Anda di halaman 1dari 2

Laporan Projek “Reformation 3D shapes”

Inovasi digital yang telah saya hasilkan bertajuk “Reformation of 3D shapes”.


“Reformation 3D shapes” merupakan perisian gabungan daripada aplikasi
powerpoint dan geogebra. Inovasi digital ini boleh digunakan secara di luar talian dan
di mana-mana sahaja dengan adanya laptop atau komputer. Seterusnya, inovasi
digital ini merupakan satu perisian yang mesra pengguna yang sesuai digunakan
kepada guru dan murid dengan secara percuma.

Inovasi digital “Reformation 3D shapes” khasnya memberi manfaat kepada


para guru pendidik yang mengajar topik Ruang dan bentuk dan juga para murid tahun
2. Matlamat bagi “Reformation of 3D shapes” ini adalah bertujuan meningkatkan
penguasaan dan kemahiran visualisasi murid dalam topik ruang dan bentuk tiga
dimensi seiring dengan standard kandungan subjek Matematik tahun 2. Antara
matlamat ialah membantu murid menentukan bentuk asas, bentangan dan ciri-ciri
bagi bentuk tiga dimensi. Fungsi Inovasi digital ini bukan sahaja untuk memudahkan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi juga menggalakan murid
untuk mengamalkan pembelajaran persendirian serta mengalakkan murid
mengaplikasikan ilmu inkuiri penemuan.

Sumber inspirasi yang membantu penjanaan idea inovasi adalah daripada


penilitian masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Salah satu masalah yang dihadapi adalah berpunca dari buku teks
sukar memberi gambaran menyeluruh dan kurang membantu murid memahami
tentang topik bentuk tiga dimensi. murid sukar untuk membayangkan bentuk asas
bagi bentuk-bentuk tersebut jika guru hanya menggunakan kaedah konvensional iaitu
dengan melihat bentuk-bentuk tersebut dalam buku teks sahaja. Kemahiran
visualisasi pelajar akan sukar untuk menterjemahkan imej 2D dan 3D apabila guru
masih menggunakan kaedah “Chalk and Talk” dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Mohd Salleh, 2011). Pembelajaran abad ke-21 dengan
pengaplikasian teknologi juga memberi inspirasi kepada bentuknya perisian inovasi
digital ini. Dengan pengaplikasian segala teknologi yang terkini yang bergerak seiring
dengan kepesatan teknologi diharap dapat memudahkan murid untuk memahami
tentang topik ini. Mok (2009) turut mengatakan bahawa penggunaan variasi teknik
mengajar dapat menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan
rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran

Setelah membentangkan “Reformation 3D shapes”, saya mendapat


beberapa kekuatan dan kelemahan hasil daripada maklum balas rakan-rakan

1
sekalian. Antara kekuatan “Reformation 3D shapes” ini ialah mempunyai pelbagai
animasi yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat murid, tetapi juga dapat
meningkatkan kefahaman mereka tentang topik ini. Murid mampu memahami konsep
bentuk tiga dimensi dengan baik dan dapat melihat dengan jelas melalui gambaran
visual tersebut. Bentuk tiga dimensi dapat ditunjukkan daripada pelbagai sudut serta
dapat memaparkan bentangan bentuk tiga dimensi dengan lebih jelas. Menurut
Preim dan Bartz (2007), tambahan visual kepada pelajaran dapat menambahkan
daya ingatan dari 14% hingga 38%. Seterusnya Inovasi digital ini bukan sahaja dilihat
dapat melengkapi kekutangan yang terdapat dalam buku teks, malah ia turut
memenuhi keperluan dan memudahkan guru dan murid. Hal ini kerana inovasi digital
ini telah merangkumi semua sub topik bagi topik tiga dimensi bagi matematik tahun
2.

Batasan bagi inovasi digital “Reformation 3D shapes” ini ialah bentangan


yang ditunjukkan bagi setiap bentuk tidak merangkumi semua bentangan bagi setiap
bentuk dan hanya beberapa contoh bentangan yang ditunjukkan. Cadangan
penambahbaikan bagi inovasi digital ini ialah bentangan bagi setiap bentuk dalam
aplikasi geogebra boleh ditambah dengan jenis-jenis yang berlainan.
Penambahbaikan ini diperlukan supaya murid dapat memahami sepenuhnya tentang
bentangan bentuk tiga dimensi.

Kesimpulannya, hasil daripada inovasi digitai ini, saya harap ia dapat


memberi manfaat kepada semua pihak dan berupaya menyumbang kepada
peningkatkan kemahiran visualisasi murid-murid dalam topik tiga dimensi. Guru juga
dapat mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan kos
dan masa penyediaan bahan. Saya berharap “Reformation 3D shapes” merupakan
satu idea baru yang mendatangkan banyak faedah kepada guru dan murid dalam
pengajaran subjek Matematik.

(583 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai