Anda di halaman 1dari 14

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

1 Pihak penganjur pertandingan memancing udang galah di Sungai Perak, Teluk Intan telah
__________ penyertaan kepada 500 orang sahaja.
A dihadkan
B pengehadan
C menghadkan
√ D mengehadkan

Soalan 2
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

2 I Pak Tam melatah sebaik sahaja adik mencolok bahagian pinggangnya.


II Pakaiannya yang mencolok mata tidak sesuai dipakai oleh kakitangan awam.
III Ahli RELA mencolok kawasan yang gelap bagi memudahkan pergerakan mereka.
IV Dia terpaksa menggunakan galah untuk mencolok buah jambu batu yang masak itu.
A I dan II
√ B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 3 dan 4
Pilih ayat yang betul.

3 A Oleh kerana cuaca yang terlalu sejuk, Mary Lim sentiasa berbaju tebal.
B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini.
C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu.
√ D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan.

4 I Berbagai jenis makanan laut dijual dengan harga yang murah di pasar raya itu.
II Mereka-mereka yang berkenaan sahaja akan dibenarkan masuk ke majlis jamuan itu.
III Setiap hari dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah asli.
IV Setengah-setengah murid kurang berminat menyertai kegiatan kokurikulum akademik.
A I dan II
B II dan III
√ C III dan IV
D I dan IV

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

buah bidang deret bingkai


kerat lembar orang gelung

Puan Mariam seorang usahawan yang berjaya. Beliau mempunyai ladang ternakan kambing dan
bidang tanah yang luas. Dia turut dibantu oleh beberapa
lembu yang diusahakan di atas se __________
orang
__________ pekerja untuk menguruskan ladang ternakannya itu. Semua binatang peliharaannya
ditempatkan di dalam enam __________
buah kandang yang sentiasa dijaga kebersihannya oleh para
pekerja. Ladang ternakannya juga turut dipasang dengan pagar yang dibina daripada beberapa
gelung dawai bagi mengelakkannya daripada dicerobohi dan mengawasi binatang ternakan
__________
itu daripada keluar merayau-rayau ke merata tempat.
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:
Adakah kamu dan Shahrul telah terpilih untuk menyertai Perkhemahan Unit Beruniform itu?
____________________________________________________-
______________________________________
_______________________________________________________-
___________________________________

Jawapan:
Ya, saya dan Shahrul telah terpilih untuk menyertai Perkhemahan Unit Beruniform itu.
[2 markah]

Soalan 22
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Sudah berapa hari encik


mengalami selesema
dan batuk-batuk?

Saya mengalami selesema dan batuk-batuk ini sudah dua


____________________________________________________- hari, doktor.
______________________________________
_______________________________________________________-
___________________________________

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

[2 markah]

Soalan 22
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


Perumpamaan; ‘Bagai aur dengan tebing’. Pepatah; ‘Berat sama dipikul, ringan sama
____________________________________________________-
______________________________________
dijinjing’. SB; ‘Ringan tulang’ / ‘Berganding bahu’. CK / KH; ‘Muafakat membawa berkat’.
_______________________________________________________-
___________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

NAMA KEDUDUKAN UMUR STATUS


Zakaria Anak pertama 28 Pegawai Tentera Udara
Zakiah Anak kedua 24 Mahasiswi UPSI
Zarina Anak ketiga 21 Mahasiswi UiTM
Zakuan Anak keempat 18 Kolej Matrikulasi Melaka
Zabidin Anak kelima 15 Tingkatan tiga
Zuraini Anak keenam 12 Tahun enam

mahsiswa.
a. Perkataan berlawan bagi mahasiswi dalam jadual di atas ialah ___________________________ .
[1 markah]

b. Berdasarkan jadual di atas, siapakah anak sulung dan anak bongsu dalam keluarga tersebut?
Berpandukan jadual, Encik Zakaria ialah anak sulung manakala Zuraini pula anak bongsu
_________________________________________________________________________________________
dalam keluarga tersebut.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Merujuk jadual yang disediakan, ahli keluarga berkenaan


terdiri daripada enam orang adik-beradik.

Daripada enam orang adik-beradik, tiga orang lelaki dan


tiga orang perempuan.
BETUL

Dua orang adik-beradik perempuan sedang melanjutkan


pelajaran mereka di menara gading.
SALAH

Seorang ahli keluarga akan menduduki peperiksaan awam


Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun ini.
[2 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan
awam dalam beberapa tahun belakangan ini. Jenis demam denggi yang ditakuti dan lebih bahaya
ialah demam denggi berdarah. Penyakit ini merupakan antara punca utama kematian dalam
kalangan kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi berdarah ini dibawa oleh
nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitan.
Demam denggi berlaku di kawasan bandar dan
sekitarnya di negara-negara rantau tropika termasuklah
Malaysia. Bagaimanakah penyakit ini boleh merebak
dan menular? Sesiapa sahaja yang telah digigit nyamuk
yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko
yang lebih tinggi mendapat jangkitan demam denggi.
Demam denggi ini pula menyerupai demam selesema.
Ciri-ciri klinikal demam denggi boleh berubah-ubah
mengikut umur pesakit.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda atau simptom selepas lima hingga enam hari gigitan
nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, sakit biji
mata, ruam dan loya atau muntah-muntah.
Demam denggi berdarah pula mempunyai tanda-tanda serupa dengan demam denggi
biasa tetapi kesan gigitan nyamuk Aedes ini menyebabkan kulit mudah lebam. Pada masa yang
sama, berlaku pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi. Pendarahan ini boleh merebak

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 5 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

ke seluruh badan. Pesakit amat perlu menerima rawatan dengan segera kerana kelewatan boleh
membawa maut.

a. Ciri-ciri klinikal demam denggi bagi seseorang pesakit berubah-ubah mengikut umurnya.
____________
[1 markah]

b. Bagaimanakah penyakit demam denggi ini boleh merebak kepada orang lain?
Penyakit demam denggi ini boleh merebak kepada orang lain melalui gigitan nyamuk Aedes
_________________________________________________________________________________________
yang membawa kuman virus denggi.
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Nyatakan tiga tanda atau simptom yang dialami oleh pesakit tatkala dijangkiti virus denggi?
Tiga tanda atau simptom yang dialami oleh pesakit yang dijangkiti virus denggi ialah
_________________________________________________________________________________________
demam panas, sakit sendi-sendi, dan muntah-muntah.
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Apakah tanda serius seseorang yang mengalami demam denggi berdarah? Apakah tindakan
yang sewajarnya yang perlu dilakukan?
Tanda serius bagi seseorang yang mengalami demam denggi berdarah ialah pendarahan
_________________________________________________________________________________________
merebak ke seluruh badan. Tindakan yang sewajarnya, pesakit perlu mendapatkan rawatan
_________________________________________________________________________________________
dengan segera kerana kelewatan boleh membawa maut.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

PINTAR BERBAHASA – MEMBETULKAN YANG BIASA,


MEMBIASAKAN YANG BETUL

BIL KLAUSA / FRASA / AYAT √ atau X PEMBETULAN


1. mencolok mata √
2. menemui dompet X menemukan dompet
3. menghadiahkan anaknya X menghadiahi anaknya
4. menghadkan jumlah perkataan X mengehadkan jumlah perkataan
5. menternak telur ayam X menternak ayam telur
6. merasa teramat sedih X berasa teramat sedih

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 6 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

7. mesyuarat agong X mesyuarat agung


8. mini konsert Astro X konsert mini Astro
9. mohon restu Allah SWT X mohon restu Allah S. W. T.
10. paling peramah sekali X sungguh peramah sekali (SAS)

Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pergi memancing membawa joran,


Memancing di sungai bersama Pak Isa;
Beramah mesra sesama teman,
Sentiasa menolong setiap masa.
Penat memancing, pergi berehat,
Petang pula pergi ke pekan;
Kalau berkawan harus muafakat,
Iri hati perlu dijauhkan.
Selepas memancing pergi berbelanja,
Membawa tikar dan juga bekalan;
Anggaplah teman sebagai saudara,
Tempat mengadu susah dan senang.
Ke Tanjung Belukar naik pedati,
Membuat atap di rumah Pak Kamsan;
Berbudi biar ikhlas di hati,
Jangan diharap akan balasan.
Burung merak dan burung tempua,
Terbang tinggi bersama-sama;
Hormati rakan amalan mulia,
Tidak kira walaupun siapa.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan oleh pemantun dalam rangkap pertama?

Rangkap pertama pantun menceritakan sikap ramah mesra dan budaya tolong-menolong
____________________________________________________-
yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian.
______________________________________
_______________________________________________________-
___________________________________
_______________________________________________________-
___________________________________

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 7 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

[2 markah]

b. Apakah sikap negatif yang perlu dijauhi atau dihindari oleh sesama rakan?

Iri hati atau hasad dengki.


____________________________________________________-
______________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Setiap budi yang ikhlas dan luhur akan mendapat balasan yang setimpal. X

Kita boleh jadikan rakan karib sebagai sebahagian daripada saudara kita. √
[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Berbudi biar ikhlas di hati,


Jangan diharap akan balasan.

Baris-baris pantun di atas bermaksud kebajikan yang kita lakukan hendaklah seikhlas hati.
____________________________________________________-
Kita juga tidak mengharapkan balasan atas budi yang
______________________________________ dihulurkan. Budi yang ikhlas lahir
dari hati yang suci bersih.
_______________________________________________________-
___________________________________
_______________________________________________________-
___________________________________

_______________________________________________________-
___________________________________

[3 markah]

1. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan setiap gambar dengan isi atau idea “cara-cara”.
2. Cari “cara-cara” (kata tugas / kata kerja) yang sesuai bagi setiap aktiviti dalam gambar.
Contohnya, memberi perhatian, mengulang kaji, berbincang dan ...
3. Boleh gunakan nama bagi watak yang terdapat dalam gambar atau kata ganti diri “kita”
untuk membina ayat.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 8 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

4. Tulis ayat yang gramatis dan mengandungi:


4.1 - Isi atau idea yang tepat, bernas dan puitis.
4.2 - Peluasan subjek atau peluasan predikat.
4.3 - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
(sifar kesalahan).
5. Ayat contoh daripada soalan berpandukan bahan grafik.
1. Kita mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah bagi menjaga kebersihan pantai.
2. Encik Ali dan keluarganya menikmati juadah yang mereka bawa dari rumah.
3. Puan Haniza merakamkan gambar anak-anaknya yang asyik membina istana pasir.
4. Seorang lelaki membaca surat khabar sambil berehat di atas kerusi di bawah pokok.
5. Alif dan kawannya bermain layang-layang di tepi pantai ketika angin bertiup kencang.

Gambar di bawah menunjukkan amalan cara-cara untuk menjadi murid cemerlang.


Tulis lima ayat yang lengkap cara-cara untuk menjadi murid cemerlang berdasarkan gambar.

CARA-CARA UNTUK
MENJADI MURID
CEMERLANG

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Peluasan Subjek Isi atau Idea Perluasan Predikat

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 9 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

1 Kita mestilah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas.
2 Teknik perbincangan sesama rakan merupakan satu cara pembelajaran yang berkesan.
3 Pembelajaran kendiri seperti selalu membuat ulang kaji dapat menjamin kecemerlangan.
4 Amalan gemar berkunjung ke pusat sumber sekolah mesti menjadi budaya kepada kita.
5 Bagi mengimbangi kecerdasan dan kecergasan, kita amat perlu bergiat aktif dalam sukan.

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengatasi stres.
Tulis ulasan tentang faedah melakukan beberapa aktiviti bagi mengelakkan dan mengatasi stres
berlaku, sediakan ulasan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

AKTIVITI YANG BOLEH MENGELAKKAN DAN MENGATASI STRES

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)


Penanda Wacana Isi atau Idea Perluasan Predikat

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 10 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat boleh kita lakukan bagi mengelakkan dan mengatasi
stres berlaku pada diri seseorang. Misalnya, melakukan aktiviti riadah seperti membaca buku
cerita, berjoging dan bermain bola sepak.
Selain itu, kita juga boleh menggunakan waktu cuti hujung minggu dengan aktiviti
seperti berkelah bersama-sama keluarga tersayang. Seterusnya, kita juga boleh menyertai
aktiviti perkhemahan untuk menambah ilmu dan merasai pengalaman baharu. Dalam pada itu,
ringan tulang dalam menyumbang tenaga untuk menjayakan gotong-royong membersihkan
tempat kediaman supaya persekitaran nampak bersih dan ceria.
Kesimpulannya, pelbagai aktiviti sosial kemasyarakatan yang sangat bermanfaat boleh
dilakukan bagi mengisi masa senggang di samping boleh mengelakkan serta mengatasi stres
daripada menghampiri kita.

Gambar di bawah menunjukkan carta piramid aktiviti fizikal yang boleh kita amalkan.
Tulis ulasan tentang cara-cara untuk mengaplikasikan cadangan yang terkandung dalam carta
piramid aktiviti fizikal tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)

Penanda Wacana Isi atau Idea Perluasan Predikat

Carta menunjukkan piramid aktiviti fizikal sebagai panduan kita untuk melakukan pelbagai

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 11 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

aktiviti kecergasan bagi menjana kesihatan unggul. Misalnya, kita mesti melakukan senaman
regangan atau latih tubi untuk meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan ketahanan otot. Aktiviti
ini boleh dilakukan dua hingga tiga kali seminggu.
Selain itu, kita perlu melakukan senaman aerobik, bermain badminton atau berbasikal
untuk memperoleh kecergasan jasmani dan kecerdasan rohani. Kita juga perlu melakukan satu
daripada aktiviti ini sekurang-kurangnya lima hingga enam kali dalam seminggu selama lebih
kurang setengah jam. Seterusnya, kita wajarlah bergiat aktif setiap hari dalam pelbagai cara
seperti melakukan kerja-kerja rumah, berkebun atau berjalan kaki ke sekolah supaya dapat
mengeluarkan peluh sekali gus dapat mengawal berat badan.
Kesimpulannya, kita perlu bijaksana dalam mengamalkan aktiviti fizikal secara lebih
terancang dan konsisten bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup sepanjang hayat.

Soalan 1

Sempena “Kempen Keselamatan Jalan Raya”, Guru Besar sekolah kamu telah mengundang
seorang pegawai polis trafik untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid dan kakitangan
sekolah semasa perhimpunan rasmi.
Tuliskan teks ceramah pegawai polis trafik itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA
 Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, nyata tajuk – mengakhiri ucapan
 Idea 1 patuh peraturan jalan raya – prihatin arahan lalu lintas – kurang kemalangan
 Idea 2 penyelenggaraan kenderaan penting – brek, tayar baik – perjalanan lebih
selamat
 Idea 3 patuh had laju ditetapkan – pemanduan berhemah – mampu kurang kemalangan
 Idea 4 guna kemudahan trafik – jejantas, lintasan belang – selamat ketika di jalan raya
 Penutup kemalangan dapat dikurangkan – sabar, bertimbang rasa – bersikap rasional

ATAU

Soalan 2

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 12 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Ingin kunyanyikan
Sebuah harapan
Sebagai pesanan
Agar berkesan di hatimu

Wahai anak dunia


Mari kita berdoa
Untuk sebuah dunia
Yang damai sejahtera

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Anak Dunia” nyanyian Ruhil.
Lirik tersebut menggambarkan pentingnya penjagaan serta pelindungan yang perlu diberi dan
disediakan kepada kanak-kanak sebagai tanda kasih sayang kita terhadap mereka.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita tentang sambutan Hari Kanak-kanak
Sedunia yang diraikan di sekolah kamu.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

BAHAGIAN C (1) – KERANGKA (UCAPAN)

 Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, nyata tajuk – mengakhiri ucapan
 Idea 1 patuh peraturan jalan raya – prihatin arahan lalu lintas – kurang kemalangan
 Idea 2 penyelenggaraan kenderaan penting – brek, tayar baik – perjalanan lebih
selamat
 Idea 3 patuh had laju ditetapkan – pemanduan berhemah – mampu kurang kemalangan
 Idea 4 guna kemudahan trafik – jejantas, lintasan belang – selamat ketika di jalan raya
 Penutup kemalangan dapat dikurangkan – sabar, bertimbang rasa – bersikap rasional

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 13 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri
Setia, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang saya kasihi. Terlebih dahulu saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi
mengundang saya untuk menyampaikan ceramah tentang keselamatan jalan raya.

Jika pengguna jalan raya prihatin dan mematuhi segala peraturan semasa berada di
jalan raya, kemalangan pasti dapat dielakkan. Selain itu, kita juga hendaklah mengikut arahan
trafik. Semua peraturan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan di samping melancarkan
perjalanan lalu lintas.

Kenderaan yang digunakan hendaklah diselenggara dengan baik sepanjang masa. Kita
perlu memastikan brek dapat berfungsi dengan baik dan kesemua tayar masih berbunga. Brek
yang gagal berfungsi atau tayar yang pecah secara tiba-tiba boleh menyebabkan insiden atau
kemalangan jalan raya.

Mematuhi had laju yang telah ditetapkan di lebuh raya mahupun di jalan raya
merupakan disiplin yang mesti dipatuhi oleh para pemandu. Sekiranya kenderaan dipandu
melebihi had laju, pemandu sukar mengawal kenderaan dengan baik. Kenderaan mudah
terbabas atau melanggar kenderaan lain.

Pengguna jalan raya hendaklah menggunakan jejantas, lintasan belang dan lampu
isyarat ketika melintas jalan raya. Penggunaan jejantas, lintasan belang dan lampu isyarat juga
dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua kemudahan ini mesti digunakan
dengan sebaik-baiknya.

Kemalangan hanya dapat dikurangkan jika para pengguna jalan raya mengamalkan
sikap sabar, bertimbang rasa dan patuh akan undang-undang. Justeru, amalan baik ini dapat
membentuk insan yang sentiasa rasional dan mementingkan keselamatan. Jadikanlah amalan
“Berhemat dan Berhemah di Jalan Raya” dalam kalangan masyarakat Malaysia. Izinkan saya
mengundur diri.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN C (2) – KERANGKA (CERITA)

 Info Hari Kanak-kanak Sedunia – sungguh meriah – berkumpul di dataran kejat


 Idea 1 pukul 8:00 pagi – gerak ke dewan sekolah – duduk, tempat yang disediakan
 Idea 2 mula, taklimat ringkas – ucapan perasmian, Guru Besar – kata-kata nasihat
 Idea 3 persembahan murid solo, kumpulan – pelbagai aksi – puisi, boria, dan sketsa
 Idea 4 umum Tokoh Kanak-kanak – nama tokoh – selamatkan murid daripada lemas
 Penutup jamuan ringan, semua murid – ditaja oleh guru-guru – perasaan amat terharu

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 14 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Pada hari Rabu yang lepas, saya dan kawan-kawan telah diraikan oleh guru-guru sempena
sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah. Sambutan pada tahun ini sungguh
meriah. Seawal pukul 7:30 pagi lagi, murid-murid sudah mula berkumpul di dataran kejat untuk
mendengar taklimat dan tatacara program sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat
sekolah daripada guru bertugas.
Tepat pada pukul 8:00 pagi. Kami diarahkan bergerak ke dewan sekolah dengan penuh
disiplin mengikut kelas masing-masing. Kami duduk di tempat yang telah disediakan. Semua
guru kelas akan mengawasi murid-murid semasa aktiviti sambutan berlangsung.
Upacara sambutan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Ahmad Radzuan bin
Kassim bagi menjelaskan tentang perjalanan program. Seterusnya, ucapan perasmian telah
disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Dalam ucapannya, beliau telah menasihati murid-murid
agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna serta dapat memberikan
sumbangan yang bermanfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Acara sambutan ini terus dihangatkan lagi dengan persembahan nyanyian solo dan
berkumpulan oleh murid-murid. Pelbagai aksi dan bakat terpendam ditonjolkan, antaranya
bakat menjadi pembaca berita, pemuisi, persembahan boria dan sketsa. Kelas kami pula
mempersembahkan bicara berirama yang bertajuk “Sayangilah Si Kecil”.
Kemuncak sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah ialah pengumuman
Tokoh Kanak-kanak 2015. Panel pemilihan telah sebulat suara mengisytiharkan Muhammad
Haikal Afifi bin Amar Zorakis dari kelas Enam Wawasan sebagai Tokoh Kanak-kanak 2015.
Muhammad Haikal Afifi telah menyelamatkan dua orang adik-beradik daripada lemas di bawa
arus banjir di Kampung Gajah.
Program diakhiri dengan jamuan nasi beriani gam. Saya difahamkan, jamuan istimewa
ini ditaja oleh guru-guru sekolah kami. Saya dan rakan-rakan sangat terharu dengan sikap
pemurah guru-guru. Sambutan hari ini merupakan sambutan terakhir yang kami raikan pada
peringkat sekolah rendah.

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Klinik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011 & 012) – Format Baharu 2016

Anda mungkin juga menyukai