 Cemas
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan prinsip-prinsip dan amalan pertolongan cemas;
2. Mengaplikasikan asas pertolongan cemas untuk kecederaan di luar
dan dalam badan; dan
3. Menjelaskan langkah-langkah bantu mula.

X PENGENALAN
Kemalangan merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangkakan. Apakah yang
akan anda lakukan apabila menghadapi situasi tersebut? Ia boleh terjadi di
mana-mana sahaja, mungkin di rumah, pusat pengajian, tempat rekreasi, tempat
tidur dan sebagainya. Apabila berlaku sesuatu kemalangan di persekitaran anda,
beberapa perkara perlu dilakukan untuk menyelamatkan mangsa kecemasan.

Jika situasi ini berlaku secara mengejut, anda perlu bertindak serta-merta.

Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang


diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera. Pertolongan cemas
merupakan suatu cara atau rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa
sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang dialami oleh
mangsa menjadi serius sementara menunggu bantuan tiba.
TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 51

4.1 PRINSIP-PRINSIP DAN AMALAN


PERTOLONGAN CEMAS
Terdapat prinsip-prinsip dan amalan yang tertentu dalam pertolongan cemas.
Mari kita lihat definisi dan tujuannya terlebih dahulu.

4.1.1 Definisi
Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan
pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera dalam
sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut
sementara menantikan ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan.

4.1.2 Tujuan
Tujuan pertolongan cemas ialah untuk cuba menyelamatkan nyawa,
mengurangkan keparahan kecederaan dan memulihkan mangsa sementara
menunggu bantuan perubatan tiba.

Antara matlamat pertolongan cemas adalah:

(a) Untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesakitan atau


terlibat dalam kemalangan;
(b) Menghadkan kesan-kesan kecederaan; dan
(c) Menggalakkan dan membantu pemulihan.

4.1.3 Peraturan Tertentu dalam Pertolongan Cemas


Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan
pertolongan cemas. Berikut adalah merupakan tindakan yang perlu dilakukan
semasa memberi pertolongan cemas:

(a) Menilai Situasi Kecemasan


(i) Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan
tenang dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku.
(ii) Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap
lain-lain bahaya terhadap diri dan mangsa.
(iii) Hindarkan diri anda daripada sebarang risiko.
52 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(b) Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat (Rujuk Rajah


4.1)
(i) Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan
kepada mangsa.

(ii) Pastikan mangsa dihindarkan daripada bahaya dengan memindahkan


mangsa dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya.

(iii) Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda.

(iv) Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana
kemungkinan bahaya.

Rajah 4.1: Memastikan keselamatan mangsa

(c) Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas


(i) Cuba lindungi mangsa daripada sebarang bahaya. Nilai mangsa
dengan kaedah pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan
dengan segera.

(ii) Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada:

x Sedar sepenuhnya atau tidak;

x Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri;

x Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi; dan

x Tidak mempunyai nadi.


TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 53

(d) Meminta Bantuan atau Pertolongan (Rujuk pada Rajah 4.2)


(i) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam
perjalanan.

(ii) Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat


pertolongan daripada orang lain untuk memastikan beberapa perkara
iaitu:

x Memastikan kawasan kemalangan selamat;

x Membuat panggilan kecemasan;

x Mendapatkan peralatan pertolongan cemas;

x Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan;

x Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa; dan

x Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan


selamat.

Rajah 4.2: Meminta pertolongan


54 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

4.2 ASAS PERTOLONGAN CEMAS


KECEDERAAN LUAR DAN DALAM
Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila mendekati mangsa yang
mengalami kecederaan yang teruk adalah seperti berikut:

(a) Saluran Udara


(i) Periksa sama ada saluran udara mangsa diperiksa bagi memastikan
sama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan ataupun
benda asing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan
terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring
menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka.

(ii) Dua jari digunakan untuk membersihkan mulut daripada sebarang


halangan yang boleh dilihat.

(iii) Periksa dan keluarkan gigi palsu sekiranya alat tersebut longgar.

(iv) Pastikan tangan tidak dimasukkan terlalu dalam kerana ia boleh


menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada
saluran udara.

(v) Periksa sama ada mangsa masih bernafas. Jika tidak, berikan bantuan
pernafasan.

(vi) Periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan
tekanan pada dada (kompresi dada).

(b) Pendarahan
(i) Teknik penekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan
adalah satu cara meminimumkan sebarang jangkitan.

(ii) Tekanan dilakukan dengan menggunakan kain yang bersih (Sila


rujuk pada Rajah 4.3).

(iii) Keadaan pegangan tangan ataupun kaki adalah pada paras jantung.
Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga
pasukan ambulans tiba.

(iv) Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan
darah.
TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 55

(v) Selapis kain digunakan untuk mengenakan tekanan yang mampat


bagi menghentikan pendarahan.

(vi) Kaedah ini juga boleh digunakan dalam tekanan secara langsung
untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain. Apabila
pendarahan tidak dihentikan, seorang yang mengalami pendarahan
boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong.

(vii) Tindakan untuk menghentikan pendarahan dengan serta-merta perlu


dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mangsa.

Rajah 4.3: Rawatan bagi kecederaan akibat tertusuk

(c) Pitam/Pengsan
(i) Keadaan di mana individu tidak sedarkan diri dalam masa yang
singkat.

(ii) Individu akan jatuh rebah dan sedar semula dalam masa yang singkat
setelah darah mengalir kembali ke otak (sila rujuk pada Rajah 4.4).

(iii) Beberapa tindakan yang perlu diambil bila berhadapan dengan


keadaan ini iaitu:

x Beri ruang kepada mangsa;

x Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di kawasan yang


lapang;

x Longgarkan pakaian yang ketat;

x Rendahkan kepala sehingga sampai ke kaki. Keadaan yang sama


dilakukan apabila mangsa sedar selama beberapa minit; dan

x Bawa mangsa ke kawasan yang lapang atau hantar mangsa


pulang.
56 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 4.4: Mangsa pitam

(d) Terseliuh dan Terkehel


(i) Suatu keadaan di mana otot atau salur penyambung otot terpusing.
(ii) Apabila keadaan itu terjadi ia akan menyebabkan sakit dan bengkak.
(iii) Tindakan yang perlu diambil ialah:

x Jika kaki terseliuh, buka kasut sebelum ia bengkak. Begitu juga


jika di bahagian-bahagian lain, buka benda yang menutupi
bahagian yang sakit;

x Rehatkan di kawasan selamat;

x Lekapkan dengan ais pada bahagian yang cedera; dan

x Balut dan rehat sehingga denyutan hilang.


(iv) Jika kesakitan teruk bawa jumpa doktor untuk tindakan lanjut.

(e) Patah Tulang

(i) Salah satu kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan retak dan
patah tulang. Apabila suatu tulang retak atau patah, beberapa
masalah lain akan timbul yang berkaitan dengan otot, tendon, saraf
dan salur darah kerana struktur-struktur tersebut melekat atau
berhampiran dengan tulang.

(ii) Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptom-


simptom berikut:

x Rasa sakit pada bahagian tulang;

x Mangsa mendengar bunyi atau terasa tulang patah;


TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 57

x Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera;


dan

x Terasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang


tercedera.

(iii) Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal.

(iv) Bengkak atau warna kebiruan kelihatan pada bahagian yang


tercedera.

(v) Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi menjadi tidak
normal.

(vi) Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera
dengan ketulan ais atau dengan tuala yang telah direndam dalam air
sejuk.

x Ia akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Balut


bahagian yang tercedera dengan kain kapas;

x Pastikan ikatan splin pada bahagian yang menyokong tulang


yang patah atau retak (Rajah 4.5);

x Untuk mendapatkan sokongan yang lebih teguh, bahagian yang


tercedera perlu diampu pada bahagian anggota yang tidak
tercedera bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas;

x Sebagai contoh, bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas,


lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan dengan anduh;
dan

x Balut kaki yang tercedera bersama-sama dengan kaki yang tidak


tercedera. Ketulan ais membantu mengurangkan kesakitan (Rajah
4.6).

(vii) Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau


semasa membawa mangsa ke hospital.
58 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 4.5: Bahagian yang diikat menyokong tulang yang patah

Rajah 4.6: Ais bantu mengurangkan kesakitan

(viii) Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan


pertolongan cemas ialah:

x Bertindak dengan segera kerana setiap saat boleh membawa


perubahan;

x Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau


belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan;

x Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor


sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas;

x Jangan tarik pakaian mangsa yang terluka dan terbakar;

x Tenangkan diri dan tenangkan mangsa; dan

x Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil


sebarang cecair.
TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 59

Rajah 4.7: Angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak

Rajah 4.8: Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan

(f) Renjatan
(i) Rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera selepas
disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan
dialihkan.

(ii) Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk
meningkatkan aliran darah ke otak (Rajah 4.7).

(iii) Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan ataupun


kehilangan haba dan longgarkan pakaian yang ketat dan tali
pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada
ataupun pinggang (Rajah 4.8).

(iv) Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan
mudah jika diberi melalui mulut. Hubungi ambulans dan bawa
mangsa ke hospital secepat mungkin.

(v) Tinggikan kaki untuk mengurangkan peraliran darah ke jantung.


60 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(g) Tercekik
(i) Keadaan di mana mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun
objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas. Lakukan bantuan
pemulihan pernafasan untuk keadaan begini.

(ii) Objek perlu dikeluarkan bagi mengelakkan gangguan terhadap


pernafasan mangsa.

(iii) Pastikan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong


mangsa dengan memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut
mangsa.

(iv) Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada. Ikut arahan


untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan.

(v) Rawatan tercekik:


x Pemulihan bagi kanak-kanak ialah dengan menghalakan kepala
mangsa ke bawah (Rajah 4.9);

Rajah 4.9: Rawatan tercekik kanak-kanak

x Letakkan badannya di atas lengan atau lutut kamu;

x Buka mulutnya dan suruh mangsa batuk;

x Sekiranya orang dewasa tercekik, biarkan mangsa tunduk dalam


keadaan kepala lebih rendah daripada paru-parunya (Rajah 4.10);
TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 61

x Suruh mangsa batuk, sekiranya benda penghalang masih tidak


keluar dan tindakan yang perlu dilakukan ialah mengekalkan
kedudukan asal dan tepuk belakang mangsa;

x Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, ia


perlu dikeluarkan dengan jari; dan

x Sekiranya benda penghalang masih tidak keluar, mangsa perlu


dirujuk ke hospital.

Rajah 4.10: Mangsa tunduk dalam keadaan kepala rendah

(h) Terbakar dan Melecur


x Dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan
segera;

x Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan


yang terlibat;

x Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera


ataupun kenakan tuala yang basah dan lembap di kawasan tersebut.
Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau
letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi
kesakitan masih dirasai;

x Untuk luka kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air
ke atas kulit atau letakkan di bawah air yang mengalir (Rajah 4.11).
Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk
mengelakkan gangguan daripada udara; dan
62 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

x Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan


lakukan rawatan untuk renjatan.

Rajah 4.11: Tuangkan air ke luka terbakar


(i) Mata
(i) Merawat kecederaan mata:

x Cara yang paling baik bagi mengeluarkan benda asing dari mata
adalah dengan membiarkannya keluar bersama air mata.
Kadangkala adalah perlu untuk anda membasuhnya keluar;

x Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak ke atas mata.


Jika benda asing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata,
cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung
bucu sapu tangan ataupun menggunakan putik kapas (Rajah
4.12);

x Sekiranya benda asing tersebut terbenam di dalam mata, jangan


cuba keluarkannya;

x Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang telah


disteril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan
perubatan dengan segera (Rajah 4.13); dan

x Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh


menyebabkan kecederaan mata yang serius.
TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 63

Rajah 4.12: Mengeluarkan benda asing Rajah 4.13: Tutup mata tersebut
dengan perlahan-lahan menggunakan lapikan mata yang steril

(j) Keracunan
(i) Sesuatu yang termakan atau telah terlebih tarikh luput (lama).

(ii) Ubat-ubatan juga boleh menjadi racun sekiranya tersalah makan atau
dimakan oleh kanak-kanak.

(iii) Tindakan yang perlu diambil ialah:


x Dapatkan maklumat (nama atau jenis) makanan yang dimakan
oleh mangsa;
x Telefon doktor dan maklumkan nama makanan yang diambil;
x Bancuh 2 atau 3 sudu garam di dalam segelas air panas dan beri
mangsa minum (supaya mangsa muntah);
x Jika dia tidak mahu minum, masukkan jari ke dalam mulutnya
hingga ke tekak untuk memastikan mangsa muntah;
x Lebih banyak muntah, lebih baik; dan
x Selepas muntah, berikan mangsa minum air susu (untuk
mencairkan racun yang tinggal di dalam badan).

SEMAK KENDIRI 4.1

Apakah tujuan pertolongan cemas?


64 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

4.3 LANGKAH-LANGKAH BANTU MULA


Bagi menangani situasi kecemasan, beberapa tindakan yang sepatutnya
dilakukan semasa memberi pertolongan kepada mangsa yang mengalami
kemalangan atau kecederaan boleh diberikan:

4.3.1 DRABC
Berikut adalah definisi DRABC.

D (Danger)  Pastikan mangsa berada dalam keadaan dan tempat


yang selamat.

R (Response)  Cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap


panggilan anda.

A (Check airways)  Periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak


tersekat atau tersumbat akibat daripada lidah, cecair
dari anggota badan atau sekitarnya atau benda-benda
asing seperti gigi palsu dan gula-gula atau sebagainya.

B (Check breathing)  Periksa pernafasan mangsa.

C (Circulation)  Peredaran darah.

4.3.2 TOTAPS
Berikut adalah definisi TOTAPS.

T (Talk)  Bercakap dengan mangsa sambil menenangkannya.

O (Observe)  Lakukan pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda


kecederaan dan gerak balas mangsa.

T (Touch)  Sentuhan untuk menentukan tahap kecederaan.

A (Active)  Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa.

P (Passive)  Pergerakan pasif oleh mangsa.

S (Skills)  Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan.


TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 65

4.3.3 RICE
Berikut pula adalah definisi bagi R.I.C.E.

R (Rest)  Rehatkan mangsa dan cuba tenangkan.

I (Ice)  Letakkan ais batu pada tempat yang cedera untuk


mengurangkan pengaliran darah.

C (Compression)  Sesuatu yang dapat mengawal pergerakan darah dengan


mengenakan tekanan pada tempat yang cedera.

E (Elevation)  Meninggikan tempat yang tercedera untuk mengurangkan


pengaliran darah (kesakitan).

4.3.4 EAR dan CPR


Rawatan bagi EAR dan CPR boleh dilihat di bawah:

(a) Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR):


(i) Merupakan suatu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang
digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan
nadi mangsa sudah tidak berdenyut.

(ii) Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di


bahagian luar.

(iii) Bantuan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa


masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh. Penyelamat boleh
mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup
sehingga bantuan perubatan tiba.

(iv) Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan
menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.
66 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(b) Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR, iaitu:


Langkah I: Bantuan pernafasan mulut ke mulut (Rajah 4.14).

Rajah 4.14: Bantuan pernafasan mulut ke mulut

Langkah II: Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression


(ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa.

Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari
jantung secara manual. Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanak-
kanak dan bayi adalah berbeza. Kita perlu mengetahui perbezaan ini
apabila hendak melakukan CPR supaya tidak memudaratkan mangsa iaitu:

Langkah I: Melakukan pernafasan mulut ke mulut.

(i) Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras;

(ii) Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan
menolak dahi dan dagu mangsa ke belakang;

(iii) Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya;

(iv) Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas; dan

(v) Lakukan sebanyak dua kali.


TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 67

Langkah II: Melakukan ECC

(i) Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara


tulang rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari
telunjuk dan jari tengah tangan kiri;

(ii) Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk


tangan. Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan;

(iii) Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada;

(iv) Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil


meluruskan bahagian siku;

(v) Tekan sehingga lebih kurang 5sm ke bawah pada kadar kelajuan 80
tekanan seminit sebanyak 15 tekanan;

(vi) Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan;

(vii) Ulang langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga
bantuan tiba; dan

(viii) Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas.

Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah dua ibu jari dengan tangan membulat
di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama
yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari. Penggunaan dadah
penghalang sumbatan yang baharu adalah disarankan apabila bantuan
perubatan profesional tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana
yang patut digunakan.

(c) Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR):


(i) Adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa
yang terhenti pernafasannya.

(ii) Kaedah ini berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke


dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi
masih mempunyai denyutan nadi.
68 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

(iii) Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam kaedah ini:

1. Mulut ke Mulut

x Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan


bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut.

2. Mulut ke Hidung

x Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka


yang menghalang penyelamat daripada menggunakan
mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa
menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan
air.

x Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut


ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan
kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan
mangsa menghembuskan nafas keluar.

3. Mulut ke Hidung dan Mulut

x Merupakan kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi


kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh
menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

x EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti


sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh
menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi
pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka
untuk melakukan resusitasi.

x Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan,


hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah
pernafasan tertentu seperti asma atau emfisema boleh
menyebabkan pernafasan terhenti yang memerlukan EAR
dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

x Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan


dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas
yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali
cubaan untuk memperoleh dua pernafasan yang berkesan.
TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 69

x Indikasi untuk EAR iaitu sianosis atau kepucatan.


Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang
daripada 4 hingga 5 kali dalam seminit.

x Prosedur EAR:
 Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan
leher.

 Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk


membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah,
gigi yang patah dan gigi palsu).

 Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan.


Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi
mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.

 Gunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit


hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka
mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa,
kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan
ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-
paru.

 Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus


melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi
jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan
kepada orang dewasa.

 Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian


ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak
empat kali secara terus-menerus dengan cepat.

 Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10


pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh
bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan
telah tiba.

 Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri,


letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat
CPR).
70 X TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

 Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan


tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau
nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan
kekalkan keadaan saluran udara.

 Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa


mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak
kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada
leher.

 Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan tekan dada jika


pernafasan dan nadinya masih tidak ada.

 Jika anda perlu melentangkan mangsa bagi


membolehkan resusitasi dijalankan, anda memerlukan
bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan
kedua ibu jari kakinya berada dalam garisan yang lurus.
Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

Bantuan EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan


spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga
keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan
pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

 Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang


diberi kepada seseorang yang tercedera semasa kemalangan atau sakit secara
mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang
bertauliah.

 Pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa dapat mengurangkan


kesakitan dan mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius sekali gus
menyelamatkan mangsa.

 Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur RICE


merehatkan atau menenangkan mangsa (rest), mendemah bahagian yang
tercedera (ice), melakukan tuaman pada bahagian yang tercedera
(compression) dan meninggikan bahagian yang tercedera (elevation).
TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS W 71

 Mangsa kecederaan yang mengalami tersekat pernafasan boleh dibantu


dengan prosedur EAR iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan
udara (airway) supaya laluan udara tidak tersekat dan memberikan mangsa
bernafas dengan sempurna (resuscitation).

 Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan


cemas ialah:
(i) Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan.
(ii) Dilarang menggerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher
atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan.
(iii) Memastikan seseorang ditugaskan untuk menghubungi ambulans dan
doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas.
(iv) Dilarang menarik pakaian daripada mangsa yang mengalami luka
kebakaran.
(v) Menenangkan mangsa.
(vi) Pastikan mangsa yang tidak sedarkan diri tidak dipaksa untuk
mengambil sebarang cecair.

C.P.R. (Resusitasi kardiopulmonari) Pitam/pengsan


D.R.A.B.C. Renjatan
E.A.R. (Resusitasi hembusan udara) RICE
Kecederaan mata Terbakar/melecur
Keracunan Tercekik
Patah tulang Terseliuh/terkehel
Pendarahan TOTAPS
Pertolongan cemas

Anda mungkin juga menyukai