Anda di halaman 1dari 4

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

PEMAHAMAN (BAHAGIAN SUBJEKTIF)

Soalan latihan Subjektif Bahasa Melayu UPSR format terkini UPSR 2016 ini diharapkan dapat
memberi panduan dan boleh membantu murid-murid mahupun guru-guru Bahasa Melayu dalam
pelaksanaan PdP berpusatkan murid serta berasaskan Standard Pembelajaran. Objektif, sasaran
dan aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan di dalam buku ini lebih berfokus kepada kemahiran
menulis. Hasrat ini juga diharapkan dapat menarik perhatian dan merangsang murid-murid tahap
dua khasnya ke arah kesediaan minda mereka, bagi:
 Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea atau isi secara asli atau autentik.
 Membuat pertimbangan, penilaian atau rumusan tentang sesuatu idea atau maklumat.
 Memberi peluang menjawab soalan (menaakul) secara lebih bebas (respons terbuka).
 Menguji pemikiran aras tinggi (mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta).
 Dapat menaksir kebolehan (mengaitkan idea, isi atau maklumat bernas semasa memilih atau
ketika menentukan jawapan yang tepat bagi setiap soalan).

A1 Penggunaan Kata (Morfologi)


Isi tempat kosong Garisi jawapan Senarai perkataan Membuat Padanan
Betulkan kesalahan Bulatkan jawapan Pilih: (Betul / Salah) Simbol: ( √ ), ( X )

A2 Skema Pemarkahan A3 Bentuk Jawapan


Perkataan, kosa kata, frasa, dan ayat
Satu hingga empat markah (1 – 4)
lengkap

A4 Sistem Ejaan (perkara yang diberi penekanan) penggunaan kosa kata dalam ayat.

Perkara yang diberi penekanan serta penggunaan perkataan dalam ayat atau penulisan.

1. Kata Asli Bahasa Melayu 2. Ejaan Kata Pinjaman


1. Perang / Rendang / Selak / Semak 2. structure (struktur), psychology (psikologi)
3. Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan
1. Had (Mengehad) / Lebar (Memperlebar) / hadiah (Menghadiahi) @ (Menghadiahkan)

A5 Sintaksis (Bentuk Ayat)


Respons tertutup Garisi jawapan Simbol jawapan (*A) Membuat Padanan
Betulkan kesalahan Tulis semula jawapan Pilih: (Betul / Salah) Simbol: ( √ ), ( X )

A6 Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang sesuai.
1. Ayat Soalan 2. Ayat Jawapan 3. Ayat Sama Maksud
4. Ayat Aktif / Ayat Pasif 5. Struktur / Laras Ayat
6. Cakap Ajuk / Cakap Pindah 7. Ayat yang Betul / Gramatis

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 1 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

dia kita anda kami kalian mereka


aku saya awak kamu beliau engkau

Deringan loceng menandakan waktu rehat telah bermula. Murid-murid berbaris dan berjalan
menuju ke kantin. __________ dan Azerah tersenyum bangga memerhatikan sikap rakan-rakan
seperjuangan. __________ amat mementingkan disiplin. Ketika berjalan ke kantin, __________
ternampak seorang murid lelaki makan gula-gula kemudian, __________ menyimpan pembalut
gula-gula itu ke dalam poket seluarnya. Perbuatan dan tindakannnya itu melambangkan disiplin
diri yang terpuji. __________ sepatutnya mengikut jejak langkah murid tersebut.

[5 markah]

Latihan 2 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

menarik menyidai mengecat menyiram menampal membasuh


menyapu menghias mengelap menyusun mengemas menggubah

Pada hari Sabtu yang lalu, Murid-murid Tahun Enam Sarjana bekerjasama __________ kelas
mereka supaya lebih bersih dan ceria. Nur Fatihah ditugaskan __________ tingkap kelas supaya
lebih bersih manakala Shahrul dan Aiman pula __________ meja agar tampak kemas dan rapi.
Fadhilah pula __________ cebisan kertas dan sampah sarap. Tugasan seterusnya dilaksanakan
oleh Nurul Wahidah, dia __________ carta di bahagian belakang kelas mereka.

[5 markah]

Latihan 3 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

menebas digantung mencantas memasukkan membersihkan


menyalin mengganti memotong dilonggokkan mengumpulkan

Saya dan ayah _____________ kawasan luar rumah kami. Ayah _____________ rumput yang
mulai panjang. Saya pula menyapu sampah sarap di sekeliling rumah. Kami _____________
rumput rumpai dan sampah sarap ke dalam karung plastik hitam. Kakak dan adik pula menghias
ruang tamu. Mereka _____________ langsir yang sedia ada kepada langsir yang baharu. Bunga
plastik pelbagai bentuk dan warna turut digubah dan diletakkan di atas meja. Kad-kad ucapan
hari raya daripada saudara mara dan sahabat handai _____________ pada dinding rumah.

[5 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 4 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

oleh yang supaya apabila daripada


akan untuk dengan kepada sementara

Hatiku melonjak kegembiraan __________ ayah membenarkan aku menyertai lawatan sambil
belajar ke Melaka. Menjelang pagi, aku terjaga __________ tidur, aku mandi dan bersiap-siap
untuk berkumpul di sekolah. Setibanya di sekolah, aku disambut mesra __________ beberapa
orang kawanku. Tidak lama kemudian, bas pun tiba. Kami diminta __________ memasukkan
beg ke dalam perut bas. Kami menyusun beg-beg itu __________ bantuan pemandu bas.
[5 markah]

Latihan 5 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

dihiasi terletak dinaungi mendirikan berkeluarga


terbaik aktiviti bermalam kemerduan kesyahduan

Hutan Lipur Kuala Woh __________ di Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan. Bandar
yang paling hampir ialah pekan Tapah. Hutan Lipur ini sangat sesuai sekali untuk __________
perkhemahan keluarga. Di samping beriadah sambil __________ kehijauan hutan semula jadi
yang berusia ratusan tahun, kita juga dapat menikmati __________ bunyi siulan unggas yang
amat mendamaikan. Untuk aktiviti perkhemahan __________ di hutan lipur ini, sila berhubung
dengan Pejabat Hutan Daerah Batang Padang untuk tempahan tapak khemah.
[5 markah]

Latihan 6 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

alim jujur malas pecah pandai


rajin cekap bengis koyak periang

Belalang seorang budak yang __________. Mujurlah dia tidak menuruti perangai __________
bapanya itu. Tiap-tiap hari, pagi-pagi lagi Belalang sudah keluar dari rumahnya. Dia mencari
sebarang kerja di sekitar kampungnya. Dia __________ memanjat pokok kelapa. __________
melakukan kerja di sawah dan di kebun. Belang juga berkebolehan menyirat jala dan pukat yang
__________. Orang kampung amat bersimpati dengan nasib Belalang.
[5 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 7 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

nakal retak segak mesra cantik garang


lekuk manja sengit hangat muram bengkak

1. Budak yang __________ itu telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak.


2. Semua yang hadir dalam majlis itu telah dilayan dengan __________ oleh kakak.
3. Pertarungan __________ antara kedua-dua pendekar itu telah menggegarkan stadium.
4. Dahi Aiman Haiziq kelihatan __________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolahnya.
5. Pakaian yang digayakan oleh peragawati dalam pertunjukan fesyen itu sungguh __________.
[5 markah]

Latihan 8 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

suku segala separuh sekalian pelbagai segelintir


semua seluruh segenap seberkas beberapa sebanyak

1. Sudah __________ hari Nurul Hidayah tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit mata.
2. Ayah amat gemar makan telur ayam kampung masak __________ dengan madu lebah.
3. Majikan syarikat kopi itu melayani __________ pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
4. Hanya __________ ahli jawatankuasa belia yang hadir semasa aktiviti gotong-royong itu.
5. “Masukkan tiga __________ beras ke dalam sarung ketupat itu,” kata emak kepada Syahmi.
[5 markah]

Latihan 9 - Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

tepi luar sudut dalam tengah hadapan


atas utara depan bawah penjuru belakang

1. Selepas penat bermain, budak-budak itu berehat di __________ pohon yang rendang.
2. Para pekerja mula membersihkan padang golf itu dari __________ kiri padang tersebut.
3. Doris Liew terkejut sangat apabila dia disergah oleh kawan-kawannya dari __________.
4. “Bas ekspress dari selatan ke __________ akan tiba sebentar lagi,” kata kakak kepada ibu.
5. “Letakkan penyapu sawang itu di __________ bilik belakang,” kata Haniza kepada adiknya.
[5 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016

Anda mungkin juga menyukai