Anda di halaman 1dari 5

NILAI TEMPAT

KEGUNAAN

 Kit ini adalah untuk membantu pelajar mengenalpasti setiap nilai tempat bagi nombor
perpuluhan

PANDUAN PENGGUNAAN
1. Kit ini mempunyai 5 petak kosong yang setiap petak kosong mewakili nilai tempat
masing-masing.
2. 5 jalur nombor juga disediakan memandang terdapat 5 petak kosong yang jalur
nombor bermula dari nombor 0 hingga nombor 9.

3. Guru seterusnya memberi satu nombor perpuluhan.


4. Pelajar diminta untuk meletak setiap jalur nombor pada petak kosong mengikut
soalan yang diberi.
5. Nilai tempat setiap nombor telah dikenalpasti apabila setiap nombor diletakkan pada
tempat kosong yang betul.
MULTIPLY & DIVIDE BY POWER OF 10
KEGUNAAN

 Kit ini direkacipta untuk membantu pelajar mendapat jawapan yang tepat dan
memudahkan proses dalam pengiraan pendaraban dan pembahagian dalam
perpuluhan.
 Kit ini hanya sesuai untuk digunakan dalam pengiraan pembahagian dan
pendaraban bagi nombor yang kuasa 10.

PANDUAN PENGGUNAAN

1. Kit ini telah disediakan dengan satu jalur yang di mana pelajar boleh menulis
sebarang nombor di atas.
2. Dalam pengiraan pembahagian sebanyak 10, pelajar diminta untuk menarik jalur
tersebut ke kanan sebanyak satu kali dan seterusnya.
3. Dalam pengiraan pendaraban sebanyak 10, pelajar diminta untuk menarik jalur
tersebut ke kiri sebanyak satu kali dan seterusnya.

Contoh : 0.887 x 100

Jawapan: 88.7
RACE FUN
KEGUNAAN

 Kit ini dugunakan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar bahawa soalan
nombornya tidak boleh ditambah secara langsung dengan jumlahnya tidak boleh
melebihi 10.

PANDUAN PENGGUNAAN

1. Pelajar dikehendaki melekatkan nombor-nombor di atas papan Race Fun mengikut


soalan yang diberikan.
2. Pelajar diminta untuk membuat operasi di atas papan tersebut.
3. Selain dapat meningkatkan pemahaman pelajar, kit ini juga dapat menarik minat
pelajar dalam melakukan operasi penambahan dan penolakan.
COMPARE IT
KEGUNAAN

 Kit ini digunakan untuk membantu pelajar membandingbezakan antara dua nombor
nilai perpuluhan.

PANDUAN PENGGUNAAN

1. Tuliskan nombor perpuluhan di tempat kosong berdasarkan soalan yang ditetapkan


oleh guru.
2. Pelajar dikehendaki untuk menulis dua-dua nombor tersebut pada kertas yang telah
digantung pada papan tersebut.

3. Pelajar perlu mengenalpasti mana-mana nombor yang lebih besar dan seterusnya
meletakan “mulut buaya” yang mewakili “lebih besar daripada” dan “lebih kecil
daripada”.
4. Dengan ini, pelajar akan dapat mengenalpasti mana-mana nombor perpuluhan yang
mana lebih besar atau lebih kecil
COLOURFUL BLOCK
KEGUNAAN

 Kit ini digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pertukaran


antara pecahan ke pepuluhan dan sebaliknya.

PANDUAN PENGGUNAAN

1. Terdapat satu segi empat yang dipenuhi dengan 100 petak yang mempunyai 7
warna yang berlainan
2. Pelajar diminta untuk mengira bilangan setiap petak warna
3. Seterusnya pelajar diminta untuk menulis pecahan setiap warna petak tersebut di
bawah jadual yang telah disediakan
4. Setiap jawapan pecahan bagi warna petak perlu ditukarkan dalam bentuk
perpuluhan.
5. Dengan ini, pelajar akan dapat menukarkan nombor perpuluhan ke bentuk pecahan
dan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai