Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Kamal yang Rajin

Kamal murid Tahun 5. Dia bersekolah di SK


Taman Moyan. Dia seorang murid yang rajin.
Di sekolah, dia selalu menolong gurunya
mengangkat buku. Selain itu, Kamal sangat
tekun menyelesaikan latihan yang diberikan oleh
guru. Dia menjadi semakin pandai dan mendapat
keputusan cemerlang di sekolah. Gurunya berasa
sangat bangga dan gembira.
Di rumah pula, Kamal rajin mengemas bilik
tidurnya setelah bangun pagi. Bilik tidurnya
bersih dan kemas. Selepas makan, dia menolong
ibunya mencuci pinggan di dapur. Kamal juga
selalu menolong ayahnya mencuci kereta pada
waktu petang. Ibu dan ayahnya berasa gembira.
Pada setiap petang, Kamal berlatih untuk
acara sukan di sekolahnya. Pada hari sukan
sekolah, dia berjaya mendapat johan dalam acara
larian dan lompat tinggi. Dia mendapat banyak
pingat dan piala. Ibu dan ayahnya sangat bangga
dan gembira.
Sikap Kamal yang rajin memberi banyak
kebaikan kepada Kamal. Dia sangat disayangi
oleh ibu, bapa dan gurunya.

Anda mungkin juga menyukai