Lari Berganti Ganti
Lari Berganti Ganti
LARI BERGANTI-GANTI
http://www.scribd.com/doc/23710545/Lari-berganti-ganti
Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x100meter.
Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton
dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa
baton dengan tangan kanan.
Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang.
Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada di
hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
(a) (b)
Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan adanya satu
garisan pembahagi di tengah-tengahnya.
Baton hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton. Penyerahan baton
bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila
baton telah benar-benar berada dalam genggaman pelari yang menerima baton.
Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu tandaan (check mark) yang
jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang garisan mula zon penukaran
baton.
Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu, penerima
baton akan terus berlari dan menunggu isyarat daripada pembawa baton untuk
menerima baton dalam zon penukaran baton.
Pelari pertama
Dapat memulakan larian dengan baik.
Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap
semasa menerima baton.
Pelari kedua
Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.
Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.
Pelari ketiga
Pantas berlari di bahagian selekoh.
Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.
Pelari keempat
Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya.
Pantas berlari di bahagian lurus.
Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu
kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari
daripada pasukan lawan.
PERATURAN-PERATURAN
Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil
balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya
untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang
patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain.
Baton hendaklah diserah di dalam zon pernukaran baton. Kedudukan baton
yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton
di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.
Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar
dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan
pasukannya dibatalkan.
Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan
pembatalan.