Anda di halaman 1dari 2

MUKJIZAT - MUKJIZAT RASULULLAH SAW

UMMU JAMIL TIDAK NAMPAK RASULULLAH SAW.

Ummu Jamil iaitu isteri Abu Lahab ,tergolong wanita yang suka mengganggu dan
menyusahkan Rasulullah SAW. Ia selalu meletakkan duri -duri serta kotoran najis di
tempat jalan-jalan yang dilalui baginda. Begitu juga dengan Abu Lahab,selalu berusaha
menghalangi dakwah dan perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam. Usaha
mereka menghalang baginda terus dilakukan, sehingga turunlah surah Al-Masad atau
surah Al-lahab.

Firman Allah SWT maksudnya :


“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah
berfaedah kepadanya hartanya dan apa-apa yang ia usahakan . Kelak ia akan masuk ke
dalam api yang bergejolak. Dan begitu pula isterinya ,pembawa kayu bakar. Yang
dilehernya ada tali sabut.
(Al-Lahab: 1-5)

Setelah Ummu Jamil mengetahui ada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang
kekejaman Abu Lahab dan dirinya, ia bertambah benci dengan Rasulullah. Dia
bersumpah terhadap dirinya sendiri untuk membalas dendam dengan baginda.
Kemudian ia keluar dengan membawa tongkat untuk memukul Rasulullah SAW. Ketika
itu, baginda bersama Abu Bakar duduk dekat ka’bah. Ummu Jamil pun datang dekat Abu
Bakar dan bertanya : “Wahai Abu Bakar , dimanakah sahabatmu Muhammad?”Dia telah
menghinaku, jika bertemu dengannya akan ku pukul dengan tongkatku ini.”

Setelah Ummu Jamil pulang,Abu Bakar merasa hairan dan bertanya kepada
Rasulullah S.A.W. “Wahai Rasulullah, apakah dia tidak melihat baginda?”.Rasululllah pun
menjawab; “Allah telah membentang tabir sehingga dia tidak melihat ku.” Berkata Abu
Bakar;”Sesungguhnya Maha Suci Allah.”
RASULULLAH DAPAT MENYEMBUHKAN MATA QATADAH

Ketika perang uhud mencapai puncak kejayaan,pasukan kafir Makkah mundur


mengalami kekalahan. Namun begitu harta kekayaan orang-orang kafir membuat
pejuang-pejuang muslimin menjadi terpesona. Tiba-tiba harta benda itu menjadi
penyebab kekalahan kaum muslimin . Para pemanah telah meninggalkan tempat mereka
di atas gunung kerana kuatir tidak mendapat pembahagian harta rampasan
perang.Kemudian tempat itu diambil alih oleh musuh.

Ramai dikalangan kaum muslimin menuju ke tempat harta kaum kafir yang
tertinggal,hanya beberapa orang yang masih mematuhi pesan rasulullah s.a.w. Padahal
rasulullah telah berpesan kepada mereka agar tetap bertahan di atas puncak gunung.
Pada saat pasukan pemanah turun dari bukit,maka pemimpin tentera berkuda yang
bernama Khalid bin Walid mengambil alih tempat itu.Ketika itu mereka membalas
kekalahan mereka dengan memanah kearah tentera islam yang membahagi harta
rampasan perang di bawah.

Setelah Rasulullah SAW melihat pasukan berkuda menuju ke arah baginda, maka
baginda pun berusaha kepada umat Islam: “Kembalilah wahai hamba-hamba Allah,
barangsiapa yang sanggup menghalang musuh, maka ia akan mendapat syurga.” Ramai
sahabat yang menjadi benteng baginda, termasuk Abu Dujanah yang menjadikan
punggungnya sebagai penghalang panah mengenai rasul, sehingga seluruh tubuhnya
terluka sebanyak tujuh puluh tempat.

Seorang wanita bernama Nuibah sanggup berkorban sebagai benteng baginda. Dia
menjadikan dirinya sebagai benteng daripada anak-anak panah, pedang serta rantai
daripada mengenai Rasulullah SAW. Dia begitu lincah dalam perjuangan dan sanggup
berkorban jiwa dan raga demi untuk keselamatan Rasulullah SAW.

Setelah itu Qatadah datang membentengi Rasulullah SAW daripada serangan musuh-
musuh Islam, ia tidak gentar menghadapi ancaman maut demi membela kebenaran. Di
tengah-tengah pertempuran itu, tiba-tiba matanya terkena panah sehingga matanya
keluar. Kemudian dia menemui Nabi dan mengadu prihal matanya.Lalu dipasang kembali
oleh baginda sambil berdoa;”Ya allah jagalah qatadah sebagaimana dia menjaga nabi-mu
,dan jadikan matanya lebih bagus dan tajam penglihatannya.”Mata Qatadah menjadi
seperti semula.Begitulah mukjizat rasulullah SAW,yang dapat menambah kecintaan kita
kepada baginda,kerana kebenaran dan keanggungngan agama yang dibawanya.
(Peristiwa ini terjadi tahun 3H)

Anda mungkin juga menyukai