Anda di halaman 1dari 1

Jurujual hebat perlu ada 8 sikap ini

Kalau nak jadi usahawan, kita perlu tahu apakah sikap yang perlu ada pada
seorang jurujual yang baik.

Seorang usahawan yang bermula dari bawah samada suka atau tidak, perlu
melalui proses membuat jualan.

Lainlah jika kita mula berniaga dengan modal wang yang banyak atau
berayahkan seorang Tan Sri atau mempunyai seorang rakan kongsi anak
kepada seorang menteri.

Dalam keadaan sebegitu, kita hanya perlu merekrut seorang jurujual yang
baik sejak dari awal perniagaan.

Walaupun begitu, jika kita tidak tahu bagaimana nak kenal pasti ciri-ciri
seorang jurujual yang hebat, kita akan tersalah langkah dan membuat pilihan
yang salah. (Tapi kalau ada banyak duit, boleh juga upah orang yang tahu
memilih jurujual yang hebat).

Jika nak jadi jurujual yang hebat, atau jika kita nak ambil pekerja jurujual yang
hebat, mestilah pastikan ada sikap yang berikut:

#2. Jurujual hebat mesti sanggup pertahankan pendiriannya

Pertahankan pendirian bukan ertinya bergaduh atau dilakukan dengan cara


yang tidak bersopan. Jika ternyata kita perlu mempertahankan sesuatu, kita
tidak boleh segan atau berundur ke belakang tanpa sebab.

Ciri-ciri ini perlu ada pada seorang jurujual. Bayangkan jika ada masalah
dibangkitkan oleh pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang kita
tawarkan, jika kita hanya menerimanya tersenyum dan tak ada reaksi
mempertahankan atau membetulkan keadaan, agak sukar untuk menempa
kejayaan.

Lebih parah lagi apabila pelanggan kondem produk atau perkhidmatan kita
lalu kita turut sama menambah perisa dan mengkritik produk kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai