Anda di halaman 1dari 22

Z

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH


SEMESTER SESSION 2018/2019

SGDE 4013
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN

TUGASAN 2
PEMBINAAN DAN ANALISIS ITEM

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ZALILA BT MD ZAMRI (824721)
AZREEN NADIHAH BINTI AZMI (824694)
BAZLIAH BT ABDUL PISAL (824696)
MUHAMAD ANAS SYAFIQ BIN MOHD
JUNAIDI (824705)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. NUR LIYANA BINTI BUKHARI
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan pentaksiran 1

2.0 Pentaksiran Matematik 1

3.0 Analisis

3.1 Analisis Kesukaran 3

3.2 Analisis Diskriminasi 4

3.3 Analisis Distraktor 6

3.4 Analisis Kebolehpercayaan 8

4.0 Kesimpulan 9

5.0 Rujukan 11

6.0 Appendik 12
1

1.0 PENGENALAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah satu refleksi dalam usaha bagi meningkatkan mutu sesuatu

pembelajaran yang melibatkan pendidik dan juga pelajar. Ianya juga merupakan salah

satu cara pendidik mengetahui akan potensi diri pelajar masing-masing. Selain itu,

pentaksiran juga dapat memperbaiki serta menambah baik kemahiran seseorang

pendidik kerana maklum balas akan diterima oleh pelajar dan guru akan berusaha

untuk memperbaiki mutu pengajaran untuk disuai padankan dengan tahap potensi

pelajar tersebut (www. washington.edu). Menurut Dylan William (n.d), bilik darjah

yang terbaik adalah bilik darjah yang pelajarnya tidak kisah untuk membuat kesalahan

kerana melalui kesalahan tersebut dianggap sebagai bahan bukti yang mereka telah

sedaya upaya berusaha dan kesalahan tersebut juga telah menjadikan mereka ini lebih

bijak.

2.0 PENTAKSIRAN MATEMATIK

Tugasan pentaksiran yang dibuat oleh kumpulan kami adalah melibatkan sebuah ujian

bagi mata pelajaran Matematik ke atas para pelajar tingkatan empat aliran sains, akaun

dan ekonomi di Maktab Mahmud Alor Star. Ujian ini telah melibatkan seramai 34

orang responden yang iaitu 14 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan.

Durasi bagi ujian ini adalah selama satu jam sahaja dan ianya adalah merangkumi 4

topik iaitu persamaan linear, persamaan kuadratik, set dan garis lurus.
2

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN MATAPELAJARAN MATEMATIK


MATA PELAJARAN: MATEMATIK TINGKATAN 4
TARIKH UJIAN: 13 NOVEMBER 2018
NO. ITEM JENIS ITEM ARAS ITEM MARKAH CATATAN
1. Persamaan Objektif Aneka Rendah 1
Linear Pilihan
2. Persamaan Objektif Aneka Rendah 1
Linear Pilihan
3. Persamaan Objektif Aneka Sederhana 1
Linear Pilihan
4. Persamaan Objektif Aneka Sederhana 1 Pemfaktoran
Kuadratik Pilihan
5. Persamaan Objektif Aneka Sederhana 1 Pengembangan
Kuadratik Pilihan ungkapan kuadratik
6. Persamaan Objektif Aneka Sederhana 1 Penyelesaian
Kuadratik Pilihan persamaan kuadratik
7. Persamaan Objektif Aneka Tinggi 1 Penyelesaian
Kuadratik Pilihan persamaan kuadratik
8. Set Objektif Aneka Rendah 1 Set pelengkap
Pilihan
9. Set Objektif Aneka Sederhana 1 Kesatuan dan set
Pilihan pelengkap
10. Set Objektif Aneka Sederhana 1 Bilangan unsur
Pilihan dalam set
11. Set Objektif Aneka Tinggi 1 Penyelesaian
Pilihan masalah set
12. Garis Lurus Objektif Aneka Rendah 1 Pintasan-y
Pilihan
13. Garis Lurus Objektif Aneka Rendah 1 Kecerunan
Pilihan
14. Garis Lurus Objektif Aneka Sederhana 1 Kecerunan dan
Pilihan pintasan-y
15. Garis Lurus Objektif Aneka Tinggi 1 Titik tengah
Pilihan
1 (a) Set Subjektif Rendah 1 Persilangan dan set
pelengkap
1 (b) Set Subjektif Sederhana 2 Persilangan,
kesatuan dan set
pelengkap
2. Persamaan Subjektif Tinggi 4 Penyelesaian
Kuadratik masalah
3. Persamaan Subjektif Sederhana 5 Penyelesaian
Linear masalah
4 (a) Garis Lurus Subjketif Sederhana 3 Bentuk persamaan

4 (b) Garis Lurus Subjektif Sederhana 2 Pintasan-x


3

3.0 ANALISIS

3.1 Analisis Kesukaran

Analisis kesukaran diperoleh hasil daripada penggunaan SPSS adalah berdasarkan

Jadual 1 dan kesimpulan analisis kesukaran dinyatakan dalam jadual 2. Kesukaran

soalan yang dibina dapat diketahui menerusi analisis kesukaran yang dijalankan. Hasil

analisis mendapati bahawa soalan D2 menunjukkan tiada kesukaran kerana semua

pelajar dapat menjawab dengan betul. Malahan soalan D2 ini tidak ditunjukkan dalam

hasil pengiraan analisis menggunakan SPSS. Kesukaran yang paling tinggi bagi soalan

berbentuk objektif adalah pada soalan C4 iaitu min yang diperoleh ialah 0.3529. Hal

ini disebabkan oleh gambar rajah vang tidak dikemukakan dalam soalan tersebut,

maka pelajar keliru dan kurang jelas untuk menjawab dengan betul.

Manakala kesukaran yang paling tinggi bagi soalan berbentuk subjektif adalah

pada soalan S2 iaitu min yang diperoleh ialah 1.2941. Soalan ini memerlukan pelajar

memahami topik set sepenuhnya supaya dapat menggambarkan situasi persilangan,

kesatuan dan pelengkap. Disebabkan kurang memahami konsep ini, maka kesalahan

akan dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan dengan betul serta terdapat 8

orang pelajar tidak menjawab soalan ini.

Item N Mean SD
A1 34 0.8529 0.3595
A2 34 0.8529 0.3595
A3 34 0.9412 0.2388
B1 34 0.7941 0.4104
B2 34 0.7353 0.4478
B3 34 0.8235 0.3870
B4 34 0.7647 0.4306
C1 34 0.9118 0.2879
C2 34 0.6765 0.4749
C3 34 0.6765 0.4749
C4 34 0.3529 0.8510
D1 34 0.8824 0.3270

bersambung...
4

...sambungan

D3 34 0.6765 0.4749
D4 34 0.5588 0.5040
S1 34 1.5588 1.3071
S2 34 1.2941 1.3602
S3 34 2.5588 2.3250
S4 34 2.3824 2.0891

Jadual 1. Statistik Diskriptif

Indeks Pengkelasan Nombor soalan Huraian


kesukaran (p) item

0.00 - 0.20 Terlalu sukar Pendidik harus kaji semula soalan


yang diberikan.

0.21 - 0.40 Sukar C4, S2 Kebanyakan pelajar tidak dapat


menjawab soalan.

0.41 - 0.60 Sederhana D4, S1, S3, S4 Lebih daripada separuh bilangan
sukar pelajar dapat menjawab soalan
kerana kemungkinan pelajar sudah
biasa dengan soalan ini.

0.61 - 0.80 Mudah B1, B2, B4, C2, Pelajar memahami topik yang diajar
C3, D3 dan pelajar sudah biasa menjawab
soalan.

0.81 - 1.00 Terlalu A1, A2, A3, B3, Pelajar menguasai topik hampir
mudah C1, D1, D2 sepenuhnya dan pelajar sudah biasa
menjawab soalan.

Jadual 2. Jadual Kesimpulan Analisis Kesukaran

3.2 Analisis Diskriminasi

Analisis berdasarkan diskriminasi adalah bertujuan mengetahui kaitan soalan dengan

markah pelajar berdasarkan perbezaan pelajar kebolehan tinggi dan pelajar kebolehan

rendah. Jadual 3 di bawah adalah hasil daripada SPSS yang menujukkan bahawa

diskriminasi negatif berlaku pada soalan C2 dan D3. Manakala soalan S3 dan S4
5

menujukkan item diskriminasi tinggi. Hal ini disebabkan hanya pelajar kebolehan

tinggi dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Selain itu, tahap-tahap

diskriminasi yang lain diterangkan menerusi jadual 4.

Item Scale Mean if Scale Variance Correlated Item- Cronbach's alpha


Item Deleted if Item Deleted Total Correlation if Item Deleted
A1 17.4412 34.4360 0.3050 0.5820
A2 17.4412 34.8600 0.2030 0.5880
A3 17.3529 35.4470 0.1220 0.5930
B1 17.5000 35.4090 0.0560 0.5960
B2 17.5588 35.6480 0.0000 0.6000
B3 17.4706 34.3780 0.2910 0.5820
B4 17.5294 35.2260 0.0860 0.5940
C1 17.3824 35.6980 0.0200 0.5980
C2 17.6176 37.0920 -0.2540 0.6190
C3 17.6176 34.3040 0.2370 0.5830
C4 17.9412 35.2090 0.0710 0.5960
D1 17.4118 34.4310 0.3420 0.5810
D3 17.6176 36.6070 -0.1710 0.6130
D4 17.7353 34.4430 0.1950 0.5860
S1 16.7353 28.8670 0.3760 0.5470
S2 17.0000 28.3640 0.3890 0.5440
S3 15.7353 19.7760 0.5160 0.5090
S4 15.9118 19.1130 0.6770 0.4320

Jadual 3. Item Jumlah Statistik

TAHAP PENGKELASAN NOMBOR


HURAIAN
DISKRIMINASI ITEM SOALAN
Item tiada A3, B1, B2,
0.00 - 0.19 Item perlu dibuang / dikaji semula.
diskriminasi B4, C1, C4, D4
Item diskriminasi Item perlu diperbaiki supaya tahap
0.20 - 0.29 A2, B3, C3
sederhana diskriminasi lebih tinggi.
Item Item sangat baik kerana dapat
0.30 - 0.39 A1, D1, S1, S2
berdiskriminasi membezakan kefahaman pelajar.
Item diskriminasi Hanya pelajar kebolehan tinggi sahaja
0.40 - 1.00 S3, S4
tinggi dapat menjawab soalan.
Item perlu dibuang kerana pelajar
Nilai negatif Item diskriminasi C2, D3 kebolehan tinggi tidak dapat
menjawab soalan dengan betul.

Jadual 4. Kesimpulan Analisis Diskriminasi


6

3.3 Analisis Distraktor

Mokhtar Ismail (2009) menyatakan bahawa penyusunan kertas jawapan calon perlulah

disusun mengikut jumlah markah iaitu mengikut markah tertinggi, sederhana dan

rendah. Selain itu, distraktor analisis dapat dilakukan dengan mengelaskan kategori

calon melalui bilangan calon yang menjawab kertas soalan. Jika bilangan calon

melebihi 40 orang perlu kelaskan kumpulan menerusi tetapan 27 peratus untuk calon

yang peroleh markah tertinggi dan 27 peratus untuk calon yang peroleh markah

rendah, selebihnya adalah untuk calon yang peroleh markah sederhana. Manakala, jika

bilangan calon 20 orang hingga 40 orang, pengkelasan kumpulan boleh dibuat dengan

cara memilih 10 orang calon yang memperolehi markah tertinggi dan 10 orang calon

yang memperolehi markah terendah, dan selebihnya adalah untuk calon yang peroleh

markah sederhana. Oleh itu, kajian menerusi analisis distraktor akan dijalankan

mengikut pengkelasan kumpulan sebanyak 10 pelajar markah tinggi dan 10 orang

markah rendah kerana jumlah pelajar menjawab kertas soalan adalah 34 orang pelajar.

Item yang dianalisis adalah item C4 (topik set) dan D4 (topik garis lurus). Hal ini

kerana kedua-dua item tersebut memperoleh purata jawapan yang betul rendah

berbanding item-item lain.

Item C4 berdasarkan topik set menunjukkan kesukaran yang tinggi dan pelajar

kebolehan tinggi hanya 4 orang sahaja dapat menjawab dengan betul. Disebabkan

soalan aras tinggi ini, hanya 3 orang sahaja daripada pelajar kebolehan rendah dapat

jawab dengan betul. Berdasarkan jadual 5 dibawah menunjukkan analisis distraktor

yang terbaik adalah jawapan A. Hal ini disebabkan soalan tidak mengemukakan

gambar rajah ven, maka pelajar keliru dan menjawab A. Oleh itu, bagi item C4 ini

dicadangkan supaya pendidik mengemukakan gambar rajah venn supaya pelajar lebih

mudah memahami kehendak soalan.


7

Jawapan: C
A B C D
Pelajar kebolehan
6 0 4 0
tinggi
Pelajar kebolehan
6 0 3 1
tinggi
Jumlah 12 0 7 1

Jadual 5. Analisis Distraktor Item C4

Di samping itu, item D4 berdasarkan topik garis lurus turut dianalisis menerusi analisis

distraktor kerana terdapat hanya 8 orang sahaja daripada pelajar kebolehan tinggi dan

3 orang sahaja daripada pelajar kebolehan rendah dapat jawab dengan betul. Distraktor

B adalah penyebab utama pelajar salah menjawab kerana pelajar menggunakan

formula titik tengah yang salah untuk menjawab. Jadual 6 di bawah adalah merujuk

kepada analisis distraktor bagi item D4. Pendidik dicadangkan mempamerkan formula

asas untuk menghasilkan kefahaman penggunaan formula yang betul supaya pelajar

tidak keliru ataupun salah menggunakan formula.

Jawapan: C
A B C D
Pelajar kebolehan
0 2 8 0
tinggi
Pelajar kebolehan
1 4 3 2
tinggi
Jumlah 1 6 11 2

Jadual 6. Analisis Distraktor Item D4


8

3.4 Analisis Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan membawa maksud kestabilan dan ketekalan dalam sesuatu

peperiksaan, ujian, atau alat ukur dalam mengukur sesuatu konsep dan aspek yang

tertentu dalam pengajaran. Tekal di sini merujuk kepada keaadaan yang tidak berubah

dan konsisten. Dalam kata lain, sekiranya guru yang lain melakukan ujian yang sama

kepada sejumlah pelajar yang sama, keputusan yang sepatutnya diperolehi adalah

sama. Selain itu, kebolehpercayaan juga merujuk kepada kekuatan korelasi ataupun

hubungan di antara item-item yang terdapat dalam konstruk tersebut.

Terdapat pelbagai cara dalam mengenal pasti tahap kebolehpercayaan sesuatu

konstruk. Antaranya ialah Cronbach’s Alpha, Kuder Richardson-20, dan Parallel

Form. Kami memilih Cronbach’s Alpha kerana ianya paling sesuai dalam mentaksir

sesuatu item dikotomos ataupun politomos. Ia juga dapat menilai sejauh mana kaitan

di antara soalan-soalan yang kami telah sediakan. Nilai pekali Cronbach’s Alpha boleh

difahami dengan merujuk kepada jadual di bawah.

Alpha Coefficient Range Kekuatan Hubungan


< 0.6 Lemah
0.6 < 0.7 Sederhana
0.7 < 0.8 Baik
0.8 < 0.9 Sangat Baik
0.9 Terbaik
Jadual 7. Pekali Cronbach’s Alfa

Berdasarkan daripada jadual di atas, kekuatan hubungan bagi konstruk ini

berada di tahap lemah iaitu nilai pekali bagi Cronbach’s Alpha ialah 0.595, seperti

yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah. Hal ini kerana variasi soalan dan juga

subtopik yang disediakan di dalam ujian Matematik ini.


9

Reliability Statistics
Cronbach's Alpha
Based on
Standardized
Cronbach's Alpha Items N of Items

.595 .457 18

Jadual 8. Nilai Cronbach’s Alpha

4.0 KESIMPULAN

Pentaksiran memerlukan perhatian yang cukup teliti oleh para pendidik. Dari

pembinaan konstruk soalan hinggalah analisis jawapan yang diperoleh, ia memerlukan

ketilitian dan ketepatan. Salah satu aspek yang perlu diberi penekanan ialah Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU). Ia adalah satu perkara yang sangat mustahak dalam proses

membina konstruk kerana dapat menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak

diukur dan memberikan panduan kepada penggubal soalan atau pengajar untuk

mendapatkan satu sampel item-item soalan bagi setiap topik yang ingin dimasukkan.

JSU juga dapat mengelakkan ujian itu dibina secara sembarangan dan guru dapat

membina soalan dengan terancang dan rapi. Tambahan pula JSU dapat menjamin

kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Selain itu, analisis item juga tidak boleh dipandang remeh. Ia mampu

memberikan maklumbalas buat para guru dalam mengukur tahap kesukaran soalan,

kesesuaian soalan dengan murid, dan sejauh mana kefahaman murid dalam satu – satu

pengajaran. Sebagai contoh, kami dapat mengenalpasti ada 7 soalan yang perlu

dibuang atau dikaji semula kerana tidak dapat membezakan pelajar kebolehan tinggi

dengan pelajar berkebolehan rendah. Hal ini sudah tentu dapat membantu dalam

merangka soalan untuk ujian yang seterusnya. Jika analisis ini tidak dibuat, tidak

mustahil kecacatan dalam pembinaan soalan ini berulang lagi.


10

Konklusinya, para pendidik perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang

pembinaan soalan dan analisis item ini kerana ianya teramat penting dalam

pentaksiran. Seiring dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) guru perlu lebih

proaktif dalam memastikan para pelajar ditaksir sebaiknya. Akhir kalam, guru yang

baik dapat menghasilkan konstruk soalan yang sesuai dengan kebolehan pelajar,

seterusnya menyumbang kepada pentaksiran yang amat bermakna lantas melahirkan

pelajar yang semakin gigih dalam menimba ilmu pengetahuan.


11

5.0 RUJUKAN

Centre for Teaching and Learning. Assessing and Improving Teaching.


https://www.washington.edu/teaching/teaching-resources/assessing-and-
improving-teaching/

Dylan William (n.d). Assessment: The Bridge between Teaching and Learning.
https://www.ncte.org/library/NCTEFiles/Resources/Journals/VM/0212-
dec2013/VM0212Assessment.pdf

Wani, S. (n.d.). DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN 1. Retrieved December 22,


2018, from https://www.academia.edu/7600201/definisi_kebolehpercayaan_1

Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Edisi kedua. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
12

6.0 APPENDIK

MATEMATIK TINGKATAN 4
PERSAMAAN LINEAR, PERSAMAAN KUADRATIK, SET DAN GARIS
LURUS
Kertas soalan terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Anda dikehendaki
menjawab semua soalan. Masa diperuntukkan adalah 1 jam.

Nama: _____________________________________________________

Bahagian A [15 markah]


Setiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling

tepat. Bulatkan jawapan anda. Anda disarankan mengambil masa selama 25 minit

untuk menjawab soalan bahagian A.

1. Diberi bahawa 5𝑝 − 4 = −2(3 − 𝑝), then 𝑝 =


2 1
A −7 C −2

1 2
B −3 D −3

𝑦+2 3𝑦−4
2. Diberi bahawa = , hitung nilai 𝑦.
3 5

3 9
A C
2 2

11 7
B D
2 2
13

3. Puan Mazna mempunyai sejumlah pen marker. Dia membahagikan separuh

daripada pen markernya kepada kelas 4A. Kemudian dia memberikan 2 batang

pen marker kepada Puan Kamala. Dia mendapati terdapat 3 batang pen marker

yang masih tinggal. Berapa batang pen markerkah Puan Mazna ada pada awalnya?

A 8 C 12

B 10 D 14

4. Faktorkan dengan selengkapnya ( 𝑥 + 1 )2 − 9.

A (𝑥 − 2)(𝑥 + 4) C (𝑥 − 9)(𝑥 + 1)

B (𝑥 + 2)(𝑥 + 3) D (𝑥 + 1)(𝑥 + 9)

5. (3ℎ + 𝑟)2 − ℎ(2𝑟 − ℎ) =

A 2ℎ2 + 4ℎ𝑟 + 𝑟 2 C 8ℎ2 + 4ℎ𝑟 + 𝑟 2

B 7ℎ2 + 4ℎ𝑟 + 𝑟 2 D 10ℎ2 + 4ℎ𝑟 + 𝑟 2

6. Cari nilai 𝑥 dalam persamaan 2 − 5𝑥 + 3𝑥 2 = 2𝑥(𝑥 − 1).

A 𝑥 = −1 , 𝑥 = 2 C 𝑥 = 1 ,𝑥 = 2

B 𝑥 = 1 , 𝑥 = −2 D 𝑥 = 2 , 𝑥 = −1

7. Prema berumur 2 tahun lebih muda daripada Selvi. Umur bapa Selvi ialah kuasa

dua umur Prema. Jika Selvi berumur 𝑝 tahun, jumlah umur mereka bertiga ialah

50 tahun. Cari umur Selvi.

A 6 C 8

B 7 D 9
14

8. Rajah 1 menunjukkan gambar rajah Venn dengan set semesta, 𝜉 = 𝑃 ∪ 𝑄 ∪ 𝑅.

Rajah 1

Senaraikan semua unsur set 𝑃′.

A {3,4} C {3,4,5,7}

B {3,4,7} D {3,4,5,6,7}

9. Set semesta, 𝜉 = {𝑥 ∶ 1 ≤ 𝑥 ≤ 10 , 𝑥 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑡𝑒𝑔𝑒𝑟},

set 𝑅 = {𝑥 ∶ 𝑥 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑛𝑜𝑚𝑏𝑜𝑟 𝑝𝑒𝑟𝑑𝑎𝑛𝑎} dan set 𝑆 =

{𝑥: 𝑥 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑓𝑎𝑘𝑡𝑜𝑟 𝑏𝑎𝑔𝑖 10}.

Senaraikan semua unsur bagi set (𝑅 ∪ 𝑆)′.

A 4,6,8,9 C 2,3,5,7,10

B 1,4,6,8,9 D 1,2,3,5,7,10
15

10. Rajah 2 ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan bilangan unsur dalam set P,

Q dan R. Diberi 𝜉 = 𝑃 ∪ 𝑄 ∪ 𝑅.

Rajah 2

Diberi 𝑛(𝑄) = 𝑛(𝑃 ∪ 𝑅). Cari 𝑛(𝜉).

A 16 C 34

B 22 D 36

11. Dalam satu kumpulan olahragawan seramai 58 orang, 36 orang menyertai

merentas desa, 19 orang menyertai lontar peluru, dan 11 orang menyertai kedua-

dua acara merentas desa dan lontar peluru. Cari bilangan olahragawan yang tidak

menyertai kedua-dua acara tersebut.

A 3 C 14

B 10 D 16

12. Nyatakan pintasan-y bagi garis lurus 4𝑦 − 3𝑥 = 12.

A 3 C 12

B −3 D −12
16

13. Dalam Rajah 3, MN ialah satu garis lurus pada satah Cartes.

Rajah 3

Cari kecerunan MN.

4 4
A C −5
5

8 8
B D − 11
11

3
14. Kecerunan satu garis lurus ialah − 2 dan pintasan-x ialah 10. Cari pintasan-y.

A −15 C 5

B −5 D 15

15. Jayden hendak ke sekolah yang berada pada koordinat (2,7) dari rumahnya, yang

berada pada koordinat(𝑥, 𝑦). Rumah Jayden berada di tengah-tengah perjalanan

antara sekolah dan pasar yang yang berada di koordinat (10,15). Cari koordinat

rumah Jayden.

A (2,4) C (6,11)

B (4,4) D (4,11)
17

Bahagian B [17 markah]

Jawab semua soalan. Anda dikehendaki menulis jawapan pada ruang yang

disediakan. Anda disarankan mengambil masa 35 minit untuk menjawab soalan

bahagian B.

1. Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set semesta 𝜉, set P, set Q dan

set R. Pada rajah di bawah lorekkan. [3 markah]

a) 𝑃 ∩ 𝑄 ′ [1 markah]

b) (𝑄 ∩ 𝑅) ∪ 𝑃′ [2 markah]
18

2. Diberi sebuah segi empat tepat dengan panjang (2𝑥 + 9)𝑐𝑚 dan lebar

(3𝑥 + 1)𝑐𝑚. Dua buah segi empat sama dengan panjang sisi 𝑥 𝑐𝑚 dikeluarkan

daripada segi empat tepat itu. Baki yang tinggal mempunyai keluasan 83 𝑐𝑚2 .

Cari nilai panjang dan lebar segi empat tepat itu. [4 markah]
19

3. Rajah 4 menunjukkan sebuah segi empat tepat ABCD dan sebuah segi tiga

bersudut tegak ADE. Diberi perimeter segi empat tepat itu ialah 34 𝑐𝑚.

[5 markah]

Rajah 4

Hitung panjang DC, dalam 𝑐𝑚, bagi segi empat tepat itu.
20

4. Dalam Rajah 5, O ialah asalan. PQRS ialah sebuah trapezium. Garis lurus PQ

adalah selari dengan garis lurus RS.

[5 markah]

Rajah 5

a) Cari persamaan garis lurus PQ. [3 markah]

b) Seterusnya, nyatakan pintasan-𝑥 bagi garis lurus PQ. [2 markah]

Jawapan (a)

Jawapan (b)

Anda mungkin juga menyukai