Anda di halaman 1dari 13

TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI

SYARIAH KOTA KINABALU, SABAH DARI TAHUN 2010 HINGGA 2015

NUR SHAFIQQAH BINTI MUDRAN

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2016
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

23 JUN 2016 NUR SHAFIQQAH BINTI MUDRAN


A144950
iii

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan sahabat baginda yang mengatakan segala
kebenaran. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
Nya saya dapat menyempurnakan latihan ilmiah ini bagi memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Prof. Madya Dr. Zuliza Binti Mohd Kusrin , selaku penyelia saya.
Segala cetusan idea, cadangan, semangat, teguran dan bimbingan yang diberikan sangat
berguna sepanjang proses kajian ini dilaksanakan dan telah membantu saya menyiapkan
latihan ilmiah ini dengan jayanya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)
UKM, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Yang Amat Arif Tuan
Ahmad Din Bin OKK Othman selaku Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu,
Sabah serta Encik Khairul Syarazeq Bin Razali yang bertugas sebagai Pegawai
Penyelidik di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu, Sabah yang banyak membantu
saya dalam pengumpulan data untuk latihan ilmiah ini. Tidak lupa juga, penghargaan
ini juga saya berikan kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian
Islam, UKM yang banyak memberi galakan kepada saya.

Seteguh kasih sayang dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya
tujukan khas kepada ayahanda saya, Mudran Bin Kukuh dan bonda saya yang tercinta,
Juraidah Binti Pinjaman serta seluruh keluarga tercinta yang sentiasa memberi
semangat , galakan dan mendoakan kejayaan ini.

Akhirnya kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian, yang banyak memberi


bantuan kepada diri ini, saya kalungkan ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih.
Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menyiapkan latihan ilmiah ini. Semoga Allah SWT merahmati,
memberkati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka semua.

Nur Shafiqqah Binti Mudran


No. 39, Kg. Kota Belud,
Jalan Port Usukan,
89150 Kota Belud,
Sabah.
iv

ABSTRAK

Ini adalah satu kajian terhadap kes tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi
Syariah Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa kedudukan harta
sepencarian menurut hukum syarak, di samping mengkaji peruntukan undang-undang
berkaitan harta sepencarian di negeri Sabah serta mengkaji perlaksanaan pembahagian
harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu, Sabah. Bagi mencapai
tujuan tersebut, pengkaji telah mengumpulkan data melalui temubual bersama Yang
Amat Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu, Sabah dan pegawai
penyelidik yang juga bertugas di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu, Sabah.
Selain itu, pengkaji juga mengumpul data dengan menganalisa dokumen merangkumi
penelitian terhadap buku-buku klasik dan moden, jurnal, artikel dan fail-fail kes.
Daripada kajian ini mendapati bahawa walaupun harta sepencarian tidak dibincangkan
dalam kitab-kitab fiqh, namun terdapat ayat al-Quran dan as-Sunnah yang secara tidak
langsung membincangkannya. Ia juga boleh diterima pakai berdasarkan kaedah fiqh al-
‘adah al-muhakkamah sebagai bukti bahawa ia tidak bercanggah dengan konsep Islam.
Selain itu, harta sepencarian juga diberikan peruntukan yang khusus di bawah Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah. Kajian ini juga mendapati bahawa
kadar pembahagian harta sepencarian adalah berasaskan kepada takat sumbangan serta
penyertaan masing-masing pihak suami isteri. Di akhir kajian ini, penulis telah
memberikan beberapa kaedah penyelesaian tuntutan harta sepencarian di Mahkamah
Tinggi Syariah Kota Kinabalu, Sabah.
v

KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
KANDUNGAN
JADUAL TRANSLITERASI
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI KES
SENARAI STATUT

BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Permasalahan Kajian 2
1.3 Persoalan Kajian 3
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Metodologi Kajian 4
1.5.1 Analisa Data 5
1.6 Kajian Literatur 5
1.7 Definisi Operasi 9
1.8 Kepentingan Kajian 9

BAB II KONSEP HARTA SEPENCARIAN


2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi Harta 10
2.3 Konsep Harta Sepencarian Menurut Perundangan di 13
Malaysia
2.4 Konsep Harta Sepencarian Berdasarkan ‘Urf dan Adat 16
2.4.1 Definisi ‘Urf dan Adat 17
2.4.2 Konsep ‘Urf dan Adat 18
vi

a) Pembahagian ‘Urf dan Adat 18


b) Kehujahan ‘Urf dan Adat 20
c) Syarat-syarat Penerimaan ‘Urf dan Adat 21
2.4.3 Adat Harta Sepencarian di Tanah Melayu 23
a) Adat Perpatih 23
b) Adat Temenggung 26
2.4.4 Kedudukan Adat Harta Sepencarian Menurut Syarak 29
a) Dalil al-Quran, as-Sunnah dan Sirah 29
b) Kaedah Fiqh 31
2.5 Harta Sepencarian Berdasarkan Harta Syarikat 32
2.5.1 Definisi Harta Syarikat 32
2.5.2 Jenis Harta Syarikat 33
a) Syarikat Milik (Syarikah al-Amlak) 33
b) Syarikat Kontrak (Syarikah al-‘Uqud) 34
2.5.3 Persamaan Harta Sepencarian dengan Harta Syarikat 37

2.6 Kesimpulan 40

BAB III TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI NEGERI


SABAH
3.1 Pengenalan 41
3.2 Peruntukan Tuntutan Harta Sepencarian 41
3.3 Sebab Tuntutan Harta Sepencarian 44
3.3.1 Perceraian 44
3.3.2 Poligami 45
3.3.3 Kematian 46
3.4 Pihak yang Boleh Membuat Tuntutan Harta Sepencarian 47
3.4.1 Suami 48
3.4.2 Isteri 49
3.4.3 Ahli Waris 50
3.5 Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian 51
3.6 Harta yang Dianggap Sebagai Harta Sepencarian 53
vii

3.6.1 Harta yang Diperolehi Dalam Tempoh Perkahwinan 54


3.6.2 Harta yang Diperolehi Sebelum Berkahwin tetapi 55
Dimajukan Semasa Perkahwinan
3.6.3 Wang Simpanan Semasa Perkahwinan 56
3.7 Elemen Sumbangan Dalam Harta Sepencarian 57
3.7.1 Sumbangan Langsung 58
3.7.2 Sumbangan Tidak Langsung 60
3.8 Penyelesaian dalam Tuntutan Harta Sepencarian 61
3.8.1 Kaedah Sulh 62
3.8.2 Penyelesaian melalui Persetujuan Bersama 66
3.8.3 Perbicaraan di Mahkamah 71
3.9 Kesimpulan 73

BAB IV KESIMPULAN 74
RUJUKAN
LAMPIRAN
viii

JADUAL TRANSLITERASI

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi


‫ء‬ ’ ‫سأل‬ sa’ala
‫ب‬ b ‫بدل‬ badala
‫ت‬ t ‫تمر‬ tamr
‫ث‬ th ‫ثورة‬ thawrah
‫ج‬ j ‫جمال‬ jamal
‫ح‬ h ‫حديث‬ hadith
‫خ‬ kh ‫خالد‬ khalid
‫د‬ d ‫ديوان‬ diwan
‫ذ‬ dh ‫مذهب‬ madhhab
‫ر‬ r ‫رحمن‬ rahman
‫ز‬ z ‫زمزم‬ zamzam
‫س‬ s ‫سراب‬ sarab
‫ش‬ sh ‫شمس‬ shams
‫ص‬ s ‫صبر‬ sabr
‫ض‬ d ‫ضمير‬ damir
‫ط‬ t ‫طاهر‬ tahir
‫ظ‬ z ‫ظهر‬ zuhr
‫ع‬ ‘ ‫عبد‬ ‘abd
‫غ‬ gh ‫غيب‬ ghayb
‫ف‬ f ‫فقه‬ fiqh
‫ق‬ q ‫قاضي‬ qadi
‫ك‬ k ‫كأس‬ ka’s
‫ل‬ l ‫لبن‬ laban
‫م‬ m ‫مزمار‬ mizmar
‫ن‬ n ‫نوم‬ nawm
‫هـ‬ h ‫هبط‬ habata
‫و‬ w ‫وصل‬ wasal
‫ي‬ y ‫يسار‬ yasar
ix

Vokal

Vokal Pendek

Huruf Arab Huruf Latin Contah Asal Contoh Transliterasi


-------------- a َ‫فَ َع َل‬ fa‘ala
------------- i ََ ‫َحس‬
‫ِب‬ hasiba
-------------- u ََ ِ‫ُكت‬
‫ب‬ kutiba

Vokal Panjang

Huruf Arab Huruf Latin Contah Asal Contoh Transliterasi


‫َى‬،َ‫ا‬ a ‫َقضى‬،َ‫كاتب‬ katib, qada
‫ي‬ i ‫كريم‬ karim
‫و‬ u ‫حروف‬ huruf

Diftong

Huruf Arab Huruf Latin Contah Asal Contoh Transliterasi


‫و‬ aw ‫قول‬ qawl
‫ي‬ ay ‫سيف‬ sayf
ََ
‫ي‬ iyy ‫رجعي‬ raj‘iyy, raj‘i
‫ََو‬ uww ‫عدو‬ ‘aduww, ‘adu

Perkecualian

1. Huruf Arab َ ‫( ء‬hamzah) pada awal perkataan ditransliterasikan kepada ‘a’


bukan kepada ’. Contoh: ََ‫ أكبر‬, transliterasi: akbar bukan ’akbar.

2. Huruf Arabَ‫( ة‬ta’ marbutah) pada perkataan tanpa ‫( ال‬al) yang bersambung
dengan perkataan lain ditanslitersaikan kepada ‘t’. Contohnya: ‫َوزارةَالتعليم‬,
transliterasi: wizarat al-ta‘lim, bukannya wizarah al-ta‘lim. Tetapi seandainya
terdapat pada perkataan yang adaَ‫( ال‬al) atau pada perkataan tunggal atau pada
perkataan terakhir, ta’ marbutah ditransliterasikan kepada h.

Contoh Transliterasi
1. ‫المكتبةَاألهلية‬ al-Maktabah al-Ahliyyah
2. ‫قلعة‬ qal‘ah
3. ‫دارَوهبة‬ Dar Wahbah
x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

2.1 Tafsiran Harta Sepencarian

3.1 Statistik Pendaftran dan Penyelesaian Kes Tuntutan


Harta Sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah
Kota Kinabalu, Sabah dari Tahun 2010 hingga 2015
xi

SENARAI SINGKATAN

Dlm. Dalam
Hlm. Halaman
IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia
JH Jurnal Hukum
Jil. Jilid
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Pnyt. Penyunting
SAW Sallallahu ‘alaihi wasallam
S.W.T Subhanahu wa ta’ala
T.th Tanpa tarikh
UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia
xii

SENARAI KES

Yang Chik lwn Abdul Jamal [1985] 6 JH 146


Hajjah Lijah binti Jamal lwn Fatimah bt Mat Diah [1950] MLJ 63
Roberts @ Kamarulzaman lwn Ummi Kalthom [1981] 2 JH 82
Boto’ Binti Taha lwn Jaafar Bin Muhammad [1985] 2 JH 61
Chong Yaw Kiong @ Muhammad Asif Chong Abdullah lwn Affidah
Binti Sarudin [12100-017-0186-2014]
Ibrahim Bin Ag. Ali lwn. Mascila Maidol@Maisarah Maidol
Abdullah [12100-017-0290-2014]
Zaharin Bin Naamat lwn Nurhanisah Binti Abdullah @ Sumini
[12100-017-0461-2011]
Mohd Khamal Bin Sahak lwn Julia Adlin Binti Musa
Malizah Binti Oldy lwn Matyasin Bin Jamil [12100-017-0581-2013]
Aimee Nadia Abdullah @ Jeslin Bin Beliku lwn Jumain Bin Sainoh
[12100-017-0517-2013]
Kamsinah Binti Malik lwn Kadir Bin Gani
Saudah Binti Ali Baki lwn Junit Bin Yusup [12100-017-0315-2015]
Siti Jurinah Asmat lwn Musmulyady Matlin [12100-017-0096-2015]
Suhaini Binti Abdul Hamid lwn Chee Rodzmi Ismail
[12100-017-0009-2014]
Suzane Binti Adzmin lwn Ayatullah Bin Yampalera
[12100-017-0133-2015]
xiii

SENARAI STATUT

Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor)


2003
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Melaka) 2002
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Perlis) 2006
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Sabah) 2004
Ordinan Undang-Undang Keluarga
Islam (Sarawak) 2001
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Pahang) 2005
Enakmen Keluarga Islam Perak 2004
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Kelantan) 2002
Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Sembilan) 2003

Anda mungkin juga menyukai