Anda di halaman 1dari 13

Contoh Soalan Exam JuruAudit:

Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.
Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan
Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D

>>>>>>>>INFO SKOP KERJA AUDITOR>>>>>>>>>>>>>

Skop tugas Juruaudit adalah melakukan


tugasan audit kewangan terhadap
Kementerian dan Jabatan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Penyata Kewangan
dan Kumpulan Wang Badan Berkanun
Persekutuan, Badan Berkanun Negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama
Islam, Kumpulan Wang Amanah, Akaun
Amanah serta 496 Syarikat Kerajaan
(di mana Kerajaan memiliki 50% atau lebih ekuiti)

DEFINISI AUDIT

Audit ditakrifkan sebagai satu proses bersistem yang dilakukan untuk mencari dan menilai secara objektif bukti-
bukti tentang kendalian yang telah dilaksanakan atau hasil yang telah diperoleh. Perbandingan dibuat antara
bukti-bukti itu dengan kriteria yang telah ditentukan untuk:
(a) Menentukan kesesuaian antara kendalian yang telah terlaksana dengan kriteria tersebut.
(b) Membentuk pertimbangan tentang tingkat kesesuaian berkenaan dan
(c) Menyampaikan penemuan berkenaan kepada individu.

Kerja-kerja audit dilaksanakan oleh juruaudit. Juruaudit akan menentukan sama ada terdapat asas yang cukup
untuk berpuas hati dengan sesuatu penyata kewangan. Semasa menjalankan pemeriksaan audit, juruaudit akan
menentukan sama ada butiran kewangan di dalam penyata kewangan benar¬benar wujud, sahih, boleh dikutip,
bebas daripada cagaran, dan sebagainya. Juruaudit akan menunjukkan penerimaan mereka terhadap penyata
kewangan dengan memperakukan kebenaran dan kesaksamaan penyata itu.

Antara bidang tugas jabatan dalam firma audit termasuklah:

Jabatan Audit
Fungsi jabatan ini adalah merancang, menyusun, memimpin dan menga¬wal kerja pengauditan yang dilakukan
oleh para pembantu audit. Rakan kongsi pula bertanggungjawab terhadap keseluruhan audit dan mem¬berikan
pendapat audit penting untuk memenuhi keperluan para pe¬langgan mendapatkan perkhidmatan dalam bidang
pengauditan. Jabatan ini sentiasa memerlukan kerjasama daripada jabatan lain untuk mendapatkan maklumat
berhubung dengan cukai, kesetiausahaan dan akaun. Jabatan ini diketuai oleh seorang pengurus audit yang
ber¬tanggungjawab merancang, menyusun, memimpin dan mengawal kerja pengauditan yang dilakukan oleh
para pembantu audit. Jabatan ini juga mempunyai rakan kongsi yang bertanggungjawab terhadap kelicinan audit
dan melahirkan pendapat audit.

Jabatan Cukai
Jabatan Cukai biasanya diketuai oleh seorang pengurus cukai yang 5erfungsi merancang kerja percukaian untuk
diagihkan kepada para pembantunya. Bentuk perkhidmatan percukaian yang diberikan termasuk menyediakan
penyata cukai, membuat perancangan dan membuat peruntukan cukai syarikat setiap akhir tahun untuk dihantar
ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jabatan Kesetiausahaan
Jabatan Kesetiausahaan pula menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan kepada syarikat yang memerlukan
perkhidmatan ini. Tugas jabatan ini adalah berhubung dengan kerja menyediakan daftar pemegang saham,
rekod para pengarah syarikat, minit-minit mesyuarat dan kerja perundangan untuk mendaftarkan syarikat
mengikut keperluan Akta Syarikat 1965.

Jabatan Pentadbiran
Jabatan Pentadbiran mengendalikan segala kerja pentadbiran, perjawatan dan kewangan firma itu sendiri.
Jabatan ini selalunya dikendalikan oleh seorang pengurus atau penyelia pentadbiran. Jabatan ini mengandungi
beberapa orang kerani, jurutaip dan pelayan pejabat. Jabatan ini juga diawasi secara terus oleh rakan kongsi
terutamanya dalam hal ehwal kewangan firma.

Jabatan Perakaunan
Jabatan Perakaunan menawarkan perkhidmatan penyediaan rekod perakaunan dan penyata kewangan kepada
organisasi perniagaan atau per¬tubuhan bukan untung yang memerlukannya. Jabatan ini diketuai oleh seorang
pengurus dan dibantu oleh para pembantu yang melaksanakan kerja penyimpanan kira-kira dan penyediaan
penyata kewangan tersebut.

Dalam kebanyakan firma audit, aktiviti yang utama sekali ialah peng¬auditan yang biasanya membawa lebih
daripada 50% pendapatan firma tersebut. Aktiviti lain, masing-masing menyumbangkan antara 15% hingga
20% daripada pendapatan firma. Berikut ditunjukkan contoh carta organisasi jabatan audit dalam sebuah firma
audit.
PERANAN JURUAUDIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN LAPORAN KEWANGAN

Amalan pengauditan mula muncul apabila manusia mulai berniaga. Aktiviti perniagaan yang semakin
berkembang pesat menyebabkan audit semakin diperlukan dan memaksanya untuk tumbuh menjadi lebih
kompleks serta tersusun.

Selain sistem pengurusan yang baik, aspek utama yang boleh membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi
perniagaan ialah sistem penyimpanan rekod yang baik. Sistem penyimpanan rekod disediakan untuk semua urus
niaga yang terlibat dengari aktiviti perniagaan, sama ada kewangan atau bukan kewangan, dan juga menjadi
sistem komunikasi maklumat organisasi tersebut.

Rekod kewangan sesebuah organisasi yang mengandungi maklumat seperti hasil kendalian dan kewangan masa
lalu, yang tidak memberikan gambaran sewajarnya, akan menimbulkan keraguan yang disyaki berpunca
daripada terdapatnya unsur kepentingan diri ataupun ketidakjujuran.

Suatu kemungkinan yang boleh berlaku ialah pihak pengurus sengaja mengubah angka-angka dalam penyata
kewangan dengan tujuan supaya penyata tersebut memperlihatkan kedudukan kewangan dan hasil kendalian
yang lebih menarik dan memudahkan pihak pengurus mendapatkan pinjaman dari bank ataupun untuk
memperoleh modal ekuiti tambahan menerusi penerbitan saham atau bon.

Untuk memberikan kepastian yang diperlukan oleh pihak ketiga bahawa maklumat yang mereka gunakan untuk
membuat keputusan itu boleh diper¬cayai, juruaudit bebas diperlukan untuk memperkukuhkan keyakinan pihak
ketiga terhadap kebolehpercayaan maklumat tersebut. Juruaudit bebas menjalankan pemeriksaan tersebut bagi
pihak pemegang saham atau ahli kerana memang tidak mungkin setiap pemegang saham akan menjalankan
pemeriksaan secara berasingan terhadap rekod dan buku organisasi itu.

Selepas pemeriksaan, pendapat juruaudit tentang penyata kewangan akan dinyatakan dengan jelas di dalam
laporan mereka kepada pemegang saham atau ahli. Laporan ini menyatakan sama ada maklumat kewangan
yang dilaporkan itu benar dan saksama atau sebaliknya.

Pengakuan juruaudit ini amat penting kepada para pelabur dan memberi gambaran ekonomi sesebuah
masyarakat secara keseluruhannya.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan
Badlishah dari negeri Kedah.

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada
1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor,
diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920,
memerintah pada 1960-1965, mangkat pada tahun 2000.
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan
pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum
Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah
pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.
7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-
Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.
8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor,
diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-
lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922,
memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-
Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4
Disember 2001.
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943,
memerintah pada 2001-2006.
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-
Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.
14. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada
1927, memerintah pada 2011-kini.
15. Negeri Sembilan
16. Selangor
17. Perlis
18. Terengganu
19. Kedah
20. Kelantan
21. Pahang
22. Johor
23. Perak
Deskripsi
Tugas:
Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan,
Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang
kuasa Ketua Audit Negara.
Rukun Negara

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran
berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan
yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan-Soalan Daya menyelesaikan Masalah (Kemahiran Logik)


(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi
perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan
sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
Contoh Soalan-Soalan Daya menyelesaikan Masalah (Kemahiran Menginterprestasi Data)
(iii)Konsep-konsePMatematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut
tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai
untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana
soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut
mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM)
Contoh Soalan-Soalan Daya menyelesaikan Masalah (Konsep-konsep Matematik)
1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga
(setiap pasukan mesti bertemu antara satu
sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan: A
2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4
daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan
penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan: A

Teknik menjawab
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang
Contoh Soalan1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu
berikut :Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian
jenayahberlaku”.Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan
segera”.Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun
lagimemandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima
buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidakada kerja kosong”.A. Peguambela.B. Jururawat.C. Profesor
Ekonomi.D. Penganggur.E. Peguambela dan Jururawat.Jawapan – D

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuanmelarikan
harta itu daripada yang mempunyainya.Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat
dengan tidak membayar dantelah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah
balik ke kedaitersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf
dansanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran dasebaliknya
telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undangseperti di atas, Y
adalahA. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak
memaafkannya.C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.D. Tidak bersalah kerana ia telah
membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta
maaf.Jawapan – CPenjelasanPersoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri
atau tidak disisiUndang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan
itu,”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yangdemikian
jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidandimaafkan oleh tuan punya
kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran.Soal sama ada tuan kedai
memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yangpaling tepat ialah C.

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


1. Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
( a ) Konsep Raja Berperlembagaan
• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di – Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri. secara
bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
( b ) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
• Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan
pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh
menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,
dan kehormatan Raja- Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak
dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan
negara terancam
• Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman
serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab
melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
( c ) Kepentingan Raja Berperlembagaan
• Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja
2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .
• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta
beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yangdiperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia.
( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia
Senarai Persekutuan
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain
( b ) Senarai Negeri
Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa
terhadapnya
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri
Senarai Bersama
Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini
kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan
Rumusan
• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan
Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.
3. PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI.
( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
• Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
• Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang
yang sedia ada.
• Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.
( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri
• Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
• kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
• Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu
setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat undang-undang negeri.
( 3 ) LAMBANG-LAMBANG NEGARA
Tujuan
• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangaat
• simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan Negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
( a ) JATA NEGARA
• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu
Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri
Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali
sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan
( b ) BENDERA KEBANGSAAN
• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan Selangor.
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang di- Pertuan Agong dan Hari
Kebangsaan.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.
( c ) LAGU KEBANGSAAN.
• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis
Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan
tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara
• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai