Teks Pengacara NILAM 2
Teks Pengacara NILAM 2
Sebagai tanda cinta akan Negara, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku,
Selamat Sultan & lagu Sekolah. Yang Berusaha dan para hadirin diminta berdiri.
Bismillahirahmanirrahim.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama
berkumpul dalam dewan yang serba indah ini bagi meraikan satu majlis yang amat
bermakna bagi kita iaitu Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2011 yang bertemakan
Membaca Nadi Kecemerlangan.
Majlis turut merakamkan ucapan selamat datang kepada Ybrs En Azian b Jaafar,
Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat ke Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2011.
NILAM yang bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu pendekatan untuk
menyuburkan tabiat menbaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan dapat
melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas, berketrampilan serta berdaya saing.
Hadirin hadirat sekalian
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Guru Perpustakaan &
Media, Pn Kamariah bt Che Sulaiman untuk mengungkap bicara.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih Yang Berusaha Guru Perpustakaan & Media, Pn Kamariah bt Che Sulaiman
atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian
Dengan itu, terimalah persembahan koir daripada kumpulan koir Pengawas Pusat Sumber
SMK Berangan di bawah bimbingan Cik Fatiha, Pn Mahfuzah & Pn Nurmaniza. Kumpulan
koir ini akan mempersembahkan lagu tema NILAM.
Demikianlah tadi persembahan koir oleh kumpulan Pengawas Pusat Sumber SMK
Berangan. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan sinopsis buku yang bertajuk Menuju
Kecemerlangan Belajar yang akan disampaikan oleh Ana Syafika bt Ismail dr kelas 4sn1.
Hadirin sekalian
Demikian tadi madah aluan daripada Yang Berusaha Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua
SMK Berangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
______________________________________________________
Bagi menghangatkan majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan persembahan Choral
Speaking oleh pelajar dari kelas 2 Mumtaz yang bertajuk ___________________.
Pasukan Choral Speaking ini adalah dibawah bimbingan En Mohd Aliff Sobri b Abd
Rashid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Seterusnya, kita serikan majlis kita dengan menampilkan persembahan deklamasi sajak
yang akan dideklamasikan oleh Dalila Najwa bt _____________ dari kelas 3 Mumtaz.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Untuk makluman semua, deklamasi sajak itu tadi adalah dibawah bimbingan
__________________________________.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar ucap utama daripada tamu kehormat
kita. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Azian
b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2011.
Majlis dengan rasa penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada Yang Berusaha En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran, PPD
Tumpat atas ucapan dan kesudian untuk merasmikan Majlis Pelancaran NILAM SMK
Berangan bagi tahun 2011.
Hadirin sekalian
Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua SMK
Berangan untuk mengiringi Yang Berusaha En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran
PPD Tumpat naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah & cenderahati kepada Peminjam Buku
Terbanyak Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2010.
Dipersilakan………….(RUJUK LAMPIRAN)
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar cilik jemputan kita
pada pagi ini.
Dipersilakan……………………….(RUJUK LAMPIRAN)
Seterusnya dipersilakan guru pengiring pelajar cilik jemputan iaitu Pn Habsah bt Che Wil
untuk menerima cenderahati. Dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha
En Azian b Jaafar atas kesudian menyampaikan hadiah & cenderahati sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua SMK Berangan untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai
Pelajaran PPD Tumpat. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis kini hampir melabuhkan tirainya. Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha En Azian b Jaafar serta tetamu-
tetamu jemputan kerana sudi hadir memeriahkan majlis pada pagi ini.
Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMK Berangan dan Barisan
pentadbir untuk mengiringi Yang Berusaha En Azian b Jaafar serta tetamu-tetamu
jemputan ke bilik jamuan.