Anda di halaman 1dari 1

Nabi Ibrahim a.s merupakan anak kepada Azar bin Sam bin Nuh.

Nama sebenar
ayah Nabi Ibrahim a.s adalah Tarikh‟ bin Sam bin Nuh. Beliau terkenal dengan gelaran
Azar kerana pekerjaannya mengukir patung berhala untuk dijadikan sembahan. Nabi
Ibrahima.s dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masihi di negeri Mausul yang diperintah
oleh Raja Namrud dan beliau diutuskan kepada satu kaum di Iraq yang ketika itu dikusai
oleh Raja Namrud.

Setelah diutus oleh Allah S.W.T untuk menjadi Nabi maka Nabi Ibrahim a.s memulakan
dakwahnya yang kemudian membuat satu rancangan sebagai membuktikan kepada
kaumnya dengan perbuatan yang nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar,
menyatakan bahawa berhala dan patung-patung mereka itu benar-benar tidak berguna
bahkan tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan adat tradisi penduduk kerajaan Babilion keluar dari kota untuk
beberapa hari untuk merayakan hari raya untuk tuhan patung berhala mereka. Nabi
Ibrahim a.s menggunakan kesempatan itu untuk menghancurkan semua patung berhala
mereka di kota.

Maka setelah mereka pulang dari pesta itu mereka amat terkejut akan kejadian itu dan
mengetahui itu adalah perbuatan Nabi Ibrahim a.s dan beliau dibawa menghadap hakim
dan disambut dengan cemuhan, teriakan, cercaan dari kaumnya yang ingkar.

Setelah dibuat perbicaraan maka Nabi Ibrahim a.s dijatuhkan hukum bakar namaun
dengan keizinan Allah S.W.T api yang panas menjadi sejuk mendingingkan Nabi Ibrahim
a.s. dan Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada kejadian itu dan terus berdakwah kepada
kaumnya.

Akhirnya Namrud dan pengikut meneriman seksaan Allah S.W.T dengan didatangi
nyamuk yang sangat banyak. Namrud sendiri mati kerana dimasuki oleh seekor nyamuk
hingga ke lubang telinganya

Anda mungkin juga menyukai