Anda di halaman 1dari 2

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU (PENULISAN) TAHUN 4

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER PERTAMA 2018


SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU

BAHAGIAN A (LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KEBERSIHAN MAKANAN)


1. Kita hendaklah mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan
makanan agar kuman pada tangan dapat dihapuskan.
2. Kita perlu mencuci buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum dimakan bagi mencegah keracunan
makanan.
3. Pinggan mangkuk untuk menghidang makanan hendaklah dibersihkan terlebuh dahulu bagi
mengelakkan sebarang kekotoran dan debu .
4. Seseorang tukang masak wajarlah memakai sarung kepala dan apron untuk menyediakan makanan bagi
mengelak rambut masuk ke dalam makanan.
5. Makanan yang dihidang mestilah ditutup dengan tudung saji agar lalat dan serangga lain tidak
mencemari makanan tersebut yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

BAHAGIAN B (Membuat Ulasan)


Pendahuluan: - statistik kemalangan jalan raya semakin meningkat – pelbagai punca kemalangan jalan raya.

Isi-isi penting:
a) Sikap pengguna yang tidak berdisiplin - mementingkan diri - berada di jalan raya
b) Tidak mengendahkan peraturan jalan raya – tidak mematuhi lampu isyarat dan papan tanda – di
sepanjang lebuh raya
c) Melakukan aktiviti lumba di jalan raya – golongan muda – jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan

Penutup: - semua pihak bekerjasama – mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya

BAHAGIAN C (Menulis Karangan)


Soalan 1
Pendahuluan: - keluarga yang bahagia – idaman semua orang – cara-cara untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan

Isi-isi penting:
a) Ahli keluarga – harus saling menghormati – anak-anak menghirmati ayah dan ibu – kehidupan aman dan
bahagia
b) Meraikan hari-hari istimewa dalam keluarga – seperti hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa, hari lahir
– merasai kehadiran mereka dalam keluarga sangat bermakna
c) Mengambil tahu masalah anggota keluarga – meluangkan masa – mendengar masalah – memberikan
sokongan moral – menghadapi sesuatu perkara dengan tenang
d) Bercuti bersama anggota keluarga – destinasi menarik – saling berhubung dan bekerjasama – hubungan
kekeluargaan bertambah erat
Penutup: - semua anggota keluarga – mempunyai tanggungjawab dalam keluarga – keluarga yang bahagia –
masyarakat sejahtera.

Soalan 2
Pendahuluan:- tiba di Langkawi – menginap di Hotel Vista – bersiar-siar – pantai

Isi-isi penting:
a) Mandi-manda di pantai – bina istana pasir -kutip cangkerang siput – bermain bola pantai
b) Makan malam – restoran makanan laut – pergi membeli-belah
c) Melawat tempat menarik seperti Makam mahsuri – merakam gambar
d) Underwater World Langkawi menyaksikan pertunjukan ikan-ikan dalam akuarium besar
Penutup:- kemas barang – pulang – berasa seronok biarpun letih

(Mana-mana jawapan murid-murid boleh diterima asalkan logik)

Anda mungkin juga menyukai