Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA KELAS

TAHUN ENAM (PASCA UPSR) SK. BUGAYA 2018

1.0 PENGENALAN
Pertandingan Bola Jaring SKBS merupakan anjuran dari unit kurikulum sempena
Aktiviti Pasca UPSR. Pertandinagn Bola Jaring ini dikendalikan sepenuhnya oleh
guru Penasihat Kelab Bola Jaring. Pertandingan Bola Jaring ini akan berlangsung
pada 25-26 Oktober 2018 iaitu pada hari Khamis dan Jumaat.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengeratkan silaturrahim antara murid- murid Tahun 6
2.2 Melahirkan semangat kesukanan dan memberi kecergasan fizikal.
2.3 Mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada serta melahirkan atlit-atlit
muda.
2.4 Melahirkan murid yang berkebolehan dalam setiap bidang, bukan hanya
bertumpu kepada satu bidang sahaja.
2.5 Mengisi masa murid-murid tahun 6 selepas UPSR dengan aktiviti Ko-
kurikulum

3.0 TEMA

“KECEKALAN WANITA TERAS KEMARAAN BOLA JARING”

Tema ini dipilih kerana permainan bola jaring merupakan satu-satunya sukan
permainan yang diwakili oleh kaum perempuan walaupun terdapat sebilangan
kecil pengadil terdiri dari kaum lelaki. Sudah pasti dalam melaksanakan aktiviti
kesukanan khususnya permainan, mestilah sesuatu permainan itu dijalankan
secara bersungguh-sungguh dan memperolehi hasil yang terbaik atau gemilang.

4.0 TEMPAT
Gelanggang Bola Jaring SK. Bugaya

5.0 TARIKH
25 hingga 26 Oktober 2018( Khamis Jumaat)

6.0 PERATURAN PERTANDINGAN


BOLA JARING ANTARA KELAS PASCA UPSR 2018

1. PERATURAN AM

1.1 Selain daripada Peraturan Pertandingan yang terkandung, pertandingan


ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Bola Jaring
Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini.

1
1.2 Sekiranya terdapat percanggahan diantara terjemahan Undang-undang
Permainan dan Undang-undang Permainan IFNA, maka adalah
diputuskan bahawa Undang-undang Permainan Bola Jaring akan dipatuhi.
1.3 Sekiranya timbul perkara yang tidak sesuai oleh kedua Undang-undang
Permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengelola, kecuali dari aspek teknikal.

2. PENYERTAAN

2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 24 hingga 25 Oktober di gelanggang


Bola Jaring SK. Bugaya
2.2 Ianya terbuka kepada semua murid perempuan tahun 6 SK. Bugaya
Semporna

3. PENDAFTARAN

3.1 Setiap kelas boleh mendaftar dua (2) pasukan sahaja yang terdiri daripada
lapan orang pemain.
3.2 Kelas-kelas juga boleh bergabung sekiranya kekurangan pemain dan
terdiri daripada lapan orang pemain.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Perlawanan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan A, B, C dan D.


4.2 Bergantung kepada bilangan pasukan yang akan menyertai.
4.3 Pemenang pertama dan kedua dari setiap kumpulan layak memasuki
peringkat Kedua.
4.4 Di pusingan Kedua pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.5 Pemberian Mata
4.5.1 Bagi pertandingan yang dijalankan secara Liga, pemenang akan
mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
4.6 Menentukan Kemenangan
4.6.1 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA, ditentukan daripada
jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah
mata, maka keputusan akan ditenyukan seperti berikut:-
i. Secara purata gol iatu perbezaan gol, jumlah gol yang
dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.
ii. Jika masih seri secara purata gol, iaitu dengan membahagikan
jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena,
didarab dengan 100 dan dibahgikan dengan bilangan
permainan. Bagi menentukan kedudukan yang muktamad,
bilangan angka perpuluhan bagi purata gol ialah 3.

2
iii. Jika kedudukan masih seri, maka keputusan akan ditentukan
secara mengambil keputusan perlawanan diantara kedua-dua
pasukan berkenaan sebelumnya.
iv. Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara
lambungan duit. Jika di peringkat ini lebih daripada dua (2)
pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan
mencabut undi.

5. TEMPOH PERLAWANAN
Tempoh perlawanan bagi setiap pasukan ialah 15 minit bagi setiap bahagian
dengan 5 minit masa rehat .

6. PAKAIAN
6.1 Pakaian bermain mestilah sesuai dengan permainan bola jaring.
6.2 Setiap pasukan dikehendaki memakai bib.

7. MENARIK DIRI
Pasukan tidak dibenarkan menarik diri.

8. KELEWATAN
Sepuluh (10) minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas sepuluh
(10) minit sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima
(5) orang pemain, maka pasukan itu dikira manarik diri daripada pertandingan.

9. PENANGGUHAN
9.1 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau
mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau
diputuskan dengan serta merta.
9.2 Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal akan menetapkan semula tarikh
dan perlawanan yang tertangguh itu.

10. PENGADIL
Jawatankuasa Pengadil adalah guru-guru Kelab Bola Jaring(Gerko)

11. BANTAHAN DAN RAYUAN


11.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus
Pasukan secara kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat
daripada tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.
11.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai
sebanyak RM10
11.3 Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan didapati tidak
wajar.

12. JURI RAYUAN

3
12.1 Juri Rayuan terdiri daripada tiga (3) orang, iaitu Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan dan dua (2) orang Pengurus pasukan yang tidak
terlibat dalam bantahan.
12.2 Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad.

13. GANTIRUGI
Segala usaha akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola untuk menjaga
Keselamatan diri dan harta benda peserta. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa
Pengelola tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan atau
kecederaan kepada peserta atau kehilangan harta benda di pertandingan ini

7.0 JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINAGN BOLA JARING SEMPENA PASCA UPSR 2018
Penaung

EN. MARCELLINUS J OMAR (GURU BESAR SK. BUGAYA)

Penasihat

PN. ZAKIAH HAJI PUNDING (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

Pengerusi

EN. SUDIRMAN HJ. PAISAL(PENYELARAS TAHUN ENAM)

Setiausaha

PN. SURIAH BINTI HAJI ABDUL SAMAD(PENYELARAS PROGRAM)

Bendahari

PN.HAJJAH NORLAILA BINTI SANDAMUDDIN

4
AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN BOLA JARING:

Pertandingan : Puan Norkhairani Mohamad


Puan Rafeah Hj. Ali Besar
Puan Sitti Rubiah Hj.Abdul Hamid

Teknikal dan Peralatan : Puan Suriah Haji Abdul Samad


En. Sudirman Bin Haji Paisal

Hadiah dan Cenderamata : Puan Suriah Hj. Abdul Samad


Cik Nazaratul Atikah Taslim

Pengadil : Puan Suriah Hj. Abdul Samad

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

Hamper dan sijil RM 200.00


Air Mineral/Manis RM 50.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 250.00

11.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat memenuhi matlamat dan objektif pasca UPSR dan
seterusnya memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berteraskan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

KECEKALAN WANITA TERAS KEMARAAN BOLA JARING

Yang menjalankan tugas,

(PN. SURIAH BINTI ABDUL SAMAD)


Pengerusi , Pertandingan Bola JariNG Pasca UPSR 2018

LAMPIRAN

5
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA JARING PASCA UPSR SK. BUGAYA SEMPORNA 2018
Nama Pasukan :
Nama Pengurus :

BIL NAMA PEMAIN NO SURAT POSISI

BERANAK
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

TANDATANGAN PENGURUS:

...................................................
( )

BORANG PERTANDINGAN
PERTANDINGAN BOLA JARING PASCA UPSR SK. BUGAYA 2018

Bil Pasukan :

Perlawanan :

Masa :

Tempat :

6
Pengadil :

Keputusan Perlawanan:

Pasukan: Pasukan:

Tandatangan Pengurus; Tandatangan Pengurus;

................................................ ..........................................
( ) ( )

Tandatangan Pengadil;

.................................................
( )

Anda mungkin juga menyukai