Pendidikan Moral
Pendidikan Moral
MODUL AKADEMIK
PENDIDIKAN MORAL
SEMESTER 1,2,3 dan 4
2014
Cetakan 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar ulang mana-mana bahagian artikel, Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :-
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-2-
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
P endidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
KATA PENGANTAR
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional ialah satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid
melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.
Dengan itu murid dapat menjadikan sebagai panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan
mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan
menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan
bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi
segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid.
-3-
Murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet,
CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan
masyarakat Malaysia yang celik teknologi.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang
kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional membolehkan murid mencapai objektif berikut:
i. Mengembangkan penaakulan moral dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah moral.
ii. Menyuburkan perasaan moral ke arah tingkah laku altruistik,autonomi dan keadilan.
iii. Mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan akauntabiliti.
iv. Menghayati nilai-nilai universal untuk berakhlak mulia.
-4-
FOKUS MATA PELAJARAN
PE NA A KU L A N
M OR A L
PER A SAA N
M O RA L
INS A N
BER A K HLA K
M ULIA
PE RL A K UA N
M O R AL
i. Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar.
Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif.
Kemahiran Utama
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan
murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral.
Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam
kalangan murid. Mengajar murid kemahiran- kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral
mereka.
Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil
kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh
membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.
Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai
sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai
moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang lebih
baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.
Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan
konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang
bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.
-8-
Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya
Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini
digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan
sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya tetapi mengajar murid supaya berfikir,
berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral diri.
Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan dalam kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid
menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat
ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang
tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini
dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid dapat
membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur
negatif.
Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi yang boleh
diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
-9-
ORGANIS ASI K ANDUNGAN
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus
ikhlas.
3. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
4. Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
5. Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
6. Hemah tinggi
- 10 -
7. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.
8. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
9. Kebebasan
Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh
agama, masyarakat dan negara.
10. Keberanian
11. Kejujuran
12. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
13. Kerjasama
- 11 -
14. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
15. Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi.
16. Patriotisme
Bangga dan taat setia kepada negara.
17. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
18. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.
- 12 -
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TERHAD
KOD : A071001
- 13 -
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
HURAIAN MODUL :
Modul Pendidikan Moral secara keseluruhannya menerangkan tentang konsep asas moral, insan bermoral, dan nilai moral mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing. Pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaat dan diamalkan dalam perlakuan seharian untuk membina insan yang
bermoral dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
- 14 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. KONSEP 1.1 Menerangkan konsep etika 1.1.1 Menyatakan maksud konsep etika.
ASAS 1.1.2 Menjelaskan dengan contoh konsep etika.
MORAL 1.1.3 Berbangga mengamalkan etika dalam perlakuan seharian.
1.1.4 Mengamalkan etika dalam dalam perlakuan seharian.
Memahami konsep
etika, nilai dan moral
1.2 Menerangkan konsep nilai 1.2.1 Menyatakan maksud konsep nilai.
1.2.2 Menjelaskan dengan contoh konsep nilai.
1.2.3 Berbangga mengamalkan nilai-nilai murni dalam perlakuan seharian.
1.2.4 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam dalam perlakuan seharian.
- 15 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami konsep 2.1 Menerangkan konsep 2.1.1 Menyatakan maksud konsep akhlak .
akhlak, moraliti, akhlak 2.1.2 Menjelaskan melalui contoh konsep akhlak.
peraturan moral dan 2.1.3 Bersyukur mengamalkan konsep moral dalam perlakuan seharian.
undang-undang 2.1.4 Mengamalkan akhlak dalam kehidupan seharian.
2.3 Menerangkan konsep 2.3.1 Menyatakan maksud konsep peraturan moral dan undang-undang.
peraturan moral dan 2.3.2 Membezakan konsep peraturan moral dan undang-undang.
undang-undang 2.3.3 Menghargai peraturan moral dan undang-undang.
2.3.4 Mematuhi peraturan moral dan undang-undang dalam perlakuan seharian.
- 16 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
2. INSAN 3.1 Menerangkan dimensi moral 3.1.1 Menyatakan maksud dimensi moral.
BERMORAL 3.1.2 Menyenaraikan dimensi moral.
3.1.3 Menjelaskan kepentingan mengamalkan dimensi moral dalam perlakuan
Memahami dimensi seharian.
moral 3.1.4 Berbangga mengamalkan dimensi moral dengan rasional dalam
perlakuan seharian.
3.1.5 Mengamalkan dimensi moral dalam perlakuan seharian.
- 17 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami 4.1 Menerangkan konsep 4.1.1 Menyatakan maksud peraturan masyarakat dan keperibadian mulia.
kandungan moral kandungan moral 4.1.2 Membezakan peraturan masyarakat dan keperibadian mulia.
4.1.3 Menerangkan kepentingan mengamalkan kandungan moral dalam
Kehidupan seharian.
4.1.4 Berbangga menjadi contoh dalam masyarakat yang mengamalkan
konsep peraturan moral dalam kehidupan seharian.
4.1.5 Membudayakan peraturan masyarakat dan keperibadian mulia dalam
perlakuan seharian.
- 18 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami bentuk 5.1 Menerangkan bentuk moral 5.1.1 Menyatakan maksud prinsip altruisme, autonomi, dan keadilan.
moral: 5.1.2 Menghuraikan dengan contoh prinsip altruisme, autonomi, dan keadilan
Prinsip dalam perlakuan seharian.
Altrustik 5.1.3 Menghubungkait prinsip altruisme, autonomi, dan keadilan dalam
Prinsip perlakuan seharian.
Autonomi 5.1.4 Berbangga mengamalkan prinsip altruisme dan keadilan.
Prinsip 5.1.5 Berwaspada mengamalkan prinsip autonomi dalam situasi yang sesuai.
keadilan
- 19 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.MORAL 6.1 Menerangkan nilai moral 6.1.1 Menyatakan nilai moral daripada perspektif mengikut agama dan
DARIPADA daripada perspektif mengikut kepercayaan masing-masing.
PERSPEKTIF agama dan kepercayaan 6.1.2 Menghuraikan nilai moral daripada perspektif pelbagai agama dan
PELBAGAI AGAMA masing-masing kepercayaan masing-masing dalam perlakuan seharian.
DAN 6.1.3 Bertoleransi dengan pelbagai agama dan kepercayaan dalam kehidupan
KEPERCAYAAN seharian.
6.1.4 Mengamalkan nilai moral mengikut kepercayaan agama masing-masing
Memahami nilai dalam perlakuan seharian.
moral daripada
perspektif agama
dan kepercayaan
masing-masing.
- 20 -
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TERHAD
KOD : A072001
- 21 -
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
HURAIAN MODUL
Modul Perkembangan Diri secara keseluruhan menerangkan peranan dan tanggungjawab terhadap diri , keluarga, masyarakat dan
negara. Seterusnya, modul Perkembangan Diri membincangkan cabaran dalam mengamalkan nilai moral untuk membentuk individu
yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara .
- 22 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
PERKEMBANGAN 1.1 Menerangkan peranan dan 1.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab diri .
DIRI tanggungjawab diri 1.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab diri dalam perlakuan seharian.
Memahami peranan 1.1.3 Menyenaraikan kepentingan peranan dan tanggungjawab diri dalam
dan tanggungjawab perlakuan seharian.
diri sendiri 1.1.4 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab diri dalam perlakuan
seharian.
- 23 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami peranan 2.1 Menerangkan peranan dan 2.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga .
dan tanggungjawab tanggungjawab terhadap 2.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga dalam
terhadap keluarga keluarga perlakuan seharian.
2.1.3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga dalam
kehidupan seharian.
- 24 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami peranan 3.1 Menerangkan peranan 3.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat .
dan tanggungjawab dan tanggungjawab 3.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat dalam
terhadap masyarakat terhadap masyarakat perlakuan seharian.
3.1.3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat
dalam perlakuan seharian.
- 25 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami peranan 4.1 Menerangkan peranan dan 4.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab terhadap negara.
dan tanggungjawab tanggungjawab terhadap 4.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab terhadap negara dalam
terhadap negara. negara perlakuan seharian.
4.1.3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab terhadap negara dalam
perlakuan seharian.
- 26 -
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TERHAD
KOD : A073001
- 27 -
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
Huraian modul
Modul Pendekatan Moral dan Isu Moral secara keseluruhan menerangkan dilema moral dan konflik dalam menangani isu moral. Pelbagai isu
moral diketengahkan bagi mengenal pasti punca, kesan dan cara penyelesaian isu-isu moral. Namun begitu, isu-isu moral yang lain boleh
dibincangkan supaya pengetahuan yang diperolehi pelajar akan dapat membina diri menjadi insan yang berupaya menyelesaikan isu-isu moral
daripada pelbagai perspektif dalam menghadapi cabaran mendatang dengan lebih yakin.
- 28 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 Menerangkan konflik dalam 1.2.1 Menyatakan maksud konflik dalam isu moral .
isu moral 1.2.2 Mengenal pasti punca-punca konflik dalam isu moral .
1.2.3 Mencadangkan strategi penyelesaian konflik dalam isu moral.
1.2.4 Menyatakan perasaan apabila dapat menangani konflik dalam isu
moral.
1.2.5 Berupaya menyelesaikan konflik dalam isu moral dengan
rasional.
- 29 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
2. REMAJA DAN ISU 2.1 Menerangkan isu moral 2.1.1 Menyenaraikan isu-isu moral daripada aspek kemajuan sains .
MORAL dari aspek kemajuan sains 2.1.2 Mengenal pasti punca isu moral daripada aspek kemajuan sains.
2.1.3 Menilai kesan berlakunya isu moral daripada aspek kemajuan sains.
Memahami isu moral dari 2.1.4 Merangkakan cara-cara menangani isu moral daripada aspek
aspek : kemajuan sains .
2.1.5 Berbangga apabila berupaya menyelesaikan isu moral daripada
Kemajuan Sains aspek kemajuan sains.
Lestari alam sekitar 2.1.6 Mengamalkan gaya hidup sihat daripada aspek kemajuan sains.
Euthanasia
Pengklonan
manusia
Derma organ
- 30 -
Perubahan Sosial 2.2 Menerangkan isu moral 2.2.1 Menyenaraikan isu-isu moral daripada aspek perubahan social.
Pembuangan bayi dari aspek perubahan sosial 2.2.2 Mengenal pasti punca isu moral dalam aspek perubahan sosia.
Penyalahgunaan 2.2.3 Menilai kesan berlakunya isu moral daripada aspek perubahan
dadah sosial.
Rasuah 2.2.4 Merangkakan cara-cara menangani isu moral daripada aspek
Lumba haram perubahan sosial.
2.2.5 Berbangga apabila berupaya menangani isu moral daripada aspek
perubahan sosial.
2.2.6 Mengamalkan gaya hidup sihat daripada aspek perubahan sosial
dalam perlakuan seharian.
Teknologi Maklumat 2.3 Menerangkan isu moral 2.3.1 Menyenaraikan isu-isu moral dari aspek perkembangan teknologi
Memanipulasi dari aspek perkembangan maklumat.
program/data teknologi maklumat 2.3.2 Mengenal pasti punca isu moral aspek perkembangan teknologi
Mengubah data maklumat .
yang tersimpan 2.3.3 Menghuraikan kesan isu moral dalam perkembangan teknologi
dalam komputer maklumat.
Penyeluk poket 2.3.4 Membincangkan cara-cara menangani isu moral dalam perkembangan
elektronik(Hacker) teknologi maklumat.
2.3.5 Berbangga apabila berjaya menangani isu moral daripada aspek
Penyalahgunaan
perkembangan teknologi maklumat.
laman sosial.
2.3.6 Mengamalkan gaya hidup sihat daripada aspek perkembangan
teknologi maklumat dalam kehidupan seharian.
- 31 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
3. GLOBALISASI 3.1 Menerangkan isu-isu moral 3.1.1 Menyenaraikan isu-isu moral global.
DAN ISU MORAL global 3.1.2 Mengenal pasti punca isu moral global.
3.1.3 Menilai kesan isu moral global dalam masyarakat .
Memahami isu-isu moral 3.1.4 Membincangkan cara-cara menangani isu moral global.
global : 3.1.5 Tabah berhadapan dengan isu-isu moral global.
3.1.6 Melibatkan diri dalam membantu menangani isu moral global.
Pemerdagangan
manusia
Pengubahan wang
haram
Pendatang tanpa
izin
Sindikit penipuan
menggunakan
telefon bimbit dan
media elektronik
- 32 -
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TERHAD
KOD : A074001
- 33 -
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
HURAIAN MODUL
Modul Etika dan Moral dalam kerjaya secara keseluruhan menjelaskan kemahiran komunikasi dan ketrampilan diri. Kandungan modul
menerangkan etika pelbagai kerjaya. Seterusnya, pengetahuan daripada modul membolehkan pelajar mengaplikasikan budaya kerja cemerlang
dan menjadi individu yang berintegriti serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara ke arah negara berpendapatan tinggi.
- 34 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Modul : Pendidikan Moral
Semester : 4
1. ETIKA DAN 1.1 Menerangkan ciri-ciri 1.1.1 Menyatakan maksud komunikasi berkesan.
MORAL komunikasi berkesan 1.1.2 Membincangkan kemahiran komunikasi berkesan.
DALAM 1.1.3 Menjelaskan dengan contoh ciri-ciri komunikasi berkesan.
KERJAYA 1.1.4 Berbangga dapat melakukan komunikasi berkesan.
1.1.5 Mengamalkan cara berkomunikasi dengan berkesan dalam perlakuan
Memahami seharian.
komunikasi berkesan
dan ketrampilan diri 1.2 Menerangkan ciri-ciri 1.2.1 Menyatakan maksud ketrampilan diri.
keterampilan diri 1.2.2 Menjelaskan dengan contoh ciri-ciri keterampilan diri.
1.2.3 Berbangga dengan keterampilan diri yang terpuji.
1.2.4 Menampilkan keterampilan diri yang terpuji dalam perlakuan seharian.
- 35 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami etika 2.1 Menerangkan etika dalam 2.1.1 Menyenaraikan pelbagai etika kerjaya.
pelbagai kerjaya : pelbagai kerjaya 2.1.2 Membincangkan pelbagai etika kerjaya.
Etika dalam 2.1.3 Membezakan etika dalam kerjaya perkhidmatan awam dan swasta.
Perkhidmatan 2.1.4 Menghargai etika dalam pelbagai kerjaya.
Awam 2.1.5 Mematuhi etika kerja dalam pelbagai kerjaya.
Etika dalam
perniagaan
Etika dalam
teknologi
maklumat dan
komunikasi
Etika dalam
teknologi
kejuruteraan
- 36 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami budaya 3.1 Menerangkan ciri-ciri pekerja 3.1.1 Menyenaraikan ciri-ciri pekerja cemerlang.
kerja cemerlang cemerlang 3.1.2 Menghuraikan ciri-ciri pekerja cemerlang.
3.1.3 Berbangga apabila dapat mengamalkan ciri-ciri pekerja cemerlang.
3.1.4 Mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam kerjaya.
3.3 Menerangkan hubungan 3.3.1 Memberikan contoh cara-cara hubungan baik antara rakan sekerja.
dengan rakan sekerja 3.3.2 Membincangkan cara-cara mengeratkan hubungan baik antara rakan
sekerja.
3.3.3 Menghargai hubungan baik antara rakan sekerja.
3.3.4 Mengamalkan hubungan yang baik antara rakan sekerja.
- 37 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
- 38 -
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Memahami integriti 5.1 Menerangkan integriti dalam 5.1.1 Menyatakan ciri-ciri keluarga yang berintegriti .
dalam keluarga, keluarga 5.1.2 Menjelaskan melalui contoh keluarga yang berintegriti.
komuniti dan 5.1.3 Mengamalkan ciri-ciri keluarga berintegriti dalam perlakuan seharian.
masyarakat
5.2 Menerangkan integriti dalam 5.2.1 Menyatakan ciri-ciri komuniti yang berintegriti .
komuniti 5.2.2 Menjelaskan melalui contoh komuniti yang berintegriti.
5.2.3 Mengamalkan ciri-ciri komuniti berintegriti dalam kehidupan seharian.
5.3 Menerangkan integriti dalam 5.3.1 Menyatakan ciri-ciri masyarakat yang berintegriti .
masyarakat 5.3.2 Menjelaskan melalui contoh masyarakat yang berintegriti.
5.3.3 Mengamalkan ciri-ciri masyarakat berintegriti dalam kehidupan seharian.
- 39 -
- 40 -