Bimbingan Dan Kaunseling - Sem 7
Bimbingan Dan Kaunseling - Sem 7
Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan
panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat
jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah
laku ke arah yang positif.
Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan
seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama
memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya
melaksanakan alternatif yang dipilih
Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan
mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima
reality hidup dunianya.
Persamaan
- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai
opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan
yang bijak.
5. Membantu klien berkembang secara Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus
positif kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita
dgn ibu bapanya.
Kandungan Huraian
1. Bimbingan dan Kaunseling adalah Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh
suatu proses pendidikan yang persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah.
terancang dan berterusan Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan
perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua
aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk
memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di
negara kita.
2. Bimbingan dan Kaunseling adalah Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam
untuk semua kanak-kanak perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa
mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan
masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan
bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua
golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah.
3. Semua kanak-kanak mempunyai Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk
hak untuk mendapatkan membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan
bantuan apabila mereka sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.
memerlukan Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad
kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang
memerlukan bantuan serta merta.
4. Bimbingan dan kaunseling adalah Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan
untuk memenuhi keperluan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar
kanak-kanak bagi dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap
mengembangkan potensi dan perkembangan masing-masing.
kebolehan mereka.
5. Bimbingan dan kaunseling Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanak-
berorientasikan masa kini dan kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan
masa hadapan. memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan
diteruskan sehingga masa depan.
6. Bimbingan dan kaunseling dapat Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam
membantu kanak-kanak proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan
memahami diri dan orang lain. menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja.
Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka
berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di
samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka
dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari
tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.
7. Bimbingan dan kaunseling adalah Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan
tanggungjawab bersama kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-
guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan
menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan
keberkesanan aktiviti tersebut.
Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan
menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang
diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.
Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.
Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang sistematik dan berkesan.
Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan
kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.
6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok dalam
perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.
1. Sukarela
2. Dijemput
3. Dirujuk
7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori SUKARELA/DIJEMPUT/
DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.
Klien yang datang Sukarela Klien yang dijemput Klien yang dirujuk
I) Isi borang temujanji I) Guru BK mengisi Borang I) Guru BK mengisi Borang
(Permohonan Khidmat Kaunseling Rujukan Perkhidmatan
Mendapatkan Khidmat Individu/ Kelompok Kaunseling
Kaunseling) II) Menyerahkan Surat II) Menyerahkan Surat
II) Serahkan borang kepada Kebenaran Menghadiri Kebenaran Menghadiri
guru BK Khidmat Kaunseling Khidmat Kaunseling
III) Dapatkan surat Individu/ Kelompok Individu/ Kelompok
kebenaran III) Sesi dijalankan III) Sesi dijalankan
(Surat Kebenaran
Meninggalkan Kelas)
IV) Sesi dijalankan
Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara antara guru
dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti doktor perubatan,
psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.
14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien menjaga
kesejahteraan keseluruhan individu.
Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?
1. Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat positif dan
gaya hidup sihat
2. Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan keluarga
persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.
3. Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih rasional
dalam menyelesaikan masalah.
4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat menyatakan
masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.
5. Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan
dan ajaran agama.
1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul maklumat
murid.
1. Konflik Interpersonal
Konflik yang belaku dengan orang lain
2. Konflik Intrapersonal
Konflik dalam diri
5. Kurang Kemahiran
Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah laku yang asertif.
4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?
Faktor Penjelasan
Faktor Pengajaran dan - Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan kurikulum
Pembelajaran - Pedagogi pengajaran guru lemah
- Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar
Faktor peribadi - Masalah kemiskinan dan kewangan
- Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran
- Hilang minat
- Masalah kritik kendiri, helah bela diri
- Masalah komunikasi
Faktor mental - Factor warisan kelahiran tidak normal
- Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak akibat kurang
zat makanan
- Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira,
- Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan masalah
- Masalah pengurusan diri
Faktor fizikal - Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan
- Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup
- Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat anggota dan
seumpamanya.
Faktor psikologi - Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut, penggeli,
dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan skizifrenia.
Sifat Semula Jadi Manusia Konsep Utama / Matlamat Teknik / Proses Peranan Kaunselor Peranan Klien
Sikap, kebiasaan, tabiat Ssuatu t/laku blh ditiru dgn Proses Sbg pakar, sorg guru yg aktif Harus komited kpd startegi
ditentukan olh t/laku ssuatu cara pemerhatian & Definisi masalah kerana mempunyai & tatacara terapi tingkah
organisma. peneguhan. Perkembangan sejarah kemahiran saintifik yg blh laku
Perkembangan personaliti Individu bermasalah apabila sosial digunakan bg mengubti Haru smmepunyai motivasi
ditentukan olh pengalaman melakukan t/laku yg Menyatakan matlamat maslaah2 kaunseling utk mengubah apa juga
& interaksi individu & menyeleweng di dlm t/laku Hendaklah amhir dgn semua t/laku yg lazim.
persekitarannya masyarakat Strategi mengubah t/laku teknik yg digunakan dlm Sedia melakukan apa yg
Teori ini menyediakan teori t/laku’
TEORI MODIFIKASI TINGKAH LAKU
kecenderungan s/jadi utk D –(dispute) cabaran / Hujah dianuti Mencabar klien & ttg keadaan masa kini dr sg
memelihara diri, mengasihi E – (New Emotion) C mengarahnya utk melinbat pemikiran
& berkomunikasi dgn org Emosi Normal Emosi yg lahir dr penilaian A altiviti2 yg mencabar Klien harus menyedari &
lain. dan B kepercayaan yg x rasional mengenali sistem yg x
Msia sndr yg menyebabkan Matlamat D Menunjukkan kpd klien bhw rasional yg wujud dlm diri yg
timbul masalah, & maslah Membantu klien Strategi g digunaka utk masalahnya disebabkan olh mengganggu emosi &
itu bkn dtg dr luar. memperkembangkan berhujah, mencabar 7 klien sndr yg sntiasa percaya kepercayaannya
pemikiran yg rasional & membetulkan sistem dgn kepercayaan x logik
logikal dgn menggalakkan kepercayaan yg x rasional Mencabar klien menggubal
mereka memikir & E pemikiran yg x rasional &
memahami pemikiran x Individuyg tlh jd normal menghindar drp mnjadi
rasional yg diwarisi masa akibat dr penilaian semula mangsa
lalu sbg punca utama yg yg rasional & +ve Kaunselor bersikap
membawa kpd masalah mengarah
psikologikal masa kini
BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan agar klien berasa
selesa dan membina sifat kepercayaannya terhadap kaunselor
2. Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama menerokai, memahami dan
menganalisis permasalahan klien.
3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk menentukan matlamat
dan menentukan pendekatan dan srategi untuk capai matlamat
4. Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien untuk berfungsi
dengan lebih efektif.
5. Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien untuk sesi
ditamatkan.
Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor dan klien.
3. Menstruktur hubungan
(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi: konsep kaunseling,
proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek kerahsiaan)
4. Membina kepercayaan
(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri penekanan pada aspek
kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor, ada tat etika kaunselor yang tinggi)
3) TAHAP PENEROKAAN
Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah klien?
1. Skop permasalahan Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah
yang sebenarnya
Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan yang
berlaku
Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang
signifikan dengan klien
2. Tahap Kefungsian Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal,
Klien fisiologikal dan sosial dengan baik
Berfungsi pada aras yang sesuai
Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang yang
signifikan
Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan berkesan
3. Memahami Corak Apakah klien berani mengambil risiko dalam permasalahan
Klien Berfikir dan yang lepas mahupun pada masa akan datang?
Bertindak Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien pada
masa lalu?
4. Memahami Kekuatan Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada klien
Klien Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk
menangani masalah yang dihadapi.
5) TAHAP PELAKSANAAN.
Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling?
1. Kemahiran Fungsi:
menyoal Soalan Terbuka
a. Untuk mendapatkan maklumat awal
b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas
c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci tentang sesuatu
d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih khusus
e. Klien bebas member jawapan
f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat
Soalan Tertutup
a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas
b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja
c. Kurang memberikan refleksi kepada klien
2. Kesenyapan Tujuan:
Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea membuat
seseorang berucap, membuat refleksi.
Kepentingan:
a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai dan
perbuatannya sendiri
b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi respon
c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata
d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses
apa yang telah dibincangkan sebelum itu
e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang
difikirkan oleh klien.
f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan
3. Kemahiran Kepentingan:
mendengar a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member
gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-sama
klien
b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas dengan
tepat
c. Mendengar dengan teliti
d. Dapat member tafsiran yang tepat
e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat
f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi keutamaan
4. Kemahiran Maksud:
prafasa Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan dengan
menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda kaunselor telah
mendengar dengan teliti.
Kepentingan:
a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan
kaunselor mendengar dengan teliti
b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut
c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas
d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor memahaminya.
e. Menyemak persepsi.
Contoh:
Klien: “Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-tubi
seolah-oleh saya melakukan kesalahan”
Kaunselor: “Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh”.
5. Kemahiran Merefleksi Perasaan:
merefleksi a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien
mengikut persepsi kaunselor
b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor memahami
perasaanya
d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaan
Klien: “Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya. Dia
tidak adil,”
Kaunselor: “Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan anda?”
Merefleksi Isi:
a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh klien.
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti
jalan cerita atau perkara yang dinyatakan.
d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi.
Klien: “Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak sanggap
mengikut saya berpindah ke tempat lain”
Kaunselor: ”nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak
dipaksa untuk berpindah”.
6. Kemahiran a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang telah
merumus dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan
c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa
mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien.
d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan
e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh klien.
f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.
1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan, pemikiran dan
motif klien
2. Tafsiran tidaklah muktamad
3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk meneroka dengan
lebih mendalam tentang diri klien
4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak selaras dengan apa
yang dilihat
5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa empati terhadap
klien.
6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.
1. Fokus mata
2. Kedudukan badan menunjukkan penerimaan
3. Menghadap klien atau kedudukan sisi
4. Badan condong ke hadapan
5. Riak air muka kea rah kemesraan
6. Tenang