Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2014

1. MATLAMAT

Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan
membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

2. OBJEKTIF

2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat
muzik tradisional.
2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman
sesama mereka.
2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.
2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.
2.5 Mengamalkan semangat toleransi , berdisiplin dan bekerjasama.
2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.
2.7 Memperluaskan intergrasi nasional.

3. PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini
bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat
formasi yang kreatif semasa bermain.
3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni
budaya tradisional.
3.3 Pertandingan dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.

4. PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah kerajaan dan
sekolah menengah bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 dan
maksimum seramai 16 orang.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan
mestilah terdiri dari pelbagai kaum. (minimum 2 kaum).

5. PERSEMBAHAN

5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan


sendiri oleh pasukan masing-masing.
5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci. (boleh dipelbagaikan dalam pasukan)
5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit.
5.4 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit
dan tidak melebihi 2 minit.
5.5 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana
kompang dari pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang
pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.
5.6 Irama adalah bebas.
5.7 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu
MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.
5.8 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.

1
5.9 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.
5.10 Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan.
5.11Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak
dibenarkan.

6. PAKAIAN

6.1. Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.

7. SKIMA PERMARKAHAN

7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :

7.1.1 Paluan Kompang


a. Gubahan Pola irama (Kreativiti) : 15 markah
b. Bentuk paluan : 10 markah
c. Tempo : 10 markah
d. Kualiti ton : 10 markah
e. Paluan Statik : 10 markah
f. Dinamik & Ekspresi : 5 markah

7.1.2 Formasi
a. Kreativiti : 15 markah
b. Keseragaman : 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah
d. Ketrampilan : 5 markah

7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka
pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan
pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1. di atas dan keputusan hakim
adalah muktamad.

7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan
ditolak bagi setiap minit selepas itu.

7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah

8. HADIAH PEMENANG.

8.1 Johan : Hadiah Iringan dan Sijil.


8.2 Naib Johan : Hadiah Iringan dan Sijil.
8.3 Ketiga : Hadiah Iringan dan Sijil.

TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

9. HAL-HAL LAIN.

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata di dalam syarat-syarat pertandingan, pihak


Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap
keputusan adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai