Anda di halaman 1dari 4

Kata Kerja

Praktis 1

Gambar 1

1. Ming Yi __________ warna pada kertas lukisannya.


A. mencakar B. mencelup C. mencalit D. menggarisi

Gambar 2
2. Kamil _____________ melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang
memanggilnya.
A. mengintai B. meninjau C. menjenguk D. mendongak

3. Keindahan sawah yang luas terbentang itu __________ sesiapa sahaja yang
berkunjung ke situ.
A. memukau B. menghijau C. merisaukan D. membosankan

4. Ayah ____________ bahu adik sambil memujinya.


A. menumbuk-numbuk B. mengetuk-ngetuk
C. memijak-mijak D. menepuk-nepuk

Gambar 4
5. Cikgu Yuhana berjalan ke bilik guru sambil ___________ buku.
A. membimbit B. memegang C. mengelek D. menjinjing

6. Cikgu Asmah _______________ senyuman yang manis kepada Laily Lee.


A. menyampaikan B. menunjukkan C. menghulurkan D. mengukirkan

7. Mak Minah _______ kuih pau di dalam sebuah periuk.


A. menanak B.merebus C. mengukus D. menggoreng

8. Ibu ayam sedang ____________ telur di dalam reban ayam.


A. melulur B.mengeram C. menternak D. menduduki
9. Bagi memudahkannya memanjat pokok kelapa itu, Amri __________batangnya
dengan parang.
A menakik B mengerat C menghiris D menggaris

10. Kerajaan sentiasa berusaha untuk __________kemiskinan tegar dalam


kalangan rakyatnya.
A menghalang B membuang C membasmi D membaiki

11. Bangunan yang __________langit itulah yang menjadi kebanggaan Malaysia.


A mencengkam B menyentuh C memegang D mencapai

12. Kerja-kerja...........................padi daripada tangkainya dilakukan dengan


mesin.
A menanggalkan B memencilkan C meleraikan D menjauhkan

13. Strategi.................budaya lepak dalam kalangan remaja akan dibincangkan


dalam mesyuarat itu.
A menahan B menangani C melupuskan D memberhentikan

14. Si Tompok ...............................daun pintu kerana hendak keluar.


A mengais B mengorek C mencakar D mengambus

15. “Daging ini hendaklah...............................sehingga lumat, “ kata ibu kepada


Suzana.
A ditetak B dihiris C dikerat D dicencang

16. Pasukan kami akan mengikuti ekspedisi...................................hutan


belantara.
A meredah B memintas C merempuh D meneroka

17. Posmen itu ..................................sepucuk surat kepada Hazlina.


A menyerahkan B meletakkan C melepaskan D mengeluarkan

18. Dia berjalan dengan hati-hati di atas batas supaya tidak..........................ke


dalam sawah.
A terjerumus B tertolak C terjerut D terjunam

Gambar 5
19. Kapal terbang yang mengalami kerosakan kecil itu berjaya
___________________ dengan selamatnya.
A. berlabuh B. belayar C. berlepas D. mendarat

20. Orang asli mahir _______________ kayu bagi menghasilkan patung.


A. mengerat B. mengukir C. menebuk D. menakik
Gambar 7
21. Baju yang baru dibasuh itu ____________ pada ampaian.
A. digantung B. disidai C. disangkut D. diletakkan

22. Kereta pacuan empat roda itu cuba ___________ anak sungai yang deras airnya.
A. mengharung B. melintas C. menyeberang D. melalui

23. Sekumpulan pencuri telah ____________ rumah itu untuk mencari


barangan berharga.
A. menyelerak B. memunggah C. mencuri D. menggeledah

24. Vivian jalan ___________ kerana kakinya luka terkena kayu ketika bermain tanpa
berkasut.
A. berjengket B. berjinjing C. berbimbit D.berlenggang

25. Kakak sibuk __________ ketupat di dapur menjelang Hari Raya Puasa.
A. menyirat B. mengupas C. menjala D. menganyam
Praktis 2

mengamalkan dilakukan memperoleh diperlukan


melahirkan diambil meningkatkan menyelesaikan

Kadar obesiti dalam kalangan remaja semakin meningkat. Langkah-langkah


segera perlu ____________untuk mengatasi masalah obesiti. Antaranya ialah
mengamalkan cara hidup aktif bagi ____________ kadar pembakaran kalori dalam badan
seperti aktiviti bersenam. Selain itu, pemeriksaan doktor hendaklah ___________dengan
lebih kerap terutamanya bagi remaja yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi.
Malahan, remaja hendaklah _________________ pemakanan seimbang iaitu memastikan
badan _______________ khasiat yang diperlukan iaitu protein, karbohidrat, vitamin C, dan
sebagainya. Pembudayaan amalan ini dapat _________________ masalah obesiti bagi
melahirkan remaja sihat. ( 5 markah )

Praktis 3
Garisi Kata Kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Bau ikan yang hanyir itu dapat dihidu oleh adik di ruang tamu.
2. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak akan merasmikan majlis yang mulia ini.
3. Projek penyelidikan itu akan melibatkan beberapa buah institusi tempatan.
4. Majlis pelancaran model baharu keluaran Proton itu diraikan secara gilang-gemilang.
5. Harap kita akan berjumpa lagi pada suatu hari nanti.
PRAKTIS 2

terhadap untuk di tentang sejak

daripada seperti pada dari ke kepada hingga

sampai akan

1. Feri ______________ Langkawi sedang berlabuh di jeti Kuala Kedah untuk

mengambil penumpang.

2. Amir hendak ____________ kedai untuk membeli susu yang dipesan oleh ibunya.

3. Calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah harus mengambil berat

__________________ pelajaran menjelang peperiksaan.

4. “Jangan bermain __________________ tepi parit itu,'' pesan ayah kepada

kami.

5. Cikgu Rosmariani memberikan penjelasan _____________ format baharu


peperiksaan UPSR kepada calon tahun ini.

6. Jam tangan itu dibuat_____________ emas tulen.

7. Wajah gadis itu berseri - seri __________puteri dari kayangan.

8. Hadiah ulang tahun hari kelahiran ini adalah ___________ buah hatinya.

9. Ah Theik menyapu cat ________ dinding ruang tamu rumahnya.

10. Ali yatim piatu ______ berusia dua tahun setelah kematian ibu dan bapanya dalam

suatu kemalangan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai