Anda di halaman 1dari 15

6.

5 : KEPIMPINAN

MAKSUD KEPIMPINAN
Satu proses di mana pengurus/ pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diberi untuk mencapai matlamat organisasi

KEPENTINGAN KEPIMPINAN
1) membantu pencapaian visi dan misi organisasi
2) mengkomunikasikan dasar dan rancangan kepada staf bawahan tentang apa yang perlu dilaksanakan
bagi mencapai matlamat organisasi
3) memotivasikan pekerja dengan menggunakan insentif kewangan dan bukan kewangan supaya
produktif
4) melaksanakan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pekerja supaya cekap & berkesan dalam
melaksanakan kerja
5) membentuk tingkat keyakinan yang tinggi dalam diri pekerja
6) menyelaras semua aktiviti di setiap jabatan atau unit supaya berkesan
7) memastikan perlakuan dan gelagat pekerja selaras dengan matlamat organisasi
8) dapat membentuk pasukan kerja dan menggerakkan mereka ke arah pencapaian matlamat
9) boleh menjadi teladan kepada pekerjanya
10) mempunyai autoriti untuk memberi arahan dan membuat keputusan

CIRI-CIRI PEMIMPIN
1) Kemampuan & Bijaksana
Bijak, kemampuan kognitf, dan berupaya membuat pertimbangan dalam pembuatan keputusan
2) Latar belakang sosial
Mempunyai pendidikan, pengalaman dan kebolehan
3) Kreatif
Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan keluaran yang lebih baik melalui penghasilan produk
baharu
4) Inovatif
Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan keluaran yang lebih baik melalui pengubahsuaian/
penambahbaikan
5) Personaliti
Mempunyai perwatakan atau keperibadian yang mencerminkan daya kepimpinan & sangat
berkehendak/ berkeinginan untuk menjadi pemimpin
6) Keyakinan diri
Mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap penilaian serta keupayaan diri mereka sendiri
7) Kejujuran & Berintegriti
Berani menanggung kesan dari segala keputusan yang timbul akibat tindakan yang telah dilaksanakan
8) Bersifat Terbuka
Kesediaan untuk menerima hal-hal yang berbeza dengan pendapat dirinya

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 1


9) Berkarisma
Mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mendorong, mengarah dan mempengaruhi pekerjanya
supaya melakukan tugas
10) Ciri-ciri Sosial
Kemampuan bersosial, mempunyai kemahiran antara-perorangan, sifat bekerjasama dan berupaya
mengamalkan diplomasi dengan orang lain
11) Berpengetahuan berkaitan kerja atau profesionalisme, berpengetahuan, berkebolehan
Mengutamakan pencapaian dan keinginan untuk cemerlang dalam setiap lapangan dan bijak
menggabungkan idea dalam perniagaan
12) Berpandangan Jauh atau Berwawasan
Mempunyai visi, misi dan matlamat yang jelas dan ideal yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan
pada masa depan

JENIS KUASA
 Kuasa Sah
Kuasa yang diperoleh oleh seseorang disebabkan oleh jawatan yang sah disandangnya atau
kedudukan yang formal dalam organisasi
Merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mempengaruhi gelagat orang lain disebabkan oleh
hak-hak formal yang terhasil daripada jawatan seseorang dalam organisasi
Seseorang pengurus berdasarkan kedudukan formalnya boleh mengarah & mengawal pekerja agar
mereka bertanggungjawab dalam melakukan kerja
Kuasa ini terus dimiliki sehinggalah seseorang itu meninggalkan organisasi atau diberikan jawatan
lain
Contohnya, ketua pegawai eksekutif mempunyai kuasa sah terhadap semua pekerja atau staf
dalam organisasi kerana mempunyai kuasa sah tertinggi
 Kuasa Ganjaran
Kuasa untuk memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang kepada pekerja
bagi mempengaruhi produktiviti organisasi atau mendatangkan kebaikan kepada organisasi
sekiranya ganjaran yang diberikan tinggi atau memuaskan hati pekerja, maka pekerja akan bekerja
dengan bersungguh-sungguh dan produktiviti organisasi meningkat
Contohnya, pengurus boleh memberikan ganjaran kepada pekerja yang mempunyai produktiviti
yang tinggi sebagai motivasi seperti memberikan bonus, kenaikan pangkat, pujian, hak istimewa
atau tawaran jawatan penting
 Kuasa desakan
kuasa utuk memberikan tindakan negatif kepada pekerja yang tidak mematuhi kehendak organisasi
pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh supaya tidak diberikan tindakan negatif
Tindakan dalam bentuk penurunan pangkat, pemecatan, pemotongan gaji dan sebagainya
Contohnya, pengurus mengugut untuk mengambil tindakan tatatertib jika pekerja ingkar arahaN
 Kuasa Rujukan
Kebolehan seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pekerja melalui ciri-ciri peribadi, perlakuan
atau karisma yang ada padanya dan boleh dicontohi oleh pekerja
memiliki daya penarik yang memaparkan keyakinan terhadapa apa yang hendak dicapai dan disukai
serta disanjungi oleh pengikut atau pekerja
pekerja sanggup mengikut arahan disebabkan hormat, suka dan mengaguminya

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 2


 Kuasa Kepakaran
Kuasa yang diperoleh kerana pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu yang
dimilikinya
kuasa ini dipeloporimoleh orang-orang yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam
bidangbidang seperti teknikal, pengurusan, pencarian sumber dan sebagainya
contohnya, akauntan kanan boleh menggunakan kepakarannya untuk mempengaruhi tindak
tanduk perjalanan organisasinya

JENIS-JENIS KEPIMPINAN

 Transactional
Pemimpin jenis ini menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai objektif
organisasi
menekankan peranan penyeliaan, pengorganisasian dan prestasi kerja pasukan bagi mencapai
objektif organisasi
banyak bergantung kepada hukuman dan ganjaran untuk mempengaruhi dan mendorong pekerja
melaksanakan tugas bagi mencapai objekti organisasi
pekerja yang menunjukkan kejayaan mencapai objektif akan diberikan ganjaran dan sebaliknya bagi
pekerja yang gagal mencapai prestasi akan menerima hukuman atau denda
Contohnya, pemberian bonus kepada pekerja adalah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan

 Transformational
pemimpin jenis ini akan membuat perubahan yang drastik dalam sesebuah organisasi
pemimpin mampu memberikan inspirasi dan dorongan kepada pengikut untuk melakukan
perubahan dan inovasi ke arah kebaikan bagi mencapai matlamat organisasi
memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk mengatasi kepentingan diri sendiri demi kepentingan
organisasi dan juga berkebolehan memberikan kesan yang mendalam serta luar biasa kepada
pengikutnya untuk melakukan perubahan
perubahan dibuat kepada visi dan misi serta melibatkan pekerja supaya dapat melakukan
perubahan di dalam atau di luar organisasi
gaya kepimpinan ini merupakan satu proses yang membenarkan wawasan pemimpin
dikembangkan ke seluruh organisasi
pemimpin ini juga mempengaruhi pekerjanya dalam melakukan perubahan pemikiran, sikap dan
komitmen pekerja
menyampaikan visi yang jelas tentang matlamat kumpulan, menunjukkan keghairahan untuk
bekerja dan mempunyai kebolehan untuk menjadikan pekerja bersemangat dan bertenaga untuk
bekerja
bertindak sebagai agen perubahan dan membina komitmen yang tinggi untuk mencapai visi
pemimpin yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada proses kerja tetapi juga menekankan
kejayaan setiap pekerja

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 3


 Karismatik
Pemimpin yang mempunyai kelebihan tersendiri dalam mendorong, mengarah dan mempengaruhi
pekerjanya
menyediakan persekitaran yang bertenaga dan pengukuhan yang positif kepada pekerja di samping
mewujudkan hubungan yang baik dengan pengikutnya
pemimpin merupakan sumber inspirasi pekerja kerana berupaya untuk mempengaruhi kesetiaan
dan kepatuhan pekerjanya
pemimpin yang yakin dan sensitif terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran dan akan turut
meyakinkan pekerjanya
memiliki sifat kendiri yang tinggi, kualiti peribadi yang menjadi contoh
aura kepimpinan melalui personaliti dan gaya pemakaian

 Berwawasan (Visionary)
pemimpin jenis ini mampu membentuk satu wawasan yang realistik, munasabah dan menarik bagi
mencorakkan masa depan organisasi
berkemahiran komunikasikan wawasan tersebut dan mewujudkan imej positif untuk masa depan
organisasi
menyampaikan wawasan melalui pertuturan dan tingkah laku serta menyalurkan wawasan dalam
konteks kepimpinan yang berlainan
pemimpin yang memberikan inspirasi dan harapan kepada semua pekerja tentang perubahan yang
perlu dilaksanakan untuk masa hadapan organisasi

 Perbezaan pemimpin Karismatik dengan pemimpin berwawasan

Dimensi Kepimpinan Karismatik Kepimpinan Berwawasan


 personaliti  autoriti, paksaan, ganjaran,
Sifat/ ciri/ punca kuasa
rujukan atau kepakaran
 mewujudkan keyakinan  shared vision
pengikut  memotivasi pekerja &
Cara  personal vision menentukan hala tuju
 pemimpin yang mewujudkan organisasi berdasarkan
imej positi perancangan & matlamat
 keberadaan pemimpin  langgeng/ berterusan/
Kesan mampan/ lestari (sustainable)

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 4


GAYA KEPIMPINAN
 Autokratik
Semua keputusan dibuat oleh pengurus tanpa berunding dengan rakan sejawat/ pekerja
pekerja bawahan tidak terlibat dalam proses pembuatan keputusan. Mereka hanya menunggu
arahan daripada ketua
pengurus menggunakan kuasanya untuk mengarah pekerja. Menggunakan kuasa sah, kuasa
desakan, autoriti, karismatik, pengetahuan, pujukan untuk memastikan pekerja menurut arahan
Sesuai untuk pekerja peringkat bawahan seperti pekerja kontrak, buruh binaan, pekerja
pengeluaran dll
sesuai untuk organisasi yang menghadapi krisis, mempunyai pekerja baharu, tidak bermotivasi,
kurang kemahiran, tiada pengalaman dan ramai pekerja bawahan

 Demokratik
pengurus beri kebebasan kepada pekerja untuk menyumbang idea dan berbincang dalam proses
membuat keputusan, tetapi keputusan akhir masih terletak dalam tangan pengurus
tahap penglibatan pekerja bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi
Perkongsian pendapat menjadikan pekerja lebih komited, kreatif & produktif
pekerja akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
sesuai kepada penyelia jualan, penyelia kilang, pengurus pengeluaran dll

 Laissez-faire
kuasa membuat keputusan diserahkan sepenuhnya kepada pekerja/ staf bawahan
pekerja menggunakan kemahiran, kepakaran dan pertimbangan sendiri dalam menyelesaikan
masalah & mencapai matlamat organisasi
keputusan yang dibuat berdasarkan lingkungan had tertentu yang dibenarkan
sesuai jika pekerja mempunyai kemahiran, motivasi dan kebolehan yang tinggi untuk bekerja
sendiri seperti peguam, doktor, akauntan, pensyarah dll

 Kontigensi
gaya kepimpinan yang disesuaikan mengikut keadaan dengan melihat elemen persekitaran
dalaman & luaran organisasi
pengurus perlu memahami situasi untuk menggunakan gaya kepimpinan tertentu (bergantung
kepada jenis pekerja dan persekitaran kerja)
kedaan kerja seperti kuasa ketua, persekitaran kerja, tugas pekerja, personaliti pekerja, kemahiran
dan keupayaan pekerja diambil kira
contohnya, menggunakan gaya autoktratik apabila menghadapi krisis yang perlu diselesaikan
dengan segera manakala gaya demokratik apabila idea kreativiti pekerja diperlukan dalam proses
penambahbaikan reka bentuk produk

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 5


PEMIMPIN & PENGURUS
 Pemimpin
Pihak yang menggunakan kuasa formal dan tidak ormal dalam mempengaruhi pekerjanya untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan
 Pengurus
Pihak yang menggunakan kuasa ormal untuk merancang, melaksana, mengarah dan mengawal
semua aktiviti yang ditetapkan untuk mencapai matlamat organisasi
pemimpin boleh terdiri daripada pengurus atasan, pertengahan atau bawahan seperti penyelia

 Peranan pemimpin
1) Jurulatih atau mentor
Memberi tunjuk ajar & latihan kepada pekerja agar tugas dapat dilaksanakan dengan baik

2) Pembimbing atau Fasilitator


Membimbing pekerja baharu/ kurang mahir supaya lebih cekap dan berkesan dengan
memberitahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan

3) Pendorong
memberi motivasi agar berusaha bersungguh-sungguh

4) Penyelesai Masalah
mempunyai sifat suka membantu pekerja menyelesaikan masalah peribadi dan pekerjaan

5) Perunding
Berperanan sebagai orang tengah kepada dua kumpulan yang bertelagah untuk menyelesaikan
masalah

6) Jurucakap
Wakil kepada pekerja dan pengikut bagi meluahkan pendirian atau membawa suara pekerja ke
peringkat pengurusan atasan

7) Sahabat
Menjalinkan hubungan persahabatan dengan pekerja dan peka terhadap sebarang masalah yang
dihadapi

8) Ketua
mengkomunikasikan matlamat dan visi yang ditetapkan kepada pekerja bawahan dan
menunjukkan tauladan yang baik yang boleh diikuti

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 6


 Perbezaan pemimpin dengan pengurus

Dimensi Pemimpin Pengurus


Halatuju Membentuk hala tuju atau visi Membentuk perancangan dan
organisasi belanjawan
Tugas Menyusun atur pekerja ke arah Melaksanakan fungsi
pencapaian matlamat pengorganisasian dan penstafan
Peranan Memberi inspirasi dan Melakukan aktiviti pengawalan
memotivasikan pekerja dan penyelesaian masalah
Autoriti Memiliki kuasa dari sumber Mendapat kuasa dari sumber
peribadi posisi atau jawatan
Tanggungjawab Menekankan hubungan Menekankan persiapan tugas
interpersonal yang baik dan kerana ia menjadi
harmoni dengan pengikut tanggungjawab pengurus
Tahap pembuatan keputusan Penyelesaian masalah yang lebih Penyelesaian masalah
menekankan konflik pekerja dan melibatkan masalah pengurusan
menangani perubahan dalam dan kerumitan pekerja dalam
organisasi organisasi

 Perbandingan Pemimpin Formal dan Tidak Formal

Aspek Pemimpin Formal Pemimpin Tidak Formal


Perlantikan Dilantik melalui saluran organisasi Dipilih melalui persetujuan ramai oleh ahli-
mengikut prosedur dan syarat- ahli yang terlibat atau ahli kumpulan
syarat tertentu
Jawatan Jawatan diiktiraf dan melalui Jawatan tidak diiktiraf dan tidak rasmi dalam
prosedur lantikan organisasi iaitu berdasarkan persetujuan ahli
Aktiviti Bersifat kekal Bersifat sementara
Tanggungjawab Akauntabiliti kepada mencapai Bertanggungjawab kepada kumpulan
matlamat organisasi berdasarkan matlamat kumpulan
Autoriti/ kuasa Kuasa sah melalui jawatan rasmi Kuasa yang diperolehi melalui pengaruh
yang disandang atau kedudukan sendiri dan kebolehan yang ada, iaitu kuasa
formal dalam organisasi rujukan dan kuasa kepakaran
Bidang kuasa Mengikut perundangan dan Kuasa yang diberi oleh kumpulan tertentu
peraturan organisasi dan terikat kepada perundangan dan
peraturan organisasi
Contoh Pengurus Besar, Pengurus Ketua Keselamatan Tempat Kera, Pengarah
Pemasaran Majlis Anugerah Tahunan

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 7


MOTIVASI
 Maksud: Satu dorongan dalaman yang wujud pada diri seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh
bagi mencapa sesuatu kehendak/ matlamat
 Dua jenis ganjaran :
Ganjaran Ekstrinsik
Ganjaran dari luar seperti gaji, upah, kenaikan pangkat dll yang digunakan bagi mempengaruhi
gelagat pekerja sebagai balasan terhadap prestasi/pencapaian pekerja
Ganjaran Instrinsik
Kepuasan individu dalam melakukan kerja. Boleh berlaku disebabkan faktor dalam diri pekerja
sendiri yang seronok mencapai matlamat kerja
 Kepentingan motivasi kepada organisasi :
1) Menyatukan usaha ahli organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi
2) Meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli organisasi
3) Mengurangkan kadar ponteng kerja
4) Mengurangkan kadar lantik henti pekerja
5) Mengekalkan pekerja, terutama pekerja mahir dalam organisasi
6) Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja serta melahirkan pekerja yang produktif

 Teori Motivasi :
1) Teori Motivasi Maslow
 mencadangkan bahawa pengurus harus berusaha memahami keperluan pekerja dan
seterusnya membantu mereka memenuhi keperluan tersebut supaya mereka lebih berjaya
dalam mencapai matlamat kerja
 keperluan manusia boleh dikategorikan kepada lima jenis yang boleh disusun pada satu tingkat
keperluan yang sistematik:
1. Keperluan Fisiologi
Keperluan asas manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang harus
dipenuhi. Contohnya, pengurus memberikan ganjaran dan upah yang mencukupi
supaya keperluan asas dapat dipenuhi atau menyediakan kuarters tempat tinggal yang
memudahkan pekerja berulang alik ke tempat kerja dan meringankan kos sara hidup.
2. Keperluan Keselamatan
Keperluan melindungi diri daripada kecederaan atau kehilangan nyawa, keamanan
persekitaran, kestabilan keluarga serta jaminan pekerjaan pada masa depan.
Contohnya, pengurus memastikan tempat kerja selamat, bersih dan ceria, skim
insurans atau skim pencen.
3. Keperluan Sosial
Keinginan individu untuk diterima oleh masyarakat, persahabatan dan kasih sayang
daripada interaksi sosial. Contohnya, pengurus menganjurkan program sosial seperti
Hari Keluarga dan Tazkirah Mingguan, Kursus Kerja Berpasukan serta memastikan
agihan tugas secara adil dan tersusun bagi mengelakkan konflik.
4. Keperluan Penghargaan
Keperluan untuk dihargai, dihormati dan diberi kedudukan/status bagi usaha yang
dilaksanakan. Contohnya, pengurus menyediakan Skim Kenaikan Pangkat dan Program
Peningkatan Kerjaya bagi pekerja berprestasi tinggi

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 8


5. Keperluan Pencapaian Hasrat Diri
Keperluan untuk maju dan memperoleh kejayaan dengan menggunakan segala bakat
dan potensi yang ada padanya. Contohnya, pengurus memberi kebebasan kepada
pekerja untuk membuat keputusan supaya boleh mencabar keupayaan dirinya atau
menyediakan peluang sambung belajar untuk meningkatkan potensi dirinya

2) Teori Motivasi Herzberg


 mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model
Penjagaan & Motivasi
 Menerangkan kehendak pekerja boleh dikategorikan kepada dua set faktor iaitu Faktor Kesihatan
(hygiene) dan Faktor Motivasi
 Faktor kesihatan untuk memuaskan keperluan asas pekerja dan aktor motivasi untuk mencapai
keperluan tahap tinggi pekerja
 Faktor Kesihatan :
 Merupakan faktor luaran kerja (ekstrinsik) iaitu persekitaran kerja yang apabila dipenuhi akan
mengekalkan pekerja dalam organisasi & menyenangkan perasaan mereka
 Contohnya, gaji yang berpatutan, aedah yang dinikmati, keselesaan tempat kerja, dasar dan
peraturan organisasi yang adil serta hubungan yang harmoni antara pekerja-majikan
 faktor kesihatan yang baik dapat menghapuskan ketidakpuasan kerja dan ianya tidak
menambahkan kepuasan kerja
 Faktor motivasi (Pendorong)
 Merupakan faktor dalaman kerja (instrinsik) iaitu faktor yang berkaitan dengan pekerjaan
yang memberikan kepuasan kerja dan merangsang pekerja untuk meningkatkan prouktiviti
 Antara aktor motivasi tersebut ialah pencapaian (peluang mencapai sesuatu matlamat kerja
yang mencabar), penghargaan (pengiktirafan sumbangan dan usaha), tanggungjawab
(kepercayaan yang diberi), peluang memajukan diri dan kreativiti dll
 Memberikan impak lebih besar kepada produktiviti organisasi kerana apabila faktor ini
dipenuhi, pekerja lebih rajin untuk mendapatlebih pengiktirafan dan kepuasan kerja

3) Teori Motivasi McGregor


 Mengandaikan motivasi manusia berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap dan personaliti yang
seterusnya menimbulkan gelagat manusia yang berbea antara satu sama lain
 Oleh itu, pengurus harus memahami perbezaan gelagat atau perlakuan pekerja sebelum
memotivasikan mereka
 Membuat dua andaian utama tentang pekerja iaitu andaian negatif (Teori X) dan andaian positif
(Teori Y)

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 9


Andaian tentang pekerja dalam
Teori X Teori Y
 Pekerja diandaikan tidak suka bekerja, perlu  Pekerja diandaikan suka bekerja,
dipaksa bekerja, malas, hanya bekerja apabila bertanggungjawab, komited, bermotivasi
ada insentif kewangan dan tidak suka kepada tinggi, bijak dan bertenaga
perubahan  Oleh itu pengurus perlu sentiasa memberi
 Oleh itu, pengurus perlu sentiasa memberi kuasa dan autonomi, memberi keprcayaan
arahan, meningkatkan kawalan dalaman dan dan melibatkan pekerja dalam proses
luaran serta menawarkan insentif kepada pembuatan keputusan
pekerja
Gaya kepimpinan yang sesuai
Kepimpinan Autokratik Kepimpinan Demokratik
Kerana : Kerana :
 Pekerja terpaksa diarah, diperintah dan  Pengurus memberi kebebasan dengan
dikawal memberi harapan agar minat dan kreativiti
 Penugasan autoriti kurang dilakukan dan sifat dapat dipertingkatkan
tanggungjawab pekerja di tahap minimum  Penugasan banyak dilakukan dengan hasrat
 Pengurus lebih banyak membuat keputusan memantapkan kemahiran pekerja
 Pengurus memberi peluang kepada pekerja
untuk turut serta dalam pembuatan
keputusan

4) Teori Motivasi McClelland


 menjelaskan 3 jenis keperluan manusia yang memberi kesan kepada tingkah laku di tempat kerja
1) Keperluan untuk Pencapaian
 keinginan untuk melaksanakan sesuatu yang sukar, mencapai piawaian kejayaan yang
tinggi, memahirkan diri dalam melakukan tugas kompleks & menandingi orang lain
 Individu yang berjaya adalah mereka yang mempunyai dorongan yang kuat untuk berjaya
 percaya atas hasil usaha mereka & inginkan maklum balas terhadapnya
2) Keperluan untuk Perhubungan
 Keinginan untuk kekalkan perhubungan peribadi, elak konflik & wujudkan pesahabatan
mesra dengan orang lain
 Individu yang gemar habiskan masa bersosial & menikmati kerja berkumpulan
 Mempunyai keinginan yang kuat untuk disukai dan diterima oleh orang lain
3) Keperluan untuk Kuasa
 Keinginan untuk mempengaruhi/ mengawal orang lain, bertanggungjawab ke atas orang
lain dan mempunyai autoriti ke atas mereka
 Keinginan individu untuk mempengaruhi, mengajar atau menggalakkan orang lain
 Individu ini menitikberatkan aspek disiplin yang tinggi

 Perkaitan amalan dengan teori-teori motivasi:


Teori-teori motivasi ini dapat membantu pengurus mengenalpasti faktor-faktor yang memotivasikan
pekerja. Ini memboleh cara terbaik untuk menggunakan faktor-faktor tersebut dikenalpasti agar
mereka dapat memberikan prestasi kerja yang terbaik
Pengurus perlu terlebih dahulu mengetahui jenis kehendak yang perlu dipenuhi oleh pekerja. Ini bagi
mengelak tersilap menggunakan kaedah untuk memotivasikan pekerja.

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 10


PASUKAN
 Maksud: Sekumpulan individu atau manusia yang saling berinteraksi dan bekerjasama untuk mencapai
sesuatu matlamat yang sama
 Dua jenis pasukan :
Pasukan Formal
Pasukan yang dibentuk oleh pengurus untuk mencapai matlamat organisasi dengan melaksanakan
aktiviti dan tugas tertentu seperti Jabatan Organisasi
Pasukan Tidak Formal
Pasukan yang terbentuk apabila pekerja menubuhkan satu kumpulan atau pasukan di luar autoriti
organisasi seperti pasukan bola sepak dan kelab sukan
 Kepentingan pasukan:
1) Meningkatkan motivasi ahli pasukan
2) Membantu mengawal gelagat dan disiplin ahli pasukan
3) Membantu ahli baru memahami kerja, budaya dan persekitaran organisasi
4) Mengamalkan pengagihan kerja untuk meringankan beban tugas
5) Kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana adanya agihan tugas
6) Pekerja yang mempunyai kemahiran & pengetahuan boleh menyumbang idea kreatif & inovatif
7) Meningkatkan kerjasama seterusnya perseahaman & sosialisasi antara ahli
8) Kualiti pembuatan keputusan menjadi lebih baik kerana ada sumbangsaran idea
9) Melatih pekerja memperoleh pengetahuan & kemahiran baru
10) Keputusan yang diterima umum kerana idea & pandangan ramai ahli diambil kira
 Proses Pembentukan Pasukan
1) Pembentukan (Forming)
Peringkat pengenalan & penerimaan di mana ahli mempelajari perlakuan yang diterima dalam
pasukan. Ketidakpastian yang tinggi tentang matlamat, kuasa & hubungan wijud pada tahap ini. Oleh
itu program orientasi & penyesuaian diri diperlukan
2) Peributan (Storming)
Wujud persaingan & pertelingkahan tentang siapa ketua, peranan yang dimainkan, tugas yang perlu,
tempoh perlaksanaan, skop tanggungjawab & peraturan kerja . Wujud konflik yang menimbulkan
rasa kurangnya kemajuan pasukan. Fasa ini tamat apabila semua masalah dapat diselesaikan
3) Penyesuaian (Norming)
1) Peringkat harmoni apabila konflik dapat diselesaikan. Ahli mula dapat bekerjasama dan wujud
perhubungan interpersonal yang sihat. Perasaan positif & penghargaan diri meningkat di kalangan
ahli. Kualiti kerja mulai meningkat
4) Perlaksanaan (Performing)
Pasukan mula bertindak sebagai satu unit dan setiap ahli menyokong satu sama lain. Setiap ahli
komited antara satu sama lain dan menjalankan tugas masing-masing agar matlamat pasukan
tercapai
5) Penangguhan (Adjourning)
Peringkat di mana matlamat penubuhan pasukan telah tercapai Pasukan yang bersiat sementara
akan dibubarkan manakala pasukan yang bersifat jangka panjang akan kekal & terus memainkan
peranannya

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 11


PENGURUSAN STRES
 Maksud Stres: Suatu tindak balas fizikal, mental atau emosi yang berlaku pada seseorang apabila
bertindakbalas terhadap aktor persekitarannya ATAU Tindakbalas fizikal dan psikologi yang berlaku
apabila seseorang individu gagal memenuhi sesuatu tuntutan diri dalam jangka masa yang singkat
 Stres Kerja – tekanan yang dirasai oleh pekerja apabila menghadapi permintaan, kekangan, ancaman
atau peluang yang melampau dan tidak pasti tentang keupayaan mereka dalam melakukan kerja tersebut
 Punca-punca stres :
Faktor Berkaitan Pekerjaan
1) Konflik Peranan
Pekerja bawahan yang bertanggungjawab kepada lebih daripada satu peranan, mengalami
masalah memilih peranan yang lebih utama. Terutama jika peranan pekerja lain
dipertanggungjawabkan kepada pekerja tersebut. Contohnya, penyelia akaun yang juga perlu
menjalankan tugas pengurus kewangan akan menimbulkan konflik kepadanya
2) Kekaburan Peranan
Pengurus tidak menerangkan dengan jelas akan peranan pekerja bawahannya menyebabkan
pekerjanya tidak faham skop tugasnya
3) Keperluan Tugas
Pekerja tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan untuk menjalankan tugasnya
4) Beban Tugas
Beban kerja yang melampaui kemampuan pekerja dengan tempoh masa yang terhad . Begitu
juga beban kerja yang terlalu sedikit/ kekurangan kemahiran untuk melaksanakan tugas teknikal.
Pengurus harus memahami keupayaan setiap pekerja dan beban tugas optimum mereka
5) Gangguan Seksual
Gangguan intimasi yang dilakukan oleh jantina berlawanan/tidak yang mempunyai/ mengarah
kepada tarikan seksual di tempat kerja. Pihak pengurusan perlu menyediakan tempat rujukan,
bantuan dan perlindungan kepada pekerja yang menerima gangguan
6) Skop Kerja
Pekerja yang menghadapi tanggungjawab yang berat terhadap orang lain seperti pembuatan
keputusan, kawalan serius terhadap mesin dan peralatan, pertukaran maklumat yang kerap,
tugas-tugas yang tidak berstruktur dan sebagainya. Pekerja terpaksa memiliki fokus yang tinggi
sepanjang waktu kerja bagi mengelakkan kesilapan
7) Kekurangan Sokongan Sosial
Pekerja yang tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan keluarga
menyebabkan tidak mendapat kepuasan kerja serta kurang tumpuan dalam kerja
8) Struktur Organisasi
Kewujudan terlalu banyak peraturan dan peringkat dalam pengurusan yang perlu diikuti
9) Kepimpinan Organisasi
Ketua yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik dan tidak bertimbang rasa
10) Kitaran Hayat Organisasi
Organisasi baru di mana banyak perkara yang masih belum stabil. Manakala bagi organisasi yang
mengalami kemerosotan, pekerja akan bimbang kehilangan pekerjaan
11) Ganjaran & pampasan
Tidak sepadan dengan tugas atau kerja yang dijalankan
12) Hubungan Manusia
Hubungan tidak harmoni antara pekerja, majikan atau pelanggan

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 12


Faktor Berkaitan Organisasi
1) Pengamalan dasar, prosedur dan peraturan yang ketat
Ekoran struktur organisasi yang terlalu rigid/ tidak luwes. Pekerja seperti mesin yang hanya
menerima arahan dari ketua dan sebarang cadangan tidak diambilkira. Kesalahan dihukum tetapi
pencapaian tidak diberi ganjaran
2) Keadaan Tempat Kerja
Tempat kerja yang terlalu kotor, panas, bising, tidak cukup cahaya dan berbahaya

Faktor Berkaitan Individu


1) Personaliti
Sahsiah pekerja yang berbeaza seperti ada yang bertanggungjawab, kreatif dan suka bekerja
manakala ada yang tidak suka diarah oleh ketua, malas dan tidak kreatif. Pengurus harus
memberikan tugas yang bersesuaian dengan personaliti pekerja untuk mengurangkan stres
2) Keperluan
Pekerja mempunyai keperluan yang diharapkan dengan memberikan sumbangan kepada
organisasi. Mereka akan bekerja kuat jika apa yang dikehendaki tercapai. Jika sumbangan mereka
tidak dibalas dengan setimpal, wujud stres.
3) Pengalaman
Kurang pengalaman mengakibatkan pekerja tidak yakin, tidak tenang, kurang sabar dalam
menghadapi cabaran kerja dan seterusnya mengakibatkan ketegangan
4) Keupayaan
Pekerja yang kurang kemampuan fizikal tetapi diberi tugas rencam dan kasar. Juga wujud stres
bagi pekerja yang kurang kemahiran dalam menjalankan tugas-tugas teknikal di luar bidangnya

Persekitaran Luaran
1) Faktor Ekonomi
Kegawatan ekonomi mengakibatkan sesebuah syarikat terpaksa ditutup, membuang pekerja atau
melakukan potongan gaji. Ini menimbulkan kebimbangan di kalangan pekerja
2) Ketidakstabilan Politik
Pertukaran kepimpinan, perubahan polisi atau dasar, peraturan dan sebagainya memberi kesan
kepada operasi syarikat dan menjejaskan produktiviti
3) Ketidaktentuan Teknologi
Perubahan teknologi dari semasa ke semasa menyebabkan ada pekerja yang diberhentikan dan
digantikan dengan mesin baharu
4) Kejadian-kejadian yang mengejutkan
Seperti kematian ahli keluarga, perubahan dramatik dalam pekerjaan dan lain-lain
5) Sosiobudaya
Pergaulan bebas dan kehadiran buruh asing menganggu perasaan pekerja. Begitu juga norma
dan adat masyarakat yang mengekang pekerja seperti diskriminasi terhadap wanita dalam bidang
pengurusan, budaya rasis dan sebagainya
6) Hubungan Personal
Hubungan peribadi dengan jiran, rakan, masyarakat memainkan peranan dan memberi kesan
terhadap prestasi kerja

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 13


 Kaedah Mengurus stres :
1) Pendekatan Individu
 Pengurusan masa yang baik – menyenaraikan tugas mengikut keutamaan dan menjadualkan
rutin harian secara sistematik. Tiada kerja pada saat-saat akhir
 Teknik Fisiologi – meditasi dan senaman
 Bersukan & senaman – senamrobik, jogging dan tai chi
 Sokongan sosial – daripada keluarga, rakan, perkhidmatan kaunseling dan berpersatuan
 Pemakanan Seimbang – makanan bernutrisi seimbang dengan jadual pemakanan yang tetap
 Kaedah kerohanian – beribadat dan bermeditasi

2) Pendekatan Organisasi
 Iklim Organisasi yang baik – birokrasi sederhana, budaya kerja positif, hubungan dengan majikan
yang harmoni, menjaga kebajikan pekerja dan menyediakan suasana kerja yang selesa.
 Program Kaunseling – masalah berkaitan pekerjaan, peribadi atau keluarga
 Program Sokongan Keluarga – penyediaan pusat jagaan anak, bekerja dari rumah, dan jadual
kerja anjal
 Program Pengurusan Stres – teknik meditasi, aktiviti senaman pagi, cara berehat dan pengurusan
cara hidup
 Sistem Mentor – pekerja baharu mendapat bimbingan daripada staf senior
 Reka bentuk semula kerja – supaya skop kerja jelas dan tidak mengelirukan dengan mengagihkan
kerja mengikut kemahiran dan kelulusan pekerja
 Penetapan Matlamat yang Jelas – mudah difahami, realistik dan boleh dicapai
 Komunikasi Organisasi – menjelaskan peranan pekerja

 Kesan stres :
1. Individu
a) Penurunan dalam aspek kesihatan (aspek fisiologi)
Masalah tekanan darah tinggi, jantung, keletihan berpanjangan, gangguan tidur, hilang selera
makan, kerap sakit dan cepat letih
b) Perubahan sikap/ emosi (aspek psikologi)
Cepat marah, gementar, mudah cemas atau bimbang, enggan bekerjasama, sukar mengawal
kemarahan, kemurungan, rasa dipinggirkan dan tiada keyakinan diri
c) Perubahan tingkah laku
Perlakuan negatif seperti mengambil dadah, meminum alkohol, merokok, ponteng kerja dan
kerap memohn cuti. Mereka juga sukar mengawal perilaku, cenderung menjadi ganas dan sering
bertelingkah
d) Prestasi Kerja Menurun
Hilang fokus dalam kerja, hilang minat dan bersikap sambil lewa, banyak kerja tertangguh

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 14


2. Organisasi
a) Menampung kos yang tinggi untuk perubatan, insurans kesihatan dan program-program latihan
untuk menangani stres
b) Produktiviti pekerja menurun akibat kemerosotan prestasi pekerja
c) Kadar lantik henti yang tinggi atau meningkat disebabkan pekerja meletak jawatan kerana stres
d) Kadar keganasan atau kemalangan di tempat kerja meningkat menyebabkan kos tinggi
e) Kadar ponteng kerja atau ketidakhadiran kerja meningkat menyebabkan jadual kerja terjejas
f) Suasana di pejabat tidak menyenangkan
g) Hubungan yang tidak harmoni antara pekerja dengan majikan
h) Imej organisasi terjejas apabila produktiviti merosot

SAHARIYANI MUHAMMAD [PANITIA PENGAJIAN PERNIAGAAN SMART, KUANTAN] Page 15

Anda mungkin juga menyukai