Anda di halaman 1dari 38

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan.

Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Bidang perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua bidang yang kerap menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap. Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi.

Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji :
Kos membina borang selidik yang murah dan masa

yang diperuntukkan singkat. Pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.

Soalan

tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Kemungkinan wujud responden tiada nama. Pengkaji boleh mengenal pasti responden yang tiada nama itu dengan mengenal pasti kepada siapa pengkaji menghantar borang soal selidiknya. Maklumat prasangka yang kurang berbanding temuramah. Hal ini kerana, adakalanya penemuramah akan salah tafsir maklumat yang diberikan oleh responden.

Tidak semua responden yang mahu

Namun, pengumpulan data menggunakan borang soal selidik juga mempunyai kelemahannya. Antara kelemahan borang soal selidik ialah :

melengkapkan borang soal selidik. Borang soal selidik yang terlalu panjang adalah amat bahaya. Gillham (2000) menyarankan supaya borang soal selidik dibina antara 4 hingga 6 muka surat sahaja. Sesetengah individu lebih gemar menggunakan bahasa komunikasi berbanding dengan menulis perkataan. Kemungkinan responden menjawab soalan dengan sambil lewa, memberi jawapan yang kurang tepat atau mengelirukan.

Perkara penting dalam reka bentuk soal selidik adalah pengkaji perlu berhati-hati dengan soalan yang dibina. Pengkaji perlu bijak menarik minat responden disamping mengenal pasti persepsi dan penilaian daripada responden terhadap soalan yang dibina.

Berikut merupakan perkara yang perlu dititiberatkan dalam membina soal selidik :
Membina soalan peribadi Klasifikasi soalan Kandungan soalan Merangka jawapan

Soalan yang dibina perlulah jelas dan tidak mengelirukan. Penggunaan bahasa perlulah menggunakan bahasa standard atau mudah difahami. Kandungan soal selidik, bentuk dan struktur borang soal selidik mestilah mampu menarik minat responden dalam menjawab soalan dengan jujur.

Arksey and Knight (1999) menyenaraikan item yang perlu dielakkan semasa membina borang soal selidik :
Bahasa prejudis(prasangka) Frasa kurang tepat Soalan penting Soalan kabur Soalan tanggapan/andaian Soalan merupakan andaian(hipotesis) Pengetahuan Daya ingatan

Latar belakang responden merupakan salah satu dalam klasifikasi membina soal selidik. Soalan latar belakang responden perlulah sesuai agar responden berminat untuk meneruskan proses menjawab soalan yang berikutnya. Hanya soalan yang penting sahaja perlu dibina. Elakkan membina soalan yang sukar untuk responden menjawabnya. Contohnya, soalan berkaitan gaji responden.

Berikut adalah beberapa bentuk soalan yang boleh diajukan di dalam soal selidik. Soal selidik yang dibentuk dalam kajian ini dibahagi kepada dua bahagian utama iaitu :

Bahagian A : Latar belakang sampel Bahagian B : Item soal selidik

Bahagian A : Latar belakang sampel Latar belakang sampel pelajar yang belajar Kemahiran Hidup yang ditinjau dalam kajian ini meliputi nama, jantina, umur, pencapaian tertinggi, mata pelajaran paling disukai, dan sebagainya.

Bahagian B : Item Soal selidik Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 18 soalan yang dibahagikan kepada tiga bidang. Soalan 1 hingga soalan 6 adalah berkaitan dengan penggunaan dan penguasaan cara mengajar guru kemahiran hidup yang terlibat dalam kajian ini. Manakala soalan 7 hingga 12 pula tentang penguasaan tahap pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran hidup. Akhir sekali soalan 13 hingga 19 adalah mengenai amalan penggunaan kaedah mengajar dalam pengajaran Kemahiran Hidup. Soalan-soalan kajian ini memberi fokus kepada penyelidikan yang dijalankan.

Kandungan soal selidik perlulah meliputi isu kajian secara khusus. Foddy (1993) menyenaraikan kandungan soal selidik mengikut urutan yang tepat :

Pengkaji haruslah jelas maklumat yang

dikehendaki dan mengelaskan soalan dengan tepat. responden haruslah boleh mentafsir soalan yang dibna seperti yang diharapkan oleh pengkaji. responden haruslah boleh membina jawapan sama dengan yang pengkaji mahukan. Pengkaji haruslah boleh mentafsir jawapan yang diberikan responden .

Menetapkan bagaimana responden akan menjawab soalan yang dibina. (ya atau tidak) Jika soalan terbuka, responden boleh menjawab di atas garisan yang disediakan. Jika soalan tertutup, responden boleh bulatkan pilihan jawapan atau tanda atau .

1)Soalan-Soalan Terbuka

Soalan terbuka tidak mempunyai jawapan yang tetap dan khusus. Maka,soalan soal selidik mesti direka bentuk supaya respoden-respoden mampu menyediakan jawapan atau maklum balas tanpa batasan jawapan.Soalan terbuka selalu bermula dengan perkataan bagaimana,mengapa,apakah dan lain-lain.
Soalan terbuka menjurus maklum balas yang menarik atau tidak dijangkakan.Soalan-soalan harus dinyatakan secara semulajadi dan bukan menjurus kepada responden. Contoh : Bolehkah anda ceritakan sedikit mengenai laporan kemalangan itu?

2)Soalan-Soalan Tertutup

Soalan-soalan tertutup direka dengan jawapan yang disediakan, pendek dan tetap kepada responden seperti YA / TIDAK,Betul / Salah dan pilihan jawapan. Soalan-soalan tertutup mempunyai jawapan yang terbatas dan terhad tetapi senang untuk dianalisis. Soalan-soalan tertutup juga mudah untuk membandingkan pendapat satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.Sangat berguna dalam menyediakan jawapan-jawapan berstruktur kepada responden. Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk bertanya soalan-soalan tertutup.

a) Soalan-Soalan Senarai

Menyediakan kepada responden dengan senarai jawapan / maklum balas dan mereka boleh pilih.Pendekatan ini menggelakkan membuat jawapan terhadap soal selidik yang menguji daya ingatan. Jika digunakan dalam temu bual berstruktur maka kad-kad pantas boleh digunakan.

Senarai jawapan akan mempengaruhi responden untuk memberikan jawapan.Ini akan menyebabkan pendekatan ini kurang berkesan. Jika soal selidik mengenai isu-isu yang memerlukan mengingat kembali maklumat, senarai jawapan mungkin sebagai bantuan sahaja.

b) Soalan-Soalan kategori

Soalan-soalan direka untuk satu maklum balas sahaja.Tetapi untuk soal selidik mengenai pentadbiran diri, Fink (1995) mencadangkan paling maksimun pilihan maklum balas (jawapan) hanya lima sahaja. Contoh : Berapa kali purata dalam seminggu anda menggunakan kemudahan e-banking? Tolong tandakan / untuk maklum balas. Tidak pernah ( ) Sekali ( ) 2-3 kali ( ) 4-5 kali ( ) 6 kali atau lebih ( )

C) Soalan-Soalan Aras

Soalan-soalan aras memerlukan responden untuk membuat petanda aras untuk maklum balas. Jenis soalan ini penting untuk membuat arahan untuk menyelesaikan soalan secara jelas dan tersurat. Berhati-hati bahawa lebih tujuh atau lapan jawapan dalam senarai mungkin menyukarkan ramai responden untuk menyelesaikannya.
Contoh : Tolong nyatakan dalam kurungan ( ) yang disediakan di mana kamu percaya perkara yang paling penting untuk datang ke kedai kami.1 menunjukkan paling penting, 2 untuk kedua penting dan lain-lain. Tolong tinggalkan kotak kosong yang tidak penting. Mudah meletak kereta Harga murah Pekerja yang ramah Barang yang pelbagai Lain-lain ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

d) Soalan-Soalan Berskala

Soalan-soalan berskala digunakan untuk mengukur pelbagai dan mempunyai empat jenis skala iaitu nominal, ordinal, interval dan nisbah. Jenis biasa yang digunakan ialah skala Likert di mana responden akan ditanya untuk menyatakan bagaimana kuat mereka setuju/tidak setuju bagi sesuatu pernyataan.Kebanyakkan skala Likert menggunakan empat atau lima point skala

Soalan-Soalan Berturutan

Carta alir bertujuan untuk responden memahami soalansoalan individu dan tujuan soal selidik secara menyeluruh.Satu cara untuk mereka bentuk aliran soalan menggunakan carta alir.
Adakah anda baca surat khabar Ya Adakah anda baca selalu anda Tidak Adakah ini kerana ia telah disampaikan kepada

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Dillman (2000) menjelaskan jika dokumen mempunyai tematema yang penting dalam soal selidik ia harus dimulakan dengan soalan-soalan secara terus mengenai tema.Beliau juga mencadangkan perhatian yang istimewa harus diberikan untuk soalan pertama yang menentukan sama ada soal selidik dijawab atau dibuang dalam tong sampah. Antara cadangan lain, soalan perlu bermula dari soalan mudah ke sukar dan konkrit ke abstrak. Soalan-soalan sensitif perlu dielakkan.Pelbagai format jawapan harus digunakan untuk menarik perhatian.

Bertanya soalan seperti Apakah sektor pekerjaan yang anda lakukan sebelum dapat kerja ini? .Ini akan memeningkan responden ( apa yang dimaksudkan dengan sektor). Responden mungkin tidak dapat menyatakan.Untuk soalan yang memerlukan contoh, perlu disediakan senarai kategori seperti: kewangan, pendidikan, pertanian, dan lainlain. Menyediakan kategori ini akan menghasilkan set maklum balas standard yang memudahkan untuk dianalisis.Berhatihati dalam menyediakan kategori lain-lain. Czaja dan Blair (1996) menyediakan kenyataan kategori maklum balas yang biasa digunakan.

Satu cara meningkatkan kadar maklum balas terhadap soal selidik dengan membuat soal selidik yang menarik.Maka, paparan umun, pilihan kertas, selang ayat dan arahan menjawab harus dititik beratkan.Soalan pilihan jawapan harus difikirkan, contohnya tandakan / dalam kotak dan bulatkan nombor. Kotak atau garis harus disediakan untuk soalan terbuka. Cara terbaik untuk menggelakkan soalan selidik yang sukar dibaca ialah dengan soalan dibaca kepada responden. Dillman menentang reka bentuk tidak khusus seperti mencetak depan dan belakang kertas dan tulis pada kertas yang melintang.Beliau sangat setuju dengan format buku kerana mudah difahami responden.Jika untuk kurangkan perbelanjaan, cetak pada sebelah muka surat bagi satu kertas dan kepilkan dengan kertas lain.

Kebanyakkan soal selidik bermula dengan set arahan untuk menyiapkannya.Ini penting, bukan semua responden tahu apa yang harus dilakukan kecuali arahan yang jelas dan khusus.Hampir sebahagian soal selidik yang dikembalikan dengan tidak tepat yang menghasilkan kehilangan data. Cohen dan Manion (1997) mencadangkan soal selidik mengulang arahan.Carrol (1994) juga menyokong idea ini, menyediakan arahan tambahan untuk kumpulan soalan akan meningkatkan kadar maklumbalas.

Satu masalah arahan adalah responden tidak baca dan tidak faham. Dillman (2000) mencadangkan responden boleh ditolong dengan menggunakan reka bentuk dan tipografi.

- Soal selidik emel Ianya mudah untuk disediakan tetapi kurang berkesan untuk menyediakan rangsangan video dan interaktif. Ia juga susah dalam penyediaan soal selidik berbentuk soalan langkauan. Walau bagaimana pun prinsip yang digunakan hampir sama dengan kebanyakan soal selidik yang menggunakan kertas.

- Soal selidik berasaskan web Ia banyak memberi ruang untuk membina soalan bagi borang soal selidik yang tidak terdapat dalam kaedah tradisional soalan berasakan kertas. Walau bagaimana pun ia sangat mudah ditinggalkan oleh responden dengan meninggalkan atau keluar dari laman web sercara tiba-tiba dan bila-bila masa yang disukai responden. Hal ini menyebabkan berlakunya ralat pada halaman web dan juga soalan kajian. Oleh yang demikan rekaan halaman web yang ringkas adalah sangat penting.

Rintisan adalah amat penting. Pilihan rintis yang bijak akan mengurangkan berlakunya ketiadaan tindak balas terhadap soal selidik. Gillham (2000) mencadangkan bahawa adalah bijak apabila merintis sekurang-kurangnya 50 peratus lebih soalan yang diperlukan agar soalan yang mengelirukan boleh dibuang dan dielakkan pada peringkat ini.

Arahan yang diberikan pada responden Gaya dan penggunaan perkataan Maklumat peribadi responden Persembahan formal atau pon tidak formal soalan kajian Panjang soalan Soalan yang berturut-turut Kualiti setiap soalan sama ada difahami atau di jawab seperti yg dikehendaki. Skala dan format soalan yang digunakan. Contoh: Skala Likert, maklum balas YA/TIDAK, dan sebagainya.

Keupayaan menggambarkan soalan. Jika setiap orang menjawab sesuatu soalan dengan jawapan yang sama, ia biasanya tidak sangat berguna. Tujuan menggunakan soal selidik adalah untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan subjek. Kesahan dan kebolehpercayaan soalan. Lebihan soalan, jika terdapat dua soalan yang memerlukan jawapan yang sama maka salah satu perlu digugurkan. Set jawapan. Sesetengah responden dalam menjawab soalan jenis Likert mereka biasanya akan menandakan soalan yang sama dengan 3 soalan pertama jika jawapannya adalah sangat setuju bagi 3 soalan pertama itu. Oleh yang demikian soalan perlu dipelbagaikan dengan menggunakan penyataan berbentuk negatif supaya responden perlu menanda jawapan tidak setuju.

Walaupun soal selidik direka dengan baik, ianya tidak akan mewujudkan satu kesan sekiranya pertimbangan tidak diambil bersama dengan pentadbirannya, ia adalah salah satu daripada objektif-objektif asal dan digunakan untuk memaksimumkan kadar pulangan balik. Kita akan menguji beberapa teknik-teknik yang berkait rapat dengan perbezaan jenis kaedah-kaedah pemantauan yang dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

SOAL SELIDIK MELALUI POS SOAL SELIDIK ATAS TALIAN SOAL SELIDIK TADBIRAN PENEMUDUGA
Temuduga berstruktur Kaji selidik telefon

Saunders et.al (2000) menyenaraikan 6 teknik-teknik selanjutnya yang ditemui berguna: Pastikan bahawa soal selidik dan surat-surat dicetak dan ditujukan kepada alamat yang sesuai. Buat tinjauan awal dengan menghubungi penemrima sama ada menggunaakn e-mail, pos, atau telefon untuk menyatakan bahawa soal selidik dalam perjalanan. Poskan kan soal selidik dan pastikan surat tersebut sampai pada masa yang sesuai. Seminggu lepas pengeposan pertama dilakukan, hantar satu surat peringatan susulan kepada semua penerima surat. Selepas itu, hantar surat peringatan susulan yang kedua kepada sesiapa yang tidak memberi respon selepas tiga minggu. Poskan susulan yang ketiga sekiranya kadar respon rendah.

soal selidik atas talian boleh dilakukan sama ada melalui emel atau melalu halaman web. Soalan yang dimasukkan dihalaman utama peti masuk adalah lebih mudah untuk dibalas emel tersebut tetapi sedikit peluang atau ruang untuk menggunakan pelbagai kaedah dan reka bentuk dalam menyiapkan soal selidik. Jika emel yang dihantar menggunakan kepilan dokumen ia memang mudah di baca oleh semua orang tetapi kebarangkalian untuk penerima emel tersebut membuka atau menyimpan dokumen tersebut adalah rendah. Jadi penggunaan emel melalui halaman utama peti masuk adalah lebih selamat serta diikuti dengan emel peringatan untuk membalas emel yang telah dihantar sebelumnya.

Temuduga berstruktur Temuduga berstruktur melibatkan hubungan dua hala diantara penemuduga dan yang ditemuduga. Salah satu faktor pentadbiran yang penting ialah, urusan berjumpa dengan responden dan peluang agar responden dapat hadir ke sesi temuduga akan meningkat. Peluang ini akan meningkat apabila responden dihubungi dan diingatkan tentang tempat, tarikh dan masa perjumpaan. Jika temuduga berstruktur anda digalakkan membawa alat perakam suara untuk merakam segala yang ditemuduga kerana komunikasi bebentuk lisan adalah sukar untuk direkodkan melalui tulisan melainkan anda memang pakar dalam trengkas. Penggunaan alat perakam suara melibatkan isu-isu etika termasuk kerahsiaan sulit, jadi anda perlu memohon kebenaran dari responden sebelum menggunakannya.

Kaji selidik telefon Untuk kaji selidik menggunakan telefon adalah penting bahawa responden mengetahui bila ia akan dihubungi untuk proses temuduga, jadi responden perlu dihubungi dahulu untuk memberitahu maklumat yang jelas bila waktu dan masa ia akan dihubungi termasuk tempoh temuduga yang akan dilakukan ke atasnya. Bila panggilan yang dilakukan terhadap responden tidak berjaya, alasan perlu diberikan seperti responden telah berpindah atau responden tidak menjawab panggilan. Dalam kes seperti ini, hubungi responden tiga kali lagi pada masa yang berbeza di hari yang sama.

Anda mungkin juga menyukai