Anda di halaman 1dari 5

SULIT MPM/P16.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


2021
PEPERIKSAAN STPM TAHUN………………………

LAPORAN KERJA CALON DAN KERTAS SOALAN

Nota: 1. Jika ruang tidak mencukupi, laporan boleh ditulis pada kertas lain dan
kemudian dikepilkan bersama dengan kertas laporan ini.
2. Sila taip atau tulis dengan dakwat hitam.

Nama Pemeriksa/Ketua Pasukan/KK/TKP/KP: Kod Pemeriksa:


Butiran Pemeriksa
SURES RAO A/L APPANNAH 900/3/356
Nama Kertas: Kod Kertas:
Butiran Kertas
PENGAJIAN AM 3 900/3
Nombor Pusat
SE0380,SS3107
Yang Diperiksa

1. Data

1.1 Bilangan skrip diperiksa 95 1.4 Markah terendah 04

1.2 Markah penuh 65 1.5 Min Markah** 15.5802

1.3 Markah tertinggi 29

2. Ulasan tentang Kertas Soalan

2.1 Mutu kertas soalan secara keseluruhan

Secara keseluruhannya, kertas soalan tahun ini kurang bermutu memandangkan


kertas yang digunakan adalah agak nipis. Walaupun cetakannya jelas tetapi bilangan
soalan objektif dalam setiap muka surat adalah tidak seimbang. Pada mukasurat 3,
dimasukkan 5 soalan dalam satu mukasurat. Oleh itu, selang antara setiap soalan
adalah sangat sempit. Walau bagaimanapun dalam muka surat 5 pula, hanya dua
soalan objektif sahaja dicetak. Cetakan akan lebih jelas dan seimbang jika
SULIT 2

* Sila rujuk contoh cara menghitung min markah pada Lampiran 3 dalam buku Panduan
Kepada Pemeriksa. [Lihat sebelah
dimasukkan 4 soalan dalam mukasurat 2, 3 dan 4 serta 3 soalan SULITdalam
mukasurat 5. Dengan cara ini, selang antara setiap soalan boleh diperluas.
03A
Cetakan untuk soalan-soalan Bahagian B dan Bahagian C adalah jelas dan
kemas.

2.2 Masalah pada kertas soalan (jika ada)

Tidak terdapat apa-apa masalah pada kertas soalan tahun ini.

2.3 Aras kesukaran kertas soalan secara keseluruhannya

Aras kesukaran kertas soalan tahun ini adalah sederhana. Secara


keseluruhannya, aras kesukaran untuk Bahagian A adalah sederhana. Walau
bagaimanapun, kedua-dua soalan dalam Bahagian B adalah sederhana. Hal ini
disebabkan untuk Soalan 16 calon-calon dikehendaki mentafsir data dari
segi”pola kes jenayah yang libat warga asing ” dan calon bincangkan usaha
PDRM dalam mengatasi masalah jenayah. Jadi, calon-calon terpaksa
mentafsir dengan teliti sebelum menjawap soalan ini. Oleh itu, hanya calon
yang telah mentafsir soalan dengan sangat teliti dapat menjawab soalan ini
dengan baik. Soalan 17 adalah lebih mudah daripada Soalan 16. Untuk Soalan
17, calon-calon perlu membuat bandingan jumlah kedatangan pelancong
dengan jumlah pendapatan dan menulis masalah yang boleh menggugat
kehadiran pelancong ke negara ini. Berdasarkan hasil kiraan, barulah calon
boleh membuat tafsiran dan menyediakan jawapan. Walaupun ketiga-tiga
soalan Bahagian C adalah agak sukar sedikit terutamanya soalan 20, namun
ketiga-tiga soalan menyatakan kehendak soalan dengan jelas. Calon
dikehendaki mentafsir sendiri tentang kehendak soalan. Hal ini telah
meningkatkan tahap kesukaran ketiga-tiga soalan ini. Oleh itu, kertas soalan
tahun ini adalah sukar.

2.4 Penggunaan bahasa dan istilah

Penggunaan bahasa dalam kertas soalan ini jelas dan mudah difahami oleh
calon.Misalnya soalan 17, Bandingkan jumlah kedatangan pelancong dengan
jumlah pendapatan dari tahun 2012 hingga tahun 2016 dan huraikan masalah
yang boleh menggugat kehadiran pelancong ke negara ini. Bagi soalan 16,
huraikan pola kes yang melibatkan warga asing dalam jenayah indeks terpilih
di negeri Sarawak dari tahun 2013 hingga 2015. Jelaskan usaha yang diambil
oleh PDRM untuk mengatasi jenayah

3. Ulasan tentang Jawapan Calon Secara Keseluruhan

 Mutu jawapan keseluruhan termasuk perancangannya


 Kekuatan dan kelemahan umum (berikan contoh)
 Hal-hal lain tentang prestasi calon

Secara keseluruhannya, jawapan yang diberi oleh calon-calon tahun ini adalah kurang
bermutu. Kebanyakan calon tidak mentafsir soalan dengan teliti sebelum menjawab
soalan. Mereka juga tidak membuat perancangan dan mengkaji kehendak soalan

SULIT
SULIT 3

dengan rapi. Secara ringkasnya, jawapan kebanyakan calon lebih mencerminkan


hafalan daripada buku atau pengajaran guru.

Kekuatan calon untuk Bahagian B ialah kebanyakan calon tahu bahawa Soalan 16
hanya memerlukan jawapan pola perubahan dan pola bandingan. Walau
bagaimanapun, kelemahan mereka adalah mereka tidak sedar bahawa soalan ini
menghendaki calon menjelaskan usaha PDRM dalam atasi masalah jenayah. Oleh
itu, kebanyakan daripada mereka memberi jawapan yang membincangkan pola
perubahan dan pola bandingan. Bagi soalan 17, calon perlu bincangkan bandingan
antara jumlah kedatangan pelancongan dengan jumlah pendapatan dalam satu ayat.
Tetapi calon gagal memberi idea yang relevan bagi soalan ini. Calon-calon sangat
lemah dalam mentafsir soalan esei terutamanya soalan 20. Oleh itu, calon-calon
dapat mentafsir Soalan 18 dan Soalan 19 dengan betul tetapi untuk Soalan 20,
kebanyakan calon tidak membincangkan usaha penting untuk memesatkan ekonomi
negara. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan prestasi calon, terlebih dahulu,
calon-calon hendaklah diajar cara mentafsir soalan.

4. Ulasan tentang Soalan Demi Soalan

 Tugasan soalan
 Jawapan yang sepatutnya
 Kekuatan dan kelemahan calon
 Soalan berbentuk kuantitatif, berikan jawapannya.

Soalan 16

Soalan ini meminta calon , huraikan keadaan import gandum ke Malaysia dan risiko
mengimport bahan makanan yang diproses. Kebanyakan calon memilih soalan ini.
Namun calon menghadapi masalah dalam menulis data secara tepat dan pelajar
menghadapi masalah untuk mentafsirkan data. Di samping itu, pelajar menghadapi
kekangan dalam menghuraikan data dan peratusan perubahan. Selain itu, pelajar
kurang memahami kehendak soalan yang kedua. Kebanyakan pelajar gagal
memperolehi markah yang penuh dalam bahagian ini. Di samping itu, pelajar memberi
idea secara umum dan kebanyakan calon memilih idea no 9 iaitu masalah kesihatan.
Namun begitu ramai calon gagal memberi idea yang relevan dengan skema jawapan.
Ramai calon memilih idea keraguan tentang tahap kebersihan, kehalalan yang tidak
menepati skema

Soalan 17

Soalan ini meminta, calon menghuraikan statistik pekerjaaan mengikut warganegara


dan sektor dan huraikan langkah untuk mengurangkan pekerja asing dalam sektor
pembantu rumah. Calon yang memilih soalan ini agak kurang. Ulasan data calon yang
kurang tepat serta tidak menepati Teknik jawapan yang sepatutnya. Ramai calon
gagal menjawab soalan analisis data kerana tafsiran calon data yang tidak tepat
dengan skema jawapan. Manakala bahagian langkah calon gagal memberi jawapan
yang tepat dan jitu. Jawapan calon agak umum dan kurang menepati kehendak
jawapan. Walaupun calon dapat menulis pengambilan warga tempatan namun
mereka tidak dapat menghurai dengan tepat

SULIT
SULIT 4

Soalan 18

Soalan ini meminta calon menjelaskan dasar yang diamalkan telah meletakan
malaysia sebuah negara yang dihormati. Soalan ini kebanyakan calon memlih
sebagai soalan utama. Jawapan calon mencapai markah yang agak kurang
memuaskan. Calon memberikan idea yang kurang menepati dengan skema
peperiksaan yang ditetapkan oleh MPM. Ramai pelajar yang menyeleweng dalam
memberi jawapan bagi soalan ini. Arahan soalan ini sangat jelas tetapi calon gagal
memahami kehendak soalan terutamanya bahagian sebab. Calon tidak menjawab
kehendak soalan tetapi hanya menjawab mengikut kefahaman mereka. Calon juga
kurang mahir dalam membezakan idea denga huraian. Hal ini menyebabkan jawapan
kebanyakan calon menjadi tidak relevan dan tidak dapat memperolehi markah yang
tinggi. Calon juga menggabungkan dua idea dalam satu idea. Perkara ini membawa
lagi kekangan dalam menskor markah yang tinggi. Calon juga kurang memberi
tumpuan dalam bahagian huraian dengan memberi contoh yang tepat untuk
menyokong idea utama karangan. Idea yang dipilih oleh kebanyakan calon untuk
soalan ini , mengamalkan Dasar Berkecuali, memperjuangkan hak asasi manusia dan
hak mempertahankan kedaulatan negara. Namun calon tidak dapat menguasai
kehendak soalan dan fokus soalan secara tepat. Kebanyakan calon memberi huraian
berbanding idea utama. Calon gagal membezakan antara idea dengan huraian.

Soalan 19
Soalan ini meminta calon membincangkan faktor peningkatan masalah penyeludupan
barang dan hidupan liar yang merentasi sempadan.Bilangan yang memilih soalan ini
agak ramai. Kebanyakan calon memberi idea yang tidak relevan. Calon hanya beri
jawapan yang umum.Jawapan calon kurang menepati kehendak skema jawapan
MPM. Calon tidak dapat membezakan idea dengan huraian. Kebanyakan calon tidak
dapat memberi jawapan yang tepat kerana calon tidak membincangkan idea utama
dengan sepenuhnya. Di samping itu, kebanyakan calon memberi idea yang tidak
relevan dengan kehendak soalan.

Soalan 20
Untuk Soalan 20 ini, calon-calon perlu membincangkan cara Malaysia membantu
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Kebanyakan calon memilih soalan
sebagai pilihan yang kedua. Ada calon menyalah tafsirksan kehendak soalan dengan
memberi idea yang tidak mengaitkan antarabangsa. Kebanyakan idea calon merujuk
kepada idea yang umum dan merujuk kepada dalam negara. Hal ini menyebabkan
calon hilang markah untuk soalan ini. Ada juga calon memberi idea dalam huraian.
Huraian calon bagi soalan ini agak kurang memuaskan dan penggunaan kosa kata
agak terhadap. Kesalahan struktur ayat yang banyak dan kerap menyebabkan calon
calon hilang markah bahasa.

TANDATANGAN :
NAMA PEMERIKSA : SURES RAO A/L APPANNAH
TARIKH : 27/06/2022

SULIT
SULIT 5

SULIT

Anda mungkin juga menyukai