Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI LINUS / PEMULIHAN :

Baca, garis dan tulis perkataan yang sama.

Borhan bersekolah di SK Taman Mutiara. Pada hari ini, Borhan sangat


gembira kerana sekolahnya akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak.
Borhan berasa tidak sabar untuk ke sekolah. Borhan akan mengambil
bahagian dalam pertandingan nyanyian.
Apabila sampai di pintu pagar sekolah, kelihatan rakan-rakannya telah
sampai. Mereka juga berasa sangat gembira dan teruja. Borhan dan rakan-
rakannya berjalan bersama-sama ke dewan sekolah.
Sambutan Hari Kanak-kanak diadakan di dewan sekolah. Acara
pertama yang berlangsung ialah persembahan nyanyian yang disertai oleh
murid tahap satu. Borhan menjadi peserta pertama. Dia mendendangkan
lagu yang bertajuk “Sehati Sejiwa”. Dia menyanyi sambil memetik gitar.
Selepas itu, murid-murid tahap dua pula membuat persembahan.
Mereka menyampaikan tarian etnik Sarawak dengan penuh kelembutan.
Semua penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada murid-murid
tersebut.
Borhan berasa sangat gembira kerana dapat menyertai aktiviti pada
Hari Kanak-kanak di sekolah. Ketika sampai di rumah, dia menceritakan
pengalamannya kepada ibu bapanya.

1. berasa - __________________________________________
2. teruja - __________________________________________
3. sabar - __________________________________________
4. dewan - __________________________________________
5. gitar - __________________________________________
6. rumah - __________________________________________
7. sekolah - __________________________________________
8. gembira - __________________________________________
9. peserta - __________________________________________
10. pertama - __________________________________________
11.

Anda mungkin juga menyukai