Anda di halaman 1dari 6

7.

0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

7.1 Jelaskan Ciri-ciri Laras Bahasa Iklan yang Terdapat dalam Surat Khabar Berita

Harian
Hasil dapatan, penyelidik telah menemui beberapa ciri laras iklan yang terdapat

dalam surat khabar Berita Harian. Berikut ialah ciri-cirinya.


7.1.1 Bahasanya ringkas
Bahasanya ringkas merujuk kepada penggunaan bahasanya yang pendek dengan

hanya beberapa perkataan tetapi sudah memberi maksud yang mendalam dan

mudah difahami. Sebagai contoh iklan yang mengunakan ciri bahasanya ringkas

dalam surat khabar berita harian ialah Termurah di MR. D.I.Y, Econsave,

bandingkan harga kami, Mahukan gaji yang menarik?. Berita Harian menggunakan

ciri ini untuk menggalakan pembaca mengambil perhatian akan iklan yang

dikeluarkan.
7.1.2 Bahasanya yang kretif dan berkesan
Bahasanya yang kretif dan berkesan merujuk kepada penggunaan bahasa yang

boleh menarik perhatian pembaca untuk memahami lebih mendalam akan

maksud yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, Alami keajaiban dengan

Nissan Sarena 2.0, Mercedes Benz memberikan prestasi hebat dan kemewahan

yang tidak tercabar. Berita Harian menggunakan ciri ini keranaingin pembaca

meneliti mksud iklan secara lebih mendalam.


7.1.3 Banyak menggunakan kata adjektif
Kata adjektif bermaksud kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang

menerangkan kata nama. Sebagai contoh iklan yang menggunakan kata adjektif

iaitu Kopinya yang halus lagi enak, Lebih lazat dan menyegarkan dengan serat

diet, Suasana hari raya lebih ceria dengan harga produk kami yang berbaloi.

0
Tujuan Berita Harian menggunakan ciri ini kerana ingin menekankan kelebihan

dan keunikan sesuatu produk yang dijalankan.


7.1.4 Kurang menitikberatkan aspek ketetapan tatabahasa
Kurang menitikberatkan aspek ketetapan tatabahasa bermaksud tidak

mematuhi hukum D-M dan menggunakan singkatan huruf sebagai

buktinya yang dijumpai dalam keratan akhbar Berita Harian iaitu

liputan menyeluruh 24 jam bersama BH. Berita Harian menggunakan

ciri tersebut untuk meringkaskan penggunaan perkataan untuk

memudahkan pembaca membaca ataupun mengelakkan pembaca berasa

bosan jika teks yang digunakan terlalu panjang.


7.1.5 Menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi
Bahasa yang digunakan adalah untuk mempengaruhi emosi pembaca akhbar

Berita Harian. Sebagai bukti, Mahukan gaji yang menarik?, Alami gaya hidup

ala pelayaran mewah di Residensi Sefina. Seterusnya, alami keajaiban dengan

Nissan Serena 2.0. Berita Harian menggunakan bahasa yang bersifat emotif

dan sensasi adalah untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca iklan

dan memberi maklumat yang sensasi dan terkini kepada pembaca akhbar

Berita Harian.
7.1.6 Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan atau mengubah

sikap dan seterusnya melakukan tindakan


Apabila pembaca membaca iklan ini akan menyebabkan pembaca membuat

keputusan untuk memberi sesuatu yang diiklankan. Sebagai bukti, Kadar

faedah serendah 1.22% apabila membeli, Promosi penghabisan stok sebanyak

40% di SSF, Perabut percuma bernilai sebanyak RM1999. Berita Harian

menggunakan ciri ini untuk mempengaruhi pembaca bahawa kewujudan iklan

dan membuat pembaca membuat keputusan dalam akhbar Berita Harian.

1
7.1 : Pengkaji mendapati ciri-ciri laras iklan yang kerap digunakan dalam surat

khabar Berita Harian iaitu banyak menggunakan kata adjektif. Hal ini

dikatakan demikian kerana Berita Harian ingin memberi penekanan akan

sesuatu perkataan dalam iklan yang dikeluarkan untuk menrik perhatian

pembaca.

7. Analisis bentuk-bentuk penyata iklan dalam surat khabar Berita Harian.


Daripada hasil dapatan penyelidik telah menemui beberapa bentuk laras iklan dalam surat

khabar Berita Harian. Penyelidik memaparkan bentuk-bentuk laras iklan tersebut dalam

jadual di bawah. Berikut ialah bentuk-bentuk laras iklan :

7.2.1 Pengistiharan
Perisytiharan bermaksud sesuatu pengumuman yang digunakan bagi merujuk

kepada sesuatu penggunaan perkataan yang bertujuan untukmengisytiharkan

sesuatu kepada masyarakat. Tujuan akhbar Berita Harian bentuk perisytiharan

ialah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa terdapat keluaran produk

yang istimewa atau baharu untuk diperkenalkan. Contohnya, Alami gaya hidup

ala pelayaran mewah di Residensi Sefina dan Alami keajaiban dengan Nissan

Serena 2.0.
7.2.2 Bandingan
Bandingan bermaksud kelebihan yang terdapat pada produk yang diiklankan

oleh sesebuah syarikat lain. Contonya, Lebih lazat dan menyegarkan dengan

seret diet dan Wonda kopi, kopinya yang halus lagi enak.
7.2.3 Slogan
Slogan bermaksud moto atau frasa yang digunakan untuk memperkenalankan

tema yang digunakan dan biasanya bersifat tepat dan senang diingati. Sebagai

contoh, Raya kami termurah di MR D.I.Y dan Perkasakan masa hadapan anda

bersama UNITAR. Tujuan Berita Harian menggunakan bentuk ini adalah untuk

2
pembaca mengingati slogan yang sering didengari di merata-rata tempat dan

mempunyai keinginan untuk membeli dan merasai perkhidmatan dan produk

yang dikeluarkan.
7.2.4 Pernyataan
Pernyataan bermaksud mengaitkan barangan atau sesuatu produk yang

diiklankan dengan peristiwa-peristiwa penting, memberitahu kepada masyarakat

dengan jelas berkaitan dengan sesebuah harga barang yang ditawarkan,

menyatakan kelebihan-kelebihan dan sebagainya. Contohnya, Raikan ganjaran

Ramadhan dengan Honda dan Unit bumiputera dibuka untuk jualan. Tujuan

akhbar Berita Harian menggunakan bentuk pernyataan ialah untuk menyatakan

jenama dan jenis-jenis barang atau produk yang diiklankan.


7.2.5 Gesaan
Gesaan bermaksud kata-kata dan sebagainya untuk menggesa (menurut Kamus

Dewan Bahasa Edisi Kedua). Gesaan digunakan untuk tujuan menggesa

pembaca untuk mengambil perhatian terhadap perkara atau barangan yang

diiklankan. Sebagai contoh, dalam iklan yang menyatakan klausa “Dapatkan

Wanda Mochaccino atau kopi susu dengan harga RM0.94”, “masa untuk

menaik taraf hidup anda di Temesya Glemarie”, “Bila menjelang hari lebaran,

Mitsubishi selalu ada tawaran. Kaedah gesaan digunakan untuk menggesa

pembeli membeli barangan yang dipromosikan dengan harga yang murah.

Surat khabar Berita Harian banyak menggunakan ciri gesaan untuk

mempengaruhi emosi pembaca untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan

yang ditawarkan.
7.2.6 Umpanan
Umpanan merupakan strategi yang digunakan untuk mendapatkan pelanggan.

Kaedah umpanan kerap digunakan dalam mana-mana iklan tidak terkecuali

3
iklan akhbar. Umpanan bermaksud merancang strategi untuk memperdaya

pelanggan. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan menggunakan klausa

“Promosi gaya Ramadhan di SSF”, “Servis terbaik dengan tawaran Servis

Ford”, “Tempat duduk kami adalah terhad dan mungkin tidak boleh didapati

untuk semua orang”, “Mercedes Benz 2 memberikan prestasi hebat dan

kemewahan yang tidak tercabar”, “Di musim perayaan ini, miliki telifon pintar

pada hanya RM1 ekslusif dasar Pelan Maxis One”, “Namakan 5 kuih raya

untuk berpeluang memenangi RM1500 000” , “Promosi jualan diskaun

sehingga 50%” , “Diskaun sehingga 70% off jualan Mega” , “ Jualan

Ramadhan penghabisan stok Pameran diskaun sehingga 40%” , “Kadar faedah

serendah 1.22% apabila membeli sebarang model BMW” , “Perabot percuma

bernilai sebanyak RM1,999 dengan setiap pembelian set Men 20”, dan “Anda

juga berpeluang memenangi seperti mereka! Hanya leretkan kad Mesra untuk

menang”. Surat khabar Berita Harian banyak menggunakan kaedah umpanan

merupakan teknik yang mudah untuk menarik pembaca.


7.2.7 Pertanyaan
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat pertanyaan bermaksud

memperlihatkan pertanyaan, permintaan keterangan, dan apa yang ditanyakan.

Kaedah pertanyaan banyak menggunakan penanda “ ? ”. Tanda soal kerap

didapati dalam iklan-iklan akhbar. Teknik ini adalah salah satu lagi cara dalam

penggunaan laras bahasa iklan. Sebagai contoh, iklan “ Belum menjadi ahli

kod? Mohon sekarang! Taip AFFINAPP dan hantar sms ke 66300” , “

Mahukah gaji yang menarik?”. Kaedah pertanyaan digunakan dalam surat

4
khabar Berita Harian adalah untuk menanyakan diri pembaca yang terlibat

dengan masalah yang disoal.

7.2: Bentuk-bentuk penyata iklan dalam surat khabar Berita Harian yang kerap

digunakan iaitu laras iklan jenis umpanan. Hal ini dikatakan demikian kerana

umpanan merupakan bentuk yang sesuai dan lebih berkesan terutamanya

kepada golongan wanita dan remaja kerana mudah terpengaruh akan umpanan

sesuatu iklan.

Anda mungkin juga menyukai