Anda di halaman 1dari 10

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

 Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

 Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara


bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

 Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri


dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM

 Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di


dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program-
program yang dijalankan.

 Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat


khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan
menarik.

 Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan


kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri,
keluarga dan masyarakat.
LOGO
PENGERTIAN LOGO

 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan
lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu
bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

 Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis
dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan“PERGERAKAN PUTERI
ISLAM."( Pa Pa Alif)

 Di bawah logo ini tertulis perkataan :-

“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri

“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA
 Merah Samar : Melambangkan
keharmonian dan kelembutan
 Hijau : Agama
 Taqwa sebagai TERAS
 Putih : Kesucian
 Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

BENDERA

 Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu,


dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran
lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

 Penggunaan

- Setiap upacara rasmi


- Tatacara Perjumpaan
 Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

LENCANA

Lencana Puteri

Lencana Pemimpin
LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah
pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara
sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan
Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh
Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-


puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi
diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan


pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan
Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM
Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong
yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah


menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan
kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat
yang bersifat memberi bantuan kepada golongan
miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan
rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6
Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum
Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang


DiPertua PPIM Pertama.

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi


memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di
peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah


mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi
Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai


Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di
semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.
Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri
Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996
bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita
lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat
masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan
program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di


institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin
Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam
Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri


Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM
telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
pada 24 Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah
diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah
menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 &
2009 - 2011.

BENDERA

 Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna


merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat
lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah
sepertiga daripada ukuran bendera.

 Penggunaan

- Setiap upacara rasmi


- Tatacara Perjumpaan

 Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan


UNIFORM

BAJU KAWAD BAJU PEMIMPIN BAJU PUTERI BAJU RIADAH

http://ppimsukunak.blogspot.com/search/label/%3A%3A%20B%29%20IKRAR%20PUTERI

http://www.puteri-islam.org.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=34&Itemid=72

Anda mungkin juga menyukai