Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PRESTASI CALON

PEPERIKSAAN : SPM TAHUN : 2017


MATA PELAJARAN : MATEMATIK TAMBAHAN 2 KOD : 3472/2
NAMA PEMERIKSA : NAZATULSYMA BINTI MD ABU BAKAR KOD : P1002

1. PRESTASI KESELURUHAN BAGI ITEM N0.7


Hanya 50% menjawab soalan 7 hampir semua menjawab dengan betul bagi soalan
7(a)(i) dan hanya 5 orang sahaja dapat markah penuh.

KEKUATAN
Di bahagian (a)(i),kebanyakan calon dapat menukar x = 1.2 kepada z skor dan
menentukan kebarangkalian daripada jadual taburan normal.

Pada bahagian (b)(ii) , n nombor bulat yang didapati di bahagian (b)(i) dimasukkan
dengan betul ke dalam formula.
KELEMAHAN

Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan (a)(ii) kerana tidak dapat menentukan
z-skor daripada peratus yang diberi dan tidak dapat menunjukkan area di sebelah z-skor
yang negatif.

Calon tidak dapat menjawab soalan (b)(i) kerana tidak dapat mencari nilai n dengan
menggunakan formula binomial. Dan soalan (b)(ii) juga tidak gantikan n yang didapati
pada (b)(ii) ke dalam formula √𝑛𝑝𝑞 untuk mencari sisihan piawai.
2. PRESTASI KESELURUHAN BAGI ITEM N0.6
Kebanyakan calon tidak menjawab soalan 6 dan semua calon mendapat markah 0.

KELEMAHAN

Semua calon menjawab dengan mengguna formula luas/ isipadu kotak dan silinder.

3. PRESTASI KESELURUHAN BAGI ITEM N0.12


Calon dapat menjawab soalan 12(a) dengan betul tetapi kebanyakan tidak menjawab
soalan 12(b) dan 12(c) dengan betul.

KEKUATAN
Calon dapat mencari halaju awal dengan membezakan sesaran Q .
KELEMAHAN
Bagi bahagian 12 (b) calon tidak sesaran pada masa t = 1/3 dan sesaran dari t = 1/3
hingga t = 2 .

Bagi bahagian 12 (c) ramai calon tidak jawab ada yang jawab tidak menggunakan
SP = SQ .

Anda mungkin juga menyukai