Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

LAPORAN

KURSUS PENDEK PENGURUSAN JENAZAH

TARIKH :

10 MEI 2013

TEMPAT :

DEWAN KULIAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

ANJURAN:

JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
1.0 TUJUAN

Laporan kursus pendek Pengurusan Jenazah ini dibuat bagi menunjukkan perjalanan
program dari segi pelaksanaan, masaalah yang berlaku, kelemahan serta cadangan
penambahbaikan pada masa akandatang. Selain itu gambar pelaksanaan aktiviti juga
ditunjukkan dari awal hingga akhir kursus ini berlangsung.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kursus ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh penyelaras kursus
pendek berdasarkan perbincangan diantara Ketua Jabatan Pengajian
Sepanjang Hayat dan penyelaras kursus bagi mencapai target peserta kursus
pendek.
2.2 Kursus ini dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi daripada komuniti luar
terutamanya ustaz dan ustazah pelbagai peringkat umur bagi memantapkan
lagi ilmu dalam menguskan jenazah
2.3 Peserta akan di ajar secara teori dan sedikit amali tentang perkara-perkara
yang berkaitan dalam kerja-kerja pengurusan jenazah

3.0 OBJEKTIF
Memberi pendedahan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai :
3.1 Mendedahkan bahan dan peralatan yang diperlukan semasa menguruskan
jenazah.
3.2 Membantu peserta mengetahui lebih jelas dan tepat berkenaan pengkebumian
jenazah yang betul.
3.3 Mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta dan saling mengingatkan di
antara satu sama lain tentang kematian dan persediaannya.
4.0 JUSTIFIKASI

4.1 Memberi keyakinan kepada peserta untuk lebih berkeyakinan dan


berpengetahuan dalam menguruskan jenazah.
4.2 Meningkatkan kemahiran serta menguasai cara mengendalikan jenazah dari
awal hingga akhir dengan betul.
4.3 Memupuk kesedaran peserta tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam
menguruskan jenazah kerana ianya adalah fardhu kifayah di kalangan umat
islam.
.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 10 Mei 2013.


Tempoh : 05 Jam.
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang.
Tempat : Dewan Kuliah Kolej Komuniti Bandar Penawar.

6.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

6.1 Sasaran peserta terdiri daripada guru-guru agama Zon Adila.


7.0 TENTATIF PROGRAM

KHAMIS (18 OKTOBER 2012)


8.00 pagi : Pendaftaran Peserta kursus
8.30 pagi : Pengenalan kepada teori Pengurusan Jenazah
10.00 pagi : Teknik yang betul memandikan jenazah.
11.00 pagi : Teknik yang betul mengkafankan jenazah .
12.00 Tengahari : Teknik yang betul menguruskan pengkebumian jenazah.
1.00 ptg : Penutup/Rehat

8.0 TENAGA PENGAJAR / PENYELARAS

8.1 Penyelaras : Pn.Nor harwati Binti Ghazali


8.2 Tenaga Pengajar :
Nama : Ustaz Hasna Bin Bidin
Alamat : Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Jalan Ungku Abd Aziz,
81930 Bandar penawar, Johor
Kelayakan :

a. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al-Azhar


b. Diploma Pendidikan Pengajian Islam, Maktab Perguruan
Islam Bangi Selangor.
9.0 PERJALANAN PROGRAM

9.1 Kursus pendek Pengurusan jenazah berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah yang timbul, penyelaras memulakan program selepas guru-guru
Agama zon Adela bersarapan pagi seawal 8.00 pagi iaitu proses pendaftaran
dan pembayaran yuran kursus pendek sebanyak RM5 setiap seorang.
Seterusnya penyelaras kursus pendek iaitu Puan Nor Harwati Binti Ghazali
memberi taklimat ringkas kepada para peserta serta meminta peserta mengisi
borang maklumat peribadi bagi tujuan pensijilan.
9.2 Selepas itu Ustaz Hasna Bin Bidin memulakan ceramah beliau dengan
menerangkan pelbagai perkara-perkara yang perlu dilakukan ke atas simati
sehingga tamat pengkebumian ke atas jenazah.
9.3 Ceramah dari ustaz Hasna Bin Bidin juga berselang-selang dengan pertanyaan
yang di ajukan oleh peserta kursus.
9.4 Namun disebabkan masa yang singkat praktikal pengurusan jenazah tidak
dapat dijalankan seperti yang diminta oleh guru-guru agama tersebut,
walaubagaimanapun mereka semua berminat untuk mengadakan Kursus
Pendek Pengurusan Jenazah siri ke dua pada masa akandatang.
9.5 Berikut merupakan gambar-gambar Kursus Pendek Pengurusan Jenazah:-

9.5.1Ustaz dan Ustazah sedang khusyuk mendengar cerama daru ustaz Hasna
Bin Bidin
9.5.2 Ustaz Hasna Bin Bidin sedang mendengar pertanyaan yang diajukan
oleh seorang ustazah dan kemudia menjawab persoalannya.

9.5.3 Guru-guru Agama Zon Adela merakamkan kenangan bersama ustaz hasna
sebelum pulang ke sekolah masing-masing.
10.0 PENUTUP

Pihak Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) mengucapkan terima kasih kepada
Tuan Pengarah di atas kesudian melapangkan masa untuk meneliti laporan Kursus Pendek
Pengurusan Jenazah ini. Pada dasarnya kursus ini telah berjaya dilaksanakan secara teorinya
namun pihak guru agama zon Adela berminat untuk mengadakan Kursus Pendek
Pengurusan jenazah siri ke dua di mana pembelajaran lebih kepada praktikal.
Walaubagaimanapun kursus ini tetap berkesan dan bermanfaat kepada mereka dalam
melaksanakan fardhu kifayah dan sememangnya kursus seperti ini bukan sahaja dilaksanakn
oleh ustaz mahupun ustazah tetapi sekalian umat islam juga perlu mengetahui dan
mengikuti kursus ini untuk sebagai ilmu pengetahuan lantas kemahiran ini dapat
dipraktikkan dalam hubungan kemasyarakatan.
11.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh: Penyelaras Kursus Pendek,

........................................
( Nor Harwati Binti Ghazali )

Diperakukan oleh: Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat,


Kolej Komuniti Bandar Penawar

...................................
( Kamaludin Bin Rashidi )
Diluluskan oleh: Pengarah,
Kolej Komuniti Bandar Penawar

....................................
( Sahalani Bin Basar )

Anda mungkin juga menyukai