Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BEHRANG 2020,
TANJONG MALIM,PERAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM SELEPAS
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
PPKI 2017

Hari : Isnin – Jumaat


Tarikh : 20 – 24 November 2017
Tempat : Kelas Pendidikan Khas

TAJUK : PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PPKI 2017


1. PENDAHULUAN
Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun merupakan aktiviti yang dirangka
khusus untuk para murid pendidikan khas yang telah tamat peperiksaan akhir tahun.
Aktiviti ini dirancang agar murid dapat mengisi masa di sekolah dengan aktiviti yang
menyeronokkan dan mengekalkan momentum pembelajaran dengan baik. Selain itu, unit
juga dapat merancang aktiviti dengan lebih sistematik untuk menjalankan aktiviti
bersama murid di samping merapatkan ukhuwah dan silaturrahim antara warga
pendidikan khas khususnya.

2. OBJEKTIF
2.1 : Merangka aktiviti menarik sepanjang tempoh berakhir peperiksaan.
2.2 : Mengekalkan kehadiran murid ke sekolah dengan baik selepas berakhir peperiksaan.
2.3 : Mengeratkan hubungan di antara murid-murid berkeperluan khas (MBK) dengan
guru-guru dan pembantu pengurusan murid.
2.4 : MBK dapat merasai diri mereka dihargai.

3. RASIONAL
3.1 : Program ini direka khas bagi murid istimewa untuk meningkatkan kesedaran tentang
diri mereka dan individu di sekeliling mereka.
3.2 : Untuk meningkatkan kemahiran berdikari tanpa bantuan ibu bapa
3.3 : Murid-murid menimba pengalaman baru.

4. TARIKH
20 November 2017 – 24 November 2017

5. SASARAN
Murid Pendidikan Khas, Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas.

6. TEMPAT
5.1 : Kelas Pendidikan Khas
5.2 : Surau Sekolah
5.3 : Makmal ICT
5.4 : Bilik Senamrobik

7. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


6.1 : Senamrobik
6.2 : Pertandingan Masakan
6.3 : Pertandingan Sahibba dan Karom
6.4 : Program penghayatan Rohani

8. JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT BAHAN & PERALATAN


Pn. Khadijah binti Umar En. Asraf bin Agu Salim
(Pengetua)
PERSEDIAAN TEMPAT
PENGERUSI Pn. Munira binti Judin
Tn. Hj. Muhammad Nadzri bin Hj
Mohamad Nadzir KEBAJIKAN MURID
(PK Pentadbiran) Pn. Zainoriza binti Zainun

PENYELARAS/SETIAUSAHA DISIPLIN & KAWALAN MURID


Pn. Zainoriza binti Zainun En. Asraf bin Agu Salim

MAKANAN/MINUMAN
BENDAHARI Pn. Zainoriza binti Zainun
Pn. Munira binti Judin Pn. Munira binti Judin

TEKNIKAL
En. Asraf bin Agu Salim

FOTOGRAFI
Pn. Zainoriza binti Zainun

9. TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI PERSONALIA


20/11/2017 7.30 hingga 9.15 - Pertandingan Sahibba Pn. Munira binti
Isnin 9.15 hingga 10.00 - Pengurusan Diri/rehat Judin
10.00 hingga 1.00 - Program Penghayatan
petang Rohani

21/11/2017 7.30 hingga 9.15 - Senamrobik Pn. Zainoriza binti


Selasa 9.15 hingga 10.00 - Pengurusan Diri/rehat Zainun
10.00 hingga 1.00 - Menonton Tayangan
petang Bergambar
22/11/2016 7.30 hingga 9.30 - Pertandingan memasak Pn. Zainoriza binti
Rabu 9.30 hingga 10.00 - Pengurusan Diri/rehat Zainun / Pn.
10.00 hingga 1.00 - Sambutan Hari Lahir Munira binti Judin /
petang bulan 10,11 dan 12 En. Asraf bin Agu
Salim
23/11/2016 7.30 hingga 9.15 - Pertandingan Karom Pn Munira binti
Khamis 9.15 hingga 10.00 - Pengurusan Diri/rehat Judin
10.00 hingga 1.00 - Pertandingan Jangan
petang Lupa Lirik
24/11/2016 7.30 hingga 8.15 - Majlis bacaan yasin Pn. Zainoriza binti
Jumaat 8.15 hingga 9.00 - Pengurusan Diri/rehat Zainun
10.00 hingga 11.00 - Majlis penutupan
petang
11.00 hingga 12.00 - Pengurusan kelas

10. KEWANGAN

Pendapatan RM Perbelanjaan RM
15
Sumbangan Individu 0.00 Pertandingan Memasak 25.00
Pertandingan Karom 25.00
Pertandingan Sahibba 25.00
Pertandingan Jangan Lupa 25.00
Lirik
Jamuan makan 50.00

Jumlah 150.00 Jumlah 150.00

11. PENUTUP
Diharapkan segala program yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………. ……………………….. ………………………..


(Zainoriza binti Zainun)
Penyelaras PPKI
SMK Bandar Behrang 2020
Tanjong Malim, Perak

Anda mungkin juga menyukai