Anda di halaman 1dari 3

LEMBAGA PELABUHAN KELANG

SEMINAR UKUR HIDROGRAFI


APLIKASI PELABUHAN 2016

Tarikh : 22 OGOS 2016

Tempat : Première Hotel


Bandar Bukit Tinggi 1/KS6,
Jalan Langat 41200 Klang,
Selangor.

Dianjurkan oleh

Unit Hidrografi
Jabatan Gerakan Marin
Lembaga Pelabuhan Kelang
Hydrographic survey
is not a job
but it’s an adventure
OBJEKTIF

Pihak Unit Hidrografi, Jabatan Gerakan Marin, LPK telah memerima banyak
permintaan daripada Pelabuhan-Pelabuhan di Malaysia dan Operator Terminal
Pelabuhan untuk mengadakan latihan berkaitan kerja-kerja pengukuran Hidrografi,
Pengerukan dan Ukur Tanah. Justeru itu pihak Lembaga Pelabuhan Kelang melalui
Unit Hidrografi, Jabatan Gerakan Marin telah mengambil langkah proaktif untuk
mengadakan Seminar Ukur Hidrografi Aplikasi Pelabuhan yang terbuka kepada
semua Pelabuhan di Malaysia serta operator terminal.

Lembaga Pelabuhan Kelang adalah merupakan satu-satunya pelabuhan di


Malaysia yang mempunyai Unit Hidrografi sendiri bagi tujuan pemantauan Alur
Pelayaran, justeru itu pihak Unit Hidrografi bercadang untuk berkongsi pengetahuan
dalam bidang hidrografi kepada Pelabuhan yang lain.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan informasi, berbincang dan


berkongsi pengalaman dalam bidang pengukuran serta memberi pendedahan
kepada teknik pengumpulan data kedalaman air dan penyediaan pelan bathymetri.
Para peserta juga akan diberi pengetahuan dalam penggunaan ”Echosounder” dan
juga memproses data kerja lapangan dengan menggunakan perisian ”Hydropro”.

Anda mungkin juga menyukai