Anda di halaman 1dari 3

Kaedah temu bual merupakan kaedah yang pertama saya gunakan.

Saya
menggunakan kaedah ini kerana maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini salah satu
sumber primer dalam bentuk keterangan yang bersifat asli. Untuk menjalankan kaedah ini
saya telah membuat temu janji dengan Encik Rizal Bin Rahman, dan saya telah pergi ke
kafetaria beliau bertempat di Balik Pulau untuk menemu bual beliau. Beberapa soalan yang
berkaiatan telah saya kemukakan kepada Encik Rizal Bin Rahman atau lebih dikenali
sebagai Abang zal. Soalan-soalan yang saya kemukakan adalah seperti latar belakang
perniagaan yang dia jalankan, pengalaman beliau, perkara yang perlu diketahui sebelum
memulakan perniagaan dan juga prospek perniagaan ini pada masa akan datang.

Pelajar: Assalamualaikum Abang Zal, terima kasih kerana meluangkan masa untuk saya
menemubual puan pada pagi ini.

Pengusaha kafetaria: Waalaikumusalam. Sama-sama. Saya berharap jawapan saya


memenuhi dan menjawab soalan anda.

Pelajar: Abang Zal sudah dimaklumkan berkenaan tujuan kami untuk menemubual pada hari
ini melalui perbualan telefon kita tempoh hari kan?

Pengusaha kafetaria: betul, saya sudah maklum berkenaan perkara tersebut.

Pelajar: saya mewakili ahli kumpulan lain ingin menemubual Abang Zal untuk mengetahui
tentang pengalaman puan dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan kafetaria.

Pengusaha kafetaria: saya akan berkongsi segala pengalaman saya selama 12 tahun dalam
bidang perniagaan kafetaria ini.

Pelajar: adakah sudah 12 tahun abang zal menceburi bidang pernigaan kafetaria ini?

Pengusaha kafetaria: saya bermula 12 tahun lepas dan membuka perniagaan di sebuah
kafetaria di permis jabatan kerjaan di bandar Pulau Pinang.

Pelajar: siapakah yang mendorong Abang Zal untuk menceburi bidang ini?

Pengusaha kafetaria: keluarga yang mendorong saya untuk menceburi bidang ini kerana
beliau merupakan pengusaha makanan yang memang bergiat aktif dalam bidang perniagaan
penyedian makanan.
Pelajar: memang tidak mustahil untuk Abang Zal menceburi bidang ini kerana mempunyai
pendorong yang juga mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Pengusaha kafetaria: beliau banyak mengajar saya selok belok perniagaan penyediaan
makanan ini kerana nampak seperti mudah tapi banyak juga cabaran yang perlu dihadapi oleh
pengusaha seperti kami ini.

Pelajar: betul ke Abang Zal, apakah antara perkara yang penting sebelum kami mengambil
keputusan untuk membuka perniagaan di kafetaria?

Pengusaha kafetaria: berdasarkan pengalaman saya selama 12 tahun ini, antara yang penting
untuk dilakukan adalah mempunyai pengendali makanan yang terlatih.

Pelajar: apakah perkara yang membuatkan puan untuk memilih bahawa pengendali makanan
terlatih untuk menguruskan makanan sebagai perkara pemting dalam menentukan sama ada
untuk membuak perniagaan di kafetaria?

Pengusaha kafetaria: ini kerana perniagaan ini berkait rapat dengan kepuasan pelanggan
dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Pelanggan sangat mementingkan cara
penyediaan makanan dan kualiti makanan yang dijual. Oleh itu pengendali makanan perlu
mahir berkaitan dengan bidang yang diceburi.

Pelajar: apakah saranan berkaitan dengan perkara ini Abang Zal?

Pengusaha kafetaria: Pengendali makanan perlu dihantar untuk menghadiri latihan yang
berkaitan bagi memastikan mereka adalah terlatih. Walaupuan sudah mempunyai pengalaman
dalam bidang berkenaan tidak salah untuk mereka menghadiri kursus-kursus yang berkaitan.

Pelajar: adakah ada perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam pembukaan
perniagaan kafetaria ini Abang Zal

Pengusaha kafetaria: pemilihan menu yang akan di jual di kafetaria juga amat penting. Ini
kerana ia perlu sesuai dengan cara hidup pelajar yang lebih ringkas dan memerlukan menu
sihat kerana mereka memerlukan tenaga untuk membuat aktiviti seharian mereka.

Pelajar: selain itu Abang Zal, bagaimana penentuan harga bagi makanan yang akan dijual
nanti?

Pengusaha kafetaria: dengan pemilihan menu yang ringkas dan seimbang, harga yang
diberikan juga perlu mengambil kira keadaan ekonomi pelajar kerana mereka tidak hanya
bergantung kepada sumber kewangan daripada ibubapa atau pinjaman pelajaran bagi
menampung keperluan mereka?

Pelajar: betul tu Abang Zal, kami juga selalu menimbang untuk memilih kafetaria yang
menawarkan harga yang lebih murah untuk membeli makanan di dalam kampus.

Pengusaha kafetaria: Pelajar akan sanggup untuk membeli makanan diluar kampus sekiranya
makanan diluar menawarkan harga yang lebih rendah daripada di dalam kampus.

Pelajar: sebelum saya menamatkan sesi temubual kita, bolehkah memberi tips-tips untuk
membuka perniagaan kafetaria pada masa kini.

Pengusaha kafetaria: pada masa kini perkembangan teknologi sangat pesat. Pengusaha
kafetaria perlu lebih kreatif dan inovatif dan menyesuaikan keperluan perniagaan mereka
seiring dengan permintaan pelanggan. Ini kerana persaingan lebih tinggi dan sengit kerana
perkembangan teknologi tersebut.

Pelajar: contoh perubahan itu seperti apa Abang Zal?

Pengusaha kafetaria: perniagaan “delivery” yang dibuat melalui pesanan atas talian semakin
popular yang lebih menjimatkan masa dan kos perniagaan dari membuka kafe. Kita sebagai
pengusaha makanan perlu tahu untuk mengatasi persaingan seperti ini dengan menawarkan
pelbagai perkhidmatan yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.

Pelajar: cukup padat dan lengkap dengan penerangan yang diberikan oleh puan berkenaan
perniagaan kafetaria ini.

Pengusaha kafetaria:pesanan saya jangan mudah putus asa untuk menceburi bidang pernigaan
makanan ini kerana makanan merupakan keperluam penting dalam kehidupan seharian Cuma
kita perlu mengetahui apa yang sesuai dengan golongan pelanggan yang akan terlibat.

Pelajar: terima kasih sekali lagi Abang Zal atas kerjasama dan nasihat yang diberikan. Segala
maklumat ini akan kami masukan dalam laporan kajian kami kelak.

Pengusaha kafetaria: Sama-sama. Saya amat gembira dapat berkongsi pengalaman dengan
anak muda yang mempunyai semangat untuk menceburi bidang ini.

Anda mungkin juga menyukai