Anda di halaman 1dari 2

THUMBELINA

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera


kepada yang dihormati Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah cerita dongeng yang bertajuk “ Thumbelina”.

Kononnya, ada seorang perempuan yang terlalu inginkan anak.


Seorang pari-pari tua memberikan perempuan itu sebiji benih dan berkata, “
Benih ini akan memberi kamu seorang anak!” Perempuan itu menanam
benih itu. Tidak lama kemudian, benih itu tumbuh menjadi sekuntum bunga
yang cantik. Ditengah-tengah bunga itu, ada seorang budak perempuan!

Budak perempuan itu dinamakan Thumbelina kerana ketinggiannya


hanya sebesar ibu jari. Dia periang, baik hati dan sangat suka menyanyi.
Walaupun semakin dewasa, badannya kekal kecil.

Suatu malam ketika Thumbelina tidur, seekor kodok menculik


Thumbelina bagi dijadikan menantu. “Kamu akan berkahwin dengan
anakku. Thumbelina meminta pertolongan. Beberapa ekor ikan berasa
kasihan lalu menariknya dan membawanya ke kediaman seekor tikus.

Tikus tua itu sangat gembira menerima Thumbelina tinggal bersama.


Jiran tikus tua itu, Tuan Mole, suka mendengar Thumbelia menyanyi.

Ting ting tang ting tang ting tan tin tan tin (4x)
Senyuman manis menyejuk jiwa hamba
Semanis-mnisnya bak gula
Rupa nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurniaan maha Esa
Sayang disayang timang ditimang
Alahai manjaku seorang
Sayang disayangi timang-ditimang
Cinta hatiku selamanya….
Suatu hari, Tuan Mole menyatakan hasrat untuk mengahwini
Thumbelina. Thumbelina sungguh terkejut. Dia enggan mengahwiniu Tuan
Mole!

Seekor burung biru membawa Thumbelina terbang meninggalkan tempat itu


dan tiba di sebuah negeri ajaib. Semua orang di situ setinggi Thumbelina!
Thumbelina berkahwin dengan putera negeri itu dan hidup bahagia selama-
lamanya.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikumw.b.t

Anda mungkin juga menyukai