Anda di halaman 1dari 6

CAMPURAN PEMASARAN DALAM SYARIKAT DUCTH LADY MALAYSIA

Elemen produk, harga, saluran agihan dan promosi adalah merupakan unsur pemasaran yang
digabungkan dan dibentuk menjadi strategi pemasaran syarikat Ducth Lady Malaysia. Empat elemen
ini dikenali juga sebagai campuran pemasaran :

1. Produk (Product)

Produk merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Produk merupakan apa
sahaja yang ditawarkankepada pasaran yang selalunya mempunyai sifat-sifat yang dapat menarik
perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh
memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan pertukaran. Pengguna selalunya bukan setakat
mahukan produk, mereka mencari beberapa manfaat yang dapat memenuhi keperluan dan
kehendak mereka. Oleh itu, tawaran produk syarikat ducth lady Malaysia merangkumi produk utama
ditambah lain-lain manfaat yang boleh menarik dan memujuk pengguna untuk membeli.

syarikat ducth lady Malaysia juga menitikberatkan soal kualiti, reka bentuk dan kebersihan
barangan bagi memastikan produk yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah
ditetapkan. Dari segi pembungkusan pula, syarikat ducth lady Malaysia menggunakan cara
pembukusan yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik ini kerana Pengguna masa
kini mula mencari produk atau keluaran yang mempunyai bungkusan dan pelabelan yang menarik.

2. Harga (Price)

Harga adalah didefiniskan sebagai nilai yang harus dibayar oleh pengguna atau pembeli
kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan. Umumnya, menjadi fahaman
bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak
semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik. Strategi penetapan harga
menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi
pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk.

Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai
daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke pasaran, memasuki
segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok,
jualan produk yang spesifik, dan sebagainya. Strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang
berbeza kepada pemasar, harga merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta
keuntungan. Kepada pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan
dan berfaedah. Insentif lain seperti diskaun dan harga promosi dapat mempengaruhi minat
pengguna untuk membeli produk.

Bagi syarikat Ducth Lady Milk Industries Bhd, pihak syarikatmengehadkan kenaikan harga ke atas
semua produknya hanya antara tiga hingga lima peratus bagi memastikan penguasaan pasarannya
tidak terjejas dan tidak akan menaikkan harga produk dengan ketara hanya untuk mengaut
keuntungan sementara.

“Sebaliknya kami bersedia mengurangkan margin keuntungan, kerana bagi Dutch Lady penguasaan
pasaran adalah lebih penting daripada keuntungan singkat,” katanya mengulas laporan bahawa
pengeluar produk berasaskan tenusu terbesar tempatan itu akan menaikkan harga runcit beberapa
produknya berikutan kenaikan kos bahan mentah produk tenusu di pasaran dunia.

Ruygrok berkata, justeru syarikat sedia menyerap sebahagian kos kenaikan bahan mentah, pada
masa sama meningkatkan kecekapan pengeluaran supaya kenaikan harga hanyalah minimum.

"Kami yakin jika mampu terus menjual lebih banyak unit pada harga rendah, syarikat akan terus
mencatatkan keuntungan,” Cess Ruygrok, Pengarah Urusan Ducth Lady Malaysia.

(Sumber: Berita Harian)

3. Tempat / Saluran Agihan( Place)

Tempat atau saluran pengedaran adalah merupakan elemen pemasaran untuk memastikan
produk sampai kepada pengguna. Aspek penting dalam strategi tempat ialah pengguna mendapat
akses kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk yang ditawarkan perlu berada
ditempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang pengguna mahukan.

Pengedaran boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Pengedaran langsung ialah
pengedaran di mana pemasar berhubung terus dengan pengguna atau terus dari pengeluar kepada
pengguna. Manakala pengedaran tidak langsung pula melibatkan pemborong, orang tengah,
peruncit dan lain-lain. Faktor-faktor penting di dalam pemilihan saluran pengedaran ialah seperti :

· Saiz pasaran

· Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

· Strategi pemilihan orang tengah

· Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing

· Keupayaan syarikat atau kebolehan pekerja


Menawarkan produk yang betul, di tempat atau lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah
tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran
pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah
penerimaan mereka.

(Saluran pengedaran yang di gunakan oleh Syarikat Ducth lady Malaysia)

4. Promosi (Promotion)

Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah) komunikasi yang digunakan untuk


memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang
dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah promosi ini terdiri daripada
pengiklanan, promosi jualan , publisiti jualan, publisiti dan jualan persendirian.

Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya.
Tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang
hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu
dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk
menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak
menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.

Untuk menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu
dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa
perlu untuk membeli produk yang ditawarkan.

Saluran pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah promosi yang digunakan
syarikat Ducth Lady Malaysia untuk mempromosi produk mereka. Walaupun tahap keberkesanannya
agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang
meluas.

Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain turut digunakan. Kaedah memberi
sample susu secara percuma kepada murid-murid di sekolah boleh membantu mereka untuk
menanam minat mereka terhadap susu seterusnya kepada jenama susu Ducth Lady, ini merupakan
salah satu kaedah untuk mengingatkan mereka kepada jenama syarikat dan seterusnya menjadi
pembeli yang setia pada masa hadapan.
CADANGAN KEPADA PENAMBAHBAIKAN ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

1. Mewujudkan dan memantapkan pangkalan pelanggan dan pemasaran pangkalan data

Untuk mengenal dan menjalinkan hubungan erat dengan pelanggan, syarikat harus
mengumpulkan maklumat berkenaan pelanggannya dan menyimpan maklumat itu dalam pangkalan
data pelanggan dan kemudian melaksanakan pemasaran pangkalan data. Pangkalan pelanggan
adalah satu koleksi maklumat pelanggan atau bakal pelanggan yang menyeluruh, semasa dan sedia
digunakan untuk tujuan pemasaran seperti penjanaan bakal pelanggan (lead generation), kelayakan
bakal pelanggan (lead qualification), Penjualan produk atau perkhidmatan atau penyelenggaraan
perhubungan pelanggan.

Pemasar pangkalan pula adalah satu proses pembinaan, penyelenggaraan dan penggunaan
pangkalan data pelanggan dan pangkalan-pangkalan data lain (produk, agen, pembekal) untuk tujuan
komunikasi, mengurus niaga dan menyalin perhubungan erat dengan pelanggan.

2. Penggunaan medium baharu dan terkini

Pada zaman globalisasi dan kepesatan teknologi jelaslah sekali terlalu banyak persaingan
dalam perniagaan yang dijalankan. Oleh yang demikian,syarikat Ducth Lady Malaysia seharusnya
merebut peluang secepat mungkin untuk menggunakan medium baharu dan terkini untuk menarik
pelanggan baharu serta untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Perniagaan masa kini dapat
dijalankan melalui laman sosial dengan cara memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan
sekali gus dapat mengiklankannya. Laman sosial dilihat sebagai medium hebahan pelbagai maklumat
dan ianya sangat berkesan kerana rangkaiannya yang luas, kos yang murah, pantas dan menarik.

Dahulu perniaga sering mengiklankan perniagaan mereka melalui poster, iklan , akhbar
atau melalui media massa seperti television dan radio. Kini media sosial seperti Facebook , Blog
,Youtube , Twitter dan lain-lain kini telah menjadi medium baharu untuk tujuan mempromosikan
barangan perniagaan. Dengan menggunakan media sosial seperti ini membolehkan
perniagamendapatkan pelanggan baru yang lebih banyak dan mendapat maklum balas dengan lebih
pantas dan berkesan.

Selain itu juga penggunaan medium baharu ini dapat membina hubungan baik dengan
pelanggan. Membina hubungan baik adalah salah satu cara mengkembangkan perniagaan. Dengan
media sosial membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai perniagaan kita kepada orang ramai.
Kini media sosial bukan sahaja sebagai mediaum untuk bersosial tetapi juga untuk membantu dalam
perniagaan.
3. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)& inovasi secara berterusan bagi menghasilkan produk
bernilai tinggi dan berkualiti

Kepentingan aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D telah lama diketahui umum.Aktiviti ini
dapat membantu organisasi membangukan industri yang sedia ada dengan pembaikan teknologi dan
seterunya mempertahankan daya saing dalam pasaran.Akitivi ini juga membantu dalam penghasilan
produk yang bernilai tinggi dan berkualiti.

Pelaburan dalam R&D akan memberi pulangan atau keuntungan pada jangkamasa panjang serta
dapat meningkatkan daya saing sektor industri. Selain itu, melalui

Pembangunan teknologi hasil daripada R & D sendiri, dapat meningkatkan kekuatan, kebangaan, dan
pengiktirafan terhadap barangan keluaran sendiri.

4. Mempelbagaikan bentuk promosi

Untuk menarik minat dan menggekalkan pelanggan yang sedia ada pihak syarikat ducth lady
Malaysia perlulah mempelbagaikan bentuk promosi produk. Cara yang mungkin dapat digunakan
oleh syarikat adalah promosi dengan memberi sample percuma kepada orang ramai, aktiviti
permainan yang menghiburkan dengan kanak-kanak, promosi melalui pendidikan di sekolah-sekolah,
khidmat sosial, pertandingan inovasi penggunaan produk dan sebagainya dapat mempromosi lagi
produk dan dapat mengukuhkan lagi jenama ducth lady.

5. Meletakan produk pada harga yang berpatutan

Pengguna masa kini lebih gemar mencari dan memilih produk-produk yang murah sejajar
dengan kenaikan kossara hidup. Oleh yang sedemikian, pihak syarikat ducth lady Malaysia
seharusnya membandingkan harga produk mereka dengan produk persaing dari masa ke semasa
agar harga mereka kompetitif dan dapat bersaing dalam pasaran.

6. Memperluas saluran pengedaran ke peringkat antarabangsa

Memperluas saluran pengedaran ke paringkat antarabangsa seharusnya menjadi salah


satu strategi dan keutamaan syarikat. Dengan memperluas saluran pengedaran ke luar Negara dapat
membantu mempekembangkan lagi operasi organisasi, seterusnya dapat meningkat lagi permintaan
terhadap produk.
KESIMPULANNYA

Pemasaran adalah merupakan bahagian pengurusan perniagaan yang sangat penting. Produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat tidak akan memberi apa – apa makna,
malah akan merugikan syarikat berkenaan sekiranya produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
tidak dapat dipasarkan dengan berkesan. Ini bermakna aktiviti pemasaran menjadi nadi kepada
kelansungan sesebuah syarikat perniagaan. Tidak hairanlah, apabila didapati sesebuah syarikat
membelanjakan sejumlah wang yang begitu banyak untuk tujuan pemasaran produk mereka

Perlaksanan strategi yang baik adalah permulaan kearah pemasaran yang berjaya. Strategi
pemasaran yang mampan tidak begitu bermakna jika syarikat gagal untuk melaksanakannya dengan
baik. perancangan strategik perlu dilaksanakan bagi menjamin pengurusan perniagaan yang dinamik.
organisasi perlulah membuat perancangan pemasaran yang melibatkan penentuan strategi
pemasaran yang akan membantu untuk mencapai keseluruhan objektif-objektif strategik.

Anda mungkin juga menyukai