Anda di halaman 1dari 16

TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

( USK 20503 )

DR MOHD SANI BIN ISMAIL

DEFINISI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI, CIRI-CIRI,


PRINSIP DAN MATLAMAT KAUNSELING

MUHAMMAD HANAFI BIN SAIPULLAH (043927)


MUHAMMAD ADIB SAFWAN BIN ABDUL RAZAK (043937)
MUHAMMAD IZHAM AINUDDIN BIN KUSMAN (043040)
MOHD ZAIM BIN ZULKUPLI (044572)
KAUNSELING
Kaunseling bermaksud satu proses perhubungan
menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi
yang dilakukan oleh kaunselor profesional

PSIKOTERAPI
psikoterapi membawa maksud rawatan sakit jiwa atau
gangguan mental dengan menggunakan kaedah
psikologi.
TEORI
 teori merupakan prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar
yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan)
sesuatu pengetahuan
 suatu bentuk intelektualisme dalam sendiri idea dan
konsep yang dimiliki oleh seseorang individu
 Melalui pekerjaannya, pengalamannya,
pembacaannya yang berbentuk saintifik sifatnya, maka
perlu diuji, diselidik dan diramalkan
 suatu andaian yang mengandungi beberapa idea dan
pandangan daripada tokoh-tokoh
 bertujuan menjelaskan sesuatu kejadian atau fenomena
TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

 merupakan satu cara atau mekanisme untuk kaunselor


dapat menjalankan sesi kauseling mengikut keadaan
atau sesuatu tertentu berdasarkan masalah klien itu
sendiri.
 garis panduan kepada para kaunselor dalam
mengendalikan sesi kaunseling
 teknik kaunseling yang boleh membantu melancarkan
perjalanan proses kaunseling.
 Teori yang menjadi pilihan setiap kaunselor adalah
mengikut kesesuaian personaliti seseorang kaunselor.
Antara teori yang sering digunakan
dalam bidang kaunseling
Teori psikoanalisis
 teori psikologi individu
 teori pemusatan insan
teori gestalt
teori kognitif
teori analisa transaksionalteori rasional emotif
tingkah laku
 teori realiti.
CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU

 Kaunselor menghormati kejujuran klien yang datang ke


sesi kaunseling.
 Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman
kepada klien tentang matlamat serta limitasi kaunseling.
 Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan
menghormati etika untuk menyakinkan klien bahawa
segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan
 Klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif
yang difikirkan dapat membantu kaunselor untuk
membantunya.
Elemen yang perlu diberi perhatian
dalam kaunseling individu

(a) Kerahsiaan
(b) Wujud status yang sama antara kaunselor
dengan klien.
(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru
(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian
(e) Suasana perbincangan adalah
menenangkan
CIRI – CIRI KAUNSELING KELOMPOK
 terbentuk dengan penyertaan oleh 7 hingga 12 klien, mengikut
kesesuaian dan yang terdiri daripada seorang ketua atau
kaunselor serta ahli-ahli yang dipilih secara sukarela.

 Ketua bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam


mengendali dan mengetuai kelompok berkenaan serta
menentukan isu yang ingin dibincangkan.

 Wujudnya sesi perbincangan penyataan isu yang ingin


dibincangkan dan aspek-aspek yang perlu diambil kira
 setiap ahli diberi hak kebebasan untuk menyuarakan pendapat
 sensitiviti ahli-ahli yang lain perlu diambil kira agar konflik antara
ahli dapat dielakkan.
CIRI – CIRI PSIKOTERAPI
 dari segi proses, psikoterapi merupakan interaksi di antara dua pihak, formal,
profesional, serta memenuhi kod etika psikoterapi.

 dari segi tujuan, psikoterapi bertujuan untuk mengubah kondisi serta keadaan
seseorang klien, mengatasi masalah klien atau meningkatkan potensi klien yang
sudah ada.

 dari segi matlamat ialah bertujuan membangunkan kemandirian diri dan


keupayaan seorang klien dalam menghadapi masalahnya

 dari segi tindakan ialah melakukan tindakan terapi berdasarkan ilmu psikologi
moden yang sudah teruji keberkesannya dan dilakukan terhadap seorang klien
yang bermasalah.
Prinsip Kaunseling
 Kaunseling diberi kepada orang normal yang sedang
menghadapi kecelaruan dan kerunsingan.

 Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien berasaskan


kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor
penting.

 Kaunselor membantu klien untuk membuat keputusan,


Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan.”Kaunselor
ibarat tochlight”

 Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan


bukannya paksaan
 Kaunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan berasaskan
teori-teori dalam kaunseling.

 Kaunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang baik.

 Kaunselor mesti percaya seseorang itu haruslah mempunyai peluang


untuk memilih matlamat hidup dan bebas dalam mencapai
matlamat hidup.
Prinsip Psikoterapi
Hubungan yang ada empati
Terapis dan pesakit yang boleh berhubung dengan
baik
Terapis berusaha bersungguh-sungguh memahami
perasaan pesakitnya
Terapis benar-benar boleh memahami pesakit
Terapis menerima semua perasaan yang diluahkan
oleh pesakit sebagai normal dan boleh difahami
Pesakit memain peranan yang aktif
Terapis benar-benar boleh memahami pesakitnya
MATLAMAT KAUNSELING

1-Membantu klien bertanggungjawab keatas dirinya

2-Memperbaiki imej diri yang negatif

3-Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan

4-Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan


tingkah laku

5-Membantu klien menjadi lebih produktif

6-Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman

7-Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan

8-Membantu klien menguruskan masalah yang ‘belum


selesai’ dalam hidupnya
MATLAMAT PSIKOTERAPI

- Rawatan untuk membantu klien menangani masalah yang dihadapi


seperti kebimbangan dan kemurungan.

- Fokus kepada menyelesaikan masalah yang melibatkan kecelaruan


mental.

Rickey (1995)

menyatakan dalam konteks matlamat psikoterapi adalah lebih kepada


melibatkan keseluruhan perubahan ke atas struktur peribadi klien.
RUMUSAN

 Teori kaunseling dan psikoterapi merupakan satu asas atau cara


bagi membantu seorang kaunselor menjalankan proses
kaunseling dengan lebih efektif terhadap mengikut kesesuaian
klien
 Apabila seorang kaunselor sudah jelas dengan definisi, ,ciri-ciri
prinsip dan matlamat tentang teori kaunseling dan
psikoterapi,proses kaunseling itu dapat dijalankan sesuai
mengikut keadaan atau situasi seseorang klien
 menjadi seorang kaunselor yang professional oleh itu, definisi,ciri-
ciri, prinsip dan matlamat kaunseling dan psikoterapi ini
seharusnya dikuasai terlebih dahulu agar dapat diaplikasikan
dalam sesi kaunseling dan psikoterapi dengan lebih berkesan.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai